1.1
Pengenalan Bahasa adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia
berfungsi sebagai alat perhubungan,alat untuk menyatakan buah fikiran dan alat untuk menjayakan aktiviti seharian. ( Nik Safiah Karim,1981:35) Umumnya orang-orang Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan dan percakapan mereka sehari-hari.Walaupun demikian,terdapat variasi bahasa yang berbeza-beza menurut pemakai,atau terdapat bahasa yang digunakan dalam sesebuah daerah tetapi berlainan dari segi bunyi,ejaan dan perbendaharaan kata. Ini disebut sebagai dialek.Dialek pula ada pelbagai seperti dialek regional,dialek sosial dan dialek temporal. Antara dialek yang menonjol dan biasa didengar di Semenanjung ini ialah dialek Johor,dialek Kedah,dialek Perak,dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Menurut Khalid Muhammad Hussein, dialek itu didefinisikan sebagai : “ Bahasa yang digunakan dalam sesebuah daerah tetapi berlainan dari segi bunyi,ejaan dan perbendaharaan kata.Dialek digunakan oleh sekumpulan manusia dalam daerah tertentu,seperti dialek Kelantan dan Negeri Sembilan yang merupakan dialek yang amat berlainan.” (1974 : 124 ) Manakala Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan dialek sebagai: Variasi bahasa yang berbeda-beda menurut pemakai,variasi bahasa yang dipakai oleh kelompok bangsawan di tempat tertentu (dialek regional), atau golongan tertentu dari kelompok bangsawan (dialek sosial), atau oleh kelompok bahasawan yang hidup dalam waktu tertentu ( dialek temporal ).” (1983 : 34) Tegasnya dapatlah dikatakan bahawa dialek itu adalah merupakan kelainan atau variasi dari satu bahasa yang yang digunakan oleh sekumpulan penutur dalam suatu masyarakat bahasa. Kumpulan itu boleh merupakan satu kumpulan sosial,atau daerah
1
atau zaman tertentu.Perbezaan-perbezaan itu mungkin merupakan dari segi sebutan,tatabahasa,atau perbendaharaan kata.
1.2
Peringkat dan Rantaian Dialek Perubahan dalam bahasa berlaku secara beransur-ansur maka, munculnya sesuatu
bahasa itu adalah secara beransur-ansur dan tumbuhnya itu adalah melalui peringkat yang dinamakan peringkat dialek.Peringkat dialek ini bukanlah peringkat yang merupakan satu keseluruhan yang seragam,tetapi tediri dari berbagai-bagai peringkat lagi yang dinamakan subperingkat. Peringkat dialek dan subperingkat dialek ini merupakan lilitan satuan-satuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang bertumpang tindih satu sama lain. Dekat renggangnya hubungan antara dialek itu tidak merupakan satu cirri yang menetap hingga ke akhir zaman.Darjat persamaan antara dua dialek yang kawasannya berjauhan boleh bertambah sekiranya terdapat hubungan yang baik yang diteruskan antara penutur-penutur dari dua kawasan berkenaan dari segi kekeluargaan,perdagangan dan sebagainya.Faktor pertembungan penutur dan peresapan dapat mempertahankan taraf dialek-dialek itu sebagai dialek dari satu bahasa yang sama.Sebagai contoh dialek Kedah dengan dialek Kelantan.Sungguhpun disela oleh kawasan-kawasan dialek Petani dan dialek Perak,tetapi masing-masingnya mempertahankan taraf dialek dan saling memperkukuh dan mempertambah persamaan dengan adanya pertembungan penutur kedua-dua dialek tersebut.
2
1.3
Kawasan Dialek-Dialek Melayu dan Penutur-Penuturnya Setiap penutur Bahasa Melayu bertutur dalam dialek atau kelainan bahasa yang
dinamakan kelainan asas iaitu tidak lain dari dialek pertama yang diperolehi dari seseorang itu sejak dia mulai belajar bertutur.Sekitaran geografi adalah faktor penentu bagi jenis dialek bagi seseorang penutur.Bagaimanapun ,di samping faktor tersebut ada faktor penentu yang lain,iaitu faktor sekitaran pergaulan yang mana seseorang itu mungkin memperolehi dialek asasnya yang berbeza dengan dialek yang dituturkan di sekitaran geografinya.Sebagai contoh, kita dapati seseorang itu mempunyai dialek Kedah sebagai dialek asas sedangkan dia lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya. Dialek Kedah dan bukan dialek Selangor yang menjadi dialek asas penutur adalah disebabkan oleh sekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Pemerolehan dialek selain dari dialek asas boleh juga berlaku hasil dari perkahwinan penutur-penutur dari kawasan-kawasan dialek yang berbeza. Ada beberapa kemungkinan dari situasi yang seperti ini.Kemungkinan salah seorang daripada pasangann kelamin itu akan mengambil- alih dialek kelamin yang lain. Kemungkinan yang lain ialah masing-masing pihak mempertahankan dialeknya sendiri dalam hubungan mereka antara satu sama lain. Keadaan yang mempertahankan dialek masing –masing ini tidak akan bertahan lama disebabkan keadaan serupa itu tidak sesuai dengan tabiee manusia yang mencuba mengenalpasti dirinya dengan orang yang berkongsi sesuatu dengannya.Dalam soal bahasa, pengenalpastian sebegini merupaka sikap tolak ansur dalam menerima ciri-ciri bahasa orang lain.
3
4