Company Profile 01

  • Uploaded by: Pojie0287
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Company Profile 01 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,816
  • Pages: 19
SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Syarikat Info Syarikat Objektif Syarikat Misi & Visi Syarikat Perkhidmatan Kami Pakej Yang Ditawarkan Profail Ahli Kumpulan

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

PENGENALAN SYARIKAT

ESI Strategies Traning & Consultant (didaftarkan SMART ESI SDN. BHD.) ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan dalam bidang perundingan, pengendalian program, latihan dan motivasi. E.S.I adalah gabungan daripada awalan 3 perkataan iaitu EMOTIONAL, SPIRITUAL dan INTELLECTUAL. Ketiga-tiga elemen ini amat penting didalam konsep pembangunan modal insan yang seimbang. Ditubuhkan oleh bekas – bekas pelajar yang aktif didalam

persatuan

dan

berpengalaman

dalam

mengendalikan pelbagai program sama ada didalam mahupun diluar kampus. Sebilangan jurulatih ESI Strategies Traning

&

Consultant

pernah

menyandang

jawatan

Pengerusi ataupun Yang Di-Pertua (YDP) didalam

pelbagai persatuan/perwakilan yang

terdapat di dalam kampus. Dengan kelebihan ini, kami percaya dan yakin dapat membantu pihak sekolah, IPT serta mana-mana organisasi dalam mencapai objektif masing-masing supaya membantu menghasilkan pelajar atau individu yang berketrampilan, mempunyai sifat kepemimpinan dan seimbang didalam pelbagai bidang. Kami juga memberi fokus dalam latihan pengurusan organisasi kerana ia adalah aspek yang paling utama dalam kehidupan pelajar IPT bagi menyediakan diri untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Modul – modul yang digunakan adalah lebih tertumpu kepada pelajar sekolah, penuntut IPT dan organisasi di IPT. Ini kerana, dengan pengalaman kami sebagai pelajar dan juga pemimpin pelajar menjadi satu kelebihan dalam melatih dan mengukuhkan jati diri, meningkatkan sifat kepimpinan, dan memastikan supaya emosi, spiritual serta intelektual seiring dalam pembentukan peserta yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, adalah menjadi kesungguhan kami untuk memastikan kami mendapat mencapai objektif para pelanggan dan objektif ESI Strategies Training.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

INFO SYARIKAT

“ESI Strategies Training & Consultant berazam untuk memberi perhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan menjadi sebuah syarikat perundingan dan pengendalian latihan yang mantap dan disegani. ”

Nama Syarikat ESI STRATEGIES TRAINING & CONSULTANT No. Pendaftaran Perniagaan 759521-A Nama Syarikat Berdaftar SMART ESI SDN BHD Alamat Perniagaan NO 44, Jln Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan Alamat Surat-menyurat NO 44, Jln Ixora 1/9 Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan No. Telefon Untuk Dihubungi 013-2115079 (Mohd Suhada Bin Zolkifli)

Maklumat Bank MAYBANK BERHAD Branch: Tech. Park Bukit Jalil No Akaun: 1644-1804-0991 -Mohd Hermas Bin Ab Jalil

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

3.

Membantu dalam pembangunan modal insan yang seimbang dari segi MISI danspiritual VISI emosi, dan intelektual.

Membantu menghasilkan peserta yang seimbang emosi, spiritual dan intelektual dalam mencapai matlamat peserta yang cemerlang.

6.

2.

Mencetuskan anjakan paradigma untuk menjadikan pembelajaran atau berkhidmat didalam organisasi adalah satu ibadah yang bukan hanya untuk kejayaan dunia tetapi kejayaan akhirat.

Membina nilai – nilai kepimpinan dan tanggungjawab didalam kepimpinan individu dan organisasi peserta.

5.

1.

Membina kekuatan dalaman (rohani, pemikiran dan perasaan) para peserta berasaskan pembinaan sistem keyakinan, perubahan mind-set dan penerapan nilai.

4.

