Strategi Pemasaran Mlm Menurut Perspektif Islam

  • Uploaded by: Bro Qim
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Strategi Pemasaran Mlm Menurut Perspektif Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 22,262
  • Pages: 119
BAB SATU: PENDAHULUAN 1.0

Pengenalan

Jualan langsung pelbagai tingkat (MLM) bukanlah sesuatu yang baru dalam strategi pemasaran perniagaan, malah ianya merupakan salah satu cabang atau bentuk perniagaan yang sedang berkembang pesat di negara kita hari ini. MLM ini telah membuka ruang baru untuk para usahawan atau bakal peniaga menceburi bidang perniagaan. Sistem perniagaan jualan langsung ini agak unik dalam beberapa hal berbanding sistem perniagaan yang lain dan boleh dianggap sebagai alternatif kepada bentuk-bentuk perniagaan yang sedia ada. Ini adalah kerana ramai golongan masyarakat yang terlibat dalam sistem perniagaan jenis ini sama ada sebagai pengguna atau peniaga atau lebih juga dikenali sebagai pengedar. Ia juga dikatakan mempunyai satu kelebihan kerana sistem perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak. Justeru, menyedari tentang keistimewaan perniagaan MLM, adalah sesuai perniagaan ini dikembangkan di kalangan masyarakat, terutamanya orang-orang Muslim untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan menceburi bidang perniagaan ini atau sebagai langkah awal memasuki bidang perniagaan yang lebih mencabar.

1

1.1

Latar belakang kajian

Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan sistem perniagaan ini sama ada ianya mengikut syara’ atau bertentangan dengan syara’ dan adakah sistem perniagaan ini boleh diterima pakai sebagai salah satu sumber pendapatan orang Muslim. Pelbagai pendapat dari para ilmuan dan ulama’ Islam telah dikeluarkan. Ada yang berpendapat MLM adalah haram dan ada yang berpendapat sebaliknya. Masing-masing mengeluarkan huraian dan hujah tersendiri. Dalam kertas projek ini, penulis akan mengupas sebanyak yang boleh berkenaan strategi pemasaran MLM menurut perspektif Islam dan konvensional dan akhirnya akan membuat kesimpulan berkenaan isu ini. Diharap dengan kertas projek ini akan menambahkan lagi dokumentasi dan rujukan dalam menjawab isuisu berbangkit berkenaan topik ini.

1.2

Objektif kajian

Kajian ini dilakukan untuk melengkapkan beberapa objektif seperti berikut: 1. Menjelaskan prinsip asas dan etika dalam sistem perniagaan Islam. 2. Membuat huraian strategi pemasaran MLM dari perspektif Islam. 3. Membuat rumusan, cadangan serta kritikan terhadap sistem dan strategi

pemasaran MLM.

2

1.3

Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini merangkumi pelbagai sudut antaranya: 1. Sistem perniagaan berasaskan MLM banyak memberi kemusykilan kepada orang

ramai. Ini kerana sistem operasinya berbeza antara satu syarikat MLM dengan satu syarikat MLM yang lain. Oleh itu, kajian seperti ini dapat membantu orang ramai terutamanya orang Muslim yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan MLM supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan MLM yang tidak bertepatan dengan syariat Islam. 2. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat yang jelas berkenaan syarat, larangan, panduan dan apa yang perlu dipatuhi dalam sistem jual beli Islam.

1.4

Skop Kajian

Secara keseluruhan kajian ini memberi fokus kepada strategi pemasaran jualan langsung dari segi perspektif Islam dan kepentingan umat Islam untuk menyertai perniagaan jualan langsung.

Penulis menyatakan secara menyeluruh dan terperinci segala maklumat

berkaitan perniagaan jualan langsung mengikuti prinsip dan etika jual beli berlandaskan syariah. Selain itu, turut dinyatakan beberapa perkara seperti: 1. Strategi pemasaran perniagaan jualan langsung secara konvensional serta syaratsyarat yang diluluskan mengikut Akta Jualan Langsung (1993)

3

2. Mengenalpasti prinsip-prinsip syariah berkaitan jualan langsung yang sesuai dilaksanakan di Malaysia

1.5

Batasan kajian

Sepanjang melakukan kajian ini, penulis menghadapi sedikit kesukaran terutamanya apabila mendapatkan bahan rujukan. Rujukan yang membincangkan tentang topik MLM dari perspektif Islam sangat terhad. Oleh itu, penulis terpaksa mendapatkan sumber dari laman sesawang. Rujukan dalam bentuk tesis pula adalah terhad dan tidak terkini. Selain itu masalah logistik juga sering berlaku. Ini kerana bahan rujukan di Perpustakaan Za’ba tidak dapat digunakan kerana penyusunan dan penyelarasan buku sedang dibuat.

