Diari Konsep Geografi 942/1 Tema 3 - Kerpasan, sistem atmosfera dan manusia Bab 12: Kelembapan udara dan Kerpasan Konsep/Huraian 11. Kerpasan Lembapan yg terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sbg cecair atau pepejal. Terdapat dalam berbagai bentuk spt hujan, salji, hujan beku, hujan batu, embun beku. 12. Tekanan Udara: stpm 2006 Ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yang berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb). 13. Atmosfera : stpm 2007 Udara nipis yang terdiri daripada empat lapisan yang tidak sama tebal mengikut garislintang, mengandungi pelbagai jenis gas dan berkedudukan hampir dengan permukaan bumi kerana adanya tarikan graviti serta bergerak bersama-sama pergerakan bumi mengelilingi matahari. 14. Pulau Haba: stpm 2005 Didefinisikan sebagai keadaan suhu di kawasan pusat bandar yang lebih tinggi berbanding dengan taburan suhu di kawasan pinggir atau luar daripada kawasan bandar berkenaan. 15. Pemanasan Global: stpm 2007 Fenomena peningkatan suhu bumi daripada keadaan biasa yang berpunca daripada tindakan manusia dan juga faktor semulajadi 16. El-Nino: stpm 2008 Bermaksud peningkatan suhu permukaan laut di lautan Pasifik Barat secara mendadak atau melampau yang mengakibatkan keadaan cuaca di kawasan tersebut mengalami perubahan. 17. La-Nina Satu fenomena s/jadi yg berlawanan dgn El-nino. La-nina biasanya membawa hujan lebat. Dan mungkin menyebabkan banjir besar. 18. Mikroiklim Bandar: stpm 2008 Bermaksud keadaan iklim bagi satu kawasan bandar dengan ciri-ciri cuaca yang tersendiri akibat pengaruh ciri permukaan bandar. 19. Kesan rumah hijau Merujuk kpd pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida yg terbentuk di ruang atmosfera. 20. Penipisan lapisan ozon Merujuk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yg selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan startosfera. 21. Pencemaran udara Didefinisikan sbg kehadiran satu atau lebih drpd bhn cemar spt gas, bhn berbau, habuk, zarah, debu, dan sbgnya di dlm atmosfera yg mana ia blh menyubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya blh memberi kesan negatif sama ada kpd manusia, tumbuhan, binantang serta persekitaran fizikal sesuatu kws.
22. Jerebu Ditakrifkan sbg partikel terampai di atmosfera dlm kepekatan tinggi. Terbentuk dlm keadaan cuaca kering dan udara yg stabil yg menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti atmosfera. 23. Hujan asid Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi ( pH kurang dari 5) spt air hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku apabila bhn-bhn pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sbg nukleas kondensasi mencatumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air. Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM