Ciri-ciri Seorang Jurutera Atau Pentadbir

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ciri-ciri Seorang Jurutera Atau Pentadbir as PDF for free.

More details

  • Words: 1,891
  • Pages: 8
Ciri-ciri seorang jurutera atau pentadbir sistem yang baik Mohammad Bahathir Hashim [email protected] January 28, 2003

Contents 1 Pengenalan

2

2 Perkara yang perlu diambil perhatian

2

3 Pengalaman

2

4 Open Source Systems Sdn. Bhd.

3

5 Tugasan

3

6 Perkara dan ilmu yang perlu ada 6.1 Ilmu . . . . . . . . . . . . . . . . . 6.2 Pengetahuan mendalam . . . . . . 6.3 Interaksi dengan manusia . . . . . . 6.4 Berusaha tanpa mengenal putus asa 6.5 Kreatif dan Inovatif . . . . . . . . . 6.6 Perancangan masa hadapan . . . . 6.7 Dokumentasi . . . . . . . . . . . . 6.8 Pembacaan . . . . . . . . . . . . . 6.9 Mengajar dan belajar . . . . . . . .

4 4 4 4 4 5 5 5 6 6

7 Cabaran

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

7

1

1

Pengenalan • Kenapa saya memilih bidang kejuruteraan sistem atau pentadbiran sistem? • Cabaran kerjaya sebagai jurutera sistem.

2

Perkara yang perlu diambil perhatian • Setakat mana pembelajaran kita di U/K dapat membantu dalam pelaksanaan kerja harian. • Pentingnya pembelajaran sepanjang masa. Peka terhadap isu semasa kerana teknologi berubah dengan pantas. Tamat pengajian di instiusi pengajian tinggi, tidak semestinya kita sudah tidak perlu belajar lagi. Banyak benda lagi yang kena belajar lebih-lebih lagi berkaitan dengan kemahiran semasa bekerja. • Suasana kerja tidak semestinya sama seperti yang dialami semasa zaman belajar. Banyak perkara atau benda baru akan kita jumpa. Sikap ingin menucba dan belajar perkara baru adalah perlu.

3

Pengalaman • Minat komputer sejak 1984, bermula dari pembacaan majalah dan televisyen • 1987 Mula menggunakan komputer untuk projek ko-kurikulum di asrama di UM. Sekadar menulis surat dengan WordStar. • 1989, pertama kalinya menyentuh UNIX, Sun OS. Tapi masih belum minat dalam bidang pentadbiran sistem lagi. Seronok dapat guna email buat pertama kalinya. Berhubung ke Internet guna newsgroup. Disinilah saya mula berjinak-jinak dan terlibat dengan projek perisian Open Source GNU. • 1994 kembali ke zaman DO$ dan WinDO$. Bermula dengan kerja kecilkecilan sebagai technician dan penjaga kedai siber disamping membuat kerja part-time. 2

• 1996 berhijrah ke KL dan memulakan karier sebagai jurutera sistem. • 1997 Buat pertama kalinya saya menyentuh Linux distro Slackware. Ini titik permulaan yang tiada hentinya hingga sekarang. • 1999 Membuat kerja Access Control dengan SCO UNIX disalah sebuah syarikat gergasi di Malaysia ini. Berpeluang melihat persekitaran yang berbeza dan pengalaman baru. • 2001 Bekerja dengan Open Source Systems Sdn. Bhd. Disini saya terdedah dengan banyak perkara baru.

4

Open Source Systems Sdn. Bhd. • Mempelopori HPC High Performance Computing dan VR solution, disamping meneroka bidang bioinformatik. Kebanyakkan pelangganpelanggan adalah terdiri dari institut pengajian tinggi dan R&D. Juga meganjurkan kelas latihan kemahiran Linux (GNU/SAIR).

5

Tugasan • Menjaga dan memperbaiki sistem dan jaringan organisasi berjalan dengan lancar. Memastikan perkakasan dan perisian dapat memenuhi kehendak terkini. • Memastikan tiada pencerobohan dan isu keselamatan yang boleh menggganggu pentadbiran organisasi , virus, trojan, penceroboh, penggodam. • Merancang penaiktarafan sistem dan servis menurut perkembangan organisasi, mencari kaedah yang lebih bersesuaian dan efisien. •

Backup : Memastikan risiko kehilangan data penting dapat dikurangkan, disamping memastikan servis dapat dipulihkan dalam masa yang terpantas.

3

6 6.1

Perkara dan ilmu yang perlu ada Ilmu

Ilmu pentabiran sistem terutama sekali sistem UNIX. Pengetahuan dalam penggunaan Shell Scripting adalah amat penting kerana ianya akan memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pentabiran dan otomasi. Seorang pakar dapat menyediakan sistem yang boleh digunapakai selama berbulanbulan ataupun bertahun-tahun tanpa perlu disentuh atau interaksi lagi. Pengetahuan text proccessing seperti sed, awk dan utiliti lain dapat membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja harian. Pengetahuan asas bahasa pengaturcaraan lain seperti C, C++, PHP, ... juga akan membantu semasa mencuba perisian baru dan semasa membuat ujian pada servis yang baru.