1.6

Kajian Lepas

Masih belum ada lagi kajian sebelum ini yang betul-betul memfokuskan tentang MLM menurut perspektif Islam. Namun begitu, terdapat dua latihan ilmiah yang dirujuk di mana kajian tersebut dilakukan oleh Fardinawati Kasmat pada tahun 2001/2002 bertajuk Strategi Pemasaran: Kajian di Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. Kertas projek ini mengkaji tentang strategi pemasaran jualan langsung yang dijalankan di syarikat jualan langsung Amway Sdn. Bhd. Latihan ilmiah ini membantu penulis dalam mendapatkan maklumat berkenaan prinsip dan etika perniagaan dalam Islam. Selain itu, penulis juga merujuk kepada latihan yang dihasilkan oleh Normazini Ismail pada tahun 1997/1998 bertajuk Jualan Langsung di kalangan Masyarakat Melayu di 4

Kelantan: Kajian di Kg. Paya Bemban. Penulis latihan ilmiah ini mengkaji berkenaan penglibatan masyarakat Melayu Kelantan dalam perniagaan jualan langsung. Latihan ilmiah ini membantu penulis mendapatkan idea berkenaan perspektif Islam mengenai isu dan konsep asas dalam perniagaan MLM. Manakala dalam bidang Usuluddin pula, penulis merujuk latihan ilmiah yang dihasilkan oleh Solahuddin Ismail (1998), ‘Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam: Tumpuan terhadap kitab al-Buyu, di dalam Shahih Muslim’. Latihan ilmiah ini, banyak membantu penulis membincangkan prinsip dan etika perniagaan dari perspektif Islam kerana banyak merujuk kitab al-Buyu’ di dalam Shahih Muslim.

1.7

Metodologi Penyelidikan

Untuk melaksanakan kajian ini, metodologi penyelidikan yang paling utama digunakan ialah tentu sekali penyelidikan perpustakaan. Penulis telah pergi ke beberapa perpustakaan utama untuk mendapatkan bahan-bahan yang penting bagi membantu kelancaran perjalanan kajian ini, terutamanya bagi pengisian bab dua, bab tiga dan bab empat. Perpustakaan terbabit ialah: 1. Perpustakaan Utama, Universiti Malaya 2. Perpustakaan Peringatan Za’aba, Universiti Malaya 3. Perpustakaan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya 4. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universti Malaya (dipindahkan ke

Perpustakaan Za’aba, UM) 5

Selain membuat penyelidikan perpustakaan, penulis juga mencari maklumat menerusi internet, majalah dan petikan akhbar berkaitan perniagaan MLM.

1.8

Sistematika Penulisan

Secara umumnya, penulisan kertas projek ini terbahagi kepada lima bab yang utama. Bab yang pertama, iaitu bab ini sendiri yang merupakan pendahuluan mengandungi latar belakang, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian, kajian lepas, metodologi penyelidikan dan sistematika penulisan. Dalam bab kedua, perkara yang dibincangkan adalah berkenaan prinsip-prinsip dan etika urusniaga di dalam Islam. Antara subtopiknya adalah definisi perniagaan dalam Islam, rukun dan syarat jual beli dalam Islam, unsur-unsur yang diharamkan dalam jual beli, kaedah fiqh berkenaan hukum MLM serta panduan perniagaan dalam Islam. Bab ini sangat penting kerana kajian ini memfokuskan strategi pemasaran jualan langsung pelbagai tingkat menurut perspektif Islam. Oleh itu, prinsip asas dan etika perniagaan dalam Islam perlu diketengahkan sebagai panduan. Dalam bab ke tiga, penulis membincangkan tentang strategi pemasaran MLM secara konvensional. Dalam bab ini, penulis mengenengahkan dahulu tentang konsep asas pemasaran itu sendiri. Kemudian barulah penulis membincangkan berkenaan pemasaran berasaskan sistem MLM. Dalam bab ini, penulis membincangkan jenis jualan langsung yang terdapat dalam sistem perniagaan ini, isi-isi dalam akta jualan langsung,

6

penggunaan sistem mata, sistem bonus, dan perbezaan antara MLM dengan skim piramid. Segala komponen asas dalam sistem MLM akan cuba dikupas dalam bab ini supaya strategi sistem MLM ini dapat difahami seterusnya dapat disesuaikan dengan konsep Islam. Dalam bab ke empat, penulis menumpukan kepada strategi pemasaran MLM dari perspektif Islam pula. Penulis membincangkan semula berkenaan hukum asal MLM dan kaedah fiqh yang mendokonginya. Disamping itu, penulis menambah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meneguhkan hukum MLM di Malaysia. Selain itu, penulis membincangkan juga berkenaan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dalam industri MLM yang menjadikan hukumnya haram. Keistimewaan MLM juga disertakan dalam subtopik MLM dari sudut positif. Subtopik ini menunjukkan bahawa sistem perniagaan ini sekiranya mengikut syariat dapat memberikan kebaikan dan keuntungan kepada semua pihak. Dalam bab terakhir iaitu bab lima pula, penulis akan cuba membuat kesimpulan dengan merumuskan perbandingan strategi pemasaran konvensional dengan strategi pemasaran yang diasaskan dengan kehendak Islam. Selain itu, penulis akan membuat cadangan dan kritikan berkenaan dengan sistem MLM di Malaysia pada hari ini.

