Bab I Metode Inquiri

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab I Metode Inquiri as PDF for free.

More details

  • Words: 2,182
  • Pages: 9
BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.[3] Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.[4] Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku.[5] Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benarbenar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.[6] Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.[7]

Sejarah Berulang Sejarah Berulang (Repeating History) boleh diertikan sebagai satu keadaan di mana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlak pada suatu masa dahulu boleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada masa sezaman mahupun pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagai suatu gejala yang berulang-ulang yakni sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silih berganti. Proses kitaran yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang rapat dengan kemunculan sesebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat maju sehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu tempoh masa ia akan mengalami kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu, dipercayai kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang dari satu tempoh masa ke satu tempoh masa yang lain mengikut perkembangan politik sesuatu negara.[8] Namun demikian, persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, benarkah sejarah itu memang berulang secara keseluruhannya? Bagi menyelesaikan persoalan ini, perlulah kita meneliti beberapa contoh yang berkaitan dengan Sejarah berulang. Salah satu contoh yang kukuh adalah kebangkitan dan seterusnya keruntuhan kerajaan Marxist Rusia. Sebelum tahun 1870, Rusia memang berada dalam era keruntuhan. Keruntuhan itu berpunca dari ketidakseimbangan dalam politik Rusia dan juga ketandusan pemimpin yang cekap. Namun demikian Rusia adalah sebuah negara yang terbesar di dunia (dengan keluasan lebih kurang 22402000 km/persegi = 8649000 batu/persegi).[9] Walau bagaimanapun Rusia mula muncul sebagai sebuah kerajaan Marxist yang berwibawa selepas revolusi tahun 1917. Dengan usaha pemimpinpemimpin mereka seperti Lenin (1870-1924) dan Stalin (1879-1953), Rusia telah berupaya menjadi kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua (1945). Taraf seperti ini dapat dikekalnya sehingga bahagian pertama dekad 1980-an. Mulai pertengahan dekad tersebut, Rusia nampaknya tidak dapat bertahan lagi. Ia mula menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing. Pemimpinnya pada ketika itu, iaitu Mikhail Gorbachov

memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagai Glasnost,

yang bertujuan

memperbaiki keadaan ekonomi melalui beberapa pembaharuan dasar ekonomi. Namun gerakan itu tidak menghasilkan kejayaan. Sementara itu, gerakan politik dan ekonomi yang bertujuan menghancurkan struktur dan ideologi Marxist di negara itu, yang pada mulanya tidaklah menonjol, telah menapakkan kecergasannya menjelang hujung dekad tersebut. Akhirnya, pada tahun 1990, bubarlah atau hancurlah secara rasmi Kesatuan Republik Soviet Rusia. Selepas itu yang tinggal ialah Rusia dan gabungan beberapa republik merdeka yang dahulunya merupakan sebahagian daripada kesatuan tersebut. Kini Rusia sedang berusaha untuk hidup dan mengamalkan sistem demokrasi Barat serta unsru-unsurnya yang berkaitan. Dalam pada itu, kejayaan pihak demokrasi itu belumlah betul-betul kukuh kerana menjelang pertengahan dekat 1990-an ini pihak komunis telah menampakkan pula kebangkitan semula mereka. Melihat kepada contoh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa proses kitaran yang silih berganti memang wujud dalam negara Rusia di mana terdapatnya titik kelahiran, perkembangan dan keruntuhan di dalam pimpinan negara tersebut. Walhalnya adakah sejarah itu berulang? Memang tidak, ini kerana daripada contoh tersebut, kita dapati sejarah hanya berulang dari segi falsafah ataupun, fenomena sahaja, tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman, waktu, tempat, pemimpin atau or ang yang sama. Malah pernyataan ini juga disokong oleh sejarahwan, misalnya Leopold Von Ranke sendiri mengakui bahawa setiap peristiwa sejarah itu adalah unik dalam erti kata lain sejarah hanya berlaku sekali sahaja pada suatu waktu yang tertentu dan dengan hal yang demikian tidaklah ada satu peristiwa sejarah pun mempunyai persamaan yang tepat dengan satu peristiwa sejarah yang lain walaupun nampak seakan-akan sama.[10] Satu lagi contoh yang boleh membuktikan bahawa sejarah itu tidak berulang dapat dikaji di dalam Malaysia sendiri iaitu Sejarah Perkembangan Pasukan Bolasepak Malaysia di dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka. (Analisa dilakukan dari tahun 1986 hingga 1994). Menjelang tahun 1986, prestasi pasukan bolasepak Malaysia mula menampakkan peningkatan seolah-olah pasukan negara berada di ambang kejayaan. Kenyataan ini

