Skema Jawapan Hbef 3203 Mei 2012.docx

  • Uploaded by: or sor oon
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skema Jawapan Hbef 3203 Mei 2012.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,309
  • Pages: 5
BAHAGIAN A 1. Apakah tujuan mengadakan Penilaian Rujukan Kriteria ( PRK )? Nyatakan SATU ciri soalan dan SATU ciri ujian dalam PRK. Menurut Popham (1981), rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Ciri-ciri soalan PRK : soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria objektif pelajaran tertentu. Ciri-ciri ujian: Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan pernyataan lulus / gagal sahaja. 2. Penilaian melibatkan beberapa langkah. Senaraikan semua langkah tersebut. Prosedur /langkah-langkah penilaian: 1. Persediaan ujian 2. Pentadbiran ujian 3. Pemeriksaan Jawapan Ujian 4. Analisis Ukuran 5. Interpretasi dan tindakan susulan. 3. 1. 2. 3. 4. 5. 4.

Berikan 4 ciri yang baik dalam pembinaan Item mengisi Ruang Kosong. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga” supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan / ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara. Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehpercayaan ujian? Nyatakan 3 jenis kebolehpercayaan ujian.

Kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan markah-markah yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Darjah ketekalan ukuran-ukuran boleh ditentukan dalam pelbagai keadaan, misalnya, apabila ujian yang sama diambil oleh pelajar kali kedua, ujian yang sama ditadbirkan oleh guru lain, ujian yg sama diambil oleh pelajar pada waktu yg berbeza, jawapan ujian yg sama diperiksa oleh guru yang berbeza. Ujian yg baik adalah ujian yg mempunyaidarjah ketekalan yg tinggi, iaitu markah skor yg dihasilkan adalah hampir sama dalam apa jua keadaan.

3 jenis kebolehpercayaan ujian: 1. Ukuran kestabilan 2. Ukuran kesetaraan dan kestabilan 3. Ukuran kesetaraan 4. Kebolehpercayaan pemeriksa 5. Ukuran ketekalan dalaman 5.

Nyatakan SATU kelebihan pemarkahan analitik berbanding dengan pemarkahan holistic. Nyatakan 3 sebab kenapa penyelarasan pemeriksaan kertas jawapan perlu diadakan. Skema pemarkahan secara analitik adalah lebih terperinci daripada holistic. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Sebagai contoh, pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah untuk pertimbangan layak diberikan markah penuh. Agihan markah berdasarkan aspek markah untuk isi, persembahan, bahasa atau isi mengikut fakta. 3 sebab kenapa penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu diadakan: 1. Penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang. 2. Tujuan penyelarasan ini dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada calon-calon. 3. Untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah. BAHAGIAN B 1. a) Bandingkan Penilaian Formatif dengan Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan. Ia dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal / akhir tahun ). Ia bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk. Penilaian sumatif dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaab, UPSR dan PMR. b) Bandingkan kelebihan dan kelemahan soalan jenis Aneka Pilihan dan soalan jenis Esei. Bagi setiap jenis, bincangkan bagaimana kelemahannya dapat dikurangkan. Kelebihan soalan jenis aneka pilihan ialah ia memudahkan kerja memeriksakerana soalan jenis ini boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR. Manakala

kelemahan soalan jenis aneka pilihan ini termasuklahsukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar kerana mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Ia juga menggalakkan tekaan. Soalan jenis esei mempunyai kekuatan tersendiri iaitu dapat menggalakkan pelajar meneroka pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, mempamerkan sesuatu idea asli mereka dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat. Selain itu juga pelajar dapat menhenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk kemunikasi bertulis. Item berjawapan terbuka turut mempamerkan beberapa masalah atau kekurangan, iaitu ia memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan, masa yang panjang untuk memeriksa berbanding item objektif, masa yang panjang untuk pelajar menulis jawapan dan pelajar perlu menulis secara jelas dan boleh dibaca. Cara untuk mengatasi kelemahan ini ialah dengan menggabungkan item objektif dan item subjektif dalam satu ujian dengan kadar yang sesuai, ia dapat menjamin kesahan dari segi liputan kandungan dan juga penilaian pada peringkat objektif yang tinggi. 3. Pentadbiran ujian, pemeriksaan dan penyelarasan markah dan penilaian markah ujian adalah langkah-langkah akhir dalam penilaian. (a) Sediakan satu senarai semak bagi persiapan tempat ujian supaya ujian itu dapat berjalan dengan lancar. Senarai semak bagi persiapan tempat Ujian: 1. Arahan Ujian - arahan dalam kertas soalan / arahan guru atau ketua pengawas peperiksaan - sebelum peperiksaan bermula / semasa mula menjawab soalan / sebelum tamat masa menjawab / selepas tamat masa menjawab 2. Suasana di Tempat Peperiksaan 3. Jarak Tempat Duduk (b) Terangkan tujuan mengadakan penyelarasan pemeriksaan kertas jawapan dan penyelarasan markah ujian. 1.

Penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.

2.

Tujuan penyelarasan ini dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada calon-calon. Untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

3.

BAHAGIAN C SOALAN NO. 2 Setelah selesai sesuatu penilaian; satu laporan perlu disediakan untuk pihak berkepentingan supaya mereka mendapat maklumat yang berguna dari penilaian tersebut. Nyatakan pihak yang berkepentingan dalam penilaian pelajar dan bincangkan mengapa laporan penilaian berkenaan adalah penting bagi mereka. Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Tujuan penilaian ialah meenentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sikap, motivasi dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru mereka yang berkepentingan termasuklah : 1. Guru Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat ini dapat membantu guru untuk membuat keputusan akhir tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Selain merancang dan melaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu, guru dapat meningkatkan motivasi pelajar selain merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan tahap pelajarpelajarnya. 2. Pelajar Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini diperlukan untuk mereka membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai selain mengubah gaya pembelajaran mereka ke suatu tahap yang lebih baik. Mereka juga perlu mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai dan bersistematik. Maklumat ini akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan yang strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik. 3. Ibu bapa Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan dan sahsiah anakanak mereka. Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu bapa juga boleh memberi nasihat dan memotivasikan anak-anak di rumah.

4. Guru Kaunselor -memberi bimbingan dan kaunseling dan memantau perkembangan sahsiah pelajar -memberi bimbingan tentang gaya pembelajaran mereka -menentukan keberkesanan program bimbingan dan kaunseling -menasihati pelajar tentang pengajian dan kerjaya yang sesuai 5. Guru Besar Sekolah -merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. -membantu guru besar merancang program untuk kecemerlangan sahsiah pelajar. -menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran -menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya. 6. Pegawai Pendidikan Daerah -untuk membantu merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembanbangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah penyeliaannya. -menentukan keberkesanan program 7. Bakal Majikan Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Selain itu juga meklumat ini akan membentu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pemilihan ini penting bagi menentukan kualiti pekerjaanya sama ada pelajar ini akan menjadi pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya.

Related Documents


More Documents from "yushaimi"

Objektif.docx
June 2020 2
June 2020 10
June 2020 6
June 2020 6