Esei-folio-titas.docx

  • Uploaded by: Athirah Suhaimi
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei-folio-titas.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,000
  • Pages: 27
1.0 PENDAHULUAN Tamadun india,merupakan tamadun terawal yang wujud di Asia Tenggara. Tamadun India terbahagi kepada dua bahagian iaitu India Utara yang rakyatnya dikenali sebagai Indo-Arya dan India Selatan yang dikenali sebagai Dravida. Bahasa yang digunakan oleh orang Indo-Arya ialah Sanskrit dan bahasa Tamil digunakan oleh golongan Dravida. Pergunungan Vindhya merupakan sempadan pemisah diantara India Utara dan India Selatan. Masyarakat Indo-Arya mempunyai empat buah veda,iaitu Rig, Yajur, Sama,dan Atharva. Veda merupakan karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan buat masyarakat ini. Keempat-empat veda ini memberi pengaruh yang kuat dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya. Masyrakat Dravida pula mempunyai kepercayaan dan pemikiran berasaskan mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme yang selalu dibicarakan di dalam puisi klasik Sangam tamadun India

Konklusinya, asas kepada pembinaan sesebuah tamadun adalah aspek kebendaan dan kerohanian. Sehingga sekarang,kita masih lagi dapat melihat peninggalan tamadun-tamadun dahulu yang berkait rapat dengan asas pembinaan mereka semua, contohnya candi Lembah Bujang dan masjid di Melaka. Oleh itu, saranan saya kepada semua pelajar, hargailah peninggalan tamadun kita, tanpa tamadun siapalah kita di masa sekarang. Mungkin masih tercari identiti sendiri. Perpaduan sangat penting dalam sesuatu perkara dalam mencapai keseimbangan masyarakat. marilah sama-sama kita merealisasikan Visi 2020 Malaysia.

1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif-objektif sepanjang kajian ini: 1) Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang sejarah-sejarah perkembangan di tamadun india yang berlaku pada masa dahulu. 2) Kajian ini juga menambah ilmu pengetahuan tentang agama-agama dalam tamadun india serta sumbangan tamadun india terhadap perabadan manusia pada hari ini. 3) Kajian ini juga menerangkan kepentingan pelbagai agama dalam Tamadun India. 3.0 KAEDAH Semasa

kami

membuat

kerja

kursus

tersebut,

kami

telah

mencari

maklumat

daripada buku rujukan, buku teks, dan melalui Intenet.Terlebih dahulu, kami membaca buku teks untuk memahami pengetahuan tentang Tamadun India. Kandungan dalam buku teks mudah difahami, kami boleh dapat maklumat yang penting kerana maklumat dalam buku teks sangat ringkas dan padat.Kami telah meminjam beberapa buku rujukan tentang Tamadun India dari perpustakaan, buku rujukan terdapat banyak maklumat yang tidak dapat dicari di dalam buku tek s. Buku rujukan akan menerangkan setiap topik dengan jelas dan lengkap. Apabila kami menggunakan maklumat dalam buku rujukan, kami boleh percaya dan tidak perlu risau ketepatan maklumat tersebut. Kami dapat mendalam memahami ilmu pengetahuan tentang tamadun Indian.Selain itu, kami juga mencari maklumat melalui Internet. Internet terdapat banyak blog dan esei tentang Tamadun India. Kesimpulannya, kami haruslah cari banyak sumber semasa membuat kerja kursus tersebut supaya dapat mencari maklumat yang lengkap dan juga boleh menambah pengetahuan diri sendiri.

2

4.0 TIGA PERINGKAT TAMADUN INDIA ZAMAN AWAL(100,000 SM – 1000 SM) Zaman Awal dalam sejarah tamadun India boleh dipecahkan kepada zaman-zaman berikut:Tamadun Lembah Indus,Zaman Vedik,Empayar Maurya,Empayar Gupta. TAMADUN LEMBAH INDUS(3,000 – 1,500 SM) Tamadun Lembah Indus muncul sekitar (3,000 – 1,500 SM) dan dikenali juga dengan Zaman Proto.Pada zaman ini, pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya, terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan dan orgnisasi.Pada masa ini telah pun wujud hubungan antarabangsa berdasarkan beberapa bukti yang telah ditemui seperti barangan buatan Harappa yang terdapat di Mesopotamia. Bandar Harappa dan Mohenjodaro dibina secara terancang.Jalan-jalannya luas unuk pejalan kaki dan kenderaan beroda.Manakala di sebelah kiri dan kanan jalan,penuh sesak dengan rumah-rumah kediaman.Masing-masing terdapat kolam dan tempat mandi sendiri dengan system saliran yang baik. Kemusnahan Tamadun Lembah Indus berlaku sekitar tahun 1500 SM.Antara faktor besar yang dapat dikesan ialah ianya berpunca daripada berlakunya peristiwa banjir besar,wabak penyakit dan berlakunya peperangan antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan orang-orang Parsi. ZAMAN VEDIK (1,500 – 500 SM) Pada zaman ini berlaku kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil daipada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali sebagai Indo- Aryan. Namun begitu, perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal. Bagaimanapun, asimilasi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan berlaku. Pada tahun 1,200 SM hingga 1,000 SM, Kitab Rig Veda telah

