Bab-12-petempatan

  • Uploaded by: Beevy GB
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab-12-petempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 783
  • Pages: 17
BAB 12: PETEMPATAN 1. PETEMPATAN AWAL 2. JENIS PETEMPATAN DI MALAYSIA 3. PETEMPATAN LUAR BANDAR 4. POLA PETEMPATAN LUAR BANDAR 5. FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR

Disediakan Oleh: Pn. Laila, Cempaka Damansara.

DEFINISI PETEMPATAN= Tempat manusia tinggal & berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti ekonomi. SEJARAH PETEMPATAN AWAL Petempatan awal manusia bermula di : 1. Lembangan Sungai Tigris-Euphrates 2. Lembangan Sungai Nil 3. Lembangan Indus 4. Lembangan Hwang He

Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesir Purba

Tamadun Hwang He Tamadun Indus

Tapak Petempatan Awal Di Dunia

Kawasan lembangan sungai sesuai sebagai petempatan awal kerana: 1. dataran sungai yang rata & kaya dengan tanih aluvium 2. sungai membekalkan sumber air kegunaan domestik & pengairan 3. sungai sebagai jalan pengangkutan 4. terdapat kawasan rumput subur untuk binatang ternakan

PETEMPATAN AWAL DI MALAYSIA Kawasan Petempatan

Lokasi Petempatan Awal 1. Zaman Kesultanan Melaka di Sungai Melaka. Muara Sungai 2. Kerajaan Johor-Riau di Sungai Johor. Lembah Bujang di Sungai Tebing atau Lembah Sungai Merbok, Kedah. 1. Gua Niah, Sarawak. Bukit atau Gua 2. Kota Tampan di Lenggong, Perak. Pinggir Laut

1. Teluk Darvel, Sabah. 2. Kuala Berang, Terengganu.

Tanah Pamah

Pekan, Pahang.

Lembah Bujang

Kuala Berang

Kota Tampan Pekan

Melaka

Teluk Darvel

Johor Lama Gua Niah

Tapak Petempatan Awal di Malaysia

JENIS PETEMPATAN DI MALAYSIA 2 jenis iaitu: 1. Petempatan Luar Bandar 2. Petempatan Bandar di mana kedua-dua jenis petempatan ini berbeza dari segi: a) Saiz penduduk b) Kepadatan penduduk c) Fungsi Petempatan Luar Bandar mempunyai saiz penduduk yang kecil & kepadatan penduduk rendah dengan aktiviti ekonomi ialah pertanian, penternakan & perikanan. Petempatan Bandar mempunyai saiz penduduk yang lebih besar & kepadatan penduduk tinggi dengan kegiatan ekonomi seperti perdagangan, perniagaan, perkhidmatan & perindustrian.

1. Bentuk Muka Bumi 5. Mata Pencarian

Faktor-faktor Mempengaruhi Petempatan Awal di Malaysia

4. Bekalan Air

2. Keselamatan

3. Pengangkutan & Perhubungan

PETEMPATAN LUAR BANDAR Terdiri daripada petempatan Kampung & Pekan. Jumlah penduduk di kampung di antara 1 hingga 1 999 orang. Jumlah penduduk di pekan di antara 2 000 hingga 9 999 orang. Kegiatan ekonomi penduduk: pertanian & perikanan. Contoh: Dataran Kedah-Perlis - kawasan penanaman padi Pulau Ketam - kawasan nelayan. Hampir di semua negeri mempunyai petempatan luar bandar kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putra Jaya.

6. KETERSAMPAIAN: mudah sampai dengan pengangkutan.

1. BENTUK MUKA BUMI: tanah pamah di lembah sungai & dataran pantai.

FAKTOR MEMPENGARUHI PETEMPATAN LUAR BANDAR 5. DASAR KERAJAAN: petempatan terancang di luar bandar (FELDA).

4. KEGIATAN EKONOMI: pertanian, perikanan & perlombongan.

2. TANIH: aluvium, laterit, gambut & pasir.

3. SUMBER AIR: keperluan domestik & pengangkutan.

TANAMAN

PETEMPATAN LUAR BANDAR

Padi

1. Delta Kelantan 2. Dataran KedahPerlis

Getah & Kelapa Sawit

Kaki bukit yang beralun di Semenanjung Malaysia

Berpasir

Kelapa

Pantai timur Semenanjung Malaysia

Gambut

Nanas

Pontian, Johor

JENIS TANIH Aluvium

Laterit

Jenis Tanih Yang Sesuai Untuk Tanaman di Malaysia

KEGIATAN EKONOMI

PETEMPATAN LUAR BANDAR

PERTANIAN

1. Dataran Kedah-Perlis 2. Dataran Terengganu 3. Tanjung Karang, Selangor

PERIKANAN

1. Kuala Kurau, Perak 2. Kuala Sedili, Johor 3. Besut, Terengganu 4. Mukah, Sarawak 5. Kunak, Sabah

PERLOMBONGAN

1. Sungai Lembing, Pahang 2. Bau, Sarawak

Jenis Kegiatan Ekonomi di Petempatan Luar Bandar

Sistem Saliran di Malaysia

KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan)

KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)

KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)

SLDA (Lembaga Kemajuan Tanah Sabah) bagi negeri Sabah

Rancangan Pembangunan Tanah (FELDA) di Semenanjung Malaysia

POLA PETEMPATAN LUAR BANDAR POLA BERSELERAK Ciri-ciri: susunan rumah/ bangunan tidak teratur & dibina di atas tanah sendiri. Contoh: kebun kecil, dusun, kawasan sawah padi & kebun sayur.

POLA BERJAJAR Ciri-ciri: rumah/ bangunan dibina secara selari dengan jalan raya, sepanjang pantai, sungai, permatang & parit. Contoh: kawasan sawah padi & perkampungan nelayan.

POLA BERPUSAT

POLA BERKELOMPOK

Ciri-ciri: rumah/ bangunan dibina rapat, padat & berpusat.

Ciri-ciri: rumah/ bangunan kurang rapat, disusun secara teratur & terancang.

Contoh: Kawasan petempatan yang bertumpu pada sesuatu objek seperti di persimpangan jalan, pasar, kedai, sekolah atau klinik.

Contoh: Terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api & kuala sungai serta di kawasan ladang getah & kelapa sawit.

FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR FUNGSI EKONOMI

CONTOH

Pusat Pengeluaran & Pengumpulan Hasil Pertanian

1. Dataran Kedah-Perlis & sekitar Sg. Manik (padi) 2. Kundasang, Sabah & Tanah Tinggi Cameron (tanaman teh & sayur-sayuran) 3. Bagan Datoh (tanaman kelapa) 4. Chuping, Perlis (tebu)

Pengeluar Sumber Hutan: pucuk kayu, buluh, rotan & akar kayu.

1. Pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu & Kelantan.

Kawasan Rekreasi & Pelancongan (Agropelancongan & Eko-pelancongan)

1. Taman Agro, Selandar, Melaka 2. Gua Tempurung, Perak 3. Gua Mulu, Sarawak 4. Air Terjun Sekayu, Terengganu

Industri Kecil: hasil kraf tangan, tembaga, songket, batik & makanan.

1. Kampung Sayong, Perak (labu sayung) 2. Air Hitam, Johor (tembikar) 3. Pulau Pangkor, Perak (ikan kering)

Perniagaan Kecil-kecilan: kedai runcit menjual barangan keperluan harian.

Terdapat di hampir semua petempatan luar bandar.

More Documents from "Beevy GB"