Bangun Awal Sebelum Subuh Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. Dirikan solat tahajjud di rumah. Ini diantara amalan yang paling disukai Allah kerana waktu ini dikatakan waktu yang sungguh barakah kerana Allah berada pada tempat yang hampir sekali dengan langit dunia dan doa orang yang berdoa akan dimakbulkan. Solat subuh dan asar adalah antara solat yang paling sukar dan paling besar ganjarannya kerana Allah telah menjanjikan syurga bagi orang yang sering berkunjung ke masjid pada dua waktu tersebut.
Bangun awal sebelum subuh dan kerjakan solat subuh berjamaah, antara amalan ahli syurga. (Gambar hiasan sahaja.)
Formula supaya mudah bangun pagi. Bagi sesetengah orang, bangun pagi adalah satu perkara yang amat sukar dilakukan. Bagi memudahkan untuk bangun pagi, amalkan perkara berikut: 1. Berniat untuk bangun pada waktu hendak tidur. Tetapkan niat didalam hati. 2. Tidur di tempat yang tidak berapa selesa bukannya di atas tilam yang empuk yang begitu selesa. 3. Hidupkan jam loceng pukul 3 atau 4 pagi.
4. Elakkan pendingin hawa (aircon.) kerana ini menyebabkan anda tidur begitu selesa dan sukar untuk bangun awal. 5. Tulis di atas buku nota bahawa anda akan bangun pada waktu tertentu sebelum subuh dan baca setiap hari dan tetapkan dalam minda hingga anda berjaya.
Selain daripada mendirikan solat sunat Tahajjud, amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).