Bab 14 Rajin Bersedekah

  • Uploaded by: zahidan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 14 Rajin Bersedekah as PDF for free.

More details

  • Words: 341
  • Pages: 3
Petikan dari buku Rahsia Rezeki http://www.rahsiarezeki.com

Bab 14 Rajin bersedekah. “Carilah rezeki dengan bersedekah.” Saidina Ali k.w. pernah menyatakan. Petikan ini menerangkan kepada kita bahawa dengan bersedekah, rezeki seseorang itu dimurahkan.

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan apa-apa suatu yang kamu belanjakan, maka Dia akan menggantikannya; dan Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Saba’: 39)

Amalan bersedekah juga berkekalan hingga ke akhirat, seperti mana terdapat keterangan dalam hadis, “Apabila telah meninggal anak Adam, maka putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara: Pertama, sedekah jariah; kedua, Ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga adalah anak yang solih yang mendoakan (kedua-dua orang tuanya yang telah meninggal).

Sebaliknya pula bagi orang yang tidak mahu bersedekah atau kedekut, Allah telah menyediakan balasan berupa kesukaran dan azab. “ Dan adapun orang-orang yang kedekut dan merasa dirinya cukup (bebas), dan mendustakan pahala yang terbaik, maka untuknya Kami akan menyiapkan (jalan) yang sukar. Sedang hartanya tidak berguna baginya apabila dia binasa.” (Al-Lail: 8 – 11)

Walau bagaimanapun hendaklah kita bersedekah dengan ikhlas kerana berdasarkan firman Allah yang bemaksud: “Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Al-Mudathir: 6.) Marilah kita mengambil iktibar dari ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhamad s.a.w tentang kebaikan bersedekah dan lazimkanlah diri kita untuk bersedekah. Sebagai maklumat dan pengetahuan kepada kita, orang Melayu yang terkaya di Malaysia pada waktu ini menurut maklumat yang diperolehi, telah mendirikan 10 buah masjid sebagai sedekah.

Orang yang membina masjid seperti membina

Sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat. Hanya orang yang taman di syurga. (Gambar hiasan sahaja.) diinginkan Allah dan diberi-Nya taufiqlah yang akan mendapatkan itu semua. Keutamaankeutamaan bersedekah adalah seperti berikut:

Keutamaan Bersedekah 1. …..

Related Documents

Ganjaran Bersedekah
December 2019 17
Keutamaan Bersedekah
June 2020 16
Bab 14
May 2020 14
Bab 14
July 2020 14

More Documents from "Toy Toyyibah"