OBJEKTIF SYARIKAT

Menyediakan latihan yang mantap dan berkeyakinan seiring dengan pengalaman kami supaya pelajar menjadi lebih bersedia didalam pembelajaran, organisasi seterusnya dunia pekerjaan yang sebenar.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

MISI & VISI SYARIKAT c

ESI Strategies Training & Consultant berazam untuk memberi perhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan menjadi sebuah syarikat perundingan dan pengendalian latihan yang mantap dan disegani. Kami bertekad untuk turut

sama dalam membangunkan generasi yang berketrampilan dan menyediakan modal insan yang seimbang dari segi

emosi, spiritual dan intelektual.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

PERKHIDMATAN KAMI

ESI Strategies Training & Consultant amat menitikberatkan tentang keberkesanan sesebuah program latihan agar segala objektif program akan tercapai bagi memenuhi kehendak pelanggan. Kami melakukan perubahan besar kepada konsep program kami yang berbeza dengan program latihan ditempat lain dengan mewujudkan 'mood' yang tersendiri ke dalam diri peserta agar minda mereka sentiasa terangsang untuk menerima dan memahami segala apa yang dipelajari.

PERINGKAT SEKOLAH 

Kem Ibadah



Kem Kepimpinan Pengawas



Kem Unit Beruniform Sekolah



Motivasi Challenge



Kem “Diriku Harapan Keluarga” (khas untuk masalah disiplin dan bermasalah)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

PERINGKAT IPT      

Kem Pengurusan Organisasi Kem Team Building Kem Pemimpin Mahasiswa Harapan Kem Motivasi Dan Orentasi Pelajar Baru Kem Persediaan Fasilitator Kem Kembara Dan Survival Alam

KAMI JUGA MENYEDIKAN PERHIDMATAN RUNDINGAN TEMPAT LATIHAN DAN REKREASI SEPERTI :    

Kem latihan Dewan Pusat peranginan Jurulatih khas

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

PENGENALAN SYARIKAT

PERINGKAT SEKOLAH Jangka masa 3 hari 2 malam Perkhidmatan Kursus

Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM40 seorang / minima 60 orang

Jangka masa 2 hari satu malam Perkhidmatan Kursus

Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM30 seorang / minima 60 orang

Jangkamasa Program : 1 hari Perkhidmatan Kursus

Jurulatih, penceramah

*RM25 seorang / minima 60 orang

PERINGKAT IPT Jangka masa 3 hari 2 malam Perkhidmatan Kursus

Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM45 seorang / minima 60 orang

Jangka masa 2 hari satu malam Perkhidmatan Kursus

Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM40 seorang / minima 60 orang

Jangkamasa Program : 1 hari Perkhidmatan Kursus

Jurulatih, penceramah

*RM30 seorang / minima 60 orang

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Peringatan: *

Harga perkhidmatan di atas hanyalah berdasarkan perkhidmatan perundingan sahaja. Pakej tidak termasuk penginapan dan makanan.

*

Bagi perhidmatan program beserta kem latihan. Pelangan boleh menghubungi E.S.I untuk rundingan tempat dan harga.

*

Bagi lain - lain perkhidmatan, pelanggan boleh menghubungi E.S.I untuk rundingan Harga

*

Harga yang ditetapkan adalah tertakluk kepada situasi semasa dan rundingan.

TERMA DAN SYARAT

Pakej yang ditawarkan di atas adalah untuk pelanggan-pelanggan dari Semenanjung Malaysia sahaja. Pelanggan-pelanggan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dikehendaki menghubungi kami terlebih dahulu untuk maklumat harga. Setiap pakej adalah bersesuaian untuk program – program tertentu sahaja. Sila dapatkan maklumat kesesuaian program dengan pakej yang ditawarkan. Minima 60 peserta untuk setiap pakej bagi pakej program peringkat sekolah dan IPT. Bagi penyertaan kurang dari 60 peserta, bayaran minima khidmat kursus sebanyak RM2400 bagi peringkat sekolah dan RM2700 bagi peringkat IPT. Caj Pengangkutan akan dikenakan bagi jemputan mengendalikan program luar kawasan ( Kuala Lumpur & Selangor ). Pengangkutan disediakan jika dikehendaki. Sila hubungi kami untuk maklumat harga pengangkutan. Pihak sekolah / IPT boleh memilih samada mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dari ESI ATAU menguruskan pengangkutan sendiri.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Pengiring atau urusetia dari pihak pelanggan yang menyertai mana-mana program dikehendaki membayar bayaran penginapan ( Chalet ) dan makan minum terus kepada pihak kem SENDIRI. Penetapan tarikh ( booking ) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh program. Bayaran pendahuluan ( Deposit ) sebanyak 30% hendaklah dibayar apabila membuat pengesahan penetapan tarikh program. Baki bayaran hendaklah diselesaikan pada hari program dijalankan ATAU selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh program dilaksanakan. Tarikh yang telah dipilih tidak boleh dibatalkan atau ditunda ke tarikh lain kecuali atas alasan-alasan yang munasabah yang boleh dipertimbangkan. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan bagi program yang dibatalkan 10 hari sebelum tarikh program. Pihak penganjur adalah bertanggungjawab secara keseluruhan keatas peserta sepanjang program berlangsung.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