diperkukuhkan lagi apabila pasukan negara di bawah pengurusan Dato’ Harun Idris telah berjaya menjadi juara Pesta Bola Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka dari 18 hingga 25 Oktober, 1986 dengan menewaskan pasukan Czechoslovakia (3 berbalas 0). Kejayaan tersebut membolehkan pasukan negara mendapat “lampu hijau” untuk mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Seoul tidak lama kemudian.[11] Pada masa yang sama, kejayaan tersebut benar-benar membanggakan seluruh rakyat rakyat Malaysia dan menjadi sejarah bagi negara. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1986, pencapaian pasukan negara mula menampakkan kemerosotan, terutamanya di dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka, sehinggakan pasukan negara terkeluar di pusingan awal lagi di dalam kejohanankejohanan seterusnya dan pada tahun 1988, pasukan Malaysia telah kecundang di tangan Korea Selatan (0-1) di dalam perlawanan pembukaan. Senario ini telah menyebabkan pasukan Malaysia di kritik dan di cemuh habis-habisan oleh pihak media mahupun rakyat Malaysia sendiri. Boleh dikatakan selepas tahun 1989 bolasepak Malaysia mengalami detik hitam dan seolah-olah mula mengalami keruntuhan. Melibatkan keadaan ini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah berjaya merombak kembali pimpinan persatuan tersebut. Pimpinan baru tersebut telah berjaya mengatur program-program bolasepak yang baru, kem-kem bolasepak yang lebih baik serta kempen-kempen bolasepak yang berkualiti bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam arena bolasepak negara. Selain itu (FAM) juga berjaya membawa masuk pakarpakar bolasepak barat termasuk jurulatih, psikologi, teknikal dan sebagainya bagi meningkatkan kembali imej bolasepak negara. Oleh itu, menjelang tahun 1992, bolasepak negara berada di ambang kelahiran. Justeru itu, dalam mengembalikan imej serta maruah bolasepak, pada tahun 1993, pasukan Malaysia sekali lagi menyertai kejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka dari 7 hingga 14 Jun 1993, di bawah pengurusan Tan Sri Elyas Omar. Hasilnya, pasukan negara yang dibarisi pemainpemain baru itu telah berjaya menjulang kembali kejuaraan Pesta Bola Merdeka dengan menewaskan pasukan Korea Selatan dalam perlawanan akhir dengan jaringan 3 berbalas 1. Kejayaan ini telah membukti bahawa bolasepak negara mula berada di ambang

