1.0 PENDAHULUAN Sejarah Malaysia adalah memulakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangan itu, wilayah kesultanan meliputi sebahagian besar Semananjung dan Pantai Timur Sumatera. Seterusnya, Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan. Dengan ini, Melaka juga sebagai pusat perdagangan utama di Asia Tenggara hal ini kerana kedudukannya yang strategik yang berada di titik pertemuan antara Asia Tenggara dan Asia Barat. Setelah mempunyai penduduk di Melaka juga membawa adat resam, budaya dan kepercayaan. Dengan ini agama Islam telah tersebar di kalangan penduduk Melaka disebabkan rajanya sendiri juga adalah memeluk agama Islam. Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Seterusnya, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda (1641) dan akhirnya jatuh ke tangan British pada tahun 1824 dengan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Setelah British masuk ke Tanah Melayu dan campur tangan semua semua urusan pentadbiran Tanah Melayu juga membawa masuk agama Kristian ke Tanah Melayu ini. Seterusnya, terdapat pelbagai etnik yang migrasi dan menempatkan di Tanah Melayu untuk menyara diri dan keluarga dari negara seperti China, India dan sebagainya. Dengan ini, Tanah Melayu sudah menjadikan sesuatu tempat yang menampung kepelbagaian etnik dan setiap etnik mereka telah menerapkan adat resam, keturunan dan kepercayaan mereka tersendirinya. Oleh itu, jelas bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang terunik di dunia. Hal ini demikian kerana Malaysia ini selain mempunyai tiga etnik yang terbesar seperti Melayu, Cina dan India mereka juga ada adat resam, kebudayaan dan kepercayaan mereka yang tersendiri seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya.
2.0 KAEDAH KAJIAN 2.1 Lokasi Kajian Antara lokasi yang dipilih oleh saya dan ahli kumpulan saya adalah di Pekan Kaki Bukit, Perlis. Kajian ini telah dijalankan di Kayangan Praise Center, Kaki Bukit, Perlis. Responden yang dipilih untuk kajian ini adalah seorang paderi yang mempunyai kepakaran dalam ilmu pengetahuan agama Kristian. 2.2 Responden Seorang paderi yang kepakaran dalam ilmu pengetahuan agama Kristian ialah Rev. Lim Wai Ming. Beliau belajar dari “Baptist Denomination”. Sejak tahun 1983, beliau sebagai “pastor” atau dikenali sebagai paderi. Dengan ini, pada tahun 1988, beliau melanjutkan pelajaran dan ilmu pengetahuan dalam ijazah sarjana muda dengan mengambil bidang teologi. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran “Master of Divinity” pada tahun 2014. Akhirnya, sejak tahun 1992 Rev. Lim datang ke Kaki Bukit, Perlis dan menetap di sini sampai sekarang sudah selama 27 tahun. 2.3 Kaedah Pengumpulan Data Terdapat dua kaedah bagi saya dan ahli kumpulan saya untuk mendapatkan maklumat tentang pesoalan tugasan ini dengan berfokus pada pandangan agama Kristian terhadap kelima-lima nilai asas iaitu nilai kesyukuran, keadilan, bekerjasama, perikemanusiaan dan kebersihan dan bagaimana ia dapat penambahbaikan hubungan etnik di Malaysia. Antara kaedah pertama yang digunakan oleh saya dan ahli kumpulan saya untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah melalui temubual dengan paderi beragama Kristian iaitu mengikuti beberapa soalan yang dikemukan oleh saya dan ahli kumpulan saya. Kaedah kedua pula adalah mengumpulkan data dan maklumat dengan melalui internet.
