Bedah Buku Al-awa'iq

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bedah Buku Al-awa'iq as PDF for free.

More details

  • Words: 1,092
  • Pages: 5
Bedah Buku al-Awaiq Asal : bubbly Edited: Abu E’zaz

Bedah buku kali ini adalah Al ‘Awa’iq (hambatan hambatan dakwah). Setulus katakata yang terbit dari hati pengarang yang mengharapkan pemuda pemuda dakwah zaman ini, dapat bermula di tempat di mana mereka (syeikh) berada sebagai penyambung gerombolan dakwah ini. Pemuda dakwah, bukanlah manusia yang serba sempurna luar dan dalam, tetapi adalah mereka yang ingin dan mahu bermujahadah meningkatkan diri dalam pandangan Ilahi. Hasil tulisan ketiga dari Ustadz Ahmad ar-Rasyid yang dibukukan selepas Muntalaq (Langkah Bermula), dan Raqa’iq (Pelembut hati), buku ini berkisar kepada epilog kehidupan para mujahid di atas jalan dakwah. Tumpuan banyak berkisar pembabitan seseorang di atas jalan ini, dan liku-liku yang menjeratnya di atas jalan dakwah ini dan contoh yang hidup dikemukakan bagi tatapan pembaca. Tangan bergenggam tangan selalu teguh dalam barisan Saksikanlah perjanjian kami untuk maju atau hancur bersama Sesungguhnya para da’ie itu telah menyuapkan pikiran kepadamu Mereka membawa petunjuk bagi timur dan barat Engkau hidup dalam ketulusan mereka Betapa indahnya hidupmu selama mereka masih mengasuhmu Seorang Muslim yang sejati itu adalah yang datang ketika manusia lainnya berpaling, setia ketika orang-orang berkhianat, dan berbuat kebaikan ketika orang lain berbuat mungkar. Sesungguhnya dakwah ini tidak rugi dengan orang yang enggan mengikuti dakwah. Sesungguhnya keberuntungan orang dari dakwah ini ialah bahawa siapa yang berbuat untuk kepentingan dakwah ini maka Allah akan memuliakannya. Tetapi siapa yang meninggalkan dakwah ini, maka sebenarnya ia telah menjauhkan kebaikan dari dirinya dan ia tidak akan merugikan dakwah ini sedikitpun.

Pada awal pelariannya kepada Allah, ia memahami bahawa ia sudah berada pada jalan yang tinggi dan mulia, ia faham bahawa kedudukan di hadapan Allah itu bertingkat-tingkat, ia selalu ingin naik ke darjat yang lebih tinggi, dan ia yakin bahawa darjat syurga yang tinggi menuntutnya untuk menginggikan mutu niatnya dan ketinggian jalan yang ditempuhnya, serta bebas dari segala noda dan kekurangan. Kerana insan itu tak lepas dari tarikan keimanan dan tarikan syaitan, maka da’ie diperingatkan dengan panahan syaitan: 1) Ujub Amal soleh adalah sinar dan cahaya.Ia akan berubah menjadi kelam apabila angin ‘ujub berhembus padanya walaupun sekali hembus. 2) Menyukai pujian Banyak orang terpedaya oleh kerana Allah tidak menampakkan keburukan mereka. Mereka terkena fitnah kerana sanjungan yang baik. Maka janganlah sampai ketidaktahuan orang lain tentang dirimu itu mengalahkan pengetahuan tentang diri sendiri. Barang siapa yang mencela dirinya di tengah khalayak ramai, maka bererti dia telah memuji dirinya, sedangkan hal itu adalah salah satu dari tanda riya’. Ibn Taimiyah melakarkan perkataannya: Orang yang terpenjara adalah orang yang hatinya dihalangi dari Tuhannya, sedangkan orang yang ditawan adalah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya. Seorang rijal adalah yang mengubati penyakit dari luar, lalu ia mulai mencabut akarnya dari dalam, sehingga hari-harinya terasa jernih, dzikirnya berjalan dengan baik, dan sentiasa suka cita. Sesungguhnya penyebab kebaikan adalah pengetahuanku tentang kerosakannya. Cukuplah dikatakan buruk bagi seorang mukmin apabila ia mengetahui suatu kerosakan namun ia tidak memperbaikinya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan cahaya yang terang benderang di atas jalan ini, cahaya atas cahaya, yang membimbing sesiapa sahaja yang mahu membuka hati, mencelikkan mata dan melangkah atas jalan yang lurus. Cahaya-cahaya itu adalah: 1) Isti’adzah kepada Allah dari pelbagai fitnah Apabila seorang makhluk berlindung dari fitnah hawa nafsu pada Khaliqnya, maka ia akan diselamatkan Khaliqnya.

