BUDIMAN...
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, pelbagai persiapan dilakukan bagi memastikan ketibaan Syawal itu disambut penuh meriah.
PENGARAH Urusan Mydin Mohamad Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin (kiri) dan isteri, Datin Siti Hawa Mohd. (kanan) membantu anak yatim memilih pakaian di Pasar Raya Mydin, Kuala Terengganu, semalam. – Gambar Fauzi Baharudin.
Bagi pasar raya Mydin, kesempatan itu digunakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik dari Rumah Anak-Anak Yatim Darul Falah membuat persiapan Hari Raya. Sebanyak 100 anak yatim rumah itu turut diraikan pada majlis berbuka puasa.