CIRI-CIRI BAHASA BAHASA YANG DINAMIS
Maksud Bahasa yang dinamis: ยง Bahasa yang bersifat dinamis bermaksud bahasa yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
PENGENALAN Dalam konteks ini bahasa berkembang dari masa ke semasa untuk mencapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain.Ini dilaksanakan terutamanya dengan pemupukan istilah-istilah baharu,khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal.Jawatnkuasa-jawatankuasa istilah telah dibentuk dan hingga kini,lebih 600 ribu istilah teknikal telah dicipta meliputi berbagaibagai bidang ilmu(kejuruteraan,kedoktoran,sains angkasa,kehakiman,senihalus dan lain-lain)dan bidang displin.
PENYESUAIAN Dari aspek penyesuaian Bahasa Melayu itu sendiri,pada awal abad ke-18 Francois Valentijn,dalam karangannya yang mengandungi enam jilid telah menyenaraikan karya-karya ilmu pengetahuan yang ditulis tentang kepulauan melayu dan yang wujud pada akhir abad yang ke tujuh belas dan awal abad ke lapan belas.Karya Valentijn ini merupakan satu bukti nyata tentang keupayaan Bahasa Melayu menyesuaikan dasardasarnya serta landasannya.Pada masa itu,Bahasa Mealyu juga mengalami penyesuaian dengan memikul beban tugas sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi,bahasa negara,bahasa pentadbiranbahasa perhubungan umum,bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah serta institusi-institusi pengajian tinggi
PEMBAHARUAN Dari segi pembaharuan bahasa itu secara konseptualnya proses penyeragaman bahasa telah berlaku dimana ia meliputi ejaan, perkamusan dan tatabahasa.Usaha pengekodan,ejaan telah dilaksanakan dengan mengadakan satu sistem ejaan baharu untuk mengatasi kelemahan sistem-sistem yang sedia ada.Seterusnya perkamusan sesuatu bahasa pula mampu menambahkan jumlah perbendaharaan kata biasa bersifat khusus atau teknikal.Usaha dalam bidang pengkamusan ini telah dilakukan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka dan juga orang perseorangan.Penyeragaman tatabahasa pula mempunyai dua bahagian dalam bidang morfologi serta bahagian pembentukan kata dan sintaksis bahagian pembentukan frasa dan ayat.
KEMAJUAN Kemajuan Bahasa Melayu pula mempamerkan perancangan bahasa ke taraf yang lebih maju mengikut fishman et. al (1971) proses memajukan bahasa meliputi usaha-usaha ke arah penyerapan variasi-variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan tatabahasa kamus panduan ejaan dan sebagainya.