7

BAB DUA: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) SECARA KONVENSIONAL

2.0

Pendahuluan

Amalan dalam perniagaan konvensional biasanya tidak meletakkan perbezaan terhadap tingkahlaku manusia kepada elemen-elemen keagamaan dan bukan keagamaan kerana seseorang itu dianggap sebagai manusia ekonomi. Manusia ekonomi umumnya meletakkan tujuan utama kehidupan dan kewujudan dengan memaksimumkan pengisian keperluan dan kehendaknya bagi mencapai kegembiraan dalam hidup. Konsep ‘lebih banyak lebih baik’ serta ‘matlamat menghalalkan cara’ merupakan perkara biasa dalam sistem sekular di mana manusia hanya perlu mematuhi undang-undang dan peraturannya sendiri untuk mencapai matlamatnya. Walaubagaimanapun, seseorang Muslim telah diberi prinsip dan peraturan yang berbeza berpandukan daripada konsep tauhid dalam memberi panduan berkenaan segala aspek kehidupan harian. Untuk mengikuti prinsip ini, seseorang Muslim wajib memahami sepenuhnya konsep tauhid sehingga mencapai tahap yang dapat membawa perubahan diri secara sukarela dan menjadi Muslim yang beramal. Konsep tauhid membawa kepada pemahaman terhadap kedudukan Allah sebagai tuhan, hubungan Allah dengan manusia, dan hubungan manusia dengan manusia lain dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai masalah kehidupan manusia termasuk bidang ekonomi.

8

Perkara ini sangat penting kerana dalam mana-mana persekitaran pekerjaan, kebanyakkan amalan tidak dikenalpasti kedudukannya secara jelas seperti jelasnya amalan ibadat. Terdapat beberapa garis panduan dalam bentuk ayat al-Quran dan hadis di mana ianya mengandungi pengertian yang luas dan umum. Panduan-panduan tersebut berguna dalam membantu membuat keputusan terutamanya sewaktu menghadapi pelbagai situasi dan keadaan yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab harian. Pengertian yang luas menjadikannya mampu untuk disesuaikan dengan bermacam-macam perubahan semasa.1 Kejayaan sesebuah perniagaan sebenarnya banyak bergantung kepada strategi pemasaran, oleh itu, amat rugi sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang mendalami ilmu tersebut. Disiplin ilmu dalam strategi pemasaran konvensional sebenarnya telah mencapai kemajuan yang amat tinggi. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan untuk mempelajarinya dengan tujuan menyesuaikan ia dengan prinsip syariah supaya kelak dapat menyumbang kepada perkembangan, kebangkitan, dan kejayaan usaha pembangunan ekonomi umat Islam amnya. Strategi pemasaran dalam versi konvensional perlu dikaji supaya dapat diguna tanpa melampaui batas yang ditentukan syara’. Ini kerana, bentuk disiplin ilmu yang tersusun bagi strategi pemasaran menurut perspektif Islam masih kurang dikaji dengan mendalam seperti mana strategi pemasaran konvensional. Khalifah Umar bin Khattab radhiallahu 'anhu telah berpesan kepada kaum Muslimin secara umum:2 1

Muhammad Abd. Wahab (1987), ‘Marketing Concepts and Strategies: An Islamic Approach’ (Kertas Kerja Seminar on Contemporary Business: Towards the Development of Islamic Business Management di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 26-27 September 1987), h.1. 2 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. (2009, Julai 16). Diperolehi September 9, 2009, dari http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-beli-

9

ُ ‫ف‬ َ ‫ن‬ َ َ ‫وإ ِل ّ أ َك‬ ‫ ذكره ابن‬.‫ل الّرَبا‬ ِ ‫و‬ ِ ‫جُر‬ ُ ‫في‬ ْ ‫م‬ َ ‫ق‬ َ ّ ‫قَنا إ ِل‬ ِ ّ ‫ا َ ي َت‬ َ ‫ه‬ ْ ‫س‬ ‫عبد البر بهذا اللفظ‬. َ ‫ن‬ ‫د‬ ِ ‫و‬ ِ ‫ع‬ ْ ‫ق‬ ْ ِ ‫ ل َ ي َب‬:‫ورواه مالك والترمذي بلفظ‬ ُ ‫في‬ ْ ‫م‬ َ ّ ‫قَنا إ ِل‬ ْ ‫س‬ ّ ‫ف‬ َ َ‫ت‬ ‫ حسنه اللبا‬.‫ن‬ ِ ‫ه‬ ّ ‫في ال‬ َ ‫ق‬ ِ ‫دي‬ "Hendaknya tidaklah berdagang di pasar kita selain orang yang telah faham (berilmu), bila tidak, nescaya ia akan memakan riba." (Ucapan beliau dengan teks demikian ini dinukilkan oleh Ibnu Abdil Bar Al Maliky) Imam Al Qurthuby Al Maliky menjelaskan: "Orang yang bodoh tentang hukum perniagaan, (walaupun perbuatannya itu tidak dihalangi) maka tidak layak untuknya diberi kepercayaan sepenuhnya dalam mengelola harta bendanya. Ini adalah kerana ia tidak dapat membezakan antara perniagaan yang dilarang dan yang dibenarkan, transaksi halal dari yang haram. Sebagaimana ia juga dikhuatirkan akan melakukan amalan riba dan transaksi haram lainnya. Hal ini juga berlaku pada orang kafir yang tinggal di negeri Islam." (Ahkaamul Qur'an oleh Imam Al Qurthuby Al Maaliky 5/29)3

dalam-ajaran-islam.html 3

Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. (2009, Julai 16). Diperolehi September 9, 2009, dari http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-belidalam-ajaran-islam.html

