SIRI PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.PemikirKaya.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda! “Langkah Berkesan Untuk Memastikan Anda Sentiasa Memiliki Wang”
EBOOK INI ADALAH PERCUMA ! [YA] boleh diberikan percuma kepada orang lain. [YA] boleh dipakejkan di website/email anda [YA] boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus [YA] boleh diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti [TIDAK] boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights [TIDAK] boleh mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini [TIDAK] boleh copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain [TIDAK] boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart
Khairulnahar a.k.a Thinkerich www.PemikirKaya.com Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Diterbitkan oleh: www.BajetWang.com Hak Cipta © 2009 oleh Khairulnahar a.k.a Thinkerich Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini. Edisi Pertama Julai 2009
LAPORAN INI ADALAH PERCUMA BUKAN UNTUK DIJUAL Anda adalah digalakkan supaya menyebarkan Laporan ini untuk memberi manfaat kepada semua agar lebih ramai dapat membuka minda dan fikiran mereka terhadap wang dan kekayaan yang sebenar. Laporan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung.
Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih berinspirasi, sila lawati
www.pemikirkaya.com
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Salam sejahtera,
Jika anda sentiasa mengalami masalah kekurangan wang, cara terbaik adalah dengan mengkaji tabiat berbelanja dan gaya hidup anda. Dengan membuat sedikit perubahan ke atas pengurusan kewangan anda, masalah kewangan sebenarnya boleh di atasi dengan lebih mudah. Menjimatkan wang bukanlah perkara yang sukar. Ianya hanya memerlukan komitmen dan kesungguhan dari dalam diri anda sendiri. Jika selama ini anda fikir yang anda tidak mempunyai wang untuk disimpan, anda pasti terkejut kerana selama ini lebih banyak wang yang telah anda bazirkan untuk perbelanjaan yang sia-sia. Laporan ini disediakan adalah untuk membantu semua pengguna agar lebih bijak dalam menguruskan kewangan mereka. Semoga ianya dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua, lebihlebih lagi di dalam situasi ekonomi masa kini yang serba mencabar. Selamat membaca dan mengamalkannya. Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich www.pemikirkaya.com Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Hanya kerana Jualan Murah yang sedang giat dipromosikan di Pusat Membeli Belah sempena Karnival Mega Sale yang diadakan
setiap
tahun,
ini
tidak
bermakna
anda
perlu
mengambil kesempatan tersebut untuk membelanjakan wang anda sebaik mungkin. Anda perlu fikirkan perkara berikut sebelum membuat keputusan untuk membeli dan mengambil kesempatan sempena musim perayaan dan jualan murah pada harga diskaun. “Adakah ianya benar-benar perlu? Atau sekadar mengambil peluang sempena diskaun tersebut?” Sebagai contoh pakaian yang ditawarkan dengan harga potongan 70% daripada harga asalnya, telah menarik perhatian anda. Maka anda pun berhasrat untuk memilikinya. Tetapi tunggu dulu! Fikirkan kembali, adakah anda benar-benar perlu pakaian berkenaan? Apakah pakaian sedia ada telah rosak? Atau sudah tidak sesuai dengan badan anda? Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Jika jawapannya, TIDAK PASTI! Maka anda perlu cepat-cepat meninggalkan tempat berkenaan. Harus diingat anda hanya perlu melihat atau membelek-belek pakaian yang dijual dengan tawaran diskaun jika anda benar-benar PERLU membelinya SAHAJA. Jika sekadar untuk melihat, seboleh mungkin cuba ELAKKAN. Jangan sekali-kali cuba-cuba untuk melihatnya kerana kebanyakan pengguna lebih mudah dipengaruhi oleh kemahuan dan kehendak emosi berbanding dengan keperluan sebenar. Bagi anda yang mempunyai tabiat suka membazir dengan membeli sesuatu yang bukan keperluan sebenar seperti majalah, cuba anda kaji semula dan hapuskan perbelanjaan yang tidak perlu seperti langganan majalah hiburan, memiliki lebih daripada dua nombor telefon bimbit sama ada prabayar atau pasca bayar, dan juga TV satelit berbayar jika anda sekadar sempat menonton hanya 2 atau 3 saluran sahaja setiap hari. Kesimpulannya
apabila
anda
berbelanja
kurang
daripada keperluan, bermakna peluang anda untuk memiliki lebih simpanan adalah tinggi! Lebih banyak yang anda jimatkan maka lebih banyak yang boleh anda simpan. Lebih banyak yang anda simpan maka lebih cerah peluang anda untuk menjadi kaya!
