BAB 5 ORGANISASI DAN STRUKTUR PENTADBIRAN PENGURUSAN PENDIDIKAN BBD 30102
Pengurusan – proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.
Peter F. Drucker
KONSEP ORGANISASI
Tujuan utama organisasi pentadbiran: (a) mencapai objektif kerajaan yang telah ditetapkan (b) membahagikan tugas-tugas kerajaan supaya dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan (c) mengelakkan pertindanan kerja melalui penyelarasan (d) menentukan bidang kuasa pejabat-pejabat pentadbiran supaya mudah dikawal dan megelakkan penyalahgunaan kuasa.
Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.
Konsep Organisasi
MAKSUD ORGANISASI Organisasi adalah suatu struktur yang dikendalikan oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Perkumpulan atau perhimpunan yang terdiri dari dua orang atau lebih yang mempunyai komitmen bersama dan ikatan formal dalam mencapai tujuan organisasi dan di dalam perhimpunannya terdapat hubungan antara anggota dan kelompok dan antara pemimpin dan angota yang dipimpin atau bawahan (Beach and Reinhartz, 2004; Bush and Middlewood, 2005).
Perkataan 'organisasi' juga telah digunakan dalam beberapa cara iaitu: Sebagai Suatu Proses • Merancang penggunaan sumber syarikat, bahan-bahan dan peralatan, wang dan kakitangan untuk mencapai pelbagai objektif dalam sesebuah pertubuhan.
Sebagai Suatu Rangka Perhubungan • Struktur hubungan diantara kedudukan jawatan di dalam sesebuah pertubuhan yang dicipta untuk mencapai objektif tertentu.
Sebagai Suatu Kumpulan • Dilihat sebagai kumpulan orang yang menyumbang usaha ke arah matlamat tertentu
KONSEP ORGANISASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Konsep ini bermula pada lewat tahun 1980-an. Ahli falsafah berpendapat bahawa bidang pendidikan sebagai satu cabang yang mapan untuk masa depan. Penting untuk melahirkan pelajar yang beretika, berdisiplin dan bersahsiah.
Agoaglu (2006)
• Perlu mengadpatsikan pendidikan ke dalam organisasi untuk membantu organisasi pedidikan
Severino (2000)
• Perkembangan teknologi memberikan kelebihan kepada pihak organisasi untuk membantu pihak pengurusan untuk mengeuruskan organisasi dengan lebih cekap.
CIRI-CIRI ORGANISASI PENDIDIKAN Malone,2002 Sebuah organisasi yang telah mencapai tahap yang telah ditetapkan perlu memastikan bahawa setiap elemen penting perlu diterapkan kepada setiap individu dalam organisasinya.
Ciri-ciri yang telah ditetapkan secara konsisten dalam organisasi pendidikan, antaranya: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERKONGSIAN ILMU PENGETAHUAN PEMIKIRAN KRITIKAL BERSIFAT FLEKSIBEL MEMBANTU STAF
ORGANISASI SEKOLAH
Setiap organisasi akan mempunyai beberapa unsur yang sama. Antara unsur-unsurnya ialah:
1 2 3 4 5
• Sebagai Wadah Atau Tempat Untuk Bekerja Sama • Jelas Dengan Tugas Dan Kedudukannya Masing-masing • Tujuan Yang Jelas • Tanggungjawab • Usaha Yang Positif Dan Kreatif.