10

2.1

Asas dan konsep sistem jual beli dalam Islam

Antara ayat al-Quran yang banyak merujuk sistem jual beli dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t:

‫ه‬ ُ َ ‫ما ي‬ ُ َ ‫ن ٱلّرَبوٰا ْ َل ي‬ َ َ ‫ذى ي َت‬ ِ ّ ‫م ٱل‬ ِ ّ ‫ٱل‬ َ ‫مو‬ َ ‫ن َيأۡك ُُلو‬ ُ ‫قو‬ ُ ُ ‫خب ّط‬ َ َ ‫ن إ ِّل ك‬ ُ ‫قو‬ َ ‫ذي‬ َ ْ ‌‫ل ٱلّرب َ ٰوا‬ ْ ‫ك ب ِأن ُّهمۡ َقا ُا‬ َ ‫شي‬ َ ِ ‫ذأل‬ ُ ‫مث‬ َ ۚ‌‫س‬ ّ ‫ٱل‬ ۗ ِ ُ‫ما ٱلَبيع‬ ِ ‫ن‬ َ ّ ‫لوٓ إ ِن‬ َ ‫ن ٱل‬ ّ ‫م‬ َ ‫م‬ ُ ٰ‫طـ‬ َ ّ ‫ح‬ ‫هۦ‬ ٌ َ ‫عظ‬ ِ ۡ‫مو‬ ِ ّ ‫من ّرب‬ َ ‫من‬ َ َ‫ه ٱلَبيعَ و‬ َ ‫وَأ‬ َ ‫حّر‬ ّ ۬‫ة‬ َ ‫جآَءهُ ۥ‬ َ َ‫م ٱلّرب َ ٰوا‌ ْۚ ف‬ ُ ّ ‫ل ٱ لل‬ َ َ ‫عاد فَأ ُولـ‬ ‫ب‬ ‫ه‬ َ َ ‫سل‬ ِ‌ ّ ‫ف َوأمُرهُ ۥۤ إ َِلى ٱلل‬ ُ ‫ح ٰـ‬ َ ‫ك أص‬ َ َ ۡ‫من‬ َ ‫ما‬ َ َ‫ۖ و‬ َ ‫هۥ‬ ُ َ ‫فَٱنت َهَ ٰى فَل‬ ْ ٢٧٥) ‫ن‬ ‌‫)ٱلّناِر‬ َ ‫همۡفَِيها‬ ُ ۖ َ ‫دو‬ ُ ِ ‫خ ٰ ـل‬ (Surah al-Baqarah (2): 275) Ayat ini menunjukkan Allah memberi laluan kepada hamba-Nya melakukan urusan jual beli. Dalam surah al-Baqarah juga banyak dijelaskan apa yang dilarang seperti amalan riba dan apa dibolehkan dalam sistem ekonomi Islam. Jelas sekali Islam merupakan agama syumul yang telah memberi panduan umum sebagai petunjuk untuk dipatuhi umatnya. Dalam Islam, menjalankan perniagaan tiada halangannya asalkan ia tidak lari daripada landasan akidah, syarak dan akhlak. Konsep perniagaan dalam Islam sebenarnya bukan setakat jual beli yang difahami sebagai berniaga dengan menjual barangan kepada pengguna akan tetapi mempunyai ruang yang lebih luas merangkumi pekerjaan yang berbentuk makan gaji dan mengambil upah kerana ia melibatkan pertukaran apabila seseorang bekerja dengan keupayaan yang dimilikinya dan kemudian menerima

11

ganjarannya dalam bentuk gaji atau upah. Dengan kata lain, dia mengeluarkan produk atau keluaran berbentuk perkhidmatan. Makan gaji dan mengambil upah dianggap sebagai tukar tenaga dalam Islam. Namun, harta pusaka tidak termasuk dalam konsep jual beli dalam Islam.4 Konsep perniagaan dalam Islam juga meliputi hubungan antara manusia dengan Allah (habl min Allah), hubungan manusia dengan manusia (habl min al-nas), dan hubungan manusia dengan makhluk lain. Pendek kata, perniagaan juga merupakan sebahagian daripada cara hidup Muslim. Allah telah menjadikan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa bantuan daripada orang lain, seseorang itu tidak mungkin mampu memenuhi segala keperluan hidupnya. Dengan keadaan manusia seperti inilah wujudnya pertalian dan perhubungan antara masyarakat. Secara semulajadinya, manusia dicipta beserta sifat pentingkan diri sendiri. Dengan sebab itu, Allah telah memberikan garis panduan muamalat agar manusia berpandu ke jalan yang lurus dalam menjalankan urusan hidupnya.5 Luqman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya dengan memberi nasihat berikut, yang bermaksud: “Hai anakku! Berusahalah untuk menghilangkan kemiskinan dengan usaha yang halal. Sesungguhnya orang yang berusaha dengan jalan yang halal itu, tidaklah ia akan mendapat kemiskinan, kecuali apabila dia mendapat 3 jenis penyakit: 1) Tipis kepecayaan agamanya, 2) Lemah akalnya, 3) Hilang kesopanannya.6 4

Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., h.1-3. 5 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), ‘E-Dagang : Satu Bentuk Pemasaran Perniagaan Era Globalisasi’ (Kertas Kerja Projek, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h.76. 6 H. Sulaiman Rasjid (1954), Fiqh Islam (Cetakan ke-12). Jakarta: Attahirijah, h. 268.

