file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt
PERMINTAAN TERAKHIR Hasil Karya: Aelliea Tarikh Disenarai: 07 July, 2004
Malam semakin larut. Sesekali kedengaran jelas bayu malam berhembusan dingin memecah kesunyian malam. Jam di dinding sudah mencecah ke angka dua pagi. Baringannya semakin merimaskan. Kesakitan yang cuba dilawannya semakin menyakitkan. Nalia mencuit lengan adiknya, Nadia di sisinya perlahan. Nadia terjaga dari lena. "Akak sakit ke?" tanya Nadia risau. Nalia hanya mengangguk lemah. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit. Peluh sudah membasahi mukanya. Nadia bangun lalu mencapai botol-botol ubat di sisi katil. Jag berisi air masak dituang ke dalam gelas lalu membantu Nalia memakan ubat. Air mata yang mengalir segera diseka Nadia. Tersentuh hatinya melihatkan keadaan kakaknya yang terlantar begitu sejak dua bulan yang lalu kerana kanser tulang yang dihadapinya. Tubuh Nalia dibetulkan agar lebih selesa baringnya. Selimut tebal yang sudah terselak sehingga ke betis segera dicapai lalu menutup tubuh Nalia sehingga ke paras dada. "Akak nak Dia panggilkan Mama?" tanya Nadia semakin risau. Nalia hanya menggelengkan kepala. Nadia mengurut kaki dan tangan Nalia agar dapat mengurangkan sedikit kesakitannya walaupun dia tahu Nalia ibarat gadis yang telah lumpuh di perbaringan. "Dia, akak nak Dia janji dengan akak. Kalau ditakdirkan, akak dah tak ada nanti, berikan surat di atas meja tu kepada Kak Liana. Hanya itu permintaan terakhir akak," pesan Nalia tersekat-sekat. Nadia hanya mengangguk. Tiada apa yang dapat dilafazkan lagi. Kata-kata doktor sudah cukup sebagai persediaan untuk mereka sekeluarga menerima setiap takdir yang menimpa. Penyakit Nalia sudah di tahap kritikal. Sudah seminggu Nalia keluar dari hospital setelah tiada ikhtiar lagi dari pihak hospital. Pembedahan juga tidak mahu dijalaninya. Dia tidak mahu mati dengan kekurangan fizikal yang Tuhan berikan. Itu permintaan terakhirnya. Nalia tidak setuju untuk menjalani rawatan kimoterapi yang menyakitkan sedangkan keputusannya belum tentu akan menggembirakan hatinya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Andai ajal telah ditetapkan, berubat sehebat mana pun, malaikat tetap akan mengambil nyawanya. Itu alasan yang sering diberinya. Nalia tidak putus semangat atau putus asa. Cuma, dia mahu orang di sekelilingnya menghormati keputusan yang dia beri. Dia mahu habiskan sisa hidupnya dengan keluarga dan orang yang disayanginya kecuali Hazrul. Sejak malam itu, dia sengaja tidak menghubungi jejaka itu. "Dia janji, kak," janji Nadia. Nalia memejamkan matanya. Pasti ubat tadi sudah mula memberikan kesan. Nadia mengusap ubun rambut kakaknya yang sudah banyak gugur. Dahi yang sudah tidak segebu dulu diciumnya lama. Kelak dahi itu tidak lagi dapat diciumnya. Kemudian pipi cengkung Nalia pula menjadi persinggahan bibirnya. Sesekali kedengaran nafasnya bagaikan tersekat. Ada ketikanya dahinya berkerut menahan perit file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GA...ONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt (1 of 6)4/15/2007 5:31:26 AM
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt
kesakitan. Nalia menyeka air mata yang gugur tanpa dimintanya. Tiga tahun di luar negeri sudah cukup menjarakkan dirinya dengan kakak kesayangannya itu. Dia tidak mahu satu-satunya kakak yang dimilikinya itu hilang dari pandangan matanya. Sudah terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nalia sehingga dia sanggup mengenepikan perasaan dan masa depannya sendiri. Sehingga ke akhir hayatnya, belum tentu jasa-jasa kakaknya itu dapat dibalas. Saat ini, hanya ini satu-satunya pengorbanan yang dapat dilakukan. Biarlah dia kehilangan pekerjaan asalkan dia tidak kehilangan kakaknya. ******************** Nalia terjaga dari tidurnya apabila terasa ada jemari yang mengusap pipinya yang tidak lagi semontel dulu. Wajah Liana tenang di sisinya walaupun sudah basah dek air