Dakwah Ras ulullah S .A. W. kepada Ali b. Abu Talib Dinukilkan oleh Ibnu Ishak bahawa Ali b. Abu Talib telah datang dan kedua-duanya (Nabi s.a.w. dan Khadijah r.a.)sedang bersembahyang. Maka Ali pun berkata: Ya Muhammad, apakah ini? Jawab baginda s.a.w., Agama Allah dimana aku telah dipilih untuknya dan diutuskan dengannya Rasulnya. Maka aku menyeru kamu kepada Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu untuk-Nya dan kepada penyembahan-Nya sahaja, supaya kamu mengingkari Latta dan Uzza. Ali pun berkata: Sesungguhnya ini adalah ajakan yang belum pernah aku dengari sebelum hari ini, aku tidaklah poleh memutuskan sesuatu tanpa memberitahunyya kepada bapaku Abu Talib. Maka Rasulullah merasa keberatan sekiranya usaha dakwahnya diketahui sedangkan pada ma sa itu tiada perin tah (da ri Allah ) un tu k me ngisy tiha rkan nya. Dengan yang demikian, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada beliau: Ya Ali, sekiranya kamu belum memutuskan untuk memeluk agama Islam maka hendaklah kamu berdiam diri. (Hayatus Sahabah 1-m.s. 89)