12

Kegiatan ekonomi adalah perkara yang mesti wujud dalam hidup manusia. Islam juga mewajibkan umatnya membabitkan diri dalam kegiatan ekonomi agar setiap orang Islam mampu memenuhi dan menampung keperluan hidup diri dan keluarga. Malah ia merupakan fardhu ain bagi setiap Muslim.7 Menurut ahli sejarah, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh manusia telah bermula sejak 50,000 tahun yang lalu. Buktinya dapat dilihat daripada kesan sejarah tinggalan pelnagai tamadun manusia seperti Mesir, China, dan India.8

2.2

Definisi Perniagaan @ Jual beli

Untuk memahami mengenai pemasaran Islam, pemahaman mengenai apa yang dimaksudkan dengan perniagaan atau jual beli perlu dilakukan. Ulama Islam dan ilmuan konvensional telah memberi pelbagai definisi berkaitan perniagaan atau jual beli. Antaranya ialah: 1) Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Jami’ li al-Ahkam telah menjelaskan

bahawa perniagaan jual beli adalah kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu pihak penjual dan pihak pembeli.9

7

Institut Kefahaman Islam Malaysia (FAQ): Apakah matlamat dan kepentingan etika dalam kegiatan ekomnomi mengikut pandangan Islam, http://www.ikim.gov.my/s301-2a1.htm#l, 23 ogos 2009. 8 Solahuddin Ismail (1998), ‘Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam : Tumpuan terhadap kitab al-Buyu, di dalam Shahih Muslim’ (Kertas Projek, Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 9 http://tholib.wordpress.com/2009/08/17tanya-jawab-hukum-jual-beli-tokek/#comment-2015 11 November 2009 9:41 pm.

13

2) Imam al-Razi di dalam kitabnya Mafatih al-Ghayb pula mendefinisikan

perniagaan atau jual beli sebagai sejenis transaksi barang-barang yang wujud, belum atau tidak wujud.10 3) Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah mendefinisikan perniagaan

sebagai suatu cara perluasan modal.11 4) Al-Syaibani (Al-Iqra’) pula mendefinisikan perniagaan sebagai pertukaran

wang dengan barang atau barang dengan barang untuk mendapatkan keuntungan.12 5) Dalam Islam, menjalankan perniagaan tiada sebarang halangan asalkan ia tidak

lari daripada landasan akidah, syariah, dan akhlak.13

2.3

Rukun dan syarat jual beli dalam Islam

Mustafa Haji Daud membahagikan rukun dan syarat bagi membolehkan jual beli berlaku kepada 5 iaitu14: 1) Penjual 2) Pembeli

10

http://islamwiki.blogspot.com/2009_02_01archive.html 11November 2009 9:57 pm http://ww.isalamgrid.my/articles/tokohislam/ibn_Khaldun.php 11 November 2009 12 http://nazrichik.com/?p=1306 11 November 2009 13 Ahmad Sufian Che Abdullah, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi & Suhaili Sarif (2008), FIqh alTijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Konprehensif. (Prosiding Seminar Keusahawanan Islam ІІ Peringkat Kebangsaan 2008, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 15 Oktober 2008), h 12-13. 14 Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,h. 21. 11

14

3) Barang yang dijual beli 4) Harga 5) Sighah/ijab kabul

2.3.1

Syarat bagi penjual dan pembeli

Penjual dan pembeli dikenakan syarat bagi membolehkan sesuatu jual beli itu sah menurut Islam. Syaratnya adalah seperti berikut: 1) Berakal; syarat ini dikenakan untuk mengelakkan sebarang penipuan, malah jika jual beli dilakukan oleh orang gila atau orang yang bodoh maka jual beli tersebut adalah tidak sah. 2) Dengan sukarela (tanpa dipaksa); sebarang jual beli yang dilakukan hendaklah

jelas tiada sebarang paksaan pada mana-mana pihak. 3) Tidak dihalang dari menguruskan muamalat; sebagai contoh, seseorang yang

bersikap boros dihalang dari menguruskan harta sendiri kerana urusan hartanya diuruskan oleh walinya. 4) Cukup umur (baligh); syarat ini menunjukkan bahawa anak kecil yang belum

baligh tidak sah jual belinya. Akan tetapi, sesetengah ulama berpendapat bahawa anak-anak kecil yang mumayyiz iaitu tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk boleh berurusan jual beli bagi barangan yang kecil. Rasionalnya adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam.15

15

H. Sulaiman Rasjid (1954), op.cit., h. 269

15

2.3.2

Syarat bagi barang

Barang yang dijual beli juga dikenakan syarat seperti berikut: 1) Barang itu mestilah ada ketika akad jual beli, kecuali akad dalam jual beli

salam.16 (membeli secara pesanan) 2) Barang itu mestilah suci, kerana tidak sah menjual barang bernajis seperti kulit

yang belum disamak.17 3) Barang tersebut ada manfaat dan bernilai. Barang yang tidak ada manfaat dan

tidak bernilai tidak boleh dijual.18 4) Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada pembeli19, dimana barang

tersebut terletak di bawah pemilikan penjual20. Tidak sah jual beli yang

16

Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22. H. Sulaiman Rasjid (1954), op.cit., h. 269. 18 Ibid., h. 270. 19 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22. 20 Faradinawati Kasmat (2001), ‘Jualan Langsung Menurut Perspektif Islam: Kajian kes Amway Corporation’ (Kertas Projek, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 17

16

melibatkan barangan yang tidak dapat diserahkan kepada pembeli seperti menjual ikan yang masih di dalam laut21, dan burung yang masih terbang di langit.22 5) Barang tersebut berkeadaan jelas sifatnya, dapat dilihat oleh pembeli sama ada ketika akad atau sebelum akad.

