BAGAIMANA SAYA HIDUP UTK ISLAM Ahmad Zulhilmi Special Thank to Fathi Yakan
Golongan2 Manusia • Seperti binatang ternak • Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatangbinatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, Ayat: 12).
Utk melakukan kerosakan • Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 204 - 205)
Menikmati perhiasan dan bersenang2
• Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anakpinak; harta benda yang banyak bertimbuntimbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatangbinatang ternak serta kebunkebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah),pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali Imran, Ayat: 14)
Utk hidup semata mata tanpa matlamat • Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata mata. (Surah Al-Jaathiyah, Ayat: 24)
Sebagai ladang akhirat • Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang siasia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Surah Al-An'aam, Ayat: 32)
Utk beribadah • Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az- Zariyaat, Ayat: 56)
Menjadi khalifah • Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al baqarah : 30)
Jom bincang!! Bagaimana utk hidup utk Islam ?? 1. Mengenal tujuan hidup 2. Menginsafi nilai dunia dibandingkan dgn akhirat 3. Menginsafi maut pasti tiba 4. Mengetahui hakikat Islam 5. Mengetahui hakikat jahilliyah
Ciri2 org yg hidup utk Islam@Allah 1. Terikat / mengikut / mematuhi ajaran Islam 2. Mengutamakan kepentingan Islam 3. Merasa mulia dgn Islam 4. Yakin dgn Islam dan Allah 5. Paling penting!! Beriltizam dgn dakwah dan kerja2 Islam
Melakukan dakwah x boleh sorang!! • Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran 104)
Mesti berjemaah • Dan hendaklah kamu bertolongtolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Surah Al-Maidah, Ayat: 2).
• "Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuatmenguatkan di antara satu sama lain". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)". Abu Daud