BICARA UMUM RENUNGAN BERSAMA HAJI ZAHARUDDIN BIN HAJI SHAMSUDDIN UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JABATAN PELAJARAN PAHANG
YaAziz YaRahim YaRaballalamin anugerahkanlah kepada kami hikmah Mu dan Kebijaksanaan MU dan kurniakanlah kami khazanah ilmu serta rahmat MU, YaMuhaiminu YaAziz YaJabar, jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa beriman, bertaqwa dan mereka yang memperoleh rahmat serta perlindungan MU YaAllah Ilmu kami semua hanya ibarat secelup jari di tengah luatan dalam yang tidak bertepi Ya Faarijalhammi Wayakaashifalgahammi,limpahkan keberkatan dalam usaha kami menuntut ilmu pengetahuan Himpunkanlah lautan ilmu pengetahuan Mu ke dalam sanubari kami agar dapat dijadikan panduan dalam perjalanan hidup ini. Ya Allah sinarlah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah Mu semoga kami dapat menghayati serta mengamalkannya.
DI MANA KITA ?
RENUNGAN BANGSA Apakah kita telah disampuk pepatah Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata Sekarang orang dah kata perkara yang tak sungguh Yang sungguh orang tak percaya Yang tak sungguh orang percaya sungguh-sungguh Sekalipun yang dikata tak pernah sungguh Yang sungguh sudah menjadi tidak sungguh Yang sungguh tak pula dikata sungguh
Luka bangsa yang berdarah Mengalir menitik tak sudah-sudah Yang tak sudah menjadi semakin payah Segala yang payah dibuat mudah Yang mudah diperpayah Yang payah-payah tak siapa pun endah Yang diendah perkara yang tak payah diendah Luka bangsa tak henti-henti berdarah
Memang kita dituntut menjadi warga yang berani Beranilah kita dalam menengakkan kebenaran Kelak kebenaran akan menaburkan segala kepalsuan Tapi, yang benar sekarang sudah banyak dipalsukan Yang palsu disogok dimomok sebagai kebenaran Kebenaran pun kian berkabus disebalik topeng kepalsuan Sehingga yang benar kian luntur makna kebenarannya Maka berapunglah di langit bangsa segala keliru Dalam selirat keliru inilah yang bangsa kita kian bercelaru
Apakah ada penawar lagi dari segala penawar yang ada penawar Penawar luka bangsa letaknya di mana Luka tertikam belati sendiri Belati disalut racun nista Nista yang bercampur amarah dan dendam Dendam yang tak ada diada-adakan Yang ada adalah dendam yang bukan dendam Yang bukan dendam digendang dicanang menjadi dendam
Bangsaku adakah lagi masa depanmu
Nak tengok masa depan tengoklah masa yang silam
Masa silam banyak yang selalu berulang-ulang
Jangan berulang wahai masa yang silam
Yang silam biarlah tenggelam dalam kesilapan
Masa depan jangan sampai hanyut dilambung gelombang
Masa silam sudah banyak yang terlepas ke tangan orang
Masa depan biarlah pasti kejap tergenggam di tangan
Tanyalah kita kepada kita kalaulah benar kita masih sayangkan kita!
Petikan dari sajak... xxxxxx
RENUNGAN BERSAMA Perubahan drpd komputer meja kepada ‘lap top’ atau ‘palm top’Sekarang ‘thumbdrive’ Teknoloji nano meletakkan constrain sebagai asas bekerja. Memasukkan volume yang besar dlm ruang yg kecil. Kecil dianggap sebagai advantage. Dulu internal surgery sebabkan luka yg besar, sekarang membuang apendiks hanya dgn small incision melalui teknoloji laparoskopik yg selepas sembuh tidak kelihatan parutnya.Lepas sehari sudah boleh jogging. Kerja yg besar dilakukan dgn injury yg sangat kecil. Kecil satu advantage.
Kepercayaan dulu mengatakan wang adalah pra syarat berniaga tapi seorang peniaga Malaysia berniaga melalui e-dagang bernilai berbelas juta ringgit dgn hanya duduk di rumahnya.Menjual designnya kpd korperat di Hongkong, Eropah dan US. Dia hanya menjual “pengetahuannya” yg unik kpd “venture capitalist”. Yg dipindah ialah hanya apa yg ada dlm kepalanya sahaja. Tidak perlu kontena besar utk mengisi barang daganganya. Benarlah kata orang tua-tua,mata pena lebih tajam drpd mata pedang yg lebih besar Kita perlu berfikir cara baru – Bagaimana melakukan kerja besar dgn faedah yg juga besar dgn saiz yg konstan atau kalau boleh menjadi relatif kecil Ular lidi menelan naga tanpa berubah menjadi naga. Identiti kita tetap ular lidi tapi dlm