2.3.3

Syarat bagi harga23

Harga juga dikenakan syarat dalam urusan jual beli Islam, antaranya: 1) Harga barang yang dijual mestilah disebut ketika akad. 2) Matawang mestilah dijelaskan kecuali jika telah dilihat ketika akad. 3) Barang dapat dijual dengan menangguhkan bayarannya, iaitu bay’bithaman a

jil. Dalam hal ini, tempoh pembayaran dan cara bayarannya perlu dijelaskan. 4) Setelah selesai akad, penjual mula berkuasa terhadap harga sekalipun belum

diserahkan kepadanya. Justeru itu, ia boleh memindahkan pembayaran harta itu kepada orang lain secara hiwalah (pemindahan hutang daripada pihak pertama kepada pihak kedua).

21

H. Sulaiman Rasjid (1954), op.cit., h. 270. http://www.alsofwah.or.id/cetakekonomi.php?id=71&idjudul=67 11 November 2009 11:12pm 23 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22 22

17

2.3.4

Syarat bagi sighah @ ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan)24

Sighah @ ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan) sangat penting dalam urusan jual beli. Oleh itu, terdapat beberapa syarat yang dikenakan supaya ijab dan kabul dalam urusan jual beli itu diterima. Antaranya ialah: 1) Mestilah menandakan kerelaan dan keredhaan serta kehendak antara kedua-dua

belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Ini kerana kedua-dua belah pihak menerima implikasi dari proses jual beli yang dilakukan25. Ijab dan kabul yang dapat

menandakan

kerelaan

kedua

belah

pihak

semestinya

mampu

menggambarkan secara jelas kehendak mereka. Sekiranya ijab dan kabul dilakukan dengan orang yang sedang tidur, maka kehendaknya akan menjadi tidak jelas kerana dia tidak berada dalam keadaan yang sedar. Oleh itu, urusan jual belinya tidak sah.26 2) Setiap perkataan, tulisan dan isyarat yang berkaitan dengan jual beli itu mestilah

difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.27 Ini bererti setiap ijab dan kabul yang dibuat boleh difahami oleh kedua belah pihak. Ini kerana pemahaman tersebut menjadi asas kepada ikatan kehendak mereka yang tersirat. 3) Kabul (penerimaan) mestilah bersesuaian dengan ijab (tawaran). Ini bermaksud

penerimaan dan tawaran mempunyai objektif yang sama menerusi kehendak yang dinyatakan secara tersurat atau secara tersirat. Contoh persamaan secara tersurat adalah penjual menawar harga sebanyak RM10.00 untuk sesuatu barang 24

Ibid. Ibid. 26 Faizah Hj Ismail (1995), Asas-asas Muamalat Dalam Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.71-72. 27 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22. 25

18

sementara pembeli sanggup menerima tawaran dan membayar sebanyak RM10.00. Contoh persamaan secara tersirat pula adalah penjual menawar RM10.00 tetapi pembeli pula sanggup menerima dan membayar RM15.00 sukarela. Walaupun nilai zahir berbeza, tetapi berdasarkan maksud tersirat, pembeli disifatkan bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh penjual. 4) Penerimaan yang dibuat hendaklah bersambung dengan tawaran. Ini bermaksud

penerimaan hendaklah dilakukan dalam majlis atau acara ijab dan kabul yang sama tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya kedua-dua pihak yang melakukan jual beli berada dalam satu majlis atau acara yang sama. Jika penerima berada di tempat lain, dia boleh memberitahu penerimaannya sesudah berita mengenai tawaran tersebut sampai kepadanya. Walaubagaimanapun, ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud sebenar kesinambungan antara penerimaan dengan tawaran. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa penerimaan dianggap bersambung dengan tawaran jika dilakukan dalam majlis yang sama. Sekiranya pihak pertama membuat tawaran kepada pihak kedua, dan kedua-duanya berada dalam majlis yang sama, pihak kedua tidak semestinya membuat penerimaan tersebut selepas beberapa waktu selagi mereka masih berada dalam majlis tersebut. Ulama’ Mazhab Syafi’e pula berpendapat penerimaan dianggap bersambung apabila dilakukan terus sesudah tawaran dibuat, tanpa diselangi oleh perbincangan

