Bersabar Dalam Berdoa

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bersabar Dalam Berdoa as PDF for free.

More details

  • Words: 221
  • Pages: 1
Bersabar Dalam Berdoa Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.? Lalu baginda ditanya oleh seseorang:?Apa maksudnya meminta dicepatkan??Jawab baginda:?Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:?Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku (diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.? (Muslim : Huraian Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi ..iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa

Related Documents

Bersabar Dalam Berdoa
November 2019 24
Adab Berdoa
May 2020 31
Etika Berdoa
December 2019 21
Adab Berdoa
June 2020 26
Bingung Berdoa
June 2020 19

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31