Aspek Keselamatan Pekerjaan Menurut Perspektif Islam

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aspek Keselamatan Pekerjaan Menurut Perspektif Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 322
  • Pages: 2
ASPEK KESELAMATAN PEKERJAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Al-Quran adalah panduan hidup daripada Allah kepada sekalian manusia. Allah Al- Khaliq Yang Maha Menjadikan sudah tentu Maha Mengetahui tentang semua yang berkaitan dengan kehidupan . Oleh yang demikian, seandainya kita ingin berjaya dalam kehidupan samada di dunia ataupun di akhirat kita perlu menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam apa jua perkara termasuk yang berkaitan dengan kerjaya kita. Dalam bidang pekerjaan, Allah swt telah menyediakan pelbagai garispanduan bagi seseorang menjalankan tugas dengan cemerlang melalui kitab suciNya AlQuran. Antaranya firman Allah; Maksudnya Katakanlah (Wahai Muhammad) bekerjalah kamu, maka Allah, Rasulnya dan orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. (surah at-taubah:105) Maksudnya Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kami siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. (surah: Al-Mulk:2) Hadis Nabi pula menyebut: Maksudnya Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang yang apabila melakukan sesuatu kerja atau tugas dia melakukannya dengan tekun dan teliti. Dalam konteks keselamatan semasa melakukan tugas, seseorang pekerja terutamanya seorang Muslim sepatutnya menjadikan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai

pegangan

utama.

Ini

kerana

Islam

amat

mementingkanaspek

keselamatan dan kesihatan bukan sahaja semasa bertugas malah dalam seluruh kehidupan. Buktinya, nama Islam tidak diambil berdasarkan nama pengasasnya seperti agama-agama lain yang diberi nama pengasasnya. Islam dari segi bahasa bererti selamat sejahtera yang mencerminkan aspek keselamatan adalah terlalu penting dalam apajua perkara. Ia adalah asas permulaan untuk mencapai tingkat yang lebih tinggi iaitu iman, taqwa dan seterusnya. Dalam hal ini, sebagai pekerja kita sepatutnya memohon berlindung dengan Allah As-Salam (Yang Maha selamat Sejahtera) daripada segala musuNya dan musuh-musuh kita samada dalaman mahupun luaran yang sentiasa menghalang kejayaan cemerlang. Bagaimanapun , dalam suasana hari ini jarang terdapat dikalangan kita yang mengaitkan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Memutuskan hubungan dengan kedua sumber tersebut merupakan satu kerugian yang amat besar samada dari segi fizikal, mental dan material. Sebaliknya menghubungkaitkan dengan kedua sumber tersebut memberi kesan yang baik kepada pekerja, majikan dan sekitaran samada jangka panjang mahupun jangka pendek.

Related Documents