kejayaan selepas kebangkitan mereka sejak dari tahun 1992. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1994, bolasepak negara mengalami keruntuhan semula. Kejayaan bolasepak negara pada tahun 1986 dan 1993 merupakan satu sejarah yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini. Di sini kita dapati sejarah itu seolah-olah berulang kembali, iaitu kejayaan Malaysia pada tahun 1986 telah diulang kembali pada tahun 1993. Adakah dengan itu kita boleh mengatakan sejarah berulang sepenuhnya. Jawapannya, memang terbukti tidak, sejarah tidak berulang sepenuhnya walaupun kejayaan 1986 diulang kembali pada tahun 1993. Kalau dilihat secara tajam, waktu penganjuran pertandingan, pengurusan serta pemain pasukan dan jumlah jaringan pertandingan akhir yang membawa kejayaan kepada pasukan negara pada tahun 1993 memang berbeza dengan waktu penganjuran pertandingan, pengurusan serta pemain pasukan dan jumlah jaringan pada perlawanan akhir pada tahun 1986. Tetapi satu perkara yang lebih jelas kepada kita ialah, dalam tempoh masa 7 tahun tersebut, berlaku proses kitaran yang silih berganti dalam bolasepak negara iaitu berlaku pengulangan proses umum ataupun keadaan umum seperti kelahiran ataupun kewujudan, perkembangan serta kejayaan dan akhirnya keruntuhan. Proses kitaran ini juga menunjukkan bahawa hidup bolasepak Malaysia sentiasa beredar di dalam satu pusingan yang tidak putus-putus di mana ia bermula, berkembang maju dan kemudian runtuh dan selepas itu bermula semula dengan satu sistem pimpinan yang baru. Namun apa yang jelas ad PERJALANAN sebuah negara selalu terkait dengan kejadian kronologis yang memberikan kontribusi bagi pembangunan negara tersebut. Peran sejarah sarat dengan muatan politis dan kepentingan penguasa. Legitimasi penguasa dapat dilakukan dengan membentuk opini publik tentang bagaimana kekuasaan itu dicapai. DI Indonesia, sejarah diberikan kepada masyarakat dalam bentuk pelajaran reguler dan terstruktur. Materi sejarah menjadi materi kurikuler dan wajib diambil oleh setiap siswasiswa di sekolah dasar maupun menengah.

Anehnya, sejarah menjadi sesuatu yang basi dan tidak menarik. Keadaan ini memang menjadi hal yang memprihatinkan di Indonesia. Masyarakat sepertinya memandang sejarah hanya sebagai materi pelengkap pembelajaran saja, bukan sebagai materi pokok dalam proses pembelajaran dengan tujuan nasionalisme. Proses pemahaman sejarah di masyarakat awam masih minimalis, bahkan sengaja untuk diminimalisasikan dan didistorsikan dengan kepentingan politik tertentu untuk tetap memegang nikmatnya sebuah kekuasaan. Realita tersebut diyakinkan dengan metode pengajaran yang hanya menempatkan proses kognitif tingkat rendah untuk mengukur evaluasi pembelajaran sejarah. Telantarnya beberapa aspek historisitas, termasuk tidak adanya pemahaman masyarakat tentang pentingnya nilai sejarah, merupakan bukti perlunya perbaikan dan pembenahan ilmu sejarah yang terkait dengan perkembangan mentalitas pribadi bangsa Indonesia. Selama lebih dari 32 tahun, kekuasaan telah membeli sejarah. Dengan berbagai alat pembayarannya, rezim penguasa mencoba untuk mengubah bahkan membuat perjalanan sejarah Indonesia menurut kepentingan politik belaka. Proses penyadaran berbangsa akan tereduksi apabila pengetahuan tentang sejarah hanya difokuskan pada pengetahuan saja. Sebagai contoh, kita bangga akan Demokrasi Pancasila, namun kita tidak berpikir mengapa kita memilih ideologi tersebut dan tidak memilih ideologi lain? Masyarakat hanya mengerti lewat penjelasan awal yang kadang tidak proporsional dan berimbang. SINKRONISASI nilai sejarah dengan pendewasaan bangsa kiranya perlu ditingkatkan. Bukan sekadar menjadi salah satu mata pelajaran, tetapi terlebih pada aspek logika sejarah, meliputi what, when, why, who, where, dan how. Meskipun metodologi 5W dan 1H sudah usang, belum semua pengajar sejarah menggunakannya. Hal ini berkaitan dengan kemampuan guru untuk melakukan analisis historis bersama dengan siswanya.