PROFAIL AHLI KUMPULAN

Tn. Muhammad As-Suhaimi Bin Suhardi (Pengarah Program dan Jurulatih Modul)

“Kami bertekad untuk turut sama dalam membangunkan generasi yang berketrampilan dan menyediakan modal insan yang seimbang dari segi emosi, spiritual dan intelektual. ”

Mohd Suhada Bin Zolkifli (Motivator) Siti Norfatihah Binti Ab Hamid (Motivator) Nik Muhammad Hazdreen Bin Nik Ruseli (Outdoor Trainer) Norsyida Binti Ibrahim (Fasilitator) Mohamad Nazmi Bin Muhamad Asri (Fasilitator) Mohd Hermas Bin Ab Jalil (Pembangun Web & ICT/ Fasilitator)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Mohd Suhada Bin Zolkifli (Pengarah Program dan Jurulatih Modul) Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh dari tahun 1994 hingga tahun 1999.Seterusnya menyambung pendidkan di peringkat menengah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra (2000-2002) dan di SMT Kuala Kangsar (2003-2004). Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam bidang Pengurusan Hotel Di Politeknik Sultan Idris Shah,Sabak Bernam Selangor. Beliau mula bergerak aktif sejak di bangku sekolah lagi dengan menganggotai Pembimbing Rakan Sebaya.Semasa di Politeknik,beliau mula aktif dalam organisasi pelajar.Beliau menganggotai Jawatankuasa Pelajar Kamsis sejak berada dalam semester 2.Beliau menjawat jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Kamsis bagi tahun 2008.

Beliau mula aktif menjalankan aktiviti motivasi di sekolah-sekolah sekitar Selangor dan Perak.Beliau juga aktif dalam menjalankan Kursus kepimpinan dalaman dan luaran sama ada melibatkan pelajar politeknik mahupun sekolah.Antara program yang pernah di jayakan beliau ialah,kursus kepimpinan perantis JPK PSIS,Kem Menuju Puncak Impian di SK Seri Cempaka,Program Motivasi Pemangkin Insan Cemerlang di SK Kg Air Hitam Teluk Intan dan beberapa program lain.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Siti Norfatihah Binti Ab Hamid (Pengarah Program dan Jurulatih Modul)

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek.Ren.Keb.Sungai Sekamat dan Sek. Ren. Agama Sungai Sekamat (1994-1999). Beliau kemudianya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Sultan Abdul Aziz Shah Kajang (20002004). Beliau melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan pada Januari 2006 dan menerima pengiktirafan pada Oktober 2008.

Anak keempat dari lima adik- beradik ini sangat aktif di dalam ko-kurikulum. Seawal usia 9 tahun beliau memulakan karier sukannya dan mula mewakili sekolah dalam pelbagai jenis pertandingan seperti pertandingan sajak, pidato, tilawah al-quran, debat bahas ala parlimen dan sebagainya. Sewaktu di politeknik beliau mula menceburi diri di dalam organisasi. Bermula dengan jawatan Ahli Biasa (sem 1) dan berkembang ke beberapa jenis jawatan tertinggi dalam pelbagai jenis perwakilan. Antaranya, Exco Biro Kerohanian MPP dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam. Beliau juga pernah menjadi salah seorang peserta di Kem Khidmat Negara dan pernah menjadi Wirawati Contoh pada tahun 2005.