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Ingat pesanan ini! Jangan sekali-kali ‘shopping’ dengan perut yang kosong. Kajian
mendapati bahawa seseorang individu itu akan
lebih
bernafsu untuk membeli belah ketika perut
kosong.
Dengan kata lain, anda akan lebih cenderung
untuk
membeli
hawa
nafsu ketika perut sedang kosong atau lapar.
dengan
borosnya
dengan
menurut
Sudah tentulah pembelian ketika itu tidak berasaskan keperluan sebenar anda. Jika anda kurang percaya, fakta ini mungkin boleh membantu anda. Sepanjang bulan Ramadhan, kebanyakan pengunjung di setiap bazaar Ramadhan tersebut terutamanya Muslim yang menjalankan ibadat puasa, pada kebiasaanya akan membeli apa sahaja yang terlintas di mata, fikiran dan selera mereka, jika boleh semuanya hendak dibeli untuk juadah berbuka puasa. Malangnya apabila tiba waktu berbuka puasa mereka hanya mampu makan dan menghabiskan hanya dua hingga tiga juadah sahaja. Baki yang selebihnya tidak dapat mereka habiskan.
Pernahkan anda melihat atau
mengalami sendiri situasi sebegini? Selain itu, jika anda keluar bersiar-siar Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
pastikan juga perut anda tidak berada dalam keadaan kosong atau lapar. Seboleh mungkin cuba makan terlebih dahulu dan jangan sekali-kali berada dalam keadaan perut kosong. Ini kerana kemungkinan untuk anda berbelanja dan makan di luar adalah tinggi. Sekiranya perkara ini berlaku sudah tentu ianya akan meningkatkan jumlah perbelanjaan bulanan ke atas bajet anda dan dalam masa yang sama ianya juga bakal menambahkan saiz pinggang anda! Sudah tentulah bila perkara sebegini terjadi, maka anda perlu sediakan wang tambahan untuk membeli pakaian baru pula! Jika anda bekerja di luar, sediakan dan bawa makanan yang anda sediakan dan bekalkan dari rumah. Walaupun ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk penyediaannya, ianya adalah jauh lebih baik daripada anda mengambil masa untuk beratur di ‘food court’ mahu pun kafetaria. Anda pasti terkejut kerana selepas mengamalkan pesanan di atas anda akan dapati lebih banyak wang yang anda dapat jimatkan setiap bulan. Kenapa? Tidak percaya! Cubalah, anda pasti dapat melihat hasilnya nanti! Itu pun jika anda BERTINDAK sebagaimana yang saya sarankan! Saya yakin anda akan berpuashati dengan saranan ini.
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Mengeluarkan wang melalui mesin ATM sememangnya cara
dan
kaedah
yang
mudah
serta
cepat
untuk
mendapatkan tunai anda, tambahan lagi ianya boleh didapati
di
mana-mana
sahaja.
Walau
bagaimanapun,
terlalu
kerap
mengunjungi mesin ATM terutamanya mesin ATM yang bukannya daripada Kad ATM bank anda, maka berhati-hatilah kerana anda terpaksa membayar harga yang mahal! Ini kerana setiap kali anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM yang disediakan oleh Bank lain, anda akan dikenakan caj tambahan antara RM1 ke RM2 bagi setiap urusniaga pengeluaran yang anda lakukan. Terdapat juga sesetengah Bank menetapkan syarat pengeluaran melalui mesin ATM tanpa caj hanya untuk empat kali pengeluaran sebulan, setiap pengeluaran yang berikutnya akan dikenakan caj RM0.50!
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Ianya tidak ubah seperti anda membayar untuk menggunakan wang anda sendiri. Apakah anda fikir perkara sebegini sesuatu yang baik untuk diri anda? Itu belum diambil kira yuran perkhidmatan ATM yang dikenakan caj di antara RM12 setiap tahun. Oleh itu, sebelum anda menggunakan apa sahaja perkhidmatan mesin layan diri (ATM) yang disediakan oleh pengeluar kad ATM bank anda mahu pun bank yang lain, pastikan anda mendapat maklumat sepenuhnya tentang bayaran yang bakal dikenakan ke atas anda. Ingat, wang anda adalah milik anda sepenuhnya. Jangan biarkan wang anda hilang begitu sahaja hanya untuk membayar kepada pihak bank! Walaupun nilainya di antara RM0.50 hingga RM2.00 sahaja, jika berulang kali, jumlahnya menjadi besar. Bukankah adalah lebih baik sekiranya wang tersebut anda simpan untuk kegunaan lain?
