Penghargaan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penghargaan as PDF for free.

More details

  • Words: 515
  • Pages: 4
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali saya sangat bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan dan kajian ini dengan baik. Selain itu, saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana mendapat bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Raemah bt Gobil yang telah banyak membantu dan memberi maklumat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Sehubungan itu, beliau merupakan guru sejarah saya yang telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya. Ibu saya yang bernama Kamariah binti Othaman dan bapa saya yang bernama Abdul Latiff bin Kadir Abdul Hamid telah banyak memberi sokongan dan semangat kepada saya bagi menjayakan kajian ini dengan jayanya. Mereka juga membantu saya dari segi kewangan dengan membeli barang-barang untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, mereka juga telah memberi kebenaran keluar rumah kepada saya untuk melawat ke Fort Cornwallis bersama rakan-rakan.

Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan kajian saya, iaitu Luqman, Iqhwan, Assri, Faszil, Faris, Saifuddin, Amirul dan Zaffan yang telah membantu saya menyiapkan tugasan dan menjalankan kajian dengan baik. Mereka juga telah bersama-sama saya melawat ke Fort Cornwallis. Selain itu, mereka juga memberi kerjasama yang baik ketika berada dalam kumpulan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Hashnan bin Shariff dan juga anak-anaknya iaitu Encik Haireey bin Hashnan dan Encik Haizeel bin Hashnan yang sudi ditemu ramah oleh saya untuk mendapatkan maklumat. Mereka juga telah memberi kerjasama yang baik ketika ditemu ramah. Selain itu, mereka juga menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan Fort Cornwallis.

KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah-kaedah kajian yang digunakan oleh saya untuk melaksanakan kerja kursus adalah seperti berikut :a) PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN Saya membuat penyelidikan dan mencari maklumat di perpustakaan Bagan Ajam. Di perpustakaan, saya mendapat pelbagai maklumat ketika membuat penyelidikan mengenai Fort Cornwallis. Selain itu, saya juga mendapat pertolongan daripada pekerja di situ ketika membuat penyelidikan. b) MENEMU BUAL ORANG SUMBER Saya telah menemu bual Encik Hashnan bin Shariff dan juga anak-anaknya mengenai sejarah penubuhan Fort Cornwallis. Mereka juga telah memberi kerjasama yang baik ketika di temu bual. Berikut adalah beberapa soalan yang saya temu bual:1) Bilakah Fort Cornwallis ini dibina? 2) Siapakah pengasasnya? 3) Apakah bahan yang digunakan untuk membina kota ini?

4) Apakah tujuan kota ini dibina? 5) Siapakah buruh yang terlibat sepanjang kota ini didirikan? c) MELAYARI INTERNET Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang Fort Cornwallis. Selain itu, saya juga melayari internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Berikut adalah laman web yang telah saya layari:1) http//www-penang-vacations.com/Fort Cornwallis.html d) LAWATAN KETEMPAT KAJIAN Saya melawat ke tempat kajian saya bersama rakan-rakan sekumpulan kajian saya. Kami berkumpul di Penang Central pada pukul 10 pagi sebelum bertolak ke tempat kajian dengan menaiki feri. Kamitiba di tempat kajian pada pukul 11.30 pagi. Sebelum masuk, kami diwajibkan membayar RM 3.00 seorang. Ketika berada di tempat kajian, kami telah menangkap gambar dan mengumpul maklumat mengenai tempat kajian untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami bertolak balik pada pukul 1.00 tengahari.

Related Documents

Penghargaan
May 2020 20
Penghargaan
May 2020 17
Penghargaan
May 2020 25
Penghargaan
June 2020 23
Penghargaan
June 2020 20
Penghargaan
May 2020 13