Noor Faraheen bte Ab. Rahim Tingkatan 5
Novel Putera Gunung Tahan
Biodata Penulis Novel Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Tengah, Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan. Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada orangorang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif.
1. Asal-usul negeri Pahang (Bagaimana situasi negeri Pahang pada masa itu iaitu sekitar tahun 1937 - zaman pendudukan Inggeris di Tanah Melayu )
Peristiwa Penting
2. Kedatangan dua orang putih ke Tanah Melayu untuk mencari tempat peranginan orang Inggeris ketika datang ke Tanah Melayu
3.
Situasi Tuan.Robert ditawan oleh masyarakat Sakai. Di perkampungan orang Sakai, Robert dikawal ketat secara bergilirgilir.
4. 4 Ratu Bongsu mengetahui niat jahat Tuan William. Menggunakan tipu helah dan mengurung Tuan William ke dalam bilik khazanah. Tuan William turut terkorban dalam serangan kapal terbang. Rakyat diperintah agar berlindung.
Peristiwa Penting
5.
Pengembaraan Tuan William seorang diri setelah terpisah dengan Robert. Tuan William bertemu dengan Kusina(orang Bunian) iaitu pengiring Ratu Bongsu yang tinggal di puncak gunung Tahan. Kusina membawa William bertemu dengan Ratu Bongsu. William gembira kerana hajatnya untuk ke puncak gunung Tahan tercapai
6.
Tuan William menghadap Ratu Bongsu.Tuan.William menceritakan tujuan kedatangannya iaitu ingin mendapatkan puncak gunung Tahan di samping menyiasat keelokan tanah, tumbuhan dan haiwan di puncak tersebut.
Peristiwa Penting
7.
Ratu Bongsu jatuh cinta terhadap Mem William pada pandangan pertama. Selepas tiga tahun berada di puncak gunung Tahan, barulah Mem William membalas cinta Ratu Bongsu tersebut.
Sinopsis Novel Putera Gunung Tahan mengisahkan kisah dua orang iaitu Tuan Robert dan Tuan William yang dihantar ke Tanah Melayu untuk mencari tempat
peranginan yang sesuai bagi tempat beristirahat. Mereka diberi upah lima ribu paun sekiranya usaha mereka Berjaya.Destinasi utama mereka ialah puncak Gunung Tahan. Tuan Robert dan Tuan William menuju ke pucak gunung itu dengan ditemani oleh Ali dan Awang. Nasib tidak menyebelahi mereka di mana Ali dan Awang telah mati dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, Tuan Robert dan Tuan William tetap meneruskan perjalanan. Oleh sebab musim hujan, mereka telah berlindung dalam sebuah gua. Setelah hujan reda, Tuan Robert keluar dari gua untuk meninjau-ninjau keadaan sekitar tempat tersebut. Tibatiba, dia telah ditawan oleh sekumpulan orang sakai. Tuan Robert telah dibawa ke perkampungan mereka. Di situ, Tuan Robert telah diberi layanan yang baik dan dilantik oleh orang-orang sakai sebagai Batin Putih. Di perkampungan orang-orang sakai itu, Tuan Robert telah bertemu dengan seorang perempuan Melayu. Perempuan tua Melayu itu telah menceritakan segala kisahnya kepada Tuan Robert dan menyatakan tentang ilmu pengasih serta ubat-ubatan orang sakai di tempat itu. Perkara tersebut tidak dipercayai oleh Tuan Robert.Oleh sebab benci akan sikap Tuan Robert yang sedemikian itu, maka perempuan tua itu pun mengenakan cenuai terhadap Tuan Robert. Akhirnya, Tuan Robert telah tergila-gila akan seorang gadis Sakai. Dengan pertolongan perempuan tua itu, Tuan