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Cuba usahakan untuk mendapatkan arahan tetap potongan secara
automatik
atau
auto
debit
daripada
akaun
gaji/pendapatan anda ke dalam akaun simpanan atau akaun unit amanah(unit trust) yang telah anda khaskan. Anda digalakkan untuk membuka satu akaun khas berbentuk simpanan pelaburan seperti akaun ASB atau Unit Trust (Unit Amanah). Bermulalah dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu. Sekiranya anda mampu kemudian hari, cuba tingkatkan simpanan automatik ini secara tetap. Ingat! Anda perlu tingkatkan jumlah simpanan anda sebaik sahaja
anda
mendapat wang tambahan dan bukannya meningkatkan perbelanjaan atau hutang pengguna anda! Dengan simpanan secara tetap ini ianya akan memudahkan anda membina simpanan dan tabungan untuk membantu anda sekiranya berada di saat-saat kecemasan.
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Dalam pengurusan kewangan keluarga, pasti ada salah seorang di antara anda atau pasangan yang agak lemah dalam menguruskan kewangan mereka. Sentiasa ambil langkah berbincang dengan pasangan tentang matlamat kewangan dan simpanan anda dan libatkan mereka bersama dalam penyediaan bajet bulanan keluarga. Dengan ini anda dapat bersama-sama membentuk perubahan dalam tabiat dan gaya perbelanjaan anda sekeluarga. Cuba berunding dan berbincang dengan pasangan anda, ketika merancang perbelanjaan dan keperluan masa depan anda sekeluarga. Ambil perhatian ke atas
perkara
yang
perlu
disediakan
seperti
yuran
persekolahan
dan
pendidikan masa depan anak-anak, bayaran perubatan dan juga persaraan anda. Selalulah ingat mengingati antara satu sama lain kerana anda sekeluarga pasti ingin hidup pada masa hadapan dengan lebih selesa dan bukannya untuk hari ini sahaja. Dengan melakukan sedemikian rupa, anda dan
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
pasangan akan lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang perbelanjaan kelak. Jika perlu adakan satu akaun simpanan khas atau dana bersama yang mana, setiap orang daripada pasangan anda menyimpan lebihan wang mereka ke dalam dana atau tabung tersebut untuk kegunaan bersama keluarga anda pada masa depan. Saya sarankan anda simpan dalam Dana Unit Amanah. Anda boleh mulakan terlebih dahulu dan buktikan kepada pasangan anda bahawa ianya terlalu mudah untuk menyimpan baki perbelanjaan anda. Nyatakan dan jelaskan kepadanya bahawa tujuan utama anda adalah untuk mengumpul jumlah wang yang boleh anda gunakan pada masa hadapan. Jika sekiranya anda berhadapan dengan masalah menguruskan pendapatan dan wang gaji anda, saya sarankan anda pelajari kaedah yang betul melalui ebook Panduan Wang Gaji!
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Ianya tidaklah sesukar mana seperti yang anda sangkakan. Anda boleh sahaja hidup dengan lebih bebas jika tidak terikat dengan sebarang hutang dan pinjaman terutamanya hutang pengguna. Mengurangkan perbelanjaan anda hanya kepada keperluan berdasarkan kemampuan kewangan diri anda adalah penting. Bahkan ianya amat penting! Ianya tidak ubah sebagaimana anda perlu mengurangkan gula, garam dan bahan perisa dalam setiap hidangan masakan anda. Jika anda tidak berusaha mengelakkannya, ada kemungkinan untuk anda mendapat penyakit yang tiada penyembuhnya seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi! Jika sekiranya anda hidup sepanjang masa dalam keadaan berhutang, ini bermakna anda akan hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Tidak sihat fizikal dan tubuh badan dan juga tidak sihat dari segi kewangan anda. (Ehem..tentulah ianya
juga menganggu emosi dan
mental
matlamat anda untuk bebas
anda!)
Letakkan
daripada hutang kad kredit, pinjaman pelajaran, dan juga ansuran pinjaman kenderaan anda atau apa jua jenis bentuk pinjaman pengguna yang menjerat
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
anda dalam jangkamasa panjang. Cuba cari dan dapatkan berapakah jumlah faedah yang perlu anda bayar bagi setiap perkara ini. Anda akan dapati lebih mudah untuk anda berhenti berhutang sebaik mengetahui jumlah faedah yang anda perlu bayar kepada pihak bank. Senaraikan semua bentuk pinjaman dan hutang yang anda ada, dan senaraikan kadar faedahnya sekali. Dalam melakukan perkara ini anda perlu tahu jenis-jenis faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan bagaimana membuat pengiraannya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkaitan perkara ini melalui buku Bajet Wang - 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang di www.bajetwang.com yang akan menerangkan perkara ini dengan lebih terperinci. Senaraikan dan selesaikan terlebih dahulu hutang yang mengenakan interest atau faedah tertinggi, kemudian diteruskan dengan nilai yang kedua tertinggi dan begitulah seterusnya hinggalah kepada yang terendah.
