Cara berdakwah dan berhujah Tuesday, December 09 @ 10:29:11 MYT
Oleh HAJI ZAHARI MOHAMED Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik (ya'ni kalau berlaku perbahasan antara orang-orang Islam dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) janganlah kita berbahas dengan mereka melainkan dengan cara yang baik, lemah-lembut dan dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang benar yang menunjukkan kebenaran Islam dan kesesatan golongan yang kafir) kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka (Ya'ani kecuali orang-orang yang menceroboh, melampau di antara mereka, maka gunakanlah cara yang keras untuk menentang cara melampau mereka), dan katakanlah (kepada mereka) (Maksudnya: semasa berbahas dengan mereka, dengan menggunakan cara yang lemah-lembut itu, katakanlah kepada mereka: Kami beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepada kami dan kepada Kitab-kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu): "Kami beriman kepada (Al Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuahn kamu, adalah satu (Ya'ani Tuhan kita semua ialah Allah, Yang Maha Esa. Bukannya tuhan yang berbilang-bilang atau beranak pinak saperti yang dii'tiqadkan oleh mereka) ; dan kepadaNyalah kami patuh dengan berserah diri". (Surah al Ankabut: Ayat 46)
Firman Allah, maksudnya: (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan (mengentahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah saperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengentahui kandungannya) (Kaum Yahudi disifatkan oleh Allah Ta'ala dengan sifat yang demikian buruknya, kerana mereka tetap berdegil mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. pada hal dalam Kitab Taurat ada disebutkan sifat-sifat Baginda yang membuktikan kebenarannya. Maka bagaimana pula bandingan orang-orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran-ajaran Islam!) Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Surah al Jumu'ah: Ayat 5) Maksud firman Allah: Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah saperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritkanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al A'raf: Ayat 176) Maksud firman-Nya lagi: Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu ) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w.). (Surah al Nisa': Ayat 51) Maksud firman Allah: Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah Attaubah: Ayat 73) Kisah-kisah yang berlaku:
Pernah berlaku satu peristiwa dizaman Rasulullah s.a.w. , bahawa seorang (munafik) berbalah (bertengkar) dengan seorang Yahudi. Kes tersebut dibawa kepada Rasulullah s.a.w., dan setelah diambil keterangan, maka Baginda s.a.w. memutuskan bahawa Yahudi itu yang betul dan lawannya (munafiq) itu bersalah. Lalu yang bersalah itu tidak puas hati dan ia mengajak Yahudi itu bertemu Sayyidina Umar ibn al Kahttab r.a.. Sesampai di hadapan Sayyidina Umar ibn al Kahttab, lalu ia (munafiq) ditanya apakah kamu tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah? Lalu ia (munafiq) menyatakan masih tidak berpuas hati, lalu Sayyidina Umar terus memenggalkan kepala si munafiq itu. Muallaf adalah salah satu asnaf yang menerima zakat di zaman Rasulullah s.a.w.. Di zaman Kahlifah Abu Bakar al Siddiq r.a. telah memberi surat jaminan untuk mereka bagi mendapat zakat tersebut. Setelah mereka mendapat surat jaminan tersebut lalu mereka datang bertemu Sayyidina Umar ibn al Khattab r.a. pula untuk mendapat tandatangan bagi menguatkan lagi jaminan tersebut. Setelah ditunjukkan kepada Umar lalu Umar terus mengoyak surat tersebut sambil berkata sampai bila kamu ingin menjadi muaalaf? Sufyan ibn al Harith adalah sepupu Rasulullah s.a.w.. Dalam masa Baginda berdakwah, sepupunya ini sangat menentang Nabi dan menggelar dan membohongi Nabi dengan berbagai gelar dan cacian. Dalam peristiwa Fathu Makkah (Pembukaan Makkah) beliau (Sufyan ibn al Harith) datang bertemu Nabi s.a.w. untuk memeluk Islam. Rasulullah tidak melayan dan tidak menerima sapaan beliau – tetapi Sufyan tetap mengucap kalimah syahadah di hadapan Rasulullah s.a.w. – Keadaan begitu (tidak melayan) berterusan sehinggalah berlakunya Peperangan Siffin yang terkenal di mana tentera Islam yang ramai itu hampir-hampir hancur dan bertempiaran menyelamatkan diri kecuali tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w. untuk mempertahankan baginda hanya seramai lebih kurang seratus (100) orang, dan antara yang seratus itu adalah Sufyan ibn al Harith. Kemudiannya Rasulullah s.a.w memeluk beliau setelah terbukti keikhlasn dan kesungguhannya dengan Islam. Setelah itu Sufyan yang sangat ikhlas itu hidupnya menjadi sangat pemalu