3

disusun untuk dijadikan panduan dan rujukan. Asas organisai politik (stratifikasi social) juga telah wujud dan terdiri daripada raja, menteri, ketua-ketua dan orang- orang kaya. Mereka juga ada samriti (perhimpunan rakyat) yang bertanggungjawab menghadkan kuasa raja. EMPAYAR MAURYA (326- 185 SM) Pengasas empayar ini ialah Chandragupta Maurya yang berasal daripada puak Maurya. Empayar inin telah mencapai zaman gemilang ketika agarama Buddha dan menjadi anutan pemerintah; terutama apabila Asoka memeluk agama itu dan menjadi penaungnya. Empayar ini berada di puncak keagungan dan zaman keemasannya pada zaman pemerintahan Asoka (268 – 231 SM). Beliau telah mewujudkan jawatan pegawai keadilan untuk memastikan semua reformasi yang dirancangkan oleh pemerintahan pusat dilaksanakan di peringkat wilayah. Kejayaan beliau adalah disebabkan ketegasannya untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah seperti hukuman mati secara tegas dan berkesan. Sebuah buku “Arthasastra” yang berupa teks tentang kerajaan dan ekonomi susunan atau karya Kautalya (penasihat kepada Chandragupta) juga telah ditulis. Buku ini telah dijadikan panduan kepada pemerintahan dan dihortmati oleh semua rakyat. Zaman Maurya berakhir dengan berlakunya serangan dari luar, sekitar tahun 185 SM – 320 SM. Ianya digantikan oleh Pushyamitra Sungha (180SM), pengasas Dinasti Shunga apabila berjaya menguasai sebahagian lembah Ganges. EMPAYAR GUPTA (320 -520 M) Empayar ini dikenali dengan Zaman Klasik,kerana kebudayaan Hindu di Utara India pada zaman ini semakin kukuh.Perkembangan kesusasteraan Hindu,termasuk juga senibina kuil,kesenian dan sains semakin rancak dengan terbinanya sebuah kuil yang dianggap penting pada zaman ini iaitu Kuil Vishnu di Deograrh.Manakala karya terpenting dalam zaman ini ialah Shankuntala dan Kama 4

Sutra.Kegemilangan dan kecemerlangan zaman ini banyak bergantung kepada kemunculan Dinasti Gupta yang diasaskan oleh Chandraguta I sebelum dikembang dan diperluaskan oleh Samudragupta.Chandragupta telah mendapat gelaran Indian Nepoleon kerana kemampuannya dalam mencapai kecemerlangan ini.Walau bagaimanapun, ancaman dari puak Hunan telah Berjaya melemahkan dan menjatuhkan kerajaan Gupta. ZAMAN PERTENGAHAN (1000-1756 ) Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam.Dalam tempoh ini, Islam memerintah India selama hampir 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706 M/87 H. Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan kerajaan Islam. Peringkat awal hanya berlaku dalam bentuk hubungan perdagangan di bahagian pesisiran pantai. Peringkat kedua pula berlaku dalam bentuk penaklukan oleh Turki, Afghan dan Mongol. Penguasaan Afghan dilakukan melalui Mahmud Al-Ghaznawi (1008-1026 M ). Bandar-bandar yang dikuasai ialah Thanesar, Kanauj dan Mathura yang terletak di bahagian utara India. Pada tahun 1191 M, India telah diambil alih oleh Muhammad Ghuri, kemudian dirampas oelh hambanya Qutbuddin Aibak pada tahun 1206 M. Namun, kerajaan Islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan HinduSikh ke atas Kerajaan Mughal dan diikuti serangan dari pihak Inggeris pada 1857 M.