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Jika anda mempunyai pinjaman hutang jangka masa panjang, anda dinasihatkan untuk tidak membayar pada kadar minima sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak bank sahaja, ada baiknya jika anda membayar lebih daripada yang disyaratkan. Sebagai contoh jika anda mempunyai pinjaman perumahan yang pada kebiasaannya perlu dibayar sekali sebulan, cuba pecahkan bayaran tersebut menjadi dua kali sebulan atau membuat bayaran lebih daripada yang sepatutnya. Dengan cara ini anda dapat mempercepatkan bayaran balik pinjaman perumahan anda dan dalam masa yang sama anda dapat menjimatkan ribuan atau
mungkin
puluhan
ribu
wang
anda.
Tambahan
lagi
ianya
juga
meningkatkan ekuiti rumah anda. Apa itu ekuiti? Dapatkan jawapannya di dalam buku Bajet Wang - 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang! di www.bajetwang.com
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan perkara yang mereka bayar untuk sesuatu perkhidmatan atau barang itu sebenarnya boleh dilakukan oleh mereka sendiri. Perkara paling mudah ialah dengan melihat kepada makanan dan minuman anda. Saya percaya semua orang boleh menyediakan minuman kegemaran mereka sendiri, tetapi kenapa mereka perlu minum di luar? Begitu juga dengan masakan, saya percaya anda boleh masak lebih lazat daripada masakan di luar kenapa buang masa dan wang anda untuk menikmati makan malam di luar? Adalah lebih menjimatkan
sekiranya
anda
dan
keluarga
bersama-sama
membantu menyediakan makan malam bersama keluarga di rumah dan saya pasti ianya suatu pengalaman yang menyeronokan. Berapa ramai yang menghantar kereta mereka untuk dicuci di bengkel kenderaan mahu pun pusat cucian kenderaan?
Apakah
anda
tidak
mampu
sendiri?
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
lakukannya
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Jika anda mempunyai kemudahan pili air di rumah anda, mulai sekarang lakukan sendiri kerja-kerja mencuci kereta anda. Wang anda dapat dijimatkan dan anda juga boleh mengeluarkan peluh yang sihat.
Cara Terakhir Bertindaklah! Saya percaya anda telah pun mengetahui dan mempelajari serba sedikit cara untuk menjimatkan wang anda. Namun begitu ianya akan menjadi sia-sia jika ilmu yang saya kongsi bersama ini tidak anda praktikkan dan lakukannya! Hanya dengan bertindak anda akan dapat lihat kesan dan perubahannya. Bilamana anda sudah dapat melihat dan merasai sendiri kesannya barulah anda boleh tersenyum puas dengan tindakan anda! Anda telah pun mengetahui 8 Cara Unuk Menjimatkan Wang Anda, tetapi anda mungkin tidak pernah tahu atau ambil tahu bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan wang? Baiklah untuk memastikan anda beroleh kebebasan kewangan dan seterusnya dapat keluar daripada belenggu dan kesempitan wang, apa kata anda ambil tindakan berikut dengan mempelajari 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang dari
www.bajetwang.com
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
Bertindak SEGERA! Dapatkan Buku HEBAT ini SEKARANG juga bersama Tawaran Promosi* 7 Naskah Ebook Best-Seller! PERCUMA!
*Sementara Tawaran Masih Berkuatkuasa PESAN SEKARANG DENGAN KLIK DI SINI
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!
ANDA MENGHADAPI MASALAH MENGURUSKAN WANG GAJI ANDA? Ingin Tahu Cara Penyelesaiannya? Dapatkan Jawapannya Melalui Ebook Panduan Wang Gaji – Bagaimana Hendak Menguruskannya Dengan Cara Yang BETUL!
Judul Jenis Penulis Terbitan
: : : :
Panduan Wang Gaji E-book Khairulnahar aka Thinkerich Thinkerich Enterprise
Sinopsis : E-book ini menyediakan panduan mengenai pengurusan wang gaji dengan cara yang betul! E-book ini turut mengandungi panduan yang praktikal serta mudah dan berkesan yang boleh diikuti. Turut dimuatkan pelbagai tip dan panduan berkaitan simpanan, perlindungan, pelaburan, dan percukaian yang boleh diikuti oleh mereka yang sedang tercari-cari panduan khusus untuk menguruskan kewangan mereka dengan mudah, teratur dan berkesan supaya kedudukan kewangan mereka menjadi lebih teguh dan stabil! Sekian, terima kasih. Wassalam.
DAPATKAN VERSI PENUH DI http://www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.BajetWang.com