Ketuklah pintu Allah berkali-kali, dan tinggalkan orang orang yang enggan mengetuk pintu Allah dan jauhilah berteman dengannya dan rebahkan dirimu di pintu gerbang Tuhanmu dengan rasa hina sehingga engkau mendengar panggilan ketenangan. 2) Pemurnian niat dari segala noda Keikhlasan adalah pangkal keberhasilan. Sesungguhnya di tangan Allah lah ketentuan segala urusan. 3) Rela menerima nasihat dan memintanya dari yang ahli Mata bisa melihat yang jauh dan dekat sedang ia tidak mampu melihat dirinya. 4) Saling memaafkan Jangan lukai wajah kasih ukhuwwah yang memancarkan cahaya 5) Tetap takwa walaupun dalam keadaan marah 6) Menilai manusia dengan adil Tiadalah manusia itu kecuali berputar antara kebaikan dan keburukan namun seringkali pelaku keburukan memperbaiki diri lalu menjadi baik 7) Memperhatikan ‘aib diri Sesungguhnya pada diri ada kesibukan yang seharusnya membuat orang tidak mahu memikirkan keburukan orang lain. 8) Menjaga telinga dari mendengar celaan 9) Menasihati pemimpin secara tertutup 10) Mengurangi bicara Seorang mukmin adalah mereka yang disangka orang bodoh sebagai pendiam dan tidak pandai ekspresi, tetapi hikmah kebijaksanaannya membuatnya diam. Dan disangka oleh orang dungu sebagai seorang tukang celoteh, tetapi nasihat kerana Allah itulah yang membuatnya bicara. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah ia berbicara baik, atau(jika tidak bisa) hendaklah ia diam. (hadis Nabi) 11) Menahan diri daripada pertengkaran 12) Berpegang erat pada kejujuran pada masa fitnah 13) Meninggalkan majlis-majlis rahsia

Tidak pantas baginya duduk bersama sejenak kecuali dengan niat untuk memperkuat iman, lalu melanjutkan lagi kerja hariannya. 14) Ajaklah hatimu membenci fitnah 15) Mengetahui bahawa Allah tidak akan memperbaiki perbuatan para perosak Barang siapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia. 16) Menuduh keburukan yang jelas Semua yang menyembunyikan rahsia Maka, bagi Allah itu sama dengan dihadapan mata Engkau tidak mampu melihat sesuatu yang diketahui Allah Sedangkan bagimu itu semua tersembunyi 17) Menghindari mengkhianati janji Mereka itulah saudara-saudaraku yang kucintai Aku akan mengutamakan cintaku padanya dari segenap cintaku Tiadalah keadaan mereka itu kecuali sebagai seorang mulia dan beradab Dia mencintai saudaranya dan tak suka berkhianat 18) Pemegang kebenaran tidak pernah ragu 19) Takkan menjadi badui lagi 20) Pengorbanan yang didasarkan pada perintah pemimpin Fahami dan tunggulah, wahai orang yang bersemangat kerana engkau akan mendapat pahala berjaga jaga sebesar pahala yang akan kamu dapat ketika menyerbu. 21) Panglima kebatilan tetap tercela, sedang perajurit kebenaran tetap terpuji Menjadi ekor di jalan kebenaran lebih aku cintai daripada menjadi pemimpin dalam kebatilan 22) Perkataan yang benar belum cukup untuk menyatakan kebaikan seseorang secara mutlak. Kisah Abu Hurairah dan syaitan sebagai contoh. 23) Buruknya kepimpinan adalah tanda bahaya bagi jemaah Sesungguhnya hal yang sangat kutakuti pada umatku adalah orang yang alim lidahnya, tetapi bodoh hatinya.(Umar Al Faruq) 24) Berusaha keras menyelamatkan diri

Menyelamatkan diri adalah lebih baik daripada beban kepemimpinan yang tak sanggup dipikul. 25) Tujuan dihancurkan masjid Dhirar 26) Tingkat waspada pada fitnah akhir zaman Bukan kuantiti, tapi kualiti. 27) Belajar dari sejarah 28) Berpaling dari orang-orang bodoh 29) Meredam khabar angin 30) Cahaya peringatan berwarna merah tidak ada dibumi ini yang lebih berani dari seorang yang tidak bersalah tidak ada orang dibumi ini yang lebih penakut selain dari orang yang bersalah .... tepukan ringan di atas bahu seorang yang kepalanya sedang tertunduk kerana ngantuk dan lalai perlu, dan harus dilakukan, untuk memperingatkannya akan adanya ketenteraman yang terdapat di sekelilingnya, jika ia mahu mengambilnya, dan adanya pemandangan yang indah di atasnya sekiranya ia mengangkat kepalanya. Anda boleh membacanya secara online di link berikut. http://www.pdfcoke.com/doc/4966974/AlAwaiq-Rintangan-Muhammad-AhmadAlRasyid

Related Documents