Assalamualaikum; Salam Sejahtera Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN:
PENGKHUSUSAN MENULIS AYAT HURAIAN -KONSEP `5 WIVES’ + 1`HUSBAND’ Oleh: RAJA FARIDAH RAJA ABD. AZIZ Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Unit Kurikulum , Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KEMAHIRAN MENULIS AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN/CONTOH.
JENIS DAN FORMAT KARANGAN 2 JENIS KARANGAN: •Berformat Khasyang •ditulis mengikut format telah ditetapkan •Berformat Umumtidak mempunyai format tertentu dan murid bebas memilih cara penulisan dan persembahan
I-Karangan
berformat khas
-surat kiriman rasmi -surat kiriman tidak rasmi -laporan/berita -syarahan/ucapan/ceramah -dialog /wawancara
II-Karangan Berformat Umum
• Fakta • Pendapat • Perbincangan/perbahasan • Keperihalan/Gambaran • Peribahasa • autobiografi
CIRI-CIRI PENULISAN KARANGAN YANG CEMERLANG
CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG
• •
Kosa kata luas dan tepat. Ejaan dan tanda baca yang betul. • Kata dan ayat gramatis. • Idea tepat berdasarkan tugasan. • Pengolahan yang menarik.
•Penggunaan kata tunggal,kata
terbitan,kata berimbuhan dan ayat majmuk gramatis.
•Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai.
•Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa.
•Menguasai semua jenis teknik penulisan berformat dan tidak berformat.
• Memperbanyak latihan menulis karangan
• Menyediakan rangka karangan • Sentiasa merujuk kepada guru untuk menilai karangan dihasilkan
• STRATEGI MENGARANG (PERENGGAN)
1. Setiap perenggan mengandungi:
i. Satu Ayat topik ii.Lima atau enam Ayat Huraian -pendapat/ulasan/ Contoh
• 2. KEMAHIRAN MENULIS AYAT TOPIK • Ayat topik merupakan ayat utama idea yang ingin dikemukakan berdasarkan tugasan.
STRATEGI MENGARANG (PERENGGAN)
3.Ayat Huraian menyokong ayat Topik menggunakan konsep `5 wives & 1 husband’
• Menghuraikan idea yang
memerlukan murid menjawab soalan-soalan berikut:
5` WIVES’: • WHEN ( BILA) • WHERE ( DI MANA) • WHAT (APA) • WHO (SIAPA) • WHY (MENGAPA) 1 `HUSBAND’ • HOW (BAGAIMANA)
KONSEP 5 `WIVES’ & 1` HUSBAND’
• TIDAK PERLU MENGGUNAKAN
KESEMUA SOALAN DIBERIKAN DALAM SETIAP PERENGGAN.
• TIDAK PERLU MENGIKUT URUTAN.
• AYAT HURAIAN • Mengembangkan idea utama -menggunakan kata tanya yang sesuai -siapa? -apa? -bila? -di mana? -bagaimana? -mengapa?
CONTOH MEMBINA AYAT TOPIK
• Soalan:
Belakangan ini, kemalangan jalan raya kian meningkat. Huraikan punca-punca kemalangan jalan raya. Tulis karangan itu selengkapnya.
Idea 1- Sikap pengguna jalan raya Tidak sabar • Memandu laju • Memotong kenderaan secara berbahaya • Pejalan kaki tidak menggunakan jejantas
•
LATIHAN Idea 1. Sikap pengguna jalan raya • LATIHAN
Idea 2. Keadaan jalan raya
• Bengkang-bengkok, tidak
rata,berlubang-lubang • Jalan raya dibaiki-tidak ada tanda amaran yang jelas
Idea 3: Keadaan cuaca • Hujan menjadikan jalan licin • Jerebu dan kabus • Jarak penglihatan terbatas
AYAT HURAIAN-IDEA 1 1. WHY (MENGAPA?)
•Kebanyakan pemandu tidak
sabar dan ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.
2. HOW (BAGAIMANA?)
•Sikap demikian menyebabkan mereka memandu dengan laju dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.
3.WHO (SIAPA ?)
•Ramai pejalan kaki tidak suka menggunakan jejantas untuk melintas jalan menyebabkan mereka dilanggar kenderaan.
4.HOW (BAGAIMANA ?) •Pemandu suka memandu laju tanpa menghiraukan keselamatan orang lain Sikap begini tidak sepatutnya menjadi amalan kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
5.WHERE (DI MANA ?)
