Car A

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Car A as PDF for free.

More details

  • Words: 834
  • Pages: 8
CARA-CARA PERMAINAN BOLA TAMPAR Dalam permainan bola tampar, semua peringkat umur boleh melibatkan diri dalam sukan ini. Setiap pasukan yang bermain perlulah melengkapkan posisi setiap kawasan dalam gelanggang di mana, terdapat 6 posisi utama, di mana 3 pemain akan berada di hadapan gelanggang dan 3 pemain berada di bahagian belakang. - Sebelum setiap permainan bermula, pemain-pemain pada kebiasaannya akan melakukan warm-up. - Sebelum memasuki gelanggang, pemain-pemain haruslah mengetahui kedudukan masing-masing ketika berada di dalam gelanggang. - Permulaan servis, pemilihan gelanggang dan penerimaan servis akan ditentukan oleh pengadil mengikut pilihan bahagian duit syiling ketika lambungan syiling dilakukan. - Pasukan yang memilih untuk melakukan servis akan memulakan servis kepada pihak lawan dengan mengikut peraturan atau undang-undang yang sedia ada. Pemain yang berada pada sebelah kanan belakang akan memulakan servis permulaan. - Apabila servis dilakukan, bola melepasi jaring pihak lawan, permainan diteruskan di mana, setiap pasukan hanya boleh menerima 1 hingga 3 kali bola sahaja untuk setiap kali bola berada pada bahagian sendiri. Sebagai contoh, bola hanya boleh berada di gelanggang lawan sekiranya, bola menyentuh 3 pemain sahaja. Jika melebihi 3 sentuhan, permainan akan terhenti dan mata akan diberikan kepada pihak yang satu lagi. - Sebagai tambahan, seorang pemain tidak boleh mengambil bola sebanyak 2 kali berturut-turut. - Pelbagai sentuhan dibenarkan dalam permainan ini untuk menerima bola melainkan jika bola yang diambil berada dalam keadaan rehat, ia merupakan satu kesalahan. Bola boleh diterima sama ada menggunakan tangan dan bahagian badan lain seperti kaki. - Permainan berakhir setelah mata akhir 25 dicapai. - Permainan bola tampar yang sebenar akan di terangkan melalui gambar-gambar di bawah.

Gambar atas menunjukkan pemainpemain mendapatkan nasihat daripada jurulatih masing-masing ketika permainan dalam keadaan rehat atau pun setelah waktu permainan tamat.

Gambar bawah menunjukkan pemain memulakan pukulan servis melalui pukulan servis bawah.

Pemain melakukan rejaman sementara pemain dari sebelah pihak lawan akan melakukan hadangan bagi mematikan bola

Antara cara penerimaan bola daripada pihak lawan.

Bola boleh diterima sama ada secara digging dan juga overhead passing. Kedudukan yang baik untuk setiap penerimaan bola adalah dengan membengkokkan kaki seperti dalam keadaan kekuda. Hal ini bagi memastikan pusat graviti seseorang supaya rendah dan memudahkan penerimaan bola walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Gambar di bawah menunjukkan posisi atau kedudukan yang baik untuk permulaan permainan dan juga cara setiap pemain untuk menukar posisi setelah servis bertukar tangan. Kedudukan setter dan penyerang disusun mengikut kesesuaian permaianan dan tidak melanggar peraturan posisi yang telah ditetapkan.

Gambar menunjukkan kedudukan awal pemain sebelum permaian bermula. Secara umumnya, terdapat dua jenis penerimaan servis yang biasa diperaktikkan iaitu sistem penerimaan ‘W’ dan juga sistem penerimaan ‘U’. Sistem penerimaan ‘W’ adalah khusus untuk persediaan penerimaan servis untuk 5 penyerang dan biasa digunakan dalam permainan. Sistem penerimaan ‘U’ pula menggunakan 4 pemain sebagai sasaran utama untuk menerima bola dan mengawal bahagian gelanggang. Kebaikan sistem penerimaan ‘U’ adalah membolehkan setter untuk senang melakukan pergerakan untuk menerima bola kedua dan seterusnya mengangkat bola tersebut untuk penyerang melakukan serangan. Kedudukan setter

boleh berada di mana-mana dengan melakukan pertukaran posisi dengan pemain lain sebelum boleh berada di hadapan jaring untuk menerima bola kedua. Gambar di bawah menunjukkan beberapa sistem serangan atau offensive system yang memerlukan pengetahuan yang tinggi untuk mengatur strategi permainan dengan lebih baik. Diantara sistem serangan yang biasa digunakan adalah seperti sistem serangan 4-2 yang melibatkan 4 orang penyerang dan dua orang pengumpan atau setter. Kedua-dua pengumpan berada bertentangan dalam petukaran posisi atau rotation order dan mereka ini akan sentiasa berada di bahagian hadapan jaring atau dalam kawasan garisan 3m di hadapan. Dengan menggunakan strategi ini dalam permainan, ia akan mengehadkan pergerakan pemain dan pemain yang mempunyai kemahiran sederhana akan berupaya untuk mengawal pergerakan mereka dan juga perjalanan permainan. Penyerang terbaik akan diletakkan di bahagian kiri gelanggang dan pengumpan terbaik akan diletakkan di belakang penyerang tersebut.

Sistem pertahahanan 4-2 yang menggunakan 2 orang pengumpan Sistem serangan ini juga dinamakan sebagai sistem serangan front court setter system. Konsep serangan tengah digunakan dalam strategi serangan ini dan menghasilkan situasi one to one diantara penyerang dan juga penghadang.

Sistem serangan 6-2 juga merupakan satu strategi yang digunakan dalam permainan bola tampar di mana keenam-enam pemain akan berpotensi untuk menjadi penyerang dan salah dua orang diantar mereka juga boleh berperanan sebagai pengumpan.

Sistem serangan 5-1 adalah kombinasi di antara sistem serangan 4-2 dan 6-2 di mana lima pemain akan dijadikan sebagai penyerang dan seorang pemain sebagai pengumpan. Setelah pengumpan bergerak dari arah belakang, sistem serangan digunakan 6-2. Manakala apabila pengumpan berada di bahagian hadapan gelanggang, sistem pertahanan 4-2 digunakan.

Kesemua sistem serangan ini mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza dalam setiap permainan dan strategi permainan yang diatur merupakan nadi kepada setiap permainan bagi memastikan permainan itu berjalan dengan baik dan berakhir dengan kemenangan atau sebaliknya. Secara kesimpulannya, permainan bola tampar ini memerlukan lebih kepada kerjasama dan komunikasi yang berkesan. Kejayaan pasukan bukan hanya bergantung kepada kepada kemahiran, kehebatan dan usaha individu tertentu sahaja, tetapi kejayaan satu pasukan itu amat menitik beratkan

sumbangan setiap individu dalam satu-satu pasukan tersebut. Pasukan yang hebat adalah pasukan yang mempunyai kefehaman bahasa dan memahami setiap gerak geri permainan.

Related Documents

Car A
June 2020 13
Car A
June 2020 23
Car A Bay A
December 2019 19
Car
November 2019 74
A Mi Car
November 2019 35
Tata Car A
April 2020 13