Dasar Ekonomi Baru

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Ekonomi Baru as PDF for free.

More details

  • Words: 496
  • Pages: 3
DASAR EKONOMI BARU Pengenalan Perbincangan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara tidak langsung akan melibatkan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia. Jurang perbezaan sosio-ekonomi antara kaum telah lahir semasa penjajahan British. Jurang-jurang kedapatan antara: 1. Penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera 2. Kawasan bandar dan desa 3. Pantai Timur dan Pantai Barat Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru Berikutan daripada peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan satu formula yang dikenali sebagai ‘Dasar Ekonomi Baru’ pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) sebagai kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan yang lalu. Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara. Program ini mengambil masa selama 20 tahun, merangkumi Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia Kelima (hingga tahun 1990). Oleh kerana matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk mencapai kadar penglibatan ekonomi seperti Bumiputera yang diharapkan tidak tercapai dalam tempoh 20 tahun, maka ia telah diteruskan lagi sehingga kini, iaitu menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ialah untuk mencapai perpaduan negara. Ia dilaksanakan menerusi serampang dua mata: i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui strategi berikut: a) Mengadakan peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang mencukupi bagi mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga yang penuh. b) Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapatan dan produktiviti semua golongan miskin samada di luar bandar dan kawasan bandar melalui peluangpeluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain lagi. c) Meluaskan peluang-peluang golongan miskin bergiat dalam bidang perindustrian dengan lebih produktif. d) Memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur

asas seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatankegiatan masyarakat.1 ii. Penyusunan semula masyarakat. Masalah-masalah dan Kelemahan-Kelemahan DEB Beberapa pihak tertentu tidak berpuas hati terhadap DEB. Oleh kerana pencapaian DEB bergantung kepada tindakan tegas oleh pihak kerajaan yang begitu berpengaruh dalam menggalakkan usaha-usaha pembangunan menerusi badan-badan perusahaan awam, maka berbagai-bagai pendapat dan tafsiran telah ditimbulkan oleh mereka seperti campurtangan kerajaan untuk kemajuan, “peralihan dari pasaran bebas ke arah sosialisme,” “pembangunan melalui keamanahan (trusteeship)” dan “diskriminasi positif”. Ada juga yang lebih radikal menganggap ianya sebagai “satu pengembangan kapitalisme negara” atau “borjuis birokrat,” “kapitalisme perkauman” dan “borjuis negara Melayu”.2

1

Dewan Masyarakat, Julai 1987, m.s 7.

2

Ibid. m.s 12

Dalam konteks masyarakat majmuk,

budaya persaingan membawa kepada konflik

perkauman. Ini kerana mereka mudah terseret ke arah situasi “zero sum”, yakni kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan pada pihak yang lain.3 “Sindrom pergantungan” di kalangan Bumiputera begitu ketara sama ada di kalangan golongan menengah atau bawahan. Ini adalah ekoran daripada bantuan pihak kerajaan yang begitu banyak hingga menimbulkan kesan buruk. Sehubungan dengan itu juga wujud ketidakpuasan hati di kalangan bukan Bumiputera kerana mereka merasakan seolah-olah tertindas.4 Perhatian yang serius wajar diberikan untuk menangani “sindrom pergantungan” ini. Oleh itu semua pihak patut memainkan peranan membuat reformasi ke arah kemantapan fizikal dan mental dengan meniup dan melahirkan satu keazaman untuk berdikari dan tidak mengharapkan bantuan dari kerajaan semata-mata. Sikap malas dan lain-lain sifat yang negatif patut dihapuskan. Setiap rakyat perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan.

3

Ibid. m.s 12

4

Ibid. m.s 13

Related Documents