5

ZAMAN MODEN (1857M- KINI ) Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah British pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga buah Negara (India, Pakistan dan Bangladesh ). Rentetan daripada itu, sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya berpindah ke Pakistan dan Bangladesh. Manakala sebahagian kecil daripadanya masih terus menetap di Negara India ( baru )

5.0 KONSEP TAMADUN INDIA Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya yang berpusat di India utara dan Dravida yang berpusat di India Sealatan. MASYARAKAT INDO-ARYA Bahasa Sanskrit bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat IndoArya MASYARAKAT DRAVIDA Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.

6

6.0 KEDUDUKAN GEOGRAFI Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu Utara dan India Selatan. Sempadan yang memisahkan di antara Utara dan Selatan India adalah pergunungan Vindhya. Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat, bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina. Keadaan geografi boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan-amalan keagamaan.

7.0 MASYARAKAT DAN BUDAYA SISTEM KELUARGA Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan system keluarga bersama yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin. Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta.

7

KEDUDUKAN WANITA Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Indo-Arya Pada Zaman Veda Awal, kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki. Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Selain itu, mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama. Namun begitu, pada Zaman Veda kemudian dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan-pergerakan reformasi Hinduisme telah membawa masalah kedudukan wanita terhadap pihak British supaya ia dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakanpergerakan reformasi, kedudukan wanita dapat dipulihkan pada kurun-19 dan kurun-20. Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Dravida Pada Zaman Sangam, kaum wanita diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Kedudukan kaum wanita mula mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India.

8

Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu :

Ashrama Dharma



Purusartha

ASHRAMA DHARMA Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:1.

Tahap Pertama = Brahmacharya: Mempelajari ilmu pengetahuan

2.

Tahap Kedua = Grihasta: Berumah tangga dan bekerja

3.

Tahap Ketiga = Vanaprasta: Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi

4.

Tahap Keempat = Sanyasa: Sebar ilmu kepada masyarakat

PURUSHARTHA Ia menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu:1.

Objektif Pertama Mulia = Aram/ Dharma: Kepatuhan kepada moral dan etika

2.

Objektif Kedua Mulia = Porul/ Artha: Bekerja untuk kekayaan yang halal

3.

Objektif Ketiga Mulia = Inbam/ Kama: Cinta atau kasih sayang dan kepuasan menikmati harta benda.

4.

Objektif Keempat Mulia = Moksha/ Vidu: Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi. 9

8.0 SISTEM KASTA Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem varna dan sistem jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial seperti berikut:1.

Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama

2.

Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera

3.

Vaisya: pedagang dan peniaga

4.

Sudra: buruh dan petani

5.

Panchama/ Chandala: golongan murtad dan dibuang daripada varna

9.0 BAHASA DAN KESUSASTERAAN Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida. Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke timur, 10

perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi. Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India

11

Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka tersendiri. Kesusasteraan Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida. 9.1 KESUSASTERAAN INDO-ARYA Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit. Kesusasteraan Vedik Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda boleh digolongkan kepada dua bahagian iaitu pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages) dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman; dan kedua,Smriti merupakan ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turuntemurun. Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh diubah; manakalaSMriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

12

Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Antaranya, Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh dunia. Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya berlangsung antara tahun 600SM sehingga 200SM. Enam bidang pengajian tersebut ialah pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola. irama puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa - tatacara pengendalian upacara pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu nahu; dan keennm, fyotisa iaitu astronomi, ilmu falak.

Kesusasteraan Epik Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lagi tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Epik Mahabharata • Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400M. Mengandungi lebih kurang 10 000 seloka (puisi). • Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. • Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan). 13

Bhagavadgita • Mengajar manusia ttg svadharma atau kewajipan mencapai kebenaran. • Mengesyorkan raja yoga (disiplin badan dan minda). • Karma yoga (jalan tindakan). • Bhakti yoga (melalui kebaktian kpd Tuhan). • Jnana yoga (melalui pengetahuan yg benar). Epik Ramayana • Dicipta dan dihasilkanoleh Valmiki di antara tahun 200SM hingga tahun 200M). • Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya. • Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan pendukung watak yg harus diteladani. • Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan. Ia menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal.

9.2 KESUSASTERAAN DRAVIDA Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida. Tolkappiyam Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya ini tidak diketahui, kecuali nama beliau diterbitkan daripada karyanya, menjadi Tolkappiyar. Karya ini mengandungi tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil. Terdapat rujukan 14

mengenai karya-karya yang lebih awal seperti Aindiram dan Agattiyam, tetapi hanya beberapa puisi daripada karya-karya tersebut dapat diperoleh sebagai rujukan dalam karya-karya lain. Kesusasteraan Sangam Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair- penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi tempoh masa dari kurun ke3SM sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi).

Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham danpuram. Aham bererti bahagian dalaman atau pun perasaan dalam hati. Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya. Puisi Aham Cinta dalam puisi aham dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan dan cinta yang tidak sepadan. Cinta yang sepadan bermaksud dua orang bercinta antara satu sama lain dan mereka mempunyai beberapa persamaan dari segi pendidikan, umur yang bersesuaian (lelaki sepatutnya lebih tua daripada perempuan) dan sebagainya. Cinta yang sepadan akan melalui dua tahap masa iaitu pertama, kalavu merupakan cinta sebelum perkahwinan dan kedua, karpu merupakan cinta selepas perkahwinan. Manakala cinta yang tidak sepadan dianggap berdasarkan nafsu sahaja. Misalnya perempuan yang lebih tua bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya, cinta terhadap anak gadis sunti, cinta yang tidak berbalas dan sebagainya.

15

Bagi aham terdapat lima uripporul (tema khusus), iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan bagi sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sebagai disiplin aintinai. Aintinai bererti lima jenis bentuk muka bumi.Sifat istimewa puisi-puisi ini terlihat pada kebolehan penyair-penyair menggunakan unsur-unsur alam semula jadi untuk menandakan dan menggambarkan perasaan dalaman. Puisi Puram Puram merangkumi segala-galanya kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan-kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,pendidikan dan berbagai-bagai citacita yang ideal (sempurna) yang berkaitan dengan kehidupan. Bahagian puram mengandungi sebilangan besar sajak-sajak berkenaan. peperangan kerana peperangan merupakan sesuatu yang dapat menguji keperwiraan seseorang raja serta kemuliaannya. Ini kerana masyarakat memberikan keutamaan kepada sifat keperwiraan, walaupun peperangan membawa kemusnahan serta pengorbanan nyawa dan harta benda.Perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam puisi-puisi puram adalah perasaan diri sendiri atau individu bukan sepeiti aham yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Fikiran dan perasaan yang digambarkan itu adalah berdasarkan kenyataan hidup, nilai-nilai masa dan alam, keperwiraan serta nilai- nilai sosial yang lain.

Tirukkural Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di kalangan masyarakat Tamil. Nilai-nilai yang diperkatakan dalam karya ini bersifat sejagat (universal) dan karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 16

kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat. Dalam Tirukkural, setiap sajak merupakan unit yang berasingan dan berfungsi. Ini menjadikan Tirukkural sebagai satu karya agung ciptaan seorang pertapa yang merupakan pemberian peraturan hidup kepada orang-orang Tamil. 10.0 AGAMA DALAM TAMADUN INDIA Dalam sesebuah masyarakat dan tamadun, perbincangan berkenaan persoalan kepercayaan dan nilai menjadi begitu penting dan sesuatu yang pasti dititikberatkan. Keadaan ini berlaku kerana melalui sistem kerpercayaan dan nilai itu, ia dapat membentuk suatu identiti tersendiri dalam sesebuah tamadun. AGAMA HINDU Sejarah awal kemunculan agama Hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia. Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun-temurun. Nama asal agama Hindu ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat Tuhan yang kekal abadi. Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah Sungai Indus yang berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan bukti-bukti arkeologi di Lembah Sungai Indus

17

seperti patung-patung (yang menandakan konsep Dewi ibu), sebuah mohor (yang menandakan penyembahan Dewa Shiva yang awal), objek-objek yang berbentuk seolah-olah seperti ShivaLinga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian. Ini membuktikan pandangan bahawa agama Hindu merupakan agama tertua di dunia yang masih ada dalam amalan kebanyakan orang di India dan di luar benua kecil India.Agama hinduisme mempunyai 4 tahap perkembangan peringakat kerohanian iaitu dengan Politeisme- memuja unsur-unsur alam semulajadi spt api, angin, pokok, sungai dan sebagainya, Henoteisme- proses perubahan kepercayaan politeisme semulajadi iaitu dewa-dewi memiliki beberapa sifat yg sama, Monoteisme- satu kuasa agung menggerakkan duniawi. Kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Ketiga-tiga sifat Tuhan ini diwakili oleh Dewa Brahma (Pencipta), Dewa Vishnu (Pelindung/pemelihara) dan Dewa Shiva (Dewa Pemusnah) dan akhirnya ialah Monisme- Segala di dunia ini berasal dari satu sumber tentang kewujudannya boleh dirasai di mana-mana. Dengan falsafah agama vedik, mementingkan lima konsep iaitu Brahman, Athman, Karma, Samsara dan Moksha.Terdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu iaitu Kewujudan Tuhan yang tunggal, Manusia itu suci, Perpaduan melalui percintaan, Harmoni agama, dan Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci. Di samping itu, terdapat sepuluh displin yang bersifat sejagat yang diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu Kejujuran (satya), Kesederhanaan (ahimsa), Tidak berzina (brahmacharya), Tidak merompak (asteya), Kesucian (aparigraha), Kebersihan (ahaucha), Kepuasan (santosh), Mengkaji kitab (swadhyaya),Penjimatan (tapas) dan Doa (pooja).

