Keutamaan Bersedekah 1. Sedekah sebagai pembersih dan pensuci diri dan sedekah akan menyuburkan rezeki. 2. Sedekah memenuhi perintah Allah dan Rasul-Nya. 3. Orang mukmin mendapatkan perlindungan dengan bersedekah pada hari Kiamat. 4. Sedekah melindungi dari bahaya dan musibah serta menolak su'ul khatimah (kematian/pengakhiran yang buruk.) 5. Sedekah merupakan bukti di atas kebenaran iman. 6. Sedekah menyelamatkan seorang muslim dari belenggu hati. 7. Allah akan menggantikan harta orang yang bersedekah seperti keterangan dalam satu hadis: Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru. ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah.’ Yang satu lagi menyeru ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut).’ 8. Pahala sedekah sentiasa mengalir kepada orang yang bersedekah walaupun selepas dia meninggal dunia. 9. Sedekah menghapus kesalahan (dosa) dan menjauhkan kita dari api neraka seperti keterangan dalam hadis Nabi s.a.w.: “Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air memadam api.” Nabi juga bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.” Bersedekah adalah antara amalan paling utama dalam Islam. Untuk mengetahui selok belok bersedekah dan sedekah yang bagaimana yang dituntut, bacalah ebook, “Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati.” Di http://rahsiarezeki.com