Cukai

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cukai as PDF for free.

More details

  • Words: 629
  • Pages: 3
Sumber Hasil Kerajaan -Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain. -Cukai tidak langsung ialah sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan atau dipindahkan sepenuh atau sebahagiannya kepada orang lain. -Hasil bukan cukai merupakan hasil kewangan kerajaan persekutuan selain daripada cukai langsung dan cukai tidak langsung. Hasil bukan cukai terdiri daripada: -lesen dan permit kenderaan. -Bayaran denda,bayaran perkhidmatan daripada orang ramai, dan pendapatan pelaburan kerajaan. -Sewa daripada harta benda yang dimiliki oleh kerajaan. -Dividen yang diagihkan oleh PETRONAS dan royati petroleum serta bayaran tunai gas yang dijual oleh kerajaan. -Penjualan syer syarikat berhard oleh kerajaan seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS),Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhard (MISC), Telekom Malaysia Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad. Jenis-jenis Cukai Langsung Cukai pendapatan syarikat -Cukai ini sumber hasil kerajaan yang terbesar. -Cukai ini dikenakan terhadap keuntungan yang diperolehi oleh syarikat berhad. -Kadar cukai ialah 28% daripada jumlah keuntungan syarikat. Cukai pendapatan perseorangan -Cukai ini dikenakan terhadap pelbagai bentuk pendapatan individu. -Bentuk-bentuk pendapatan individu termasuklah sumber pendapatan daripada pekerjaan, perniagaan,elaun,bonus,dividen,faedah dan sewa. Cukai pendapatan petroleum -Cukai ini dikenakan terhadap semua syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia. -Kadar cukai isial 38% daripada jumlah pendapatan petroleum. Cukai pendapatan koperasi -Cukai ini dikenakan terhadap keuntungan keuntungan koperasi yang menjalankan operasinya di Malaysia. Cukai keuntungan harta tanah -Cukai ini dikenakan apabila sesuatu harta dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga beliannya. Perbezaan antara dua tingkat harga tersebut disebut sebagai keuntungan harta. Duti setem -Duti ini dikenakan apabila dokumen harta yang dipindah hak milik disetemkan. Nilai setem duti bergantung pada harga harta itu.

CUkai tanah -Cukai ini dikenakan setiap tahun terhadap pemilik harta. Kadar cukainya adalah berbeza dan bergantung kepada lokasi dan jenis tanah itu. Cukai pintu -Cukai ini dikenakan setiap tahun terhadap pemilik rumah untuk membiayai infrastruktur dan perkhidmatan awam. Jenis-jenis Cukai Tidak Langsung Duti import -Barang-barang yang diimport dari luar negara dikenakan duti import. -Antara contoh barang yang diimport ialah buah-buahan, tembakau, tekstil, minuman keras, petroleum, minyak wangi dan kereta. Duti eksport -Duti eksport dikenakan terhadap barang yang dieksport ke luar negara. -Contoh barang keluaran utama yang dikenakan duti eksport ialah petroleum, kayu balak, kelapa sawit, dan getah. Duti eksais -Duti eksais dikenakan terhadap barang-barang seperti rokok,tembakau,minyak petrol,minuman keras dan barang mewah seperti kereta dan minyak wangi yang dikeluarkan oleh firma tempatan dan digunakan dalam negeri. -Duti ini dikenakan untuk menyekat penggunaannya oleh sesetengah golongan masyarakat kerana barangan tersebut boleh menjejaskan kesihatan(rokok dan minuman keras) Cukai jualan -Cukai jualan dikenakan terhadap barang akhir yang dijual oleh firma dalam negeri dan barang import dari luar negara. Cukai perkhidmatan -Cukai perkhidmatan dikenakan terhadap perkhidmatan seperti hotel, restoran, pengiklanan, insurans dan pusat servis kereta.Cukai ini ditanggung sepenuhnya oleh pengguna. -Kadar cukai perkhidmatan ialah 5% Cukai perjudian -Cukai perjudian dikenakan terhadap syarikat perjudian yang berlesen seperti kasino, tempat lumba kuda dan syarikat menjual nombor ekor. Persamaan Cukai Langsung dengan Cukai Tidak Langsung -Kedua-duanya merupakan sumber hasil kerajaan. -Kedua-duanya digunakan untuk perbelanjaan kerajaan. -Kedua-duanya digunakan untuk menstabilkan ekonomi melalui dasar belankawan negara. -Beban cukai ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai. Perbezaan antara Cukai Langsung dengan Cukai Tidak Langsung Cukai Langsung -Merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan oleh pembayar cukai kepada orang lain. -Kebanyakan cukai dikenakan mengikut jumlah pendapatana dan tingkat keuntungan. -Cukai ini dikenakan setahan sekali kecuali duti setem. -Cukai yang memberi kesan secara langsung kepada kebajikan individu tersebut. -Cukai pendapatan syarikat,perseorangan,petroleum,duti setem,koperasi.

Cukai Tidak Langsung -Merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan sebahagian atau sepenuhnya kepada orang lain. -Cukai dikenakan terhadap setiap urus niaga yang dilangsungkan bersifat ad-valorem atau spesifik. -Cukai ini dikenakan pada bila-bila masa dalam satu tahun tertentu apabila urus niaga dijalankan -Cukai yang tidak memberi kesan secara langsung kepada kebajikan individu yang dikenakan cukai. -Duti import, duti eksport, cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Related Documents

Cukai
June 2020 8
An Yang Dikenakan Cukai
October 2019 7
Borang B Cukai Perniagaan
October 2019 21
Warta Bea Cukai Edisi 393
November 2019 9
Warta Bea Cukai Edisi 387
November 2019 10
Warta Bea Cukai Edisi 374
November 2019 6