Bedah Buku Ranjau2 Pergaulan Bebas

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bedah Buku Ranjau2 Pergaulan Bebas as PDF for free.

More details

  • Words: 1,661
  • Pages: 6
Judul Asli: Khatar At Tabarruj Wa Al Ikhtilath Judul Terjemahan: Ranjau-Ranjau Pergaulan Bebas Penulis: Abdul Baqi Ramadhun Penterjemah: Juhial Maizar, MA Bilangan Halaman: 238 Penerbit: Sanabil Pustaka Harga: RM 29.50 Ulasan & Suntingan Oleh: AlAzmy & AmeerSyuhada PENGENALAN Bedah buku kali ini akan mengulas sebuah karya yang berjudul “Ranjau-Ranjau Pergaulan Bebas” terbitan Sanabil Pustaka. Merujuk kepada judul buku ini sahaja, telah jelas di minda pembaca tentang isu-isu yang akan dikupas tentang masalah besar yang telah melanda umat islam diseluruh dunia yang semakin membimbangkan dan perlu diberi penekanan segera. Iaitu masalah pergaulan diantara lelaki dan perempuan khususnya dikalangan muda mudi yang tidak menepati tuntutan syarak. Gaya hidup bebas telah sekian lama diamalkan oleh masyarakat Eropah yang kian hari semakin jauh dari landasan yang benar. Malangnya, umat islam yang sekian lama terpelihara dari penyakit sosial ini telah mula cenderung untuk turut mengikuti budaya ini dengan alasan ianya perlu untuk tidak tercicir didalam arus kemodenan yang melanda dunia masa kini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengaruh media massa yang dilihat turut serta mempromosikan budaya tidak sihat ini kepada masyarakat dalam usaha mereka mengaut keuntungan. Semua ini dibayar dengan harga yang terlalu mahal dengan terhakisnya rasa malu dari sanubari mereka yang terpedaya. Buku ini akan mendedahkan para pembaca tentang bahayanya budaya pergaulan bebas, asal usul budaya tersebut dan cara pergaulan yang dianjurkan oleh islam untuk dijadikan panduan dan peringatan supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap ini. ISI KANDUNGAN Berikut adalah diantara bab-bab menarik yang terkandung didalam buku ini: 1. Fakta didalam masyarakat - Budaya pergaulan bebas dan berhias secara berlebihan telah sebati didalam masyarakat kita - Terjadi kerana terikut-ikut, sikap acuh tak acuh dan kekurangan ilmu - Budaya ini dianjurkan oleh musuh-musuh islam yang menyebarkannya secara sembunyi dan terang-terangan. - Golongan ini berusaha mengeksplotasikan kaum wanita menjadi ejen kerosakan dengan memalingkan mereka dari nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh islam. - Mereka mendapat sokongan bantuan kewangan dan harta benda dari musuh luar yang ingin melihat kemusnahan nilai-nilai islam.

-

2.

3.

4.

5.

Golongan ulama dan da’I bertanggungjawab menyelamatkan masyarakat dari kerosakan dengan berbekalkan ilmu yang mendalam dan sudi mengorbankan segalanya bagi menegakkan syariat Allah SWT di muka bumi ini. Laki-laki dan Perempuan - Allah SWT menjadikan segala sesuatu berpasang-pasangan - Perbezaan sifat diantara lelaki dan wanita adalah untuk melengkapi satu sama lain - Sifat berani, tegas dan kuat dianugerah kepada lelaki untuk memimpin manakala wanita dianugerahkan denagn sifat lembut, anggun dan keibuan. Hubungan Persaudaraan Antara Sesama - Lelaki diciptakan untuk perempuan dan sebaliknya. - Sebarang perlakuan yang bertentangan adalah melawan hukum yang telah ditetapkan ilahi. - Demi menjaga hubungan sesama manusia, Allah SWT telah menetapkan beberapa ketentuan: i. Islam melarang manusia menyerupai lawan jenisnya ii. Islam melarang manusia berperilaku seperti binatang iii. Islam melarang mengikuti perilaku syaitan iv. Islam melarang meniru perilaku orang kafir, fasik dan durhaka v. Fitrah manusia secara umum Hubungan Kasih Sayang - Allah SWT meciptakan kasih sayang diantara suami isteri supaya memberikan mereka ketenangan, kelembutan, kedamaian dan melanjutkan keturunan yang soleh. - Hubungan yang tidak sesuai dengan aturan agama (berlandaskan nafsu) tidak akan membuahkan ketenangan. - Islam mensyariatkan beberapa perkara untuk menjaga hubungan baik dan suci bagi lelaki dan perempuan: i. Menyuruh berbuat baik, ihsan, saling mencintai, menghormati, beradab, berakhlak mulia dalm pergaulan suami isteri ii. Larangan menuduh dan berburuk sangka, serta perintah agar terlebih dahulu menyelidik sebelum membenarkan berita. iii. Larangan memakai pakaian seronok dan bergaul bebas, menganjurkan memakai jilbab, selalu menjaga diri, serta menjauhi tempat yang merosak akhlak. Hubungan Saling Memerlukan - Lelaki dan wanita tidak akan tenteram tanpa kehadiran salah satunya. - Islam telah memberikan aturan berupa kewajipan dan tanggungjawab antara suami isteri. Perkara yang pelu diberi perhatian ialah: i. Lelaki merupakan pemimpin bagi isterinya ii. Tanggungjawab suami dan kewajipan isteri iii. Kewajipan menjaga diri dan kehormatan seseorang isteri iv. Sikap isteri terhadap suami v. Seorang lelaki boleh menikah lebih dari satu hingga empat isteri vi. Hak dan kewajipan suami isteri vii. Penyelesaian masalah suami isteri

