Bedah Buku Umar Abd Aziz

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bedah Buku Umar Abd Aziz as PDF for free.

More details

  • Words: 805
  • Pages: 3
Bedah Buku: Umar Abd Aziz; Peribadi Zuhud Penegak Keadilan Oleh: AMRMAS

Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk) Mukasurat = 204 Penulis = Abdullah Bin Abdul Hakam Pengantar Oleh = Dato' Dr. Siddiq Fadzil Penerbit = Alam Raya Enterprise Kandungan; - Bahagian 1 - Biografi Umar Bin Abdul Aziz - Bahagian 2 - Keperibadian Dan Kisah-kisah Umar Bin Abdul Aziz - Bahagian 3 - Khutbah-khutbah Umar Bin Abdul Aziz - Bahagian 4 - Surat-surat Umar Bin Abdul Aziz Buku ini menggarap kisah-kisah dalam kehidupan Khalifah Rasyidin kelima, Umar ibn Abd Aziz yang diambil dari karya-karya lama Islam (thurats) yang sukar dicari. Penulis buku ini mengumpul karya-karya lama Islam ini bukan dari dunia Islam kerana banyak sekali karya ini telah hilang dari simpanan orang Islam. Maka karya tulisan ibn Jauzi tentang Umar ibn Abd Aziz ini yang telah dijumpai daripada Perpustakaan Berlin di benua Eropah menjadi sumber dalam penulisan biografi ini. Lantaran itu, usaha penulis mengumpul biografi khalifah agung ini yang cukup sedikit kisah hidupnya diceritakan dengan mendalam adalah usaha yang murni dan mendedahkan hakikat hidup kita, melenyapkan kedahagaan ilmiah ilmuan, juga mengubat kerinduan pada mujaddid pertama Islam setelah wafatnya Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin.

Buku ini mengambil cebisan kisah-kisah yang berharga, lalu dikumpul menjadi peti sejarah yang mahal untuk kita tatapi dan hayati wali Allah yang satu ini, mirip benar dengan kehidupan Rasulullah saw. Sayyidina Umar bin Abdul Aziz adalah peribadi yang soleh, bertaqwa, ahli ibadah, wara’ dan zuhud. Di samping itu, ia adalah seorang pemimpin yang adil, lurus, dan cerdas, mencintai dan mengasihi rakyatnya, sayang dan baik kepada mereka. Ibadah kepada Tuhannya tidak menyita perhatiannya untuk memperhatikan rakyatnya, hamba-hamba Allah. Tidak ada pembatas antara dia dan hal yang menjadi kepentingan rakyatnya sampai yang paling kecil dan remeh sekalipun. Walaupun sedemikian, berat beban khilafah dan pemerintahan serta beban politik seorang raja yang acapkali memaksa tidak tidur sama sekali, tidak membuat Umar bin Abdul Aziz meninggalkan kewajibannya untuk taat beribadah kepada Allah swt.. Umar bin Abdul Aziz biasa menghabiskan siang hari dan sebahagian malam untuk kepentingan umat dan begitu selesai mengerjakan semua itu, segeralah ia menjelma seperti ”orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya” (az-Zumar: 9). Daripada kitab ini, seseorang boleh belajar apa yang dia perlukan di dunia dan akhirat, dan dia akan mendapatkan faedah yang agung darinya. Seandainya pembaca kitab ini adalah seorang pemegang kekuasaan, dia akan mengetahui biografi tokoh penegak keadilan yang sangat bijaksana dalam menyikapi rakyatnya. Ia akan menemukan kebenaran Umar bin Abdul Aziz sebagai sosok yang mencintai amanah dan menjaganya. Amanah yang telah mempengaruhi seluruh pola kehidupannya, dan Umar menghadap Tuhannya dengan komitmen menegakkan keadilan dan pahala agung dari Tuhannya telah menantinya. Jika dia seorang yang alim,dia akan belajar dari Umar apa yang semestinya dijaga oleh para ulama dalam berkata dan berbuat serta apa yang seyogianya ia lakukan dalam menasihati masyarakat dan dalam membenarkan sebuah kekeliruan atau penyimpangan dari kebenaran. Pada akhirnya, seorang ulama benar-benar menyampaikan hak Allah dan hak ilmu yang ada pada pundak mereka, dan mereka benar-benar melaksanakan perintah Allah, iaitu amar ma’ruf nahi munkar dan menyebarkan ilmu kepada sesama manusia. Jika dia orang kaya, ia akan belajar darinya bagaimana ia menginvestasikan kebaikan dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah swt, bagaimana meletakkan harta pada tempatnya. Akhirnya, ia akan merasa ringan untuk berbuat baik kepada fakir miskin yang tidak berdaya apa-apa di muka bumi ini. Dengan harta itu, ia menyantuni kaum lemah dan miskin, menginfakkan di jalan Allah dan amal kebajikan. Dengan demikian, ia telah menemukan kenikmatan dan kebahagiaan dalam mengharungi kehidupan dunia, juga mendapatkan segala hal yang berkaitan dengan kebahagiaan hidup di akhirat. Ia telah mendapatkan kehidupan dunia akhirat dan mendapat dua kebajikan.

Jika ia termasuk ahlul-khashashah, iaitu orang yang mencintai kebaikan dirinya, ia akan tahu darinya bagaimana bersikap qana’ah dan ’affaf (menjaga kehormatan), rela dengan kesahajaan, jiwanya sama sekali tidak tergoda oleh kemewahan, jalan hidupnya tidak ia tempuhi kecuali ketakwaan. Dia hidup dengan penuh bangga sebagaimana hidupnya orang-orang kaya dan tatkala kembali menghadap Allah, ia memetik pahala orang-orang yang bertaqwa. Jika dia termasuk orang yang terkena goyangan zaman hingga lenyaplah kesabarannya dan ia terperosok dalam kegelapan perasaan putus asa dan kepekatan gelombang hitam, sirah Umar ini akan mengajarnya sifat-sifat hikmah dan bijaksana serta contoh-contoh keteladanan, bagaimana bersabar pada kesusahan, ridha pada keputusan Allah, hingga hatinya merasakan kesejukan dan keyakinan serta termasuk orang-orang yang disifati AlQuran; ”Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (al-Baqarah: 157) Jika dia tidak termasuk semua itu, dalam kitab ini tetap akan didapati manfaat-manfaat dalam memperbaiki hidupnya seta memberinya kemanfaatan setelah mati. Hal itu kerana sejarah tokoh agung dan pemimpin mulia ini mengandung banyak keutamaan dan sifat mulia, sekaligus menunjukkan mungkin sekali memakmurkan agama tanpa kerosakan dunia, bahawa manusia jika bertaqwa, ”dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya” (an-Naazi’aat: 40) Allah akan segera menggelar pertolonganNya.

Related Documents

Umar Bin Abdul Aziz
June 2020 43
Umar Bin Abdul Aziz
October 2019 60
Umar Bin Abdul Aziz
December 2019 36