3.0 ANALISIS Maklumat dan data yang telah dikumpul oleh saya dan ahli kumpulan saya adalah berdasarkan persoalan tugasan ini iaitu berfokuskan pada nilai-nilai murni asas tersebut dari perspektif agama Kristian dan bagi mendorong mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum. 3.1 Nilai Kesyukuran Daripada penjelasan paderi, pandangan agama Kristian terhadap nilai kesyukuran ini sangat penting. Hal ini kerana penganut-penganut agama Kristian mempercayai bahawa Tuhan(Jesus) adalah sebagai pencipta alam. Hal ini kerana Tuhan menganugerah nyawa kepada manusia. Dengan ini, terdapat dua pandangan kepada nlai kesyukuran ini yang pertama adalah untuk perseorangan dan kedua adalah untuk masyarakat. Yang pertama, penganut-penganut agama Kristian sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan yang sentiasa perlindungan dan memberi bekalan kepada mereka. Oleh itu, penganut-penganut agama Kristian akan membalas ibadah yang diberikan oleh Tuhan dengan memulangkan atau pemberian balik persepuluhan atau kadar 10% kepada Tuhan sebagai tanda kesyukuran. Yang kedua adalah untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. Tuhan sudah memberi perlindungan dan bekalan kepada masyarakat. Dengan ini, pada perspektif agama Kristian kami juga perlu memberikan bantuan, perlindungan dan bekalan kepada sesiapa yang diperlukan atau dalam keadaan kesusahan. Hal ini kerana bagi penganut-penganut agama Kristian mempercayai satu perkataan iaitu “bless to be bless” iaitu ditakrifkan sebagai kami perlu memberikan bantuan dan dermaan kepada sesiapa yang diperlukan untuk membalas jasa Tuhan. Sebagai contohnya, sesetempat yang berlakunya seperti banjir dan kebakaran mereka akan berkumpul bersama untuk memberi bantuan dan dermaan kepada mangsa-mangsa yang dalam keadaan kesusahan. Oleh yang demikian,
mangsa-mangsa tersebut juga terdiri daripada pelbagai kaum dengan ini dapat membantu mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia kerana memberikan dermaan dan bantuan lebih berkat. 3.2 Nilai Keadilan Nilai keadilan ini pada perspektif agama Kristian mempunyai satu perkataan iaitu “love your enermy” yang ditakrifkan sebagai suka atau cinta kepada musuh kamu. Hal ini kerana mengikut peribahasa Cina yang pepatah “sekiranya kita sentiasa berdendam sesama dengan orang lain, maka masalah perselisihan faham tersebut tidak akan diselesaikan selamalamanya”. Dengan ini, menurut Bible Exodus 20:16 menyatakan kami tidak boleh membuat bukti yang tidak tulen atau tidak benar untuk menganiayai orang lain. Di samping itu, Bible Exodus 20:17 pula mengatakan kami tidak boleh tamak kepada harta dan kebendaran orang lain iaitu termasuklah rumah, isteri, hamba, lembu dan segala-galanya. Selain daripada itu, mengikut Bible Yakobus 1:27 ada mencatatkan ibadah yang murni dan yang tidak bercacat di hadapan Tuhan atau dikenali sebagai “father” atau Bapa kita, ialah mengunjungi yatim piatu dan janda-janda dalam kesusahan mereka dan menjaga supaya dirinya sendiri tidak dicemarkan oleh dunia. Dengan menurut Bible Amsal 29:7 pula menyatakan orang benar mengetahui hak orang lemah, tetapi orang yang fasik tidak mengertinya. Berdasarkan Bible di atas seperti Exodus, Yakobus dan Amsal dapat saya merumuskan nilai keadilan dalam pandangan agama Kristian adalah bekas kasihan dan kesetiaan. Sama ada dari sudut yang adil untuk memberi bantuan kepada sesiapa yang kena buli dan untuk menjaga badan kelemahan tanpa mengira sesiapa sama ada masyarakat dari pelbagai kaum dan beragama yang berbeza. Oleh itu, mereka perlu mengikut nasihat undangundang yang tercatat dalam Bible tersebut. Sebagai contoh, mereka akan memberikan
bantuan kepada janda-janda, yatim piatu dan sebagainya yang dalam keadaan kesusahan. Dengan sifat adil ini, berbilang kaum di negara kita dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain kerana semasa sesiapa yang memerlukan bantuan mereka juga akan memberikan bantuan. 3.3 Nilai Bekerjasama Menurut Bible Yohanes 13:34 mencatatkan bahawa Aku(Tuhan) memberikan perintah baru kepada kamu(penganut-penganut agama Kristian), iaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi. Oleh itu, Bible Yohanes 13:35 juga mengatakan dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-murid-ku, iaitu jikalau kamu saling mengasihi antara satu sama lain. Terdapat juga Bible John 13:34 menyatakan bahawa kerjasama di kalangan orang percayai dan Bible John 13:35 mencatatkan kerjasama di kalangan yang tidak percayai atau masyarakat tetapi tujuan akhir mereka adalah sama iaitu untuk kebaikan bersama. Sebagai rumus kepada saya, nilai bekerjasama ini dari pandangan agama Kristian adalah mereka mempuyai belas kasihan kepada masyarakat perlu bantuan. Seperti contoh, mereka akan memberikan belas kasihan dan bantuan kepada mangsa-mangsa daripada kebakaran dan banjir walaupun mereka tidak dikenali, berasal dari negeri atau wilayah bahkan negara yang lain dan berbeza, bangsa dan keturunan ini yang berbeza. Di samping itu, mangsa-mangsa tersebut juga terdiri daripada pelbagai kaum. Hal demikian kerana mereka mempunyai sikap bersimpati dan cinta kepada masyarakt walaupun mereka tidak megenali. Dengan ini dapat mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia kerana sikap masyarakat yang memenuhi cinta dan bersimpati.