mata. Nadia di sisi hanya menjadi pemerhati. Sedetik pun jika boleh tidak ingin dia jauh dari pandangan kakaknya. "Kenapa kau rahsiakan dari kami, Nell?" tanya Liana kesal dalam tangisan. Nalia hanya tersenyum. "Tak ada bezanya Nell bagitahu atau tidak. Kematian tetap suatu suratan. Nell redha, Yan," jawabnya tenang. Liana memeluk tubuh yang tidak lagi setegap beberapa bulan yang lalu. Pertemuan di Majlis Pertemuan semula kolej mereka bagaikan suatu mimpi. Nalia berdiri anggun bergaya dan menawan di hadapannya. Senyuman mekar di kelopak bibirnya. Nalia yang masih rancak bercerita tentang zaman kolej mereka. Nalia yang masih mampu ketawa dan tergelak. Nalia yang masih diusik dan manja. Nalia yang tidak pernah kering dengan sifat pemaafnya. Tapi hari ini Nalia sudah berubah. Wajah itu semakin cengkung. Tubuh itu hanya terlantar di atas katil. Senyumannya tidak lagi seayu dulu. Cerianya sudah hilang ditelan kesakitan. "Tapi Nell tak patut rahsiakan dari Yan kalau betul kita kawan baik. Nell lupa, kunci sebuah persahabatan adalah kejujuran dan kesudian kita untuk berkongsi setiap suka dan duka. Lainlah kalau Nell dah tak anggap Yan ni kawan Nell," leter Liana sedikit kesal. Nalia ketawa kecil. Liana tetap seperti dulu. Cepat merajuk. Aku akan merindui sifat manjamu itu, Yan. "Tak apalah. Sekurang-kurangnya Nell masih bernafas. Yan masih sempat jumpa Nell. Itu yang penting." "Sejak bila Nell sakit ni? Patutlah malam tu Nell nampak lain sangat. Yan dah agak mesti ada sesuatu yang tak kena dengan Nell." "Semuanya bermula lima tahun dahulu. Yan ingat lagi tak, Nell pernah cakap pada malam tu yang Nell baru ditinggalkan keretapi." Liana hanya mengiakan saja. Nalia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Sayu renungannya. "Nell baru naik pangkat masa tu. Tak lama kemudian, orang yang Nell sayang tinggalkan Nell untuk berkahwin dengan kawan Nell sendiri. Nell bawa diri sambung belajar ke US selama dua tahun. Tahun lepas, Nell kemalangan di sana. Siapa sangka kemalangan tu telah mengesahkan Nell menghidap barah tulang. Kalau tak kerana tu, Nell takan balik ke sini. Nell takkan jumpa Yan. Nell takkan dapat tengok muka putera hati Nell untuk kali terakhir. Nell bersyukur di atas apa yang terjadi sebab Nell tahu ada file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GA...ONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt (2 of 6)4/15/2007 5:31:26 AM
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt
hikmah di sebalik semua takdir ini," ceritanya lemah. "Nell nak jumpa putera?" tanya Liana tanpa Nalia duga. Hanya senyuman terukir di bibirnya. "Nell dah jumpa dia dan Nell tak terkilan andai Tuhan ambil nyawa Nell hari ini. Nell tahu, Iza tak bermaksud nak buat Nell macam tu. Nell faham perasaan dia. Dia sayangkan Hazrul. Begitu payah dia cuba dapatkan Hazrul. Sekurang-kurangnya dia berusaha. Tak macam Nell. Menanti macam pungguk rindukan bulan." Nalia berpaling ke wajah Liana yang sudah reda dari tangisnya. "Yan, janji dengan Nell. Ini permintaan terakhir dari Nell. Rahsiakan perkara ni dari Hazrul. Nell tak nak dia lebih terluka. Biarlah dia tak tahu dari dia meratapi pemergian Nell. Semua impian Nell dah tertunai. Nell dah bersedia untuk pergi", pintanya. Liana hanya mengangguk. "Yan janji. Yan akan tunaikan permintaan Nell," janjinya. Jemari Nalia erat di dalam genggamannya. Hanya itu perngorbanan terakhir yang mampu dilaksanakannya. Perpisahan selama enam tahun dulu sudah cukup merugikannya. Dia tidak mahu terkilan pula kali ini. Demi Nalia dia sanggup buat apa saja. **************** Sudah dua hari Liana berada di rumah Nalia. Kebetulan suaminya berkursus ke utara Semenanjung Malaysia selama seminggu memberikannya peluang untuk berada di sisi Nalia. Sudah sebulan Nalia tidak bangun dari baringnya. Jika sebelum ini sekurang-kurangnya dia masih mampu duduk di kerusi roda kini tubuh itu sudah terlalu lemah untuk bergerak. Matanya yang bulat galak sudah hilang