DAKWAH SECARA TIDAK LANSUNG .. Menurut kefahaman saya, wasilah atau medium dakwah secara tidak langsung itu adalah dengan perantaraan bahasa, perbuatan, melalui akhlak dan sikap para pendakwah itu sendiri yang dapat dijadikan contoh dan dapat menarik orang lain kepada Islam.
Penyampaian dengan perkataan. Contohnya seperti pertemuan-pertemuan umum, diskusi, pengajaran-pengajaran di masjid, kuliah-kuliah, sekolah-sekolah, lembaga-lembaga pendidikan, pertemuan khusus, dakwah perseorangan, nasihat, media tulis atau cetak, surat, makalah, buku, brosur, media elektronik dan media khusus seperti kaset atau faksimili dan sebagainya lagi wasilah-wasilah yang boleh digunakan oleh da’i. Ø Penyampaian dengan perbuatan Contohnya seperti suatu tindakan untuk menumpaskan kemungkaran membela yang hak. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahkannya (menghapuskan) dengan tangannya, jika dia tidak berkuasa berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (mulutnya). Jika dengan itu juga dia tidak berkuasa, maka hendaklah dengan hatinya. Tetapi, itu adalah merupakan selemah-lemah iman ”.
Ø Penyampaian dengan akhlak dan peribadi.[3] Seseorang pendakwah selain daripada dinilai dari sudut Ilmunya, dia juga dinilai dari segi peribadi akhlak atau personalitinya. Kerana peribadi seseorang itu mencerminkan dirinya yang sebenar. Contoh ikutan yang terbaik bagi umat Islam adalah Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T :Maksudnya : “ Sesungguhnya pada Rasul Allah itu (Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari kemudian, serta dia banyak mengingati Allah ”.
Dakwah secara tidak langsung ini boleh mempengaruhi mad'u kerana mad'u akan memerhati kelakuan dakwah secara tidak langsung ini, dan tanpa sedar akan mempraktikkan amalan itu sendiri dan mempengaruhi mad'u itu sendiri untuk terus melakukan kebaikkan. Sebagai contoh pada zaman dahulu apabila pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu pada ketika itu. Pada ketika itu, pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu semuanya mempunyai watak yang baik, sopan, jujur dan amanah sehingga menyebabkan penduduk tempatan 'terpengaruh' dengan sikap mereka sehingga menyebabkan penduduk tempatan Tanah melayu dengan rela hati untuk memeluk Islam.