6.2

Pengetahuan mendalam

Pengetahuan mendalam mengenai sesuatu sistem atau perisian. Kemahiran ini dapat memudahkan dan menjadikan kerja lebih pantas disamping mengurangkan risiko timbulnya permasalahan. Ini harus dijana melalui pembacaan, pengalaman dan ujian.

6.3

Interaksi dengan manusia

Walaupun kebanyakkan jurutera sistem mahir berinteraksi dengan mesin, interaksi dengan manusia pun sangat diperlukan juga. Lain orang, lainlah ragamnya. Lebih-lebih lagi bagi melayan pengguna sistem yang kurang arif dengan sistem yang disediakan. Janganlah disebabkan masalah yang kecil, hubungan antara pengguna menjadi renggang dan ini akan menyukarkan kerja kita pada masa hadapan. Sabar merupakan senjata utama bagi mengatasi kerenah-karenah dan ragam manusia ini. Berbaik dan berkongsi ilmu dengan rakan sekerja lain.

6.4

Berusaha tanpa mengenal putus asa

Silap sekali bukanlah bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Belajar dari kesilapan. Bertanya atau carilah jalan penyelesaian dengan apa cara sekali pun.

4

6.5

Kreatif dan Inovatif

Ini juga merupakan elemen yang sangat penting kerana, ianya dapat membantu menyelesaikan masalah dengan sempurna dan pantas. Guna pakai cara yang sedia ada, bila ditambah dengan kreativiti maka, kita dapat menghasilkan sesuatu yang baru yang lebih baik dari yang asalnya. Kreativiti ini biasanya datang bersama-sama pengalaman dan ilmu yang dipelajari dari masa ke semasa. Seharusnya kita tidak harus melakukan satu-satu kerja yang sama saja sepanjang masa. Ini akan menimbulkan rasa bosan. Lakukan kerja-kerja tersebut dengan cara yang berbeza. Biasanya dalam organisasi, kita perlu mematuhi kehendak tugasan dan jarang atau sukar untuk diubah. Adakan suatu sistem cubaan atau ujian dimana kita boleh menguji cara baru. Sekiranya kita rasa ianya lebih baik cara yang dilakukan sekarang, maka beritahu dan buktikan pihak atasan supaya cara baru dapat diguna pakai. Ini akan menaikkan semangat untuk belajar perkara yang baru, disamping keseronokkan untuk bekerja.

6.6

Perancangan masa hadapan

Setiap sistem yang kita pasang harus boleh dinaik taraf atau dipindahkan ke sistem yang lebih baik tanpa masalah yang besar. Perancangan yang teliti perlu dilakukan sebelum kita memulakan kerja-kerja pemasangan sistem. Fikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Katakan kita ingin memasang pelayan email. Berapa besar ruang yang perlu kita sediakan? Katakan ruangan tersebut sudah penuh, apa yang harus dilakukan samada pada jangka pendek; seperti memadam fail-fail yang tidak diperlukan atau jangka panjang : menambah HDD baru. Sekiranya perkasan baru ditambah, bagaimana pula cara untuk memindahkan data tanpa menggangu operasi. Bagaimana pula dengan strategi sekiranya, pelayan email rosak pula? Berapa lama servis berkenaan dapat digunakan kembali? Bagaimana dengan data-datanya pula? Persoalan sebeginilah yang harus berlegar-legar dalam kepala semasa pada tahap perancangan lagi.

6.7

Dokumentasi

Ini juga penting bagi memastikan pengetahuan dan perancangan dapat disimpan sebagai rujukan pada masa hadapan. Tanpa dokumentasi, kita mungkin 5

terlupa apa yang kita telah lakukan dan apa yang perlu lakukan. Ini juga dapat membantu sedikit sebanyak sekiranya tugasan kita diambil alih oleh rakan sekerja kita. Katakan kita tengah bercuti dan tidak ingin diganggu. Tiba-tiba salah satu pelayan yang penting menghadapi masalah yang ianya perlu digerakkan semula secepat mungkin. Adakah kita kena batalkan percutian hanya untuk menyelesaikan masalah tersebut? Antara isi kandungan dokumentasi adalah cara pemasangan dan perkara-perkara yang telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang telah berlaku semasa sistem tersebut berjalan.