Di antara program yang pernah beliau hadiri ialah Kursus Kepimpinan, Minggu Kefahaman dan Penghayatan Islam, Kursus Motivasi Bergitar, Minggu Kesetiausahaan Peringkat Politeknik, Konvensyen Pembimbing Rakan Sebaya, menjayakan program Ihya‟ Ramadhan, Ahli Panel fórum Isra‟ Mikraj dalam Konteks Kemerdekaan, Kursus Emotion Quation, Majlis Tilawah Quran, dan Kursus Biro Tatanegara.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Nik Muhammad Hazdreen Bin Nik Ruseli (Pengarah Program dan Jurulatih Modul)

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Ampang (1994-1999). Beliau kemudianya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Dato‟ Ahmad Razali (2000-2002). Beliau mendapat tawaran di Sek. Men. Teknik Setapak di dalam aliran Kejuruteraan Awam pada tahun 2003. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam aliran yang sama pada 2006 dan menerima pengiktirafan pada 2009.

Anak kedua dari empat beradik ini sangat aktif di dalam ko-kurikulum. Seawal usia 9 tahun beliau memulakan karier sukannya dan mula mewakili sekolah sewaktu berumur 10 tahun. Sewaktu di politeknik beliau mula menceburi diri di dalam organisasi. Bermula dengan jawatan Ahli Biasa (sem 2) diikuti Ketua Biro Sukan & Rekreasi (sem 3) dan akhirnya menjadi Pengerusi Kelab Kejuruteraan Awam ( sem 5 & sem 6).

Di antara program yang pernah beliau hadiri ialah Kursus Kepimpinan 2006, Kem Mantapan Jati Diri Gua Tempurung 2007, Kem Mantapan Jati Diri Lenggong 2008. Beliau juga menjadi Pengarah Program bagi Majlis Makan Malam Graduan, Hari Keluarga Jabatan Awam, Gotong Royong Jabatan Awam, Hari Bersama Ketua Jabatan Awam, Inteligent Explorace. Beliau juga terlibat untuk menjayakan program Ihya‟ Ramadhan, MKPI 1, 2, dan 3, Ukhwah Ramadhan, Kursus Kertas Kerja Dasar PRSP, Sehari Bersama Warga Bagan Terap.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Norsyida Binti Ibrahim (Pengarah Program dan Jurulatih Modul) Beliau dilahirkan di Hospital Reading Berkshire, United Kingdom pada 4 Ogos 1986. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Taman Muda pada tahun 1993 sehingga tahun 1995 sebelum berhijrah ke SRK Pandan Indah, Selangor pada tahun 1996. Di peringkat menengah, beliau telah menyambung pendidikan di S.M.K Pandan Indah dalam tingkatan satu sehingga tingakatan tiga, seterusnya ke Sek Men Teknik Kuala Klawang dari tingkatan empat sehingga menamatkan pelajaran peringkat menengah di tingkatan lima. Anak didik S.M.K.T Kuala Klawang ini, menyambung pendidikan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor dalam bidang Pengurusan Hotel dan Katering dari tahun 2005 sehingga tahun 2008.

Beliau mula bergiat aktif berpersatuan sejak di bangku sekolah lagi, dengan menjadi pustakawan sekolah di peringkat rendah, manakala di peringkat menengah pula sebagai pemimpin pelajar sekolah dan pernah menerima Anugerah Kepimpinan daripada pihak sekolah. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang kokurikulum dan selalu diberi kepecayaan untuk memegang jawatan penting seperti Naib Pengerusi Persatuan Silat Gayong Fatani dan Naib Pengerusi bagi Persatuan Agama Islam Sekolah. Manakala di peringkat Politeknik pula beliau bergiat aktif dalam Persatuan Ukhuwah atau dulu lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Pusat Islam, dan Kelab Hospitaliti.

