Di atas adalah beberapa dialog, yang biasa diungkapkan oleh para dai’e. Dai’e-dai’e ini mempunyai pemahaman, pendekatan dan ilmu agama yang mantap. Namun, dai’e-dai’e ini tidak pernah menekankan kepentingan menguasai bahasa asing dalam lapangan dakwah. Bahasa yang khususnya perlu ditekankan adalah bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris memainkan peranan besar dalam dunia globalisasi. Bahasa Inggeris menjadi Lingua franca di antara satu negara dengan negara yang lain. Tidak boleh tidak, kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris menjadi mekanisma dalam menyebar-luaskan syiar Islam. Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris, sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai revolusi dan kebangkitan dunia tidak bersempadan. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam lapangan dakwah, lamanlaman web islamik, dan dagangan antarabangsa. Peluasan dunia tanpa batasan, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai Lingua Franca, seharusnya membuka peluang dakwah dengan luas. Para dai’e harus melengkapkan diri dengan penguasan bahasa ini, sebagai alat untuk mendekati dan menyampaikan inti-inti Islam pada mereka. Anjuran mempersediakan diri dengan penguasaan bahasa orang yang ingin dakwahkan telah dinyatakan dalam Quran.
Kata Allah dalam surah Ibrahim ayat 4, “Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.” Dewasa ini, masyarakat barat mula mengkaji tentang Islam. Kebanyakan mereka mengkaji kerana mahu mencari kebenaran. Para dai’e harus kedepan dan menjadi tempat rujukan mereka tentang Islam. Keberkesanan memperkenalkan Islam pada mereka, bergantung kepada penguasaan ‘bahasa mereka’ yang ada pada para dai’e. Para dai’e tidak seharusnya hanya menguasai bahasa ibunda dan bahasa arab. Tetapi harus menguasai bahasa-bahasa utama dunia,terutama Inggeris untuk menyampaikan syiar islam. Menjadi satu kerugian jika para dai’e hanya sibuk menyiapkan ilmuilmu agama,tetapi tidak boleh menyampaikan dengan baik dan jelas melalui bahasa kaum yang ingin didakwahkan. Sekadar satu peringatan kepada para dai’e, termasuk diri saya.