Robert telah direstui berkahwin dengan gadis berkenaan. Tetapi, dengan muslihat perempuan tua itu juga, iaitu dia telah mengarahkan gadis berkenaan supaya berlari dengan pantas semasa upacara perkahwinan mereka supaya Tuan Robert tidak dapat menangkap gadis tersebut. Dalam upacara perkahwinan berikutnya, Tuan Robert dikehendaki memanjat pokok yang dipanjat oleh gadis itu untuk menangkap gadis tersebut. Tetapi, Tuan Robert telah terbunuh kerana terjatuh dari pokok.Tuan William telah mencari Tuan Robert. Semasa mencari Tuan Robert, dia telah berjumpa dengan Kusina, iaitu pengiring Ratu Bongsu yang menetap di puncak Gunung Tahan. Dengan pertolongan Kusina, Tuan William di bawa berjumpa dengan Ratu Bongsu. Melihatkan tempat itu sungguh menarik, maka timbullah di hati Tuan William untuk menakluki kawasan tersebut. Dia telah mengutuskan surat kepada kerajaan negerinya agar menghantar kapal terbang untuk mengebom kawasan itu.Dengan kebijaksaan Ratu Bongsu, dia dapat mengesan niat jahat Tuan William itu. Akhirnya, ketika Tuan William diarahkan untuk mengambil teropong, dia dikurung oleh Kusina di dalam bilik itu dan mati terperangkap apabila bom digugurkan. Isteri Tuan William yang dating bersama-sama kapal terbang itu telah tercedera. Ratu Bongsu telah terpikat dengan isteri Tuan William dan akhirnya mereka bersetuju untuk hidup bersama.
Antologi KErusi
Bahagian A : Prosa Tradisional 1. Sabor Peristiwa penting : 1. Jibor membawa Sabor ke rumahnya. Setibanya di rumah, Jibor menyuruh Sabor memberi hormat kepada isterinya, Siti Saidah. Siti Saidah juga memberi hormat kepada Sabor.Dalam diam, Siti Saidah telah jatuh hati akan Sabor. Siti Saidah telah berlaku curang dengan seorang jauhari tanpa pengetahuan sesiapa. Namun,jauhari itu dilupakannya setelah dia melihat dan jatuh hati akan Sabor 2. Siti Saidah memberitahu suaminya, Jibor bahawa Sabor telah cuba berbuat jahat kepadanya ketika dia hendak ke bilik air. Menurutnya lagi, apabila dia hendak menjerit untuk melepaskan diri, Sabor telah mengugut untuk membunuhnya. Siti Saidah memberitahu Jibor bahawa dia lebih sanggup mati daripada menderhakai suaminya dan Allah. Jibor meminta agar Siti Saidah tidak memberitahu sesiapa akan hal itu kerana dia berasa malu akan perbuatan adiknya itu. 3. Jibor memberi sebuah kopiah buatan Rom yang berharga seribu dinar kepada Sabor lalu meminta Sabor memakainya. 4. Jibor memanggil empat orang sipahi (askar India) lalu memberi mereka seratus dinar seorang. Jibor mengarahkan mereka untuk memenggal (membunuh) seorang lelaki memakai kopiah pada waktu Maghrib, iaitu ketika orang bersembahyang di masjid. 5. Sabor pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dengan memakai kopiah yang diberi oleh Jibor. Namun, oleh sebab dia berasa pening, kopiah itu ditanggalkannya dan diletakkannya di atas mihrab. 6. Kopiah itu diambil dan dipakai oleh jauhari, lalu dia menunaikan solat. Empat orang sipahi itu datang ke masjid lalu memenggal kepala jauhari (yang disangka mereka ialah Sabor)