•Sikap Pemandu yang tidak sabar
akan memandu dengan laju di jalan raya terutama di lebuh raya yang luas dan lurus tanpa menghiraukan kenderaan lain.
• SILA LIHAT CONTOH
PERENGGAN SATU YANG LENGKAP MENGANDUNGI AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN.
Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di dada akhbar. Kemalangan ngeri yang sering meragut nyawa menyebabkan pengguna jalan raya berasa bimbang. Statistik polis telah menyenaraikan punca kemalangan. Kebanyakan pemandu tidak sabar dan ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.Sikap demikian menyebabkan mereka memandu dengan laju dan memotong kenderaan lain secara berbahaya. Ramai pejalan kaki tidak suka menggunakan jejantas untuk melintas jalan menyebabkan mereka dilanggar kenderaan. Ramai pejalan kaki tidak suka menggunakan jejantas untuk melintas jalan menyebabkan mereka dilanggar kenderaan. Sikap Pemandu yang tidak sabar, akan memandu dengan laju di jalan raya terutama di lebuh raya yang luas dan lurus tanpa menghiraukan kenderaan lain.
LATIHAN Idea 2. Keadaan jalan raya
1. Ayat topik • Jalan raya yang bengkangbengkok, tidak rata, dan berlubang-lubang menjadi punca berlaku kemalangan.
1. WHY (MENGAPA ?)
•Apabila jalan raya
bengkang-bengkok dan selekoh tajam kereta sukar dikawal.
2.WHERE (DI MANA?) •Di jalan raya yang berlubang-lubang, pemandu amat perlu berhati-hati kerana bimbang tayar kereta terbenam dalam lubang tersebut.
3. HOW (BAGAIMANA?)
•Keadaan jalan raya yang licin dan tidak bergaris menyukarkan pemandu memandu dengan baik dan mudah tergelincir.
4.WHEN (BILA)
• Pada waktu malam jalan gelap
dan pemandu sukar memandu di jalan yang berlubang dan tidak rata yang mungkin akan menyebabkan berlaku kemalangan yang tidak diingini.
5.WHAT (APA)
• Jika jalan raya tidak digarisi,
apakah yang akan berlaku kepada pemandu yang memandu pada waktu malam? Oleh sebab itu keadaan jalan raya juga merupakan punca berlaku kemalangan jalan raya.
• SILA LIHAT CONTOH
PERENGGAN DUA YANG LENGKAP MENGANDUNGI AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN.
• Jalan raya yang bengkang-bengkok, tidak rata, dan
berlubang-lubang menjadi punca berlaku kemalangan. Apabila jalan raya bengkang-bengkok dan selekoh tajam akan menyebabkan kereta sukar dikawal.Keadaan jalan raya yang licin dan tidak bergaris menyukarkan pemandu memandu dengan baik dan mudah tergelincir. Pada waktu malam, jalan gelap dan pemandu sukar memandu di jalan yang berlubang dan tidak rata yang mungkin akan menyebabkan berlaku kemalangan yang tidak diingini. Jika jalan raya tidak digarisi, apakah yang akan berlaku kepada pemandu yang memandu pada waktu malam? Oleh sebab itu keadaan jalan raya juga merupakan punca berlaku kemalangan jalan raya.
• Kesimpulan: Ayat-ayat Huraian digabungkan menggunakan kata hubung atau kata sendi nama untuk menjadikan ayat lebih tersusun.Penanda wacana juga boleh digunakan.
BENGKEL KUMPULAN KARANGAN
Arahan: A.Tuliskan setiap perenggan mengandungi : i-Ayat Topik ii-Ayat Huraian
• Tugasan Kumpulan • Menulis perenggan isi • Konsep 5W+1H
KUMPULAN 1
Warga tua merupakan golongan yang banyak berjasa kepada kita. Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu mereka. Tuliskan karangan anda selengkapnya. .
• HARAPAN: PANJANGKANLAH KEMAHIRAN INI DI KALANGAN GURU-GURU YANG MENGAJARKAN BAHASA MELAYU DI NEGERI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN. SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT.
SEKIAN. TERIMA KASIH.
SAYA HARAP ILMU YANG TIDAK SEBERAPA INI DAPAT DIKONGSI DENGAN GURUGURU BAHASA MELAYU YANG LAIN.
Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.