indahnya. Tubuh yang tidak lagi berselera menerima makanan kini sudah tinggal tulang. Tempoh hayat yang doktor berikan sudah melewati dua bulan. Barangkali ini satu berita yang baik untuk mereka yang mengasihinya. "Yan menangis lagi ke?" tegur Nalia. Liana hanya ketawa kecil. "Mata masuk habuklah," dalihnya sambil mengesat air mata. "Apasal mata Nell tak masuk habuk pun?" jerat Nalia. Liana menggaru kepala yang tidak gatal. "Got you!". Mereka ketawa serentak. Liana mengusap lengan Nalia yang semakin susut. "Nell masih sayangkan putera?" tanya Liana. "Cinta pertama, Yan. Dan, cinta pertama tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta pertama selalunya mematangkan kita. Dan cinta pertama selalunya lebih kita kenang dari cinta selepasnya." "Kalau ditakdirkan dia muncul di saat ni, Nell nak jumpa dia?" duganya. file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GA...ONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt (3 of 6)4/15/2007 5:31:26 AM
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt
"Nell tak sanggup nak jumpa dia dengan keadaan Nell begini. Lagipun, Nell takut Nell tak sekuat malam tu, Yan. Bila Nell tengok dia, Nell rasa gembira sangat. Sekurang-kurangnya Nell tak terkilan. Sekurangkurangnya Nell boleh dengar suara dia untuk kali terakhir. Dan, yang paling penting, Nell tahu selama ni walaupun sudah terlambat, Nell tak pernah bertepuk sebelah tangan". "You're so tough, Nell. I'm glad to be you're friend." Nalia tersenyum. "Me too." Mereka berpelukan erat bagaikan tidak mahu berpisah. "Yan, Nell mengantuklah. Boleh Nell tidur atas riba Yan?" pintanya. Liana membetulkan duduknya lalu memangku kepala Nalia ke ribanya. Jemari kanan Nalia mengusap perlahan perut Liana yang sedang mengandung lima bulan. "Agaknya sempat tak Nell nak jumpa baby ni, Yan?" tanyanya meruntun jiwa Liana. Hanya anggukan yang mampu menjawab pertanyaan yang tidak diketahui jawapannya. Ubun rambut Nalia diusap mesra penuh kasih sayang bagaikan si ibu memujuk si anak kecil. Jemari mereka masih bertaut erat. Tanpa sedar, Liana terlena bersandar di kepala katil milik Nalia. Nalia cuba mengejutkan Liana yang sedang tidur lena. Kali ini sakit yang menyerang lebih sakit dari biasa. Badannya bagaikan telah mati. Tidak berupaya untuknya bergerak walau sedikit pun sedangkan air mata sudah mengalir laju mengharapkan bantuan. Suaranya juga bagaikan sudah hilang untuk mengejutkan tidur Liana. Nalia memejam matanya erat menahan sakit. Dia tahu ajalnya sudah tiba. Bibir pucatnya berkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah walaupun sejuta kepayahan yang muncul sebelum tangannya jatuh terkulai di birai katil. Lenanya tidak lagi diganggu kesakitan. ******************* Liana masih setia di pusara yang baru berpenghuni itu. Sudah dua hari Nalia meninggalkan mereka semua. Meninggalkan segala keperitan dan kenangan indahnya. Buku surah Yassin diletakkan di atas ribanya. Lalu disirami pusara yang masih merah tanahnya dengan air dan taburan mawar merah. "Yan," Liana dan suaminya, Hazlan menoleh apabila namanya dipanggil. Seorang jejaka tampan berdiri tegak berbaju melayu ungu. Liana menginjak sedikit menghampiri suaminya. Si jejaka turut berteleku di sisi pusara yang masih bernesankan kayu dan bersalut kain putih. Sekalung doa disedekahkan buat si penghuni. "Nell, kenapa rahsiakan semuanya dari Hazrul? Apa salah Hazrul Nell buat macam ni?" kesalnya. Ada getaran pada suara yang baru didengar oleh Liana dan suami. Liana mengeluarkan sepucuk surat dari beg tangannya lalu diserahkan pada Hazrul.
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GA...ONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt (4 of 6)4/15/2007 5:31:26 AM
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt
"Permintaan terakhir dari Nell, agar diserahkan surat ni setelah dia sudah tidak ada lagi". Hazrul mencapainya dari Liana lalu segera dibuka. Tulisan tangan Nalia masih kemas seperti dulu.
