Kuliah Dakwah PSDK
Mau’izatul Hasanah (Nasihat yang Baik)
Pengertian
Mau’izah (jamak : Mawa’iz) dalam bahasa arab bererti nasihat / pengajaran/ucapan . Hasanah :baik / lemah lembut Menurut Rauf Shalabi : Kata-kata yang dilakukan secara halus ,lembut ,tenang,boleh menyejukkan kepanasan hati,jauh sekali dari menyinggung dan terpancar dari hati yang ikhlas. Nasihat seperti ini memerlukan kefahaman orang yang dinasihati bahawa tujuan dari nasihat tersebut ialah untuk kebaikan dan semata-mata menjaga kepentingan sasaran untuk masa depannya didunia dan akhirat.
Al Bayanuni menyenaraikan beberapa bentuk kata-kata yang termasuk kedalam nasihat yang baik : 1) kata-kata yang berterus terang tetapi dengan lembut dan halus 2) Suatu penjelasan yang lembut dan difahami 3) Suatu kisan yang beradab. 4) Bentuk cerita dan jenaka. 5)Mengingati nikmat yang boleh membawa kepada kesyukuran 6) Penjelasan tentang pujian dan celaan dari Allah. 7)Rangsangan baik dari Allah dan janji buruk yang menakutkan. 8)Penjelasan tentang janji-janji Allah dengan kemenangan dan kekuatan 9)Penerangan supaya tahan uji dan sabar.
Ibn
Athir dalam kitab Nihayah : Nasihat itu suatu perkataan yang mengandungi erti yang luas iaitu berkehendakkan supaya orang yang diberi nasihat itu beroleh kebaikan. Secara umumnya nasihat ialah percakapan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (Ali- Imran 110)
Kesimpulan Pada
asasnya orang tidak suka di nasihati kerana tidak mahu di anggap lemah. Oleh kerana itu nasihat hendaklah dilakukan dengan cara yang baik supaya sasaran memahami adanya kejujuran orang yang memberi nasihat Nasihat dan Ikhlas mempunyai hubungan yang kuat antara satu sama lain.
Kepentingan Nasihat
merupakan kerja para rasul dan
ambiya’ Dalil : “ Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpecaya “ al –A’raf : 68
Nasihat
merupakan adab Islami yang merangkumi semua aspek Islam.
Dalil “ Deen itu adalah nasihat” Kami (sahabat) bertanya ,”untuk siapa wahai Rasulullah?” Jawab baginda “ Untuk Alllah,untuk kitabNya,untuk rasulNya,untuk kepimpinan umat Islam dan umatnya.” Sahih muslim
Nasihat
merupakan sekasih-kasih amalan di sisi Allah S.W.T Dalil:Sabda nabi “ Sekasih-kasih amalan yang dilakukan oleh hambaku ialah nasihat yang ikhlas keranaku” Sunan Ahmad
Orang
yang sentiasa memberi nasihat adalah sebaik-baik ciptaan Dalil : Ali Imran 110 dan Al Asr 1-3 Nasihat sebahagian sebab kejayaan di akhirat Dalil : Ali-Imran 104
Persiapan orang yang memberikan nasihat Qudwah
hasanah Rahsia dalam nasihat Berlembut dalam nasihat Memilih waktu dan tempat yang sesuai Mendalami keadaan yang mansuh Ikhlas niat kerana Allah Mempunyai kesihatan jiwa
Keistimewaan
Bentuk yang bermacam-macam yang boleh dipilih mengikut kesesuaian sasaran Kesannya yang mantap kerana sesuai dengan jiwa manusia. Memenuhi keperluan manusia kerana fitrah manusia yang diciptakan dengan serba kelemahan memerlukan nasihat untuk mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan menggalakkan melakukan perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T
Soalan-soalan Sebutkan
pengertian mau’izah hasanah ? Nyatakan 3 kepentingan nasihat? Sebutkan 4 ciri yang mesti ada pada orang yang akan memberikan nasihat Apakah keistimewaan nasihat yang baik?