Siswa diharapkan dapat berpikir dengan logika yang lurus, atau paling tidak lebih kritis dalam memahami suatu masalah dengan metode tersebut yang diimplementasikan dalam heuristik. Kritik sumber-baik eksternal dan internal-dari sebuah fakta perlu diberikan secara metodis sehingga tidak mudah terpancing oleh suasana depresiatif yang terjadi pada setiap aspek perilaku bangsa. Dengan daya analisis yang sesuai dengan konsep pembelajaran sejarah, diharapkan siswa mampu merefleksikan dan memberikan pertimbangan untuk membentuk nasionalisme yang berkarakter. Analisis historis juga mendasari terbentuknya civic society untuk menunjang terlaksananya proses national building. MENGAPA pelajaran sejarah tidak menarik? Kondisi ini berakar dari kejenuhan tentang sejarah itu sendiri. Kejenuhan ini terkondisi dari jenjang pendidikan SD sampai SMU sehingga pengenalan sejarah tidak dapat tersampaikan kepada publik secara proporsional. Fakta tersebut memunculkan beberapa kemungkinan link error dalam proses pembelajaran pengetahuan sejarah. Kemungkinan pertama adalah perlu pengkajian yang lebih lanjut tentang metode pengajaran sejarah di tingkat sekolah dasar dan menengah. Aspek afektif, terutama kemampuan analisis dan pemahaman masalah secara komprehensif, akan membantu peserta didik menemukan makna nilai historis. Faktor kedua yang menjadi kemungkinan adalah materi pembelajaran sejarah yang terkesan usang. Hal ini dapat diperbarui dengan memasukkan unsur kritik sejarah, analisis fakta dan sosial, metode penulisan sejarah, dan tentunya dengan memberikan metode sejarah. Dengan demikian, sejarah bukan lagi menjadi ilmu yang kering. Siswa dapat memiliki life skill untuk bekal masa depan nanti. Analisis perilaku politik perlu diintegrasikan dalam materi pembelajaran. Pelajaran sejarah akan menjadi menarik apabila ada analisis perilaku politik dan dasar ilmu politik. Siswa akan dapat memberikan interpretasi dan persepsi tentang kebijakan politik. Tentu analisis sosial akan melengkapi metode pembelajaran sejarah.

Faktor ketiga yang perlu diperhatikan adalah kurangnya perhatian pemerintah menempatkan sejarah secara proporsional. Jam pembelajaran sejarah di institusi pendidikan terlalu sedikit dibandingkan dengan ilmu pasti. Alasan inilah yang menyebabkan gamangnya pendalaman pengajaran sejarah. Di jenjang SMU, pelajaran ilmu alam dalam kurikulum 3-5 jam pertemuan dalam 6 hari efektif, sementara sejarah maksimal 2 jam pertemuan. Apakah waktu yang singkat tersebut dapat memaknai proses pembangunan national building? Bagaimana karakter bangsa dapat dicapai apabila porsi jam sejarah hanya maksimal 2 jam selama 6 hari efektif? Bagaimana pelajaran sejarah menjadi menarik apabila yang diajarkan hanya paparan fakta tanpa kesempatan refleksi? Bagaimana pelajaran sejarah dapat memiliki bobot yang sama dengan pelajaran lain jika tidak menjanjikan masa depan yang baik? Tiga pertanyaan ini menjadi titik balik untuk kembali merestrukturisasi dan merekonstruksi materi sejarah. Diharapkan, setelah materi pelajaran diberikan, siswa dapat mengaplikasikan nilai historis di masyarakat tanpa terdistorsi dengan kepentingan golongan tertentu. Siswa juga dapat memiliki keahlian hidup untuk bekal masa depannya lewat tulisan analisis heuristik dan pengenalan arkeologis. Sudah saatnya kita melihat sejarah sebagai ilmu yang membentuk dan meletakan konsep nasionalisme pada setiap warga negara, yang berperan dalam pembangunan konsep nation state yang menuju pada konsep national dan character building. Dengan demikian, kepentingan negara dapat terakomodasi lewat generasi muda. Tentu harus disertai dengan profesionalitas guru pengampu. Hal ini akan memakan biaya yang tinggi, namun akan lebih baik dari harga sosial yang akan kita bayar kelak jika disharmoni tetap terus terjadi di bumi Indonesia ini. Ig Kingkin Teja Angkasa Guru SMU Kolese De Britto Yogyakart

BAB II KAJIANPUSTAKA

Related Documents