Brochure Israk Mikraj 1430h

  • Uploaded by: Ujang
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Brochure Israk Mikraj 1430h as PDF for free.

More details

  • Words: 783
  • Pages: 2
FADHILAT SOLAT BERJEMAAH Ibadah solat fardhu yang disyariatkan akan menjadi lebih sempurna dan manis lagi sekiranya kita dapat melaksanakannya secara berjemaah. Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).” (Hadith riwayat Imam alBukhari dan Muslim) Jika seseorang diberi pilihan antara RM1 dan RM27, mana satu yang akan dipilih? Mestilah RM27!!! Begitu juga, seorang muslim yang mengejar ganjaran Allah SWT, sudah pasti dia akan sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah. Sebenarnya orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat lain lagi semasa dia berulang-alik ke masjid dan semasa dia berada di dalam masjid. Rasulullah SAW sendiri sangat menegaskan tuntutan solat berjemaah ke atas umatnya seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, baginda SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Semoga seluruh umat Islam menghayati dengan penuh keinsafan ibrah dan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj. Sama-sama kita berusaha untuk menobatkan kembali umat pilihan Allah SWT ini sebagai pemimpin manusia sejagat. Salam Israk Mikraj daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan sempena Sambutan Israk Mikraj 1430H.

“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya…” (Surah Al-Israk: 1)

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) NEGERI SEMBILAN NO:32 A, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, N.Sembilan 06-6785268, 019-6699630, 012-6781644 www.isman9.wordpress.com

Salam Israk Mikraj IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) NEGERI SEMBILAN

ABAN tahun seluruh umat Islam menyambut peristiwa bersejarah dan agung iaitu peristiwa Israk Mikraj. Israk adalah kata terbitan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud ‘perjalanan’ manakala Mikraj pula diertikan dengan ‘naik’. Israk merujuk kepada perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa manakala Mikraj ialah naik Rasulullah ke setiap lapisan langit sehinggalah ke Sidratul Muntaha menghadap Rabbul Jalil yang Maha Esa.

S

PALESTIN DI HATI UMAT ISLAM

Bagi umat Islam, Palestin adalah tanah mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Israk Mikraj, tanah suci umat Islam yang ketiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja Peristiwa agung ini berlaku dalam bahkan ianya adalah isu satu malam sahaja sepertimana umat sejagat. Umat Islam firman Allah SWT di dalam di seluruh dunia harus permulaan surah al-Israk: bersatu bagi “Maha Suci Tuhan yang telah memperjuangkan isu ini mengIsrakkan hambaNya di Kubah Batu (Pelancaran), di tengah-tengah yang merupakan isu induk waktu malam dari Masjidil Haram Masjid Masjidil Aqsa, Palestin. Di sini tempat pelancaran umat di abad ini. kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke ke Masjidil Aqsa yang Kami dan Sidratul Muntaha, menembusi 7 petala langit dan Perselisihan berkati sekelilingnya, agar Kami Baitul Makmur. Hari ini ia ditawan oleh Yahudi yang perbezaan mesti dilaknat Allah swt. Pembebasannya sebelum Hari memperlihatkan kepadanya Kiamat dijamin Allah swt. Bila? Siapa pembebasnya? diketepikan demi sebahagian dari tanda-tanda Apa ciri-ciri mereka? Bagaimana mereka dididik menjayakan misi agung (kekuasaan) Kami” (Al-Israk: 1). (dihasilkan)? dalam menyelesaikan permasalahan ini. Para penulis sejarah Islam berbeza pendapat dalam penentuan tarikh KESINAMBUNGAN RISALAH berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Namun TAUHID apa yang penting di sini ialah sejauh manakah umat Islam dapat mengambil Pertemuan Rasulullah SAW dengan ibrah dan panduan dari peristiwa agung ini. generasi dakwah terdahulu dari Nabi Adam Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti hingga Rasul sebelumnya menjadi tanda di dalam kitabnya ‘Fiqh Seerah’ isyarat kesinambungan dakwah dan mengungkapkan ia sebagai Mukjizat Israk risalah. Dakwah ini adalah taurith dan Mikraj. Sudah tentu peristiwa ini (pewarisan) sebagaimana Rasulullah mempunyai signifikan yang besar untuk bertemu dengan para nabi terdahulu, disingkapi dan dihayati oleh seluruh umat mengambil semangat daripada mereka Islam. serta memimpin jamaah solat mereka. Ini

juga memberi isyarat bahawa semua umat di dunia hari ini akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad sebagaimana rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang baginda SAW.

PENSYARIATAN IBADAH SOLAT Israk dan Mikraj adalah satu peristiwa yang penuh makna dan bersejarah dalam Islam di mana ketika peristiwa ini, kefardhuan ibadah solat telah pun disyariatkan. Syariat-syariat lain seperti zakat, puasa, pengharaman arak dan lain-lainnya diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Tetapi istimewanya syariat solat, Rasulullah SAW menerima amanah agung ini secara ‘direct’ daripada Allah SWT. Di sini kita dapat melihat betapa istimewa dan pentingnya kefardhuan solat ini. Ibadah solat pada asalnya telah disyariatkan sebanyak 50 waktu. Namun Nabi Musa telah menyuruh Rasulullah SAW supaya merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam. Tetapi Allah SWT yang Maha Pemurah tetap mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Related Documents

Israk Mikraj
May 2020 38
Brochure Israk Mikraj
May 2020 10
Israk Mikraj
October 2019 50
Israk Mikraj
May 2020 39
Israk Dan Mikraj
May 2020 28

More Documents from "Zamzam"