Sinopsis : Sabor telah dibawa oleh saudaranya, Jibor yang kaya dan beristeri muda. Sabor diperkenalkan oleh abangnya itu kepada isterinya, Siti Saidah. Pada pandangan pertama itu, Siti Saidah menaruh perasaan terhadap Sabor yang lebih muda dan gagah daripada suaminya itu. Siti Saidah telah menyediakan bilik Sabor yang dihiasi cantik dengan hiasan ratna manikam. Sebenarnya, Siti Saidah bukanlah seorang isteri yang baik. Dia pernah bertindak curang terhadap suaminya, iaitu menjalin hubungan sulit dengan jauhari, iaitu saudagar permata. Perbuatannya itu tidak diketahui oleh suaminya, Jibor. Selepas Sabor tinggal bersamanya, Siti Saidah telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, saudagar permata itu. Dia mula mengatur rancangan untuk memikat Sabor agar memenuhi kehendak nafsunya .Pada suatu malam hari ke-20 Sabor tinggal di situ, Siti Saidah meluru masuk ke bilik Sabor semasa suaminya sudah tidur nyenyak akibat memakan majun khayal,. Kedatangan Siti Saidah itu mengejutkan Sabor yang jujur dan tidak menduga kakak iparnya mahu bertindak curang itu. Sabor hampir tergoncang keimanannya akibat pujuk rayu Siti Saidah yang menggodanya itu. Namun begitu, Sabor cepat-cepat teringat akan pesanan gurunya, Raja Damsyik dan larangan Allah tentang zina sebagaimana termaktub dalam kitab suci al-Quran. Sabor mengusir dan memarahi Siti Saidah dari biliknya. Hal ini menimbulkan rasa malu pada diri Siti Saidah dan dia berdendam terhadap Sabor. Sebaliknya, Sabor mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana berjaya menghindari zina dan kemudian bersembahyang , berserah diri kepada Allah. Keesokannya Siti Saidah cuba memfitnah Sabor dengan mengatakan kepada suaminya, Jibor bahawa Sabor cuba mencabul kehormatannya. Jibor yang percaya akan fitnah itu amat marah dan meminta Siti Saidah merahsiakan perkara itu serta berjanji akan mengambil tindakan. Siti Saidah amat berharap suaminya akan bertindak menghapuskan Sabor. Kemudian Jibor telah mengupah empat orang sipahi untuk membunuh Sabor sewaktu bersembahyang maghrib di masjid. Jibor juga telah menghadiahkan kopiah buatan Rom yang mahal kepada adiknya, Sabor.Ketika tiba waktu sembahyang, Sabor telah menanggalkan kopiahnya di atas mihrab yang kemudiannya dicuri oleh jauhari (saudagar permata). Semasa bersembahyang itu, empat orang sipahi yang diupah membunuh Sabor telah memancung kepala jauhari (=saudagar permata yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Siti Saidah) itu kerana menyangkanya sebagai Sabor. Keadaan menjadi kelam-kabut di masjid itu . Namun begitu, Sabor dan imam meneruskan sembahyang. Peristiwa itu menyedarkan Jibor bahawa adiknya tidak bersalah tetapi isterinya curang. Pendek kata, cerita ini berakhir dengan mereka yang berdosa mendapat balasannya, manakala orang yang baik mendapat perlindungan-Nya.
2. Kezaliman Membawa Padah Peristiwa penting : 1. Tun Jana Khatib berkunjung ke Singapura dari Pasai. Dia memperlihatkan kehebatannya dengan menilik pokok pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan Singapura. 2.Rasa cemburu Paduka Seri Maharaja terhadap Tun Jana Khatib. 3. Berlaku serangan ikan todak di Singapura,pembunuhan budak pintar,anak Sang Rajuna Tapa oleh Raja Iskandar Shah. Berlaku dendam antara Sang Rajuna Tapa terhadap Raja Iskandar Shah. 4. Majapahit menyerang Singapura. 5. Singapura telah kalah. Raja lari ke Muar, manakala Sang Rajuna Tapa menjadi batu.