18

AGAMA BUDDHA Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma). Ajaran Buddha Tentang Dhamma: Intisari ajaran Dhamma dirangkumkan dalam Empat Kebenaran Yang Mulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca. atau sebab membawa penderitaan), Nirodha dan Marga. Apt keinginan, cinta, nafsu, gila kekayaan dan sebagainya merupakan Samudaya yang membawa kepada penderitaan. Akhirnya, marga iaitu jalan ataupun cara untuk memadamkan api keinginan. Ajaran Buddha mengesyorkan lapan cara atau jalan iaitu pertama, kepercayaan yang betui (benar); kedua, tujuan atau cita-cita yang betui; ketiga, pertuturan yang baik; keempat, perbuatan yang betui; kelima, hidup yang betui; keenam, usaha yang benar; ketujuh, fikiran yang betui; dan kelapan, renungan yang baik. Kelapan-lapan jalan hidup ini boleh dirangkumkan dalam tiga prinsip utama, iaitu pertama, kepercayaan (pada Buddha sebagai guru, yakin pada Buddha Dhamma bagi mencapai nirwana); kedua, berkelakuan seperti yang ditentukan oleh Sangha; dan ketiga, melakukan renungan yang baik menurut Dhamma bagi mencapai nirwana.Konsep Ahimsa bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut, seorang itu tidak boleh membunuh binatang. Ini menjadi suatu konsep yang penting dalam ajaran agama Buddha. Boleh dikatakan konsep ini merupakan sumbangan Buddha kepada dunia kerohanian. Istilah nirwana (nibbana dalam bahasa Pali) boleh dikatakan sebagai suatu keadaan apabila sesuatu makhluk itu melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan. la merupakan keadaan apabila apt keinginan

19

dipadamkan sama sekali. Orang yang mencapai keadaan nirwana dikatakan akan berada dalam keadaan bahagia, gembira dan ketenangan yang berkekalan. Ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) merangkumi Empat Kebenaran Mulia iaitu Penderitaan itu universal (dukkha), Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya), Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha),Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirohda marga). AGAMA JAINISME Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan besar). Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhisme. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara yang terdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama Jaina. Agama Mahavira mengandungi Sembilan prinsip-prinsip asas atau nava-tattva iaitu:Jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi),Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa),Asrava (daya penarik),Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat),Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik),Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan), Samvara (menahan pengaliran karma),Nirjara (penghapusan karma), dan Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula.

20

AGAMA SIKHISME Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak(1469-1539) yang merupakan seorang Kshatriya Hindu yang dilahirkan di Punjab. Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran agama Sikh ialah menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transcendental dan Tuhan adalah kuasa terkuat yang member kurnia menurut kehendaknya. Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali sebagai Reinkarnasi di dalam agama Hindu, maya, karma dan guru. Selain itu, agama ini menekankan bahawa perkara-perkara seperti kekayaan, pertalian keluarga dan pelajaran .Sifat sombong dapat mengalih perhatian daripada kesedaran Tuhan dan mesti ditolak. Bagi mencapai Tuhan, seseorang itu perlulah dipandu oleh seorang guru. Kitab suci ialah guru granth sahib.Ianya mempunyai Kod moral, kerohanian dan semangat kemanusian tanpa kira agama, bangsa dan gender.Agama sikh percaya tuhan adalah satu, bersifat nirankar, abadi, amat berkuasa ,wujud di mana-mana, bersifat kesempurnaan dan manusia tidak dapat menghuraikannya.Tuhan dipanggil Waheguru “Tuhan yang menakjubkan”.Gobind Singh (1675-1708) adalah guru terakhir dalam sejarah sikh.Beliau telah memperkasa identiti sikh dengan memperkenalkan persaudaraan khalsa dengan memakai lima symbol utama iaitu 5K: Kesh(rambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang besi), Kirpan (pedang kecil) dan Kachera(seluar jerut). 11.0 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun tempatan dianggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada Hindunisai dan Indianisasi. Walau bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat bagi merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada tamadun India. Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati bukan hanya membataskan sumbangan 21