Semasa menganggotai persatuan-persatuan ini, beliau telah banyak diberi kursus-kursus kepimpinan, team building jadi diri dan sebagainya, dengan bakat kepimpinan yang ada pada beliau, beliau juga telah diberi amanat untuk menjadi fasilitator kepada ahli-ahli baru untuk kem kepimpinan pemimpin pelajar, kem pemantapan organisasi, serta minggu suai kenal pelajar.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Mohamad Nazmi Bin Muhamad Asri (Pengarah Program dan Jurulatih Modul) Beliau dilahirkan di Hospital Bersalin Pulau Pinang pada 15 September 1987. Beliau mendapat pendidikan awal di S.K Francis Light Pulau Pinang pada tahun 1994 sehingga tahun 1998 sebelum berhijrah ke S.K Sri Langat Banting, Selangor pada tahun 1999. Di peringkat menengah, beliau telah menyambung pendidikan di S.M.K Tinggi Kajang pada tahun 2000-2005. Bekas pelajar S.M.K Tinggi Kajang ini, menyambung pendidikan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor dalam bidang Kejuruteraan Awam dari tahun 2006 sehingga tahun 2008.

Beliau mula bergiat aktif berpersatuan sejak di bangku persekolahan dengan menjadi salah seorang ahli Kelab Teknologi Kejuruteraan, selain itu beliau juga adalah Pengerusi bagi Kelab Siaraya Sekolah. Beliau juga turut menganggotai Pembimbing Rakan Sebaya. Selepas menyambung pengajian di peringkat diploma, beliau meneruskan minat dan bergiat di dalam Persatuan Ukhuwah dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pusat Islam dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik semenjak semester 1. Pada tahun 2008, beliau telah diberi mandat dan kepercayaan memegang jawatan Pengerusi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik.

Semasa menganggotai persatuan-persatuan ini, beliau bergiat didalam Program „Team Building‟ di peringkat dalaman Politeknik dan juga Kem Kepimpinan kepada ahli-ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik. Program yang telah dijayakan oleh beliau antaranya adalah Program Muhibah melibatkan PRS Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim Perak dan juga Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Selain itu ialah Kem Kepimpinan PRS Politeknik Sultan Idris Shah dan beberapa lagi program.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Mohd Hermas Bin Ab Jalil

Menerima pendidikan awal di Sek. Keb. Sungai Besi, Kuala Lumpur (1994-1999) dan seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur (SMAKL) (2000-2004). Beliau kemudiannya menyambungkan pelajarannya ke Politeknik Sultan Idris Shah (2006-2008) dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Antara pencapaian tertinggi yang pernah diterimanya adalah Anugerah Kecemerlangan Akademik & KoKurikulum Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada Majlis Konvokesyen ke-4 Politeknik Sultan Idris Shah. Beliau telah membuktikan bahawa sebarang aktiviti ko-kurikulum tidak akan mengganggu prestasi akademik jika masa diuruskan dengan baik.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah Bendahari Pusat Islam PSIS -Semester 1, 2006; Ketua Biro Data & ICT Jawatankuasa Pelajar Kamsis PSIS – Semester 2-6, 2006-2008; Naib Pengerusi Kelab Kejuruteraan Elektrik PSIS – Semester 5-6, 2008 dan pernah menjadi Pengarah Program bagi JKE Decathlon anjuran Kelab Kejuruteraan Elektrik PSIS. Beliau juga sering dilantik menjadi AJK bagi hal-hal yang berkaitan dengan ICT, rekabentuk grafik, poster dll. Antara program yang mendapat sentuhan kreatif beliau adalah Program Minggu Kefahaman & Pengahayatan Islam (Pusat Islam PSIS), Konsert Keamanan Asia Barat (JPK PSIS-AMAN MALAYSIA), Malam Para-Graduan Konvokesyen Ke-3 PSIS (ALUMNI PSIS), Kejohanan Pencak Silat Tertutup PSIS (JPP PSIS) dan banyak lagi.

Beliau juga kerap menghadiri kursus-kursus seperti Kursus Organisasi Pentadbiran (KOP), Kursus Emotion - Quitón (EQ) dan beberapa kursus yang lain.

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Related Documents

Company Profile 01
May 2020 0
Company Profile
November 2019 51
Profile Company
April 2020 31
Company Profile
July 2020 27
Company Profile
November 2019 48

More Documents from "Mr. LALIT KUMAR KIRI"

Rileks
May 2020 2
Company Profile 01
May 2020 0
Mat Lam At
May 2020 1