Sinopsis : Seorang hamba Allah dari Pasai , iaitu Tun Jana Khatib yang mahir dalam ilmu khayal lillah dan tauhid 12 alam datang ke Singapura. Ketika berjalan-jalan di pekan Singapura dan melewati istana Paduka Seri Maharaja, Tun Jana Khatib cuba menunjukkan kepandaian ilmunya di hadapan Permaisuri, iaitu dengan menilik (=menenung )pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja, raja Singapura pada ketika itu. Tun Jana Khatib ditangkap dikenakan hukuman bunuh. Sebaik sahaja dibunuh, anehnya hanya darahnya sahaja tertitik di Singapura sedangkan badannya telah ghaib. Terdapat cerita yang mengatakan bahawa badannya telah terhantar ke Langkawi da dikebumikan di sana. Akibat daripada tindakan Paduka Seri Maharaja yang disifatkan zalim itu, Singapura mulai ditimpa bencana. Singapura telah diserang oleh ikan todak. Banyak rakyat yang mati kerana diperintahkan Paduka Seri Maharaja berkubukan batang betis ketika menangkis serangan ikan todak itu. Dalam pada itu, seorang budak pintar yang menyaksikan peristiwa itu telah mencadangkan kepada raja agar mereka berkubukan batang pisang di pantai. Paduka Seri Maharaja bersetuju dengan cadangan bernas itu lalu mengarahkan rakyat agar menebang batang pisang dan dijadikan kubu di tepi pantai Singapura. Akibatnya, banyak ikan todak yang mati kerana jongor ikan-ikan itu terlekat pada batang – batang pisang tersebut. Rakyat Singapura terselamat daripada bencana itu. Namun begitu, budak pintar itu telah dibunuh akibat hasutan pembesar yang dengki akan kepintaran budak itu. Kononnya, dikatakan bahawa budak pintar ini tidak boleh dibiarkan hidup kerana ketika kecil sudah begitu pintar dan apabila besar kelak akan menggunakan kepintarannya untuk mencabar raja . Kemudian Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan pula anakanda baginda, iaitu Raja Iskandar Syah yang beristerikan anak Tun Perpatih Tulus. Raja Iskandar Syah telah mengambil anak Sang Rajuna Tapa, iaitu penghulu bendahari baginda sebagai gundik. Anak Sang Rajuna Tapa yang cantik itu dicemburui lalu difitnah bermukah (=bezina ) oleh gundikgundik raja yang lain. Akibat fitnah itu, anak Sang Rajuna Tapa telah dijatuhi hukuman sula di hujung pasar (=di khalayak ramai ). Oleh sebab malu bercampur dendam, Sang Rajuna
Tapa memohon bantuan Betara Majapahit yang kemudiannya menyerang Singapura. Singapura yang tidak pernah tewas dalam cubaan serangan Majapahit sebelum ini akhirnya ditawan oleh pihak Majapahit kerana Sang Rajuna Tapa telah belot dari dalam. Raja Iskandar Syah kemudiannya telah melarikan diri ke Muar. Sementara itu, Sang Rajuna Tapa dan isteri bertukar menjadi batu akibat penderhakaannya kepada raja.
3. Asal Usul Raja Kecil Peristiwa penting ; 1. Kelahiran Putera Marhum Mangkat Dijulang dengan isterinya, Encik Pung. Encik Pung menyuruh Laksamana melarikan bayi itu. 2. Bayi itu bertukar tangan daripada Raja Negara kepada Temenggung Muar,dan di pelihara sehingga berusia 7 tahun. 3
Putera itu memperlihatkan daulatnya sehingga mencetuskan konflik apabila diketahui oleh Yang Dipertuan Muda.
4
Laksaman menyerahkannya kepada Nakhoda Malim lalu dibawa ke Jambi,pagaruyung dankemudiannya diambil oleh Yamtuan Sakti.
5
Tuan Bujang memperhambakan diri kepada Sultan Lema Abang di Palembang.
Sinopsis : Anakanda Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang telah dilahirkan secara rahsia oleh ibunya, Encik Pung di suatu tempat di Johor. Encik Pung tidak mahu memelihara dan menyusukan anaknya sendiri sebaliknya meminta bantuan Laksamana agar membawanya keluar dari negeri Johor. Laksamana pun pergi ke Selat Singapura untuk bertemu dengan Raja Nagara bagi membantunya menyerahkan anakanda sultan itu kepada Temenggung Muar di Muar untuk dipelihara secara rahsia kerana takut akan dibunuh oleh Bendahara. Anakanda itu dipelihara oleh Temenggung seperti anaknya sendiri dan tiada diketahui orang lain kerana beranggapan Temenggung memelihara anak Raja Nagara.