19

yang tidak berkaitan dengan tawaran.28 Kesinambungan tidak wujud jika penerimaan tidak dilakukan serta merta. Mengikut pendapat yang rajih (pendapat yang diterima), maksud majlis yang sama ialah kedua-dua pihak berada pada masa dan tempat yang sama. Ini jika mereka semua hadir pada masa dan tempat majlis itu dilakukan. Namun begitu, jika ada pihak yang tidak dapat hadir, majlis melakukan ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan) dianggap wujud apabila berita tentang kehendak masingmasing sampai ke pihak yang satu lagi sama ada melalui surat, wakil, telefon, dan sebagainya.29 Ulama’ mazhab Hanafi berpendapat bahawa rukun perniagaan berlaku apabila terdapatnya ijab dan penerimanya yang menunjukkan berlakunya pertukaran barangan. Dalam erti kata lain, rukun perniagaan ialah perkataan atau perbuatan yang menunjukkan kerelaan menukarkan barangan yang dimiliki.30 Ijab bermaksud perkataan atau perbuatan terawal yang dikeluarkan oleh salah satu daripada kedua-dua belah pihak yang berurusan jual beli, di mana ianya menunjukkan kerelaan dalam membuat pertukaran barangan tanpa mengira sama ada perkataan ijab tersebut datang daripada penjual atau pembeli. Kabul pula membawa maksud perkataan atau perbuatan yang kedua muncul daripada mana-mana pihak samaada penjual atau pembeli yang terlibat dengan sesuatu proses jual

28 29

http://www.badilag.net/data/khes/buku%20III.pdf 11 November 2009 11:21pm Faizah Hj Ismail (1995), op.cit., h.72-74.

30

http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/08/fiqh-muamalat-konsep-jual-beli-istisna.html. 11 November 2009 11:28pm.

20

beli. Pendek kata perkataan yang muncul dahulu adalah tawaran, sementara perkataan yang muncul kemudian adalah penerimaan. Penegasan telah dibuat oleh ulama’ mazhab Hanafi bahawa penawaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada mana-mana pihak yang lebih awal dan mana yang kemudian. Namun begitu, jumhur ulama’ menjelaskan bahawa tawaran ialah perkataan atau perbuatan yang datang daripada pihak pemilik sesuatu barang tanpa mengira sama ada perkataan tersebut dikeluarkan terlebih dahulu atau kemudian. Penerimaan pula ialah perkataan atau perbuatan yang dikeluarkan oleh orang yang menerima sesuatu barangan walaupun perkataan atau perbuatan tersebut dikeluarkan kemudian.31

2.4

Unsur-unsur yang diharamkan dalam perniagaan menurut Islam

Apabila telah difahami bahawa hukum asal sesuatu perniagaan adalah halal, maka perkara lain yang perlu dikenali ialah perkara-perkara yang menjadikan suatu perniagaan itu diharamkan dalam Islam. Ini adalah kerana perkara-perkara yang menyebabkan suatu perniagaan yang diharamkan adalah sedikit jumlahnya berbanding dengan perniagaan yang dibolehkan yang mana jumlahnya tidak terbatas. Imam Ibnu Rusyud Al Maliky berkata: ‘Apabila engkau meneliti berbagai sebab yang menyebabkan suatu perniagaan itu dilarang dalam syariat, dan sebab-sebab itu berlaku

31

Wahbah al-Zuhayli (1995), Al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu (terj.), Jil.4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 363-364.

21

pada seluruh jenis perniagaan, nescaya engkau akan dapati sebab-sebab itu terdapat dalam empat perkara ini:32 1) Barang yang menjadi objek perniagaan itu sendiri adalah barang yang diharamkan. 2) Adanya unsur riba. 3) Adanya ketidakpastian (gharar). 4) Adanya persyarat yang menyebabkan timbulnya dua hal di atas (riba dan

gharar). Inilah sebab-sebab paling utama yang menjadikan sesuatu perniagaan dan yang terdapat pada perniagaan tersebut terlarang.

2.4.1

Riba

Riba adalah jelas pengharamannya dalam sistem muamalat Islam. Jika seseorang Muslim melakukannya, dosanya amat besar dan kontrak perniagaan yang dilakukan boleh terbatal dengan sendirinya. Terdapat banyak dalil mengenai pengharaman riba terutamaya dalam ayat-ayat al-Quran. Menerusi buku karya Ab. Mumin Ab. Ghani bertajuk Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, aspek tentang riba diperbincangkan dengan panjang lebar di dalamnya.33 32

Joni Tamkin Bin Borhan & Zarrina Sa’ari (2007), Sumbangan Pemikiran Ibn Rushd (M. 595/1198) Dalam Muamalah: Analisis Terhadap Akad Al-Mudarabah Dalam Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid. Jurnal Usuluddin, 26. h 133-147. 33 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 109.

22

2.4.2

Gharar

Maksud al-Gharar ialah ‘ketidakpastian’. Maksud ketidakpastian dalam transaksi muamalah pula ialah: "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain". Menurut Ibn Rushd, maksud al-Gharar ialah: "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui"34. Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah: "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat". 35 Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti"36. 34

Joni Tamkin Bin Borhan & Zarrina Sa’ari (2007), op.cit., h. 142 http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/08/gharar-riba-dan-maisir-di-dalam.html 11 November 2009 12:30am 36 Ibid. 35

