Dasar Ekonomi Baru

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Ekonomi Baru as PDF for free.

More details

  • Words: 1,651
  • Pages: 5
Latar Belakang Dasar Ekonomi Baru 1. Masalah Pencapaian DEB bergantung kuat pada tindakan affrimative oleh pihak kerajaan. Oleh kerana pengaruh kerajaan dan perusahaanperusahaan awam yan gbegitu meluas sejak wujudnya DEB, maka badan interprestasi telah diberi oleh berbagai-bagai pihak, seperti "campur tangan kerajaan untuk kemajuan", "peralihan dan lasissez-faire ke arah sosialisme", "pembangunan melalui keamanahan (trusteesip)" dan "diskriminasi postitif". Dalam pada itu tidak kurang juga terdapat kritikan-kritikan yang radikal. Ada yang menganggapnya sebagai "satu pengembangan kapitalisme negara (state capitalism)"atau "borjuis birokrat" ada yang mengaitkannya dengan "kapitalisme perkauman" dan ada pula yang memberi label "borjous negara Melayu". Namun demikian, terdapat dua ciri penting tentang campur tangan kerajaan dalan DEB. Pertama, walaupun kerajaan memiliki dan mengawal perusahaan-perusahaan awam, tetapi ia dimaksudkan bertindak bagi pihak Bumiputera. Kedua, tindakan kerajaan ini bersifat "sementara" sahaja dan tidak akan berkekalan lantaran adanya objektif dan jangka waktu yan gtertentu. Walau bagaimanapun, kedua-dua ciri tersebut tidak berhasrat untuk menyekat sama sekali persaingan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Sebaliknya, ciri yang pertama itu mewujudkan persaingan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, sementara ciri yang kedua pula menentukan batasan masa bagi memperhebatkan lagi persaingan antara kelompok-kelompok kaum ini. DEB juga ingin melihat golongan Bumiputera menganuti budaya persaingan. Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan boleh membawa kepada konflik perkauman. Kerana masyarakat keseluruhannya mudah terseret ke arah situasi zero-sum, yakni kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan kepada pihak yang lain. Maka terdapatlah keadaan, misalnya pemberian bantuan kepada Bumiputera oleh Kerajaan dianggap sebagai merugikan bukan Bumiputera, dan penglibatan Bumiputera dalam sektor perniagaan dianggap sebagai perampasan hak golongan bukan Bumiputera yang telah lama berada dalam sektor berkenaan. Gejala yang demikian boleh membawa kepada perasaan bermusuhan. Hingga kini, perubahan yang berlaku menuju kearah matlamat yang ditentukan dalam DEB, walaupun kejayaannya tidak sepenuhnya tercapai. Kerana itu, dalam pengertiannya yang terbatas, DEB dapat dikatakan telah menuju ke arah kejayaannya. Namun begitu, pelaksanaan DEB tetap menpunyai kosnya. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana tidak ada satu bentuk pembangunan pun yang tidak mempunyai kesan sampingannya yang negatif. Antara kesan sampingan negatif

DEB termasuklah pembentukan golongan rentiers yang dinamai ersatz capitalism. Golongan ini dikatakan turut menjejaskan agihan pendapatan intra-etnik; perkembangan sektor awam yang pesat dan bebanan kewangan untuk menjalankan pentadbiran kerajaan; pengharapan yang meninggi (rising expectation) dan penbentukan "sindrom bergantungan" dikalangan Bumiputera, sama ada golongan menengah atau bawahan. Malah tidak kurang juga timbulnya perasaan marah dikalangan bukan Bumiputera kerana dirasakan seolah-olah mereka tertindas atau deprived. Bukti menunjukkan bahawa pengagihan pendapatan dan aset serta penyusunan semula masyarakat telah berlaku melalui pertumbuhan ekonomi keseluruhan dan juga pertumbuhan ekonomi setiap kaum. Oleh kerana semua kaum telah mengalami keadaan ekonomi yang bertambah baik dari semasa ke semasa, maka tidak seharusnya timbul masalah deprivation terhadap bukan Bumiputera sekiranya konsep DEB untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah diterima. Deprivation hanya akan wujud jika keadaan ekonomi golongan bukan Bumiputera tidak bertambah baik dalam tempoh pelaksaan DEB. Di samping itu, terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam perlaksaan DEB, yang menyebabkan timbulnya tindakantindakan yang dipandang sebagai tidak adil dan penyelewengan kuasa. Misalnya, ada pihak yang berkuasa yang memindahkan "peluang-peluang keuntungan" kepada golongan-golongan tertentu atas petimbangan politik, nepotism, cronysm, dan kepentingan diri sendiri lebih daripada pertimbangan kelayakan, kesahihan dan keadilan sosial. Maka tujuan untuk membangunkan ekonomi Bumiputera dan meningkatkan keupayaannya bersaing dengan kaum-kaum lain belum lagi tercapai sepenuhnya. Kesan-kesan negatif ini semakin ketara apabila ekonomi tidak dapat berkembang pada kadar yang dijangkakan, seperti yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pergantungan yang berlebihan kepada ekonomi dunia telah menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia dengan teruknya berikutan daripada kemelesetan ekonomi dunia. Kadar purata pertumbuhan KDNK Malaysia telah jatuh daripada 7.8% setahun (1971-80) kepada 4.3% (1981-85). Bahkan, pada tahun 1985, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia mencatatkan angka negatif (-1%) buat pertama kalinya sejak merdeka. Pada tahun 1986, kadar ini meningkat sedikit kepda 1.2%, tetapi masih terlalu rendah, hinggakan sektor pembuatan dan pengaliran masuk pelaburan asing yang pesat perkembangannya pada tahun-tahun 1960-an turut merosot pada awal 1980-an. Banyak perniagaan mengalami kerugian, sementara ramai peniaga diisytihar muflis. Hampir separuh atau kira-kira 4—45 peratus syarikat dalam perusahaan awam bukan kewangan mengalami kerugian. Kadar