Setelah berusia tujuh tahun, Temenggung membawa anakanda sultan itu semula ke Johor. Ketika bermain-main di makam ayahandanya di Kota Tinggi bersama-sama rakan-rakan sebaya, Anakanda sultan itu makan rumput dan budak-budak yang lain cuba mengikutnya tetapi semuanya muntah darah. Berita ini heboh. Rahsia anakanda sultan yang turut berwajah menyerupai arwah sultan terbongkar dan diketahui oleh Yamtuan Muda yang mengarahkan agar mencarinya. Untuk menyelamatkan anakanda sultan itu, Laksamana terpaksa pula meminta bantuan Nakhoda Malim untuk memelihara anakanda sultan itu. Nakhoda Malim membawa anakanda sultan itu kembali ke tempatnya di Jambi. Anakanda sultan itu dinamakan Tuan Bujang dan dilayan seperti anak sendiri. Tuan Bujang dibawa ke Pagaruyung menghadap Yamtuan Sakti dan menceritakan asal usul sebenar Tuan Bujang kepada Yamtuan Sakti. Diceritakan bahawa ayahandanya, Yang Dipertuan Johor telah mangkat dibunuh oleh Bendahara. Yamtuan Sakti meminta untuk memelihara Tuan Bujang dan dipersetujui oleh Nakhoda Malim. Yamtuan Sakti sangat gembira , lalu membawa Tuan Bujang menghadap bondanya, Puteri Jilan.
Puteri Jilan amat sukacita dan meminta Yamtuan Sakti memelihara Tuan Bujang dengan baik-baik kerana berasa kasihan kepadanya itu yang telah kematian ayah dan yakin Tuan Bujang inilah yang akan menuntut bela atas kematian Yang Dipertuan Johor atau Duli Yang Dipertuan Marhum
Mangkat Dijulang. Sebenarnya , Puteri Jilan ini ialah kakak Yang Dipertuan Johor. Tuan Bujang ini menjadi cucu angkatnya kerana dijadikan anak angkat oleh Yamtuan Sakti.Maka tinggallah Tuan Bujang di Pagaruyung dan membesar bersama-sama anak Yamtuan Sakti. Pada suatu hari ketika berusia 13 tahun, Tuan Bujang bermohon pergi ke Batanghari kerana hendak mencari ilmu. Tuan Bujang menumpang pergi mengembara dengan orang Minangkabau dan sampai di Batanghari, seterusnya ke Rawas dan kemudian Palembang. Tuan Bujang menghadap Sultan Lema Abang dan meminta untuk berhamba kepadanya. Sultan amat sukacita melihat sikap Tuan Bujang lalu dipeliharanya. Tuan Bujang tinggal bersamanya. Apabila Sultan dihadap orang, Tuan Bujang membawa tepak. Namun, ketika Tuan Bujang memegang tepak, Sultan Lema Abang tiada boleh duduk dan terasa kegatalan pada punggungnya. Jika Sultan berjalan dahulu dan Tuan Bujang di belakang; Sultan lema Abang tidak boleh berjalan dan terasa ada orang memegangnya. Sejak Tuan Bujang tinggal bersama, Sultan juga terasa sakit tubuh badan. Ini menunjukkan bahawa Tuan Bujang lebih berdaulat kerana Putera Raja Johor.
4.Kepahlawanan Tun Beraim Bapa Peristiwa penting : 1. Tun Beraim Bapa mempersiapkan diri untuk memperlihatkan kependekarannya. 2. mandi di Sungai Sempang, berlimau dan sebagainya. 3. Tun Beraim Bapa memperlihatkan kecekapannya mengendalikan kuda semberani yang liar sehingga mencetuskan konflik dengan Pendekar Keling. 4. Tun Beraim Bapa menunjukkan pelbagai kebolehan sehingga menyebabkan Pendekar Keling membatalkan niat untuk bertarung dengan pendekar negeri Pasai. 5. Pendekar Keling berundur ke kapal mereka.