Assalamualaikum. Maafkan Nell kerana terpaksa melukakan hati Hazrul. Bukan niat Nell untuk menjadi kejam cuma keadaan yang memaksa. Nell mengaku bersalah kerana berbohong pada Hazrul sejak di malam itu lagi. Nell terpaksa sebab Nell tak nak menggelapkan kehidupan Hazrul kelak. Pagi hari itu, Nell baru saja dikhabarkan tentang penyakit Nell yang sudah di tahap kritikal. Nell sedih sebab ajal Nell sudah tiba ke penghujungnya di saat Hazrul lafazkan kata-kata yang Nell tunggu selama ni. Tapi, Nell tak kecewa sepenuhnya sebab sekurang-kurangnya Nell tahu Nell tak bertepuk sebelah tangan selama ni. Penantian Nell berbaloi. Abang Hazrul sayang, Nell teringin memanggil Hazrul begitu dulu. Semenjak tujuh tahun dulu, kasih sayang Nell pada Hazrul tak pernah berubah walau sekelumit pun. Semakin hari ia semakin membara walaupun Nell telah dikecewakan. Nell sedar rintangan yang datang. Maafkan Nell kerana selama ini menganggap Hazrullah putera di hati Puteri Nalia. Terima kasih kerana sudi menyayangi gadis yang tidak sempurna ini. Nell bawa kasih sayang Hazrul dari dulu sehingga ke akhir hayat Nell ke sana. Nell berdoa moga Hazrul akan temui insan yang lebih sempurna dari Nell. Permintaan terakhir Nell, kirimkanlah sekalung doa untuk Nell di sana kelak. Wasalam. Puteri Nalia Hazrul melipat kembali surat tadi lalu disimpan ke dalam kocek poketnya. "Nell pergi dengan aman dalam tidurnya, Hazrul. Dia dah dapat apa yang dia nak. Semua harapan dan impiannya tertunai sudah sebelum dia menutup mata", Liana bersuara. "Yan tahu semuanya?" tanya Hazrul menahan sebak. "Dari awal sehingga akhir hayatnya, Hazrul. Cuma, penyakitnya saja Yan baru tahu iaitu kira-kira tiga bulan yang lepas. Dia cukup gembira malam tu walaupun dia sedih sebab terpaksa berbohong dan melukakan perasaan dia sendiri dan perasaan Hazrul," cerita Liana. "Mungkin kami tidak ditakdirkan untuk bersama di dunia ini. Di akhirat mungkin jodoh kami semakin kuat," Hazrul bersuara lemah. Liana menatap wajah jejak itu lama. "Apa maksud Hazrul?". file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GA...ONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt (5 of 6)4/15/2007 5:31:26 AM
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt
"Hazrul akan menyusul langkah Nell, Yan. Doktor baru sahkan Hazrul mengidap barah hati sebulan yang lalu. Hazrul ingat nak jumpa arwah sebelum Hazrul pergi. Hazrul ingat Hazrul yang akan tinggalkan dia dulu. Rupanya, arwah dulu pergi meninggalkan Hazrul. Hazrul terkilan, Yan," jelasnya. "Bersabarlah, Hazrul. Insyaallah, Tuhan sentiasa bersama hambaNya yang sabar," Hazlan bersuara setelah lama membisu menjadi saksi kepiluan di wajah Hazrul. "Kami beransur dulu, Hazrul," Liana memohon diri. Hazrul hanya mengangguk lalu menghantar langkah mereka dengan ekor matanya. "Nell, seperti mana Nell membawa kasih sayang Nell sehingga ke akhir hayat Nell, Hazrul juga akan buat perkara yang sama. Moga kita jumpa di sana kelak. Hazrul minta diri dulu. Insyaallah, esok Hazrul datang lagi, sayang. Semoga Nell aman di sana." Hazrul mengusap kayu menggantikan batu nesan yang masih belum bertanda lalu perlahan-lahan bergerak meninggalkan pusara yang telah menyemadikan jasad orang yang paling dicintainya. Permintaan terakhirmu tidak dapat kutunaikan kerana permintaan terakhirku agar aku terus menyayangimu sehingga akhir hayatku. Puteri Nalia, akulah putera di hatimu kerana bagiku kaulah puteri teristimewa dalam hidupku. Selamanya.
Muhammad Hafiz Adam
Digitally signed by Muhammad Hafiz Adam DN: CN = Muhammad Hafiz Adam, C = MY, O = Cairo University, OU = Faculty of Medicine Reason: I have reviewed this document Date: 2007.04.15 03:31:46 +02'00'
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GA...ONTIBB/My%20Documents/PERMINTAAN%20TERAKHIR.txt (6 of 6)4/15/2007 5:31:26 AM