Dasar Ekonomi Baru

  • Uploaded by: missyraz
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Ekonomi Baru as PDF for free.

More details

  • Words: 446
  • Pages: 9
DASAR EKONOMI BARU (DEB) NURUL ATHIRAH BT. ABD.LAH NURUL HIDAYAH BT. MOHD RADZI PPISMP PK (BM)/KS/PJ

Sistem Ekonomi Zaman Pasca Merdeka • Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, tumpuan diberikan kepada pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Tujuannya adalah untuk mengimbangkan pertumbuhannya supaya memanfaatkan seluruh rakyat. Pembangunan ekonomi pada zaman ini adalah untuk mengatasi berbagai-bagai masalah sosioekonomi yang telah timbul akibat dasar penjajahan British

Rancangan-rancangan ekonomi dilaksanakan dalam dua fasa tertentu.

FASA PERTAMA Rancangan Pembangunan Lima Tahun

FASA KEDUA Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dasar Ekonomi Baru (DEB). •

Berikutan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat,strategi,dan program pembangunan negara. Tumpuan pembangunan ekonomi telah beralih dari pembangunan fizikal (peningkatan hasil pengeluaran) kepada pembangunan bidang keselamatan,perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang adil. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi asas bagi rancangan pembangunan negara untuk tempoh 20 tahun, iaitu sehingga tahun 1990. • Empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (19761980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) • Walaupun RM 1, RM 2 DAN RMP telah membawa negara ke arah peningkatan pertumbuhan ekonomi, namun masalah ketidakseimbangan pendapatan dan penguasaan ekonomi di antara kawasan dan kaum menjadi semakin luas dan menggugat kestabilan sosiopolitik negara. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dengan matlamat utama untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi berikut iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi menghapuskan identiti pekerjaan mengikut kaum. RMD meliputi dua sektor utama iaitu sektor awam yang akan merangka serta melaksanakan perancangan RMD dan sektor swasta yang akan melaksanakan perancangan RMD untuk mencapai matlamat DEB.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) • Antara matlamat-matlamat utama RMT ialah untuk menghapuskan kemiskinan bagi menjamin keselamatan negara, menyemaikan sikap bertanggungjawab rakyat untuk memelihara keamanan negara, menyedarkan rakyat supaya bersatu dalam menghadapi sebarang ancaman negara terutamanya ancaman komunis,menggalakkan kaum wanita menceburi bidang pembangunan untuk sama-sama memajukan negara dan mengingatkan rakyat betapa pentingnya berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan rakyat.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) • Rancangan Malaysia Keempat (RME) telah memberi keutamaan dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakai di bawah Dasar Ekonomi Baru. Dua strategi utama untuk membasmi kemiskinan ialah untuk menyerap sektor luar bandar yang miskin ke sektor bukan pertanian terutamanya pembangunan industri dan meningkatkan daya pengeluaran pertanian melalui pembukaan tanah baru dan pembangunan setempat dengan cara memperbanyakkan kemudahan pengairan dan penyelidikan.

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) • Matlamat-matlamat utama RML ialah untuk mencapai perpaduan negara. Kedua, mengurangkan kemiskinan ke tahap 16.7 % dalam tahun 1990 berbanding dengan 18.4 % dalam tahun 1984 dan memajukan kawasan luar bandar dan pertanian berkelompok yang meliputi padi, koko dan kelapa.

Related Documents


More Documents from ""

Dasar Ekonomi Baru
May 2020 7