Sinopsis : Tun Beraim Bapa bersama para pengiringnya pergi ke istana. Sesampainya di pintu tani, beliau meminta kuda semberani daripada Dara Zulaikha Tingkap (Tun Dewrma Dikara). Setelah mendapat keizinan, Tun Beraim Bapa memacu kuda yang gila dan tidak pernah dikenderai orang itu lalu terbang hingga ke Tukas. Sultan berasa hairan dan kesal kerana Tun Beraim Bapa telah hilang daripada pandangan. Setelah Tun Beaim Bapa muncul semula secara tiba-tiba, baginda mengarahkan Bermanat P.nti dan Maidana P.nti agar menyuruh Tun Beraim Bapa bersilat di hadapan ketua kelasi kapal dan askar pendekar dari keling bagi menunjukkan ketangkasan. Para pendekar Keling yang melihat ketangkasannya terus pulang ke kapal dengan menundukkan muka, berasa malu kerana tidak sanggup menentang Tun Beraim Bapa. Mereka terus belayar pergi. Berjayalah helah Sultan kepada para pendekar asing yang berniat jahat itu. Baginda Sultan meminta Tun Beraim Bapa mengajak semua orang hulu sungai datang ke Tukas untuk diraikan dalam majlis jamuan. Pada suatu hari Jumaat, Tun Beraim Bapa bermain-main ke Pasai lalu masuk ke pagar istana. Beliau ternampak Tun Fatimah Lempau bergelar Temian Layangan menggubah bunga bersama-sama dengan Dara Zulaikha. Tun Beraim Bapa marah kepada Tun Fatimah yang dianggap menipunya kerana bunga yang digubah bukan untuk dibawa ke masjid tetapi ke istana. Tun Beraim Bapa membatalkan niatnya mengejar Tun Fatimah setelah bahunya tertempuh pintu istana.
Bahagian B : Cerpen 1 . Tragedi Biodata pengarang : Amil Jaya atau nama sebenarnya Ismail Abbas. Dilahirkan pada 5 November 1939 di Kg. Prisan, Kota Belud, Sabah. Bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1969), Maktab Perguruan Gaya, Sabah (1971-1973) dan pernah menjadi editor di Biro Kesusasteraan Borneo (1974-1975). Antara karyanya ialah Ngayau, Cerah dan Bagaton. Novel remaja Herwan Anak Kembara, Yanti Si Anak Laut dan Periuk Kera Raksasa. Antologi puisi beliau ialah Berhati Nabi Berwajah Ibu, manakala kumpulan cerpennya Haram dan Satu Amanah.
Peristiwa penting
1. Pengenalan watak Pak Isman dan Irnawati 2. Gambaran hubungan Irnawati-Iswan dan peristiwa kemalangan maut yang menimpa Iswan. 3. George Bulang yang mabuk telah melanggar Iswan. 4. George Bulang dibebaskan daripada hukuman kerana masih dibawah umur (16 tahun ) 5. Pak Ismawan memberikan ceramah dalam kempen keselamatan jalan raya.
Sinopsis : Cerpen ini mengisahkan tragedi yang sangat menyedihkan Pak Ismawan yang kehilangan anaknya, Iswan dalam kemalangan jalan raya. Iswan ialah seorang remaja yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang sukan, khususnya permainan badminton. Dia pernah mewakili negara ke pertandingan Piala Thomas. Kehebatannya mendapat sanjungan para peminat. Ketika Pak Ismawan sedang berdoa, dia didatangi olah Irnawati, rakan sekelas Iswan sejak tingkatan satu. Sambil mengucapkan takziah, Irnawati memohon keizinan daripada Pak Ismawan untuk menyimpan raket badminton kepunyaan Iswan sebagai kenang-kenangan. Semasa hayatnya, Irnawati pernah berselisih pendapat dengan Iswan apabila bercakap tentang permainan badminton. Kemalangan berlaku sewaktu Irna menemani Iswan sambil berbasikal untuk latihan stamina. Ketika mereka menyusuri jalan, sebuah kereta dari belakang telah menabrak Iswan. Dia dilanggar oleh rakannya sendiri, George Bulang yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk dan masih lagi di peringkat bawah umur. Iswan dikejarkan ke hospital, tetapi doktor gagal menyelamatkannya. Beberapa bulan kemudiannya, kes kemalangannya diputuskan oleh mahkamah sebagai kes langgar dan lari. Pak Ismawan bersedia memaafkan George Bulang walaupun dia sebenarnya sangat marah
dan sedih. Pada suatu hari, Pak Ismawan didatangi oleh seorang pegawai dan Majlis Keselamatan Jalan Raya yang bertujuan untuk mengundangnya memberikan ceramah sempena kempen keselamatan jalan raya. Pak Ismawan bersedia memberikan penerangan tentang tragedi yang menimpa anaknya sebagai iktibar kepada para hadirin. Dalam keadaan sebak, dia menasihati mereka supaya berhati-hati di jalan raya, di samping mematuhi peraturan dan tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk.