23

2.4.3

Judi37

Hukum judi adalah jelas haram di sisi Islam. Sebarang bentuk spekulasi (ramalan harga pada masa hadapan) juga adalah dilarang sama sekali dalam Islam kerana seolah-olah berbentuk perjudian. Spekulasi boleh berlaku apabila seorang penjual membeli barangan pada harga yang murah dengan harapan dapat menjualnya dengan harga yang melambung tinggi pada masa hadapan atau seseorang penjual membuat jangkaan bahawa harga akan jatuh menyebabkan dia menjual barangannya sekarang untuk mengelakkan kerugian. Hakikatnya, spekulator hanya mahukan keuntungan maksimum tanpa mempedulikan hal yang berkaitan kepentingan umum, di mana ia cuba mewujudkan kekurangan komoditi dan barangan di pasaran agar tahap inflasi sesebuah negara meningkat sehingga menyebabkan kesempitan hidup masyarakat umum.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:38 “Sesiapa yang menyimpan barang dengan niat untuk mendapatkan keuntungan besar kelak (spekulasi) adalah berdosa besar.”39

2.4.4

Monopoli40

37

Faradinawati Kasmat (2001), op.cit., h. 80. Ibid. 39 http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=print&sid=1829 12:52am 40 Faradinawati Kasmat (2001), op.cit., h.77. 38

24

11

November

2009

Monopoli atau al-Ihtikar ialah membeli dan menyimpan sesuatu barangan dalam kuantiti yang besar sehingga menyebabkan penawaran yang berkurangan di pasaran. Akibatnya, harga melambung naik hingga ke tahap peringkat yang menyusahkan orang ramai. Monopoli diharamkan kerana ia mengakibatkan penindasan terutamanya monopoli ke atas barangan keperluan asas. Al-Nawawi membuat ulasan terhadap hadith Rasulullah s.a.w. dalam Sahih Muslim dan menjelaskan bahawa tidak haram monopoli ke atas barangan mewah kerana ia hanya dibeli oleh golongan kaya yang berkemampuan. Ini kerana perbuatan monopoli ke atas barangan mewah hanya mendatangkan kerugian ekoran daripada pasarannya yang terhad.41 Hadis Rasullullah s.a.w. berbunyi:42 “Orang yang menjual secara terbuka akan diberi rezeki, manakala orang yang menyorokkan barang akan dilaknat” Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tentang jenis barang yang tergolong dalam kategori monopoli, antaranya: 1) Pendapat pertama menyatakan bahawa monopoli merangkumi semua jenis barangan keperluan manusia yang sebelum berlakunya monopoli, harganya stabil dan berpatutan.

41

http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg07458.html 11 November 2009 1:00am 42 Abdul Sami ‘al-Misri (1993), Perniagaan Dalam Islam, Ahmad Haji Hasbullah (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.51.

25

2) Pendapat kedua pula menyatakan bahawa monopoli khusus kepada makanan

sahaja. Pendapat ini dikeluarkan oleh ulama’ mazhab Shafi’e dan Hambali. Mazhab Hambali mensyaratkan pula bahawa penyorokan tidak melebihi 40 hari. 3) Pendapat ketiga pula menyatakan barangan yang dibekukan hendaklah bukan hasil keluaran sendiri. Walaubagaimanapun, tidak semua monopoli itu haram. Contohnya, kerajaan menjadi agensi monopoli bagi keperluan asas hidup manusia seperti bekalan elektrik dan air dalam sesebuah negara. Monopoli ini bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat terutamanya dari kalangan masyarakat bawahan.

2.4.5

Penindasan harga

Larangan mewujudkan penindasan harga penting untuk suasana perniagaan yang sihat. Sekiranya harga barangan yang sangat diperlukan diletakkan terlalu tinggi sehingga tahap yang dianggap menindas, maka sesetengah ulama’ berpendapat bahawa kontrak jual beli yang berlaku adalah sah tetapi penjual membuat dosa. Ulama’ lain pula berpendapat bahawa kontrak tersebut boleh terbatal jika pihak yang terlibat dalam urusniaga tersebut mengalami kerugian yang besar. Dia boleh memulangkan semula barangan dan mengambil kembali wang yang telah dibayar. Dalam urusan perniagaan, kebiasaannya harga melambung tinggi disebabkan oleh perbuatan menimbun barang. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:43

43

Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), op.cit., h.100.

26

“Tidak akan menimbum barang kecuali orang yang berbuat dosa” (Riwayat Muslim dan Abu Daud, Hadis Muslim, Sahih Muslim no.3012)44 Di antara bentuk penerapan terhadap prinsip ini ialah diharamkannya menimbun barangan keperluan masyarakat dengan banyak, sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w:

‫ رواه مسلم وغيره‬.‫من احتكر فهو خاطئ‬ "Barang siapa yang menimbun maka ia telah berbuat dosa." (Riwayat Ma’mur bin Abdullah bin Nadlah, Hadis Sahih Muslim, no.1605) 45 2.4.6

Lain-lain bentuk perniagaan yang dilarang oleh Islam46

Selain daripada apa yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi bentuk perniagaan lain yang dilarang oleh Islam, antaranya:

1) Barang najis seperti arak kerana ia dianggap sebagai bukan harta yang halal dari segi syara’.

44

Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), Muasu’ah Hadis Syaarif Kitabul Sittah, Darussalam, Riyadh. h. 1198/7518 45 Ibid., h. 907/129/4122 46 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit,. h. 73-74.

27

2) Jual beli secara sentuhan (mulamasah) melibatkan keