BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan perkembangan diri melibatkan nilai-nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, bertanggungjawab, harga diri, hemah tinggi, toleransi, berdikari, kerajinan, kasih sayang, keadilan, rasional dan kesederhanaan. Nilai ini sangat penting dalam memberikan manfaat kepada diri sendiri dan juga masyarakat di sekeliling. Amalan nilai ini menjadikan seseorang itu berakhlak mulia dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aspek perkembangan diri ini juga penting untuk seseorang itu mendapat kepercayaan dari orang lain.
1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan Definisi Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara Ciri-ciri 1. Tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama. 2. Memelihara keunikan alam ciptaan Tuhan 3. Reda dengan kekurangan dan kelebihan diri adalah anugerah Tuhan. 4. Bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan. 5. Melaksanakan perintah Tuhan dengan sempurna 6. Menghargai setiap ciptaan Tuhan
1.2 Amanah Definisi Sikap bertanggunjawab yang boleh menimbulkan keprcayaan dan keyakinan orang lain. Ciri-ciri 1. Menjalankan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna 2. Bertanggungjawab di atas tugas yang dijalankan 3. Jujur dan sentiasa bercakap benar dalam pertuturan 4. Tidak menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan 5. Berpegang teguh pada janji
1.3 Harga Diri Definisi Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulikan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Ciri-ciri 1. Menjaga diri walau di mana sahaja berada 2. Menjaga nama baik diri, keluarga dan agama 3. Sentiasa berpakaian sopan dan tidak menjolok mata 4. Menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, menagih dadah, menggunakan pil khayal dan sebagainya 5. Menghargai keistimewaan yang ada pada diri.
1.4 Bertanggungjawab Definisi Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Ciri-ciri 1. Melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan sempurna. 2. Tidak menyalahkan orang lain seandainya gagal melakukan sesuatu kerja 3. Tidak berputus asa apabila menghadapi masalah dalam tugas 4. Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja 5. Berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan 6. Memastikan kerja yang dilaksanakan dilakukan dengan sebaik mungkin
1.5 Hemah Tinggi Definisi Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan harian Ciri-ciri 1. Beradab dan bersopan santun dalam pergaulan seharian 2. Tidak bersikap angkuh atau sombong 3. Tidak suka menunjuk-nunjuk 4. Menjaga nama baik agama, bangsa dan negara 5. Menghormati orang yang lebih tua 6. Tidak lokek untuk meminta maaf apabila melakukan sebarang kesilapan
1.6 Toleransi Definisi Kesanggupan bertolah ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Ciri-ciri 1. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri 2. Sentiasa mengutamakan perasaan orang lain 3. Berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara 4. Menghormati dan saling memahami dalam berkomunikasi 5. Bersedia menerima kekurangan dan kelebihan setiap manusia
1.7 Berdikari Definisi Kebolehan dan kesanggupan malakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain Ciri-ciri 1. Melakukan sesuatu tugasan tanpa meminta bantuan orang lain 2. Tidak bergantung kepada orang lain semata-mata dan yakin degnan kebolehan diri 3. Mempunyai pendirian tetap 4. Dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk 5. Berusaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa berputus asa
1.8 Kerajinan Definisi Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara Ciri-ciri 1. Bersifat cekal iaitu tabah hati dalam menghadapi pelbagai rintangan dan halangan 2. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai cita-cita 3. Sanggup memikul tanggungjawab dengan sempurna 4. Tidak putus asa atau lemah semangat apabila mengalami kegagalan 5. Bersabar, tabah dan bertanggungjawab
1.9 Kasih Sayang Definisi Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas Ciri-ciri 1. Menjaga keselamatan dan kesihatan tubuh badan 2. Membenci penganiayaan dan penyeksaan 3. Tidak menganiayai semua makhluk yang bernyawa 4. Sanggup membantu untuk menyelamatkan nyawa orang lain 5. Mempunyai sikap perikemanusiaan dan prihatin yang mendalam
1.10 Keadilan Definisi Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah Ciri-ciri 1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan 2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang kukuh 3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas untuk kebaikan
1.11 Rasional Definisi Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan akan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar Ciri-ciri 1. Boleh memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu tindakan yang akan dibuat 2. Mampu membuat analisis terhadap sesuatu tugas yang dihadapi 3. Tenang dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah 4. Tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu tindakan 5. Tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk 6. Dapat menerima sebarang kritikan dan teguran dengan fikiran yang terbuka
1.12 Kesederhanaan Definisi Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, peraturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Ciri-ciri 1. Menimbangkan kepentingan diri dan juga kepentingan orang lain. 2. Mengambil kira kemampuan diri dan keperluan orang lain. 3. Bertindak ihklas tanpa mengharapkan upah dan ganjaran. 4. Melakukan sesuatu perkara yang berfaedah untuk diri sendiri.
SMK Perempuan Likas Sabah