2.Virus Zel untuk Abah
Biodata Pengarang : Mawar Shafei lahir di Singapura(27 Februari 1971).Mendapat pendidikan awal di Singapura dan Johor Bharu sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (1991-1995). Kini beliau bertugas di UKM sebagai Pensyarah . Mula aktif berkarya sejak 1991 terutama di dalam genre cerpen.Karya pertama beliau ialah"Kerana Kau"(tabloid Minggun Famili 1988).Cerpen beliau tersiar juga dalam Berita Minggu,Mingguan Malaysia,Dewan Sastera,Dewan Budaya,Dewam Siswa,Pelita Bahasa. Beberapa cerpen beliau turut memenangi hadiah:"Virus ZEL Untuk Abah"(Penghargaan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1995)."Dialog Corydoras"(Bulan Budaya Pulau Pinang 1997),"AlKahf"(Jabatan PERdana Menteri Malaysia)."Mandala Hasiber"(Hadiah Utama ESSO-GAPENA ke x). Sebagai eseis tulisan beliau terbit dalam majalah Dewan Sastera,Dewan Siswa,Pelita Bahasa,Dan Jurnal Perisa.
1. Zel merancang untuk melepaskan Virus Zel ke dalam Program ZQ1308 yang telah dicipta oleh ayahnya melalui komputer.
Peristiwa penting
2. Perbualan Zel dengan Mama. Mama menasihati Zel supaya berbaik-baik dengan Abah.Prinsip hidup Mama bahawa wanita boleh hidup berjaya tanpa kaum lelaki di sisi
3. Perbualan Zel dengan Mama tentang anak-anak Aunt Syarifah yang dianggapnya tidak matang dan tidak menerimanya dengan baik.
4. Perbualan Zel dengan Win melalui komputer. Win menasihati Zel supaya tidak meneruskan niatnya.
5. Zel menghentikan niatnya untuk menganiayai Abah dengan mematikan Virus Zel bersama matinya dendam dan kemarahannnya terhadap Abah
Sinopsis : Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Zel yang menghadapi konflik jiwa ekoran daripada perpisahan kedua-dua orang tuanya. Dia amat sedih kerana masalah keretakan rumah tangga keluarganya tidak mendapat simpati daripada rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, nasibnya agak baik kerana dia tetap disayangi oleh mamanya yang sentiasa melayaninya dengan baik dan memberi perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walaupun sibuk menguruskan perniagaannya yang semakin maju. Zel tidak pernah dilarang untuk berjumpa dengan abahnya atau bergaul sesama saudara tirinya. Namun, walaupun sudah 10 tahun berpisah dengan abahnya, dendam Zel terhadap abahnya masih tidak padam. Zel berhasrat untuk bertindak memasukkan virus ZEL dalam program ZQ 1308 milik keluarga baru abahnya. Dia masih mempunyai teman baik seperti Win yang turut memahami masalahnya dan sentiasa menasihatinya. Hubungan akrab mereka sejak kecil lagi membolehkan Win berjaya memujuk Zel untuk membatalkan rancangannya. Ternyata daripada
pujukan Win, Zel akhirnya akur dan membatalkan hasratnya untuk merosakkan program komputer abahnya.