3.4 Nilai Perikemanusiaan Menurut Bible Matius 5:14 mengatakan kamu(penganut-penganut agama Kristian) adalah terang dunia, kota yang terletak di atas gunung tidak mungkin tersembunyi. Berturut Bible Matius 5:15 mencatatkan bahawa lagipun orang tidak menyalahkan pelita lalu meletakkannya di bawah gantang, melainkan di atas kaki dan sehingga menerangi semua orang di dalam rumah itu. Selain itu, mengikut Bible Matius 5:16 pula menyatakan bahawa demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang ia iaitu supaya mereka dapat melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu(Tuhan) yang di syurga. Berdasarkan kefahaman “image of God” adalah sangat penting kepada penganutpenganut agama Kristian kerana adalah untuk memahami martabat manusia yang bernilai dan bernilai. Ia sering disebut sebagai asas bagi hak-hak sivil dan kesamaan untuk semua lelaki dan wanita. Pemahaman umum tentang “image of God” adalah bahawa ia terutama berada dalam keupayaan manusia untuk berfikir secara rasional. Walaupun ia benar, ia terlalu reda untuk mengatakan “image of God” ini boleh didapati dalam satu ciri manusia. Untuk membungkus minda kami di sekelilingi imej Tuhan, sangat berguna untuk mengambil pandangan yang lebih heulistik atau dikatakan lebih keseluruhan. Selain daripada itu, kami dapat lihat dari sudut penganut-penganut agama Kristian telah menyumbangkan pendidikan, penjagaan kesihatan, keperluan sosial, pusat penagih dadah dan pasukan sukarelawan. Penubuhan pusat-pusat tersebut iaitu sekolah, hospital, rumah anak yatim, hospic, pusat tuisyen dan sebagainya. Hal ini adalah untuk menjaga yatim piatu, janda-janda, pesakit yang miskin dan susah payah. Sebagai contohnya, “Mission School” dan “The Best School” di Cameron Highland, Pahang. Pada zaman dahulu “The Best School” adalah sebuah sekolah yang beragama Kristian. Selepas itu, “The Best School” dan “Mission School” juga menerima masuk masyarakat yang berada daripada pelbagai kaum
tanpa mengira bangsa, kaum dan agama yang dianuti oleh sesiapa kerana pendidikan sangat penting dan ia adalah jambatan ilmu kepada seseorang itu. Mereka menubuhkan pusat-pusat tersebut adalah untuk membantu dan memberi perlindungan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira lapisan atasan, lapisan tengah atau lapisan bawahan. Selain itu, mereka menubuhkan pusat-pusat tersebut juga adalah untuk membalas jasa kepada sosial dan Tuhan mereka. Dengan itu, dana-dana yang digunakan untuk menubuhkan pusat-pusat tersebut adalah daripada dermaan penganut-penganut agama Kristian. Dengan menubuhkan pusat-pusat tersebut akan dapat membantu dan memberi perlindungan selain itu dapat mengumpulkan masyarakat yang berada daripada berbilang kaum ini dapat mendorong mengukuhkan hubungan etnik di negara kita. 3.5 Nilai Kebersihan Menurut Bible Timotius 3:16 mencatatkan bahawa segala tulisan yang diilhamkan Tuhan memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan ini, Bible Timotius 3:17 mengatakan juga dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Tuhan diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik. Oleh itu, dengan mengikuti penjelasan daripada paderi beragama Kristian dapat saya dan ahli kumpulan saya merumuskan penganut-penganut agama Kristian hanya perlu mengikuti dan membaca sebuah buku sahaja iaitu Bible beragama Kristian dan pada setiap hari pagi dan malam sebelum makan perlu berdoa serta pada setiap minggu hari Ahad perlu pergi gereja yang berhampiran untuk berdoa dan penghargaan daripada Tuhan. Hal ini kerana Bible tersebut mengajar masyarakat tidak boleh bergaduh atau berlaku konflik dengan sesiapa sahaja. Dengan budi yang berakhlak mulia ini dapat mengajar semua lapisan masyarakat sama ada kaum, keturunan dan agama yang berbeza tetapi nilai kebersihan yang
berakhlak mulia ini dapat mendorong menambahbaikan hubungan etnik di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum kerana tidak pergaduhan, konflik dan persengketan serta hati secara terbuka maka hubungan rakyat negara Malaysia mesti erat dan bersatu padu. 4.0 KESIMPULAN Kepelbagaian etnik di Malaysia merupakan salah satu unik kepada negara kita. Dengan ini, ia juga merupakan satu cabaran yang agak besar kepada rakyat dan negara kita. Hal ini kerana Malaysia adalah terdiri daripada berbilang kaum terutamanya iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh demikian kaum yang berbeza juga akan mempunyai adat resam dan kepercayaan yang berbeza. Namun begitu, di Malaysia terdapat beberapa agama yang dianuti oleh rakyat negara ini iaitu seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya. Sesungguhnya, terdapat juga beberapa cadangan untuk menambahbaikan hubungan etnik di Malaysia. Antara cadangan bagi mendorong mengukuhkan hubungan etnik di negara kita adalah mempelajari dan memahami dengan mendalam kepada sesuatu bahasa etnik. Hal ini kerana menerusi mempelajari dan memahami bahasa etnik kita dapat menggunakan bahasa dialek sesuatu kaum untuk menjalankan komunikasi dengan mereka dan lebih mengetahui asal usul dan tradisi bahasa sesuatu kaum itu. Di samping itu, mereka juga akan membetulkan kita kesalahan dari segi fonem dan morforlogi dan sebagainya. Dengan mempelajari dan memahami bahasa sesuatu etnik akan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama etnik. Seterusnya, masyarakat Malaysia juga dapat mengadakan rumah terbuka pada musim perayaan dengan menjemputkan pelbagai etnik. Sebagai contohnya, pada musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan sebagainya. Hal ini dapat menjalinkan hubungan antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dengan menerusi kunjungmegunjungi tuan rumah juga dapat menghidangkan makan tradisional kepada mereka dan
menceritakan sedikit asal usul makanan tersebut dan takrifan kepada nama hidangan tersebut. Oleh hal yan demikian, pelbagai etnik akam lebih memahami asal usul kepada sesuatu etnik tersebut. Hal ini dapat menambahbaikan hubungan etnik di negara kita yang terdiri daripada berbilang kaum. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan dan pihak sekolah juga dapat mengadakan karnival dan pesta tentang bertajuk adat resam dan berpakaian pelbagai hubungan etnik. Dengan ini, karnival tersebut akan mendapatkan meminat dan sambutan dariada sesuatu etnik untuk disertai atau melibatkan diri. Dengan melalui karnival-karnival dan pesta-pesta tersebut mereka dapat menerangkan adat resam mereka terhadap sesuatu etnik. Selain daripada itu, mereka juga dapat mempamerkan pakaian tradisional, alat-alat perhiasan kegunaan seharian, dan perkakas tradisional oleh mereka. Hal ini dapat membantu sesuatu etnik lebih memahami tradisional dan adat resam bagi sesuatu etnik yang lain. Dengan ini, melalui karnival dan pesta dapat mendorong menambahbaikan hunbungan etnik di Malaysia.
5.0 LAMPIRAN DAN RUJUKAN 5.1 Lampiran 5.1.1 Transkrip Temubual Transkrip Temu Bual
Paderi
: Rev. Lim Wai Ming
Tarikh
: 18/02/2019
Masa
: 5:00 – 6:00 petang
Tempat
: Kayangan Praise Centre, Kaki Bukit, Perlis
Tentang : Berfokus pada 5 nilai asas iaitu KESYUKURAN, KEADILAN, BEKERJASAMA, PERIKEMANUSIAAN dan KEBERSIHAN dari pandangan agama Kristian dan bagaimana kelima-lima nilai tersebut dapat penambahbaikan hubungan etnik di Malaysia Lee
: Selamat petang, Paderi.