pengangguran yang dijangka menurun, sebaliknya naik kepda 6.9% pada tahun 1985 dan dianggarkan meningkat kepada 8.1% pada tahun 1988. Kemelesetan ekonomi ini telah menjejaskan pelaksanaan dan pencapaian DEB sejak pertengahan tahun 1986. Jika andaian DEB adalah benar, iaitu hubungan etnik atau kaum dapat diperbaiki melalui interaksi dan kerjasama antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang sama dan setaraf, maka sebarang perubahan ke arah pencapaian matlamat-matlamat DEB, seharusnya akan memperkukuhkan proses integrasi tersebut. Malangnya, sekadar melihat keadaan disekeliling kita pun – di jalan-jalan raya, diperhentian bas, di pejabat, di Kilang, Kompleks membeli-belah, sekolah serta di kampus-kampus universiti – sudah cukup untuk dibuat kesimpulan betapa renggangnya perhubungan antara kaum di antara kaum di Malaysia. Kajian-kajian juga menunjukkan terdapatnya kecenderungan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ke arah pembiakan sentimen perkauman di Malaysia. Walaupun trend ini merupakan hasil pengaruh pelbagai faktor, ia membayangkan bahawa dasar dan prestasi ekonomi Malaysia tidak berjaya memupuk perpaduan bangsa. Kalau kita melihat akan keberkesanan dasar-dasar ekonomi pada masa lalu, kita tidak dapat menyangkal bahawa taraf hidup penduduk Malaysia pada keseluruhannya telah meningkat, tidak kira apa kaum sekalipun. Kemiskinan mutlak telah berkurang. Ketidaksetaraan pendapatan antara kaum telah dapat diperbaiki. Sejak tahun 1970, agihan pendapatan pada keseluruhannya telah bertambah baik, sekurang-kurangnnya berdasarkan apa yang dapat kita lihat daripada data. Ketidaksetaraan dalam sesuatu kumpulan etnik mungkin telah bertambah buruk, tetapi buat masa ini belum lagi mencapai tahap yang boleh menimbulkan konflik yang serius antara kelas. Hal ini bukan bermakna bahawa konflik antara kelas ini tidak berpotensi menjadi serius. Mengapakah isu polarisasi kaum masih tidak dapat diselesaikan? Jelaslah bahwa kejayaan ekonomi, sekurang-kurangnya dalam pengertian DEB, tidak dapat memberi jawapan yang cukup berkesan kepda penyelesaian masalah perpaduan nasional. Ini tidak pula bermaksud bahawa faktor-faktor ekonomi tidak penting dan boleh diabaikan sama sekali. Kejayaan ekonomi mungkin dikaburi oleh faktor-faktor lain (bukan ekonomi) yang negatif. Dalam pada itu, kegagalan ekonomi akan mudah sahaja digunakan sebagai senjata politik. Apabila ia dipolitikkan, maka proses integrasi akan tergendala. Dengan kata lain, faktor ekonomi secara tersendiri mugkin tidak sepenting yang diandaikan oleh DEB dalam usaha memupuk perpaduan nasional. Faktor ekonomi bukanlah tidak relevan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini, tetapi sistem