viii. Nasab anak adalah kepada ayahnya 6. Hubungan Perkenalan dan Meminang - Kaedah perkenalan dan meminang menurut neraca islam 7. Hubungan Perkahwinan dan Keturunan - Kaedah perkahwinan yang dianjurakan oleh islam 8. Hubungan Akidah dan iman - Akidah dan kadar keimanan seseorang berkait rapat dengan sikap dan cara bergaul dan akhlak seseorang. - Diantara cara islam mempertahankan hubungan baik baik ini ialah: i. Islam memerintahkan seorang muslim menikah dengann muslimah dan sebaliknya. Selain itu, islam juga menganjurkan agar setiap orang memilih suami atau isteri yang solehah. ii. Lelaki muslim dibolehkan menikah dengan ahli kitab tetapi wajib berlandaskan hukum-hukum yang disyariatkan. iii. Haram hukumnya, lelaki muslim menikah dengan wanita musyrik atau kafir dan sebaliknya kerana tidak ada titik temu dan tidak mungkin tercapai kesefahaman diantara keduanya. 9. Pandangan islam Terhadap Bersolek dan Pergaulan Bebas - Bab ini menyentuh perintah menjauhi pergaulan bebas dan bersolek secara berlebihan daripada alquran dan hadis. Kesimpulan dari sumber-sumber tersebut di berikan di akhir bab ini. 10. Akibat bersolek dan bergaul bebas - Diantara ancaman yang diterima masyarakat ekoran daripada bersolek dan bergaul bebas: i. Penzinaan dan pembunuhan berleluasa ii. Musnahnya institusi kekeluargaan iii. Hilangnya sifat malu dari diri wanita sehingga pelacuran menjadi sumber pendapatan iv. Hilangnya daya saing dan produktiviti negara kerana harta tidak lagi dibelanjakan dijalan yang benar v. Pergaulan bebas mengurangkan populasi manusia vi. Timbulnya gejala negatif seperti onani, homoseks, lesbian dan penzinaan vii. Kezaliman keatas kanak-kanak viii. Kesengsaraan suami isteri kerana ahli keluarga tidak lagi melaksanakan tanggungjawab mereka ix. Wanita tidak lagi dihargai dan dipandang rendah x. Kemerosotan akhlak xi. Terseksanya jiwa dan roh pelaku 11. Bahaya Zina - Penzinaan akan berleluasa apabila pergaulan bebas antara jantina tidak dibendung. Kehancuran dan kebinasaan akan menimpa apabila ini terjadi kerana: i. Zina merosakkan pernikahan yang sah (tidak hadir rasa tanggungjawab terhadap pasangan zina) ii. Mengancam kelangsungan hidup dan keturunan (banyaknya kes pengguguran) iii. Tersebarnya penyakit kelamin yang amat berbahaya