berasakan Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan pembahagian kesan di antara agama Hindu dan Buddha. Antara pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan pencapaian dalam bidang sains. Seni Muzik • Tala/corak- asas teori irama. Raga asas teori melodi. • Alat muzik India terbhgi kpd empat iaitu tata (tali), avanaddha (dram), Ghana (solid atau ideophone), susira (angin). • Di India Utara- alat muzik utama ialah sitar, sahnai dan tabala. • India Selatan – Vinai, natasvaram dam mrdanga. • Natya sastra dan Sangita Ratnakara – teks asas muzik.

Seni Tarian • Seni tari dan muzik mempunyai hubungan rapat. Contoh tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). • Taridra biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera. • Natya Sastra merupakan teks tarian India dicipta oleh Bharata antara kurun ke-2 dan ke-6M.

Seni Drama • Natya sastra- teks yg menyumbang kpd perkembangan drama. • Tujuan drama ialah menghiburkan hadirin dan menyampaikan rasa melalui lapan emosi.

Seni Bina dan Seni Ukir 22

• Berkembang maju pd zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. • Mencapai kegemilangan pd zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. • Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni Lukis • Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. • Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. • Berasaskan epik klasik India spt Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. • Zaman Muslim- pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Ilmu Matematik • Konsep geometri berkembang sjk sebelum masihi lagi. • Maju sejak Zaman Gupta (319M) – konsep nombor abstrak. • Karya matematik – Manuskrip Bakshali bertarikh kurun ke-4 dan Aryabhatiya ciptaan Aryabhata bertarikh 449M.

Ilmu Astronomi dan Kalendar • Jyotisa – satu bhgn utama Veda (Vedanga). Perkiraan astronomi utk menentukan tarikh dan masa upacara pengorbanan. • Kalendar Matahari. • Pengetahuan 7 planet dan dua pusat tenaga serta 27 bintang- membawa kepada menilik

23

(astrologi). Ilmu ini bermula pd zaman Gupta.

Ilmu Fizik dan Kimia • Berkaitan dgn agama dan teologi. • Konsep jirim berdasarkan intuisi dan logika. • Alam semesta terdiri drp gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. • Konsep bunyi berasal drp tujuan utk memahami intonasi sebutan mazmur Veda. • Bidang kimia tertumpu pd pembuatan ubat. Bidang Logam • Kemahiran pd pembinaan tiang besi di Delhi yg dibuat pd kurun ke 5. Bidang Perubatan • Bermula pada zaman Vedik sbg seni ilmu sihir. • Fisiologi, pembedahan, pernafasanmelalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan sebagainya wujud sebelum masehi. • Teks perubatan - Caraka (kurun pertama hingga ke 2) dan Susruta (kurun ke 4).

24

12.0 RUMUSAN Sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat India mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Kebolehan masyarakat tamadun India mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka akan menjadi panduan kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang. Kemampuan masyarakat tamadun India mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang deometri dan pembinaan. Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti oleh jalan raya yang lurus Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnyasama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

25

13.0 LAMPIRAN

Taj Mahal

India Gate

Qutub Minar

Agra Fort

Jama Masjid

The Golden Temple 26

14.0 RUJUKAN a) Ahmad Zaki Abd. Latiff(2012). Buku Teks Titas Edisi Kedua b) Abdul Aziz,H.(2008). Tamadun India masyarakat dan budaya.Diakses pada Oktober 19, daripada http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-india-masyarakat-dan – budaya.html c) http://faizalmulia.blogspot.com/2009/09/titas-2-tamadun-india.html d) http://www.slideshare.net/iera88/tamadun-india-14284072?related=1 e) Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman (

). Buku Teks Tingkatan Empat

27

More Documents from "Athirah Suhaimi"

Esei-folio-titas.docx
June 2020 8
Bacaan Tambahan Bab 5.pdf
December 2019 26
Cabaran Dakwah.pdf
December 2019 25
Indeks Akhbar Umum
October 2019 46