ekonomi yang berteraskan "persaingan" tanpa keadilan (persaingan antara yang lemah dengan yang kuat, yang miskin dengan yang kaya) itu sendirilah menjadi punca utama perpecahan antara individu-individu atau antara keompokkelompok dalam masyarakat. Sistem ini, jika tidak dikawal, akan menindas golongan miskin tanpa mempunyai pertimbangan kemanusiaan. Gejala-gejala seperti dasar upah rendah, kuasa monopoli, pertentangan antara buruh dengna majikan, diskriminasi terhadap pengguna, dan kepentingan perbadanan multinasional, yang semuanya sehaluan dengan kapitalisme tanpa ikatan etika dan moral, sesungguhnya adalah bibit-bibit yang membiakkan ketidakadilan dalam masyarakat. Malah ia mewujudkan golongan oportunitis, menambahkan sifat-sifat pembaziran, tamak, rasuah, penindasan dan eksploitasi sentimen perkauman. "Budaya persaingan" yang tidak terkawal inilah yang telah menghidupkan perasaan kebimbangan, kepentingan diri sendiri, syak-wasangka, sensitif, berdendam dan bermusuhan. Perasaan persaingan yang tidak adil ini akan meracuni perhubungan antara manusia, membuatkan kehidupan ini lebih buruk daripada yang sewajarnya, dan biasanya akan membawa kepada perselisihan faham dan persengketaan. Nilai-nilai negatif yang sedemikian, apabila sudah sebati dengan cara hidup kita seharian, akan sukar untuk dihapuskan, dan amat mudah dieksploitasi untuk kepentingan-kepentingan tertentu, terutamanya kepentingan politik, hingga boleh tergelincir daripada batasan moral dan kemanusiaan. Umumnya, terdapat juga kritikan utama terhadap Dasar Ekonomi Baru itu sendiri. Satu yang menyentuh aspek mengabaikan atau memperkecilkan aspek agihan relatif dan ketaksetaraan intraetnik; dan satu lagi dasar pemisahan atau dikotomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang dianggap mewujudkan perasaan deprivation. Kritikan pertama itu seing dikaitkan dengan kecenderungan ke arah konflik antara kelas (yang tentunya berpotensi untuk menggugat kesabilan politik negara, tetapi masih gagal dan tidak dapat menerangkan polarisasi perkauman masa kini); sedangkan kritika yang kedua telah mewujudkan kecenderungan ke arah konflik dalam kelas (intra-kelas). Golongan bukan Bumiputera yang telah lama menduduki "kelas pertengahan" telah berasa terancam oleh kemasukan golongan baru Bumiputera ke dalam kelas tersebut. Jika demikian, maka tesis kerajaan bahwa DEB menjamin setiap kaum "dapat menyertai dengan sepenuhnya dalam semua segi ekonomi" (full partnership) akan tercabar, kerana DEB tidak dapat menahan konflik dalam kelas (intra-kelas). Malahan ada kemungkinan bahawa di Malaysia, konflik intra-kelas mempunyai potensi yang lebih bahaya daripada konflik intra-etnik. Konflik intra-kelas (antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dalam

kelas pertengahan yang sama) ini berlaku kerana sifat budaya persaingan yang wujud di negara ini. Sebelum DEB dilancarkan, kaum bukan Melayulah yang lebih terdedah kepada budaya persaingan, sementara kaum Malayu masih kuat berpegangan pada tradisi yang menghormati sifatsifat berlmah-lembut, bergotong-royong, bekerjasama dan bertolak ansur. Tetapi setelah terlancarnya DEB, kaum Melayu juga digalakkan menyertai dengan lebih giat cara hidup dalam sistem kapitalis yang bergantung pada kemenangan dalam persaingan. Oleh itu budaya persaingan yang kadang-kadang terkeluar daripada batasan etika dan keadilan sosial bukan lagi menjadi anutan orang Cina dan India, malah telah meresap ke dalam kehidupan orang Melayu. Perkembangan budaya persaingan ini boleh meruncingkan lagi perselisihan antara kaum di negara ini, jika konsep keadilan sosail dan ekonomi yang menyeluruh tidak dimantapkan dan dijadikan norma sosial utama. 2. Penutup Bab ini telah menghuraikan prestasi, pencapaian dan masalah yang timbul daripada pelaksanaan DEB. Apa yang nyata ialah DEB gagal menyatupadukan rakyat kerana ia beroperasi dalam suasana persaingan (yang tidak adil) dengan budaya yang mengkesampingkan soal moral dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Faktor ekonomi (melalui matlamat mengatasi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat) sahaja nempaknya tidak cukup untuk membawa kepada perpaduan nasional. Pertentangan antara kaum bukan sahaja wujud kerana perbezaan ekonomi antara kaum, tetapi diburukkan lagi oleh amalan dan pengaruh sistem ekonomi, politik dan sosial kita. Ini termasuklah sistem pendidikan yang keseluruhannya berteraskan doktrin persaingan yang mengetepikan aspek kemanusiaan, tanggungjawab dan etika sosial. Usaha-usaha yang konkrit ke arah pembentukan satu bangsa, kalau ada pun, amat terbatas dan tidak berkesan. Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk mengurangkan unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan unsur kesefahaman dan kerjasama antara kaum. Kerjasama hanya akan memberi erti, jika adanya sifat-sifat bertolak ansur dan berkompromi. Sifatsifat in dapat dipupuk jika kita dapat bergerak ke arah keadilan sosial dan ekonomi.

Related Documents