iv. Merosakkan institusi kemasyarakatn v. Merosak akhlak, melemahkan fikiran dan hilangnya kawalan terhadap nafsu vi. Hilangnya cahaya iman dari wajah sipelaku vii. Mengakibatkan hati pelaku zina sentiasa resah viii. Mengundang kefakiran - Hukuman kepada penzina dan tips-tips menjauhi zina juga disentuh di bab ini 12. Memelihara keturunan manusia - Musnahnya keturunan manusia oleh zina kerana i. Ketiadaan undang-undang hubungan suami isteri yang sihat ii. Rosak akhlak dan hilang iman iii. Hilangnya perbezaan diantara lelaki dan wanita iv. Mudahnya zina untuk berlaku kerana pergaulan bebas menjadi-jadi v. Penghalalan zina vi. Maraknya kemungkaran dan kebiasaan buruk vii. Penyakit kelamin dan pengguran bayi viii. Hilangnya keinginan berumah tangga 13. Penyakit Dalam Lingkungan yang Biasa dengan Pergaulan Bebas - Bab ini menerangkan secara ringkas beberapa penyakit kelamin yang terjadi disebabkan oleh hubungan seks luar nikah 14. Kedudukan keluarga Dalam Kehidupan - Keluarga merupakan asas binaan yang penting didalam sesebuah masyarakat. - Ini kerana keluarga merupakan taman asuhan awal bagi diri setiap insan. - Keluarga yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik (dipupu oleh ibubapa yang mempunyai akhlak dan ilmu yang tinggi) - Bab ini mengemukakan peranan keluarga didalam pembinaan sebuah masyarakat dan disokong oleh hadis dan ayat alquran 15. Fakta yang Terjadi Akibat Pergaulan Bebas - Fakta berkenaan kesan-kesan buruk pergaulan bebas yang dialami oleh negara barat seperti perancis, amerika, itali dan lain-lain lagi dikupas didalam bab ini. 16. Bekerja diluar rumah berbahaya bagi perempuan - Hujah-hujah berkaitan bahaya yang dialami oleh kaum wanita apabila bekerja diluar rumah dibentangkan di bab ini 17. Kemulian Seseorang Kerana Takwanya - Allah SWT telah memberikan pelbagai keistimewaan yang tidak terhitung banyaknya kepada manusia - Bab ini menghimpunkan ayat-ayat alquran dan hadis yang berkaitan dengan topik ini. 18. Perbandingan diantara dua lingkungan sosial - Peranan seorang lelaki (suami), wanita (isteri) dan anak didalam sebuah keluarga di bincangkan didalam bab ini 19. Penyebab dan Pemicu Utama Pergaulan bebas - Umat islam telah terpedaya oleh muslihat musuh-musuh islam yang mempopularkan budaya pergaulan bebas ini sehingga keadaan disebuah negara muslim tidak tumpah dengan suasana dinegara barat.

-

Kaum wanita tidak lagi berpakaian menutup aurat dan minuman keras mudah didapati dimana-mana. - Perkara ini tidak terjadi secara tiba-tiba tetapi melalui proses yang beransuransur. Diantara sebab terjadinya fenomena ditas ialah: i. Umat islam tidak lagi memahami islam lagi dan para da’i tidak lagi menyampaikan dakwah dengan tulus dan sempurna ii. Para pemimpin islam lebih selesa dididik oleh penjajah dan terdirinya banyak sekolah dengan tujuan menjauhkan umat islam dari islam iii. Pendidikan dan pengajaran yang tidak terarah – ibubapa mengababaikan kepentingan pendidikan dan pihak sekolah gagal menyediakan tenaga pengajar yang kompeten iv. Media massa dieksploitasi untuk mempromosikan kepada remaja agar tidak malu untuk bergaul bebas v. Umat islam kini menjadikan bangsa eropah sebagai teladan kerana secara luarannya mereka kelihatan seperti bangsa yang maju dan berperadaban tinggi tetapi kosong jiwanya. 20. Senario organisasi Yahudi Internasional - Golongan ini berjuang untuk menjadikan bangsa mereka pemimpin dan penguasa mereka dengan merosakkan akidah penganut agama lain terutama islam. - Diantara perancangan yang dibuat untuk menjayakan agenda mereka: i. Menciptakan keraguan dibidang akidah ii. Menebarkan kerusakan dibidang akidah iii. Meraupkan harta benda dan kekayaan iv. Memanfaatkan kekuatan bersenjata 21. Munculnya Berbagai Organisasi Wanita Yang Merosak - Terdapat segelintir wanita yang terpedaya dengan dakyah musuh dan mereka telah menjadi agen penyumbang kerosakan masyarakat. 3 kategori manusia yang menjadi penanam modal dan menjadi anggota dalam organisasi ini ialah: i. Golongan yang tidak mengetahui dan tidak melihat hakikat tersirat sesuatu ii. Golongann yang diperhambakan oleh hawa nafsu dan menggunakan kesempatan untuk melampiaskannya iii. Golongan yang diperalat - Mereka menganjurkan supaya meninggalkan fahaman agama, budaya islam dan menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. 22. Bergaul bebas dengan alasan meminang - Pandangan agama tentang amalan masyarakat semasa dalam proses meminang 23. Pergaulan Bebas Dengan Alasan Belajar - Pandangan agama tentang amalan masyarakat semasa dalam proses meminang 24. Anak adalah Buah Hati - Bab ini membincangkan tentang anugerah Allah SWT yag teidak ternilai kepada ibubapa 25. Kecantikan Muslimah - Bab ini membincangkan nilai kecantikan seseorang muslimah dari perspektif islam

26. Sisi Positif Muslimah - Contoh-contoh wanita muslimah yang harus dijadikan sanjungan oleh wanaita muslim 27. Kecemburuan Seseorang Muslim 28. Kebebasan Palsu - Bab akhir buku ini menerangkan erti kebebasan sebenar berdasarkan neraca islam.

Related Documents