ORGANISASI SEKOLAH Organisasi sekolah merupakan unit-unit kecil yang dibuat untuk menyelaras pelbagai program dan aktiviti sekolah sama ada kurikulum dan kokurikulum. Antara unit-unit yang dibentuk terdiri daripada : Unit Kurikulum Unit Kokurikulum Unit Pentadbiran Unit Hal Ehwal Murid Unit Penyelia Petang
Contoh Carta Organisasi Sekolah
UNIT PENTADBIRAN Berperanan dalam mengurus hal yang berkaitan dengan guru. Ini termasuk juga aktiviti-aktiviti tahunan yang disediakan untuk guru-guru sekolah. Unit ini terdiri daripada : i. Setiausaha Mesyuarat Sekolah ii. Guru Maklumat iii. Kelab Staf iv. PIBG
UNIT KURIKULUM Unit Kurikulum bertindak menyelaras semua aktiviti kurikulum sekolah sepanjang tahun. AJK-AJK kecil yang terdiri daripada : i. AJK Penyelarasan Kelas ii. AJK Panitia mata pelajaran iii. Guru Kelas iv. AJK Pusat Sumber v. AJK PKBS vi. AJK Unit UPSR vii.AJK Jadual Waktu viii.AJK Peralatan Sekolah ix. AJK Carta Organisasi
UNIT KOKURIKULUM Bertindak dalam menyelaras segala aktiviti kokurikulum sekolah. Unit ini terdiri daripada : i. Unit Beruniform - menyelaras aktiviti pakaian seragam ii. Unit Sukan & Permainan - menyelaras kegiatan sukan sekolah iii. Unit Persatuan & Kelab - menyelarasan aktiviti berpersatuan
UNIT HAL EHWAL MURID Ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan memantau aktiviti yang berkaitan murid. Unit-unit kecil HEM : 1. Unit SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks ) 2. Unit Disiplin - memantau tahap disiplin murid 3. Unit PIBG - menyelaras aktiviti ibu bapa dan guru 4. Unit Keselamatan - memastikan keselamatan murid-murid semasa di sekolah 5. Unit Kebajikan - memastikan setiap kebajikan murid terpelihara 6. Unit kesihatan - berperanan dalam memantau tahap kesihatan murid di sekolah
7. Unit Kebersihan - bertindak memastikan murid-murid mematuhi arahan kebersihan sekolah 8. Unit Bimbingan & Kaunseling - memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang bermasalah 9. Unit Kecemasan - berperanan dalam mengawal sesuatu keadaan sekiranya berlaku kecemasan di sekolah
UNIT PENYELIA PETANG Unit Penyeliaan Petang (keceriaan) bertindak menyelaras aktiviti sidang petang. Ia juga bertindak sebagai unit keceriaan sekolah. Unit ini terdiri daripada : i. Unit Kawasan Luar ii. Unit Bilik Gerakan iii. Unit Bilik Guru iv. Unit Keceriaan Surau v. Unit Keceriaan Bangunan
BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN ORGANISASI SEKOLAH
BENTUK HIERARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN ORGANISASI SEKOLAH
HIERARKI Berasal daripada perkataan inggeris yang bermaksud kedudukan, tingkat, struktur, gred Susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam organisasi, masyarakat berdasarkan taraf atau kekuasaan
FUNGSI HIERARKI
Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hierarki tertentu. Susunan itu menjelaskan hierarki jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab.
Tugas Guru Besar Pengurusan dan kepimpinan organisasi Pengurusan kurikulum Pengurusan ko-kurikulum Pengurusan hal ehwal pelajar Pengurusan kewangan Pengurusan pentadbiran pejabat Pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah Pengurusan pembangunan sumber manusia Pengurusan hubungan luar
Tugas Penolong Kanan (Pentadbiran) Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah 1. Kurikulum 2. Pengurusan 3. Pembangunan diri pelajar 4. Pembangunan organisasi
Tugas Penolong Kanan (HEM) Bertanggungjawab kepada guru besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin dan penyeliaan asrama. 1. Disiplin 2. Kesihatan 3. Skim pinjaman buku teks 4. Biasiswa dan bantuan 5. Pengurusan 6. Pembangunan organisasi
Tugas Penolong Kanan Kokurikulum Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan ko-kurikulum. 1. Bidang persatuan/kelab 2. Unit beruniform 3. Sukan dan permainan 4. pentadbiran
Tugas Penyelia Petang Bertanggungjawab kepada guru besar dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sesi petang 1. Kokurikulum 2. Disiplin, bimbingan dan kaunseling 3. Program keselamatan dan perlindungan murid
PERKAITAN DENGAN ORGANISASI SEKOLAH
Penggunaan sistem hierarki di sekolah bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan lancar. Pentadbir sekolah perlu mewujudkan satu garis autoriti yang jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat paling rendah. Organisasi sekolah yang baik mestilah mampu dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang baik.
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
DEFINISI PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH: • Griffiths(1959), menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. • Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang,mengelola,memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
PEJABAT ATAU PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH:
• Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan. • Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan.
KURIKULUM SEKOLAH: • Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas. • Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
TERDAPAT DUA JENIS KURIKULUM SEKOLAH IAITU: • • Kurikulum tersurat • Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek- • aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. • Perkara perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahanbahan pengajaran, kaedah• kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. • Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.
KURIKULUM TERSIRAT Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid
KOKURIKULUM : • Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semula jadi.
MATLAMAT GERA KERJA KOKURIKULUM YANG HENDAK DICAPAI ADALAH UNTUK: • • • • • •
Menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada tuhan di kalangan murid-murid. Memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal muridmurid. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah. Membina dan meningkatkan disiplin murid-murid. Membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
KEWANGAN SEKOLAH: • Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar. • Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. • Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. • Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah.
Terima kasih.