6.8

Pembacaan

Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, pentabir sistem perlu mengetahui selok belok dan perangai sesuatu sistem. Semasa dalam peringkat perancangan lagi, kita harus mencari info, fakta dan data-data yang boleh digunakan untuk membandingkan antara beberapa produk lain. Sekiranya kita sudah mendapat senarai beberapa produk yang telah memenuhi kehendak kita, kita patut mencari atau bertanyakan kepada mereka yang telah menggunakan produk tersebut. Ini adalah info tambahan yang boleh digunapakai bagi memastikan produk yang bakal kita gunakan adalah yang terbaik dan kos efektif. Kalau boleh kita sendiri harus membuat penilaian kepada produk tersebut bagi memastikan segala kretiria yang telah ditentukan. Semasa pemasangan dan implentasi pula, manual-manual harus dibaca dengan teliti bagi memastikan tiada kesilapan yang dilakukan disamping menemui fungsi-fungsi tambahan canggih yang dapat menambah nilai kedalam sistem keseluruhannya. Walaupun sistem yang kita inginkan sudah terpasang, adalah baiknya juga, kalau kita dapat menambah nilai lagi sistem berkenaan samada dengan membuat pengintegerasian dengan sistem-sistem lain didalam organisasi. Ini akan menjamin hasil-hasil kerja kita berguna sepanjang masa didalam organisasi.

6.9

Mengajar dan belajar

Setelah kita memasang dan membuat dokumentasi dengan baik, adalah molek sekiranya kita juga dapat mengajar kembali apa yang kita lakukan kepada rakan-rakan sekerja kita yang bakal mengambil alih kerja-kerja kita nanti, kerana ada kemungkinan kita tidak akan berada pada tahap yang sama sepanjang masa, ada kalanya kita perlu melakukan kerja-kerja lain ditempat 6

lain. Adakalanya kita boleh belajar sesuatu walaupun ianya perkara mudah dari rakan-rakan kita dan ini akan menyuburkan lagi pengalaman dan pengetahuan kita. Rakan-rakan inilah yang akan menjadi backup kepada kita dari segi kerja-kerja. Sekiranya data-data dalam sistem pun mesti dibackup, pekerja pun harus di backup juga.

7

Cabaran 1. Apa-apa kerja pun mesti ada cabarannya. Cabaran kepada jurutera sistem dan pentabir sistem adalah memastikan sistem yang dikawal selia berada dalam keadaan yang terbaik. Sekiranya ada masalah yang berlaku, tindakan pantas harus diambil untuk menyelesaikan masalah. Setiap sistem ada cabarannya tersendiri, samada dari segi memasangnya, memahaminya dan memperbaikinya, maka kita harus bersedia untuk mempelajari perkara-perkara yang baru ini. 2. Sekiranya kita ditugaskan untuk menyelesaikan masalah pelanggan, cabarannya adalah seperti mencari masalah trouble shooting dalam masa yang tersingkat. Cabaran akan bertambah lagi, sekiranya ini ditambah lagi dengan kekurangan dokumentasi atau kehilangan buku panduan/manual. Pada tahap ini, pengetahuan dan pengalaman kita sebelum ini harus diguna pakai dan harus diadaptasi dengan masalah yang dihadapi. Seboleh-bolehnya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah, seperti reinstall atau ganti dengan sistem yang baru harus dielakkan, kerana ini boleh dilakukan pelanggan sendiri tanpa memerlukan khidmat kita. Ini juga tidak akan memberi apa-apa nilai dari segi pengalaman dan kredebiliti dalam diri kita. Reinstall atau ganti adalah pilihan yang terakhir dan ini harus dipastikan semasakmasaknya. 3. Seperti yang saya telah terangkan diatas tadi, interaksi pelanggan dan rakan sekerja pun harus dijaga. Kita harus menjaga hati mereka supaya mereka berasa gembira dan berpuas hati setiap kali kita khidmat kita diperlukan. Ada kemungkinan juga kita akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dari mereka. 4. Persediaan yang harus dihadapi untuk menghadapi cabaran ini adalah dengan banyak membaca dan mencuba perkara dan cara yang baru. 7

Adakalnya kita kena mendahului trend masakini bagi memastikan pengetahuan dan pengalaman kita sudah ’uptodate’ sekiranya perkara yang kita mahir itu menjadi realiti kelak. Sebab itulah saya telah berjinakjinak dengan Linux lebih dari 5 tahun lepas lagi, walaupun pada masa itu, Linux tidak popular dan tidak dihiraukan oleh kebanyakkan pihak. Lihatlah sekarang, mana-mana pun dah mula bercakap mengenai Linux dan Open Source. Tetapi, harus diingat bahawa, untuk memahiri ilmu baru memakan masa yang lama. Ianya tidak boleh dimahiri hanya dengan membaca, mengikuti kursus-kursus dan mendapat sijil sahaja. Akhir sekali, pengalaman sebenar datangnya bila kita sudah mula bekerja atau membuat banyak latihan dan ujian.

8

Related Documents