Paderi : ____________________________________________________________________. Lee : Terima kasih, Paderi. Kerana sudi meluangkan masa untuk menerima temubual daripada saya untuk membantu saya dan ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan ini. Paderi :_____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________. Lee : Sebelum permulaan temubual pada hari ini, bolehkah Paderi berkongsi sedikit mengenai latar belakang diri dan pengalaman diri sejak menjadikan sebagai seorang paderi? Paderi : 1) From Baptist Denomination 2) Become pastor since 1983 3) Bachelor degree in Theology (1988) 4) Master of Divinity (2014) 5) In Kaki Bukit since 1992 (27 years)
Lee : Baik, terima kasih Paderi atas berkongsi latar belakang dan pengalaman diri. Bolehkah kami sekarang terus menekankan terhadap persoalan hari ini? Tentang berfokus kepada 5 nilai asas iaitu kesyukuran, keadilan, bekerjasama, perikemanusiaan dan kebersihan dari pandangan agama Kristian dan bagaimana kelima-lima nilai ini dapat penambahbaikan hubungan etnik di Malaysia. Paderi :_____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________. Lee
: Baik, pertama saya ingin menekan kepada nilai kesyukuran. Bolehkan hujahkan
sedikit tentang nilai kesyukuran ini dari perspektif agama Kristian dan memberi sedikit contoh mengenai nilai tersebut dapat mendorong penambahbaikan hubungan etnik di Malaysia? Paderi : 1) God creator 2) For Personal: Thank God for His protection and providence. - express through worship and giving of tithes (10%) 3) For Communities: God provides - so we also provide for the needs of others 4) Voluntarily: flood, fire - personal and churches come together to give
Lee
: Begitu jelas atas penerangan yang diberikan oleh Paderi tentang sudut pandangan
kepada nilai kesyukuran ini. Dengan ini, kami teruskan terhadap persoalan kami pada hari ini. Nilai kedua adalah nilai keadilan, bolehkan Paderi huraikan sedikit tentang nilai keadilan dan bagaimanakah nilai tersebut dapat membantu mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum? Paderi : 1) Yakobus 1:27 2) Provide legal advice Lee
: Selepas mendengar penjelasan daripada Paderi tentang perspektif agama Kristian
terhadap nilai keadilan. Bolehkah kami terus kepada nilai yang ketiga iaitu nilai bekerjasama? Dengan ini, minta Paderi membuat penjelasan sedikit tentang nilai bekerjasama ini yang telah
menerapakan dalam agama Kristian dan bagaimana penganut agama Kristian menonjolkan nilai bekerjasama bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia? Paderi : 1) John 13:34-35 2) Among believers 3) Among communities - common good - fire, flood
Lee
: Ya, Paderi dapat saya melihat penganut-penganut yang beragama Kristian ini mereka
menerapkan nilai murni bekerjasama ini dalam hidup seharian mereka. Mereka suka tolongmenolong sesiapa yang kesusahan. Di samping itu, mereka juga bersikap ramah terhadap sesiapa sahaja. Seterusnya, saya ingin menekankan nilai perikemanusiaan. Pada pendapat saya nilai perikemanusiaan ini agar penting terhadap penganut agama Kristian kerana penganut agama Kristian yang bersikap syukur dan bersimpati terhadap sesiapa yang perlu menolong. Oleh itu, bolehkan Paderi jelaskan bagi saya lebih memahami kenapa nilai perikemanusiaan ini penting terhadap agama Kristian dan bagaimanakah nilai tersebut dapat menambahbaikkan hubungan etnik di Malaysia? Paderi : 1) Matius 5:14-16 2) “image of God” 3) Education - understanding acceptance, wisdow is power 4) Health care 5) Social needs - widow, orphan 6) Drug addicts - social outcast, protect people, prison 7) V0lunteers team
Lee
: Baik, sekarang kami terus kepada nilai yang terakhir iaitu nilai kebersihan pada
persoalan hari ini. Bolehkah Paderi huraikan sedikit tentang nilai kebersihan dari pandangan agama Kristian dan bagaimana ia dapat mendorong mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini. Paderi :1) Timothy 3:16-17 2) Follow a book (Bible) 3) Personal devotion - read bible, pray morning / night 4) don’t fight / quarrel with others
Lee : Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Paderi kerana sudi meluangkan masa untuk menerima temubual daripada saya dan berkongsi pendapat-pendapat tentang persoalan pada hari ini. Pendapat-pendapat yang diberikan daripada Paderi amat membantu saya dan ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sekian, terima kasih.
5.1.2 Gambar Temubual
Gambar 1: Saya dan ahli kumpulan saya menjalankan temubual dengan paderi
Gambar 2: Semasa temubual dengan paderi dan paderi menunjukkan kami sebuah “Bible” atau dikenali kitab kepada agam Kristian
Gambar 3: Paderi sedang menceritakan nilai-nilai asas tersebut pada perspektif agama Kristian
Gambar 4: Paderi memberi penjelasan tentang nilai-nilai asas tersebut
5.2 Rujukan 5.2.1 Rujukan Internet http://biblescripture.net/Exodus.html https://www.biblestudytools.com/dictionary/image-of-god/ https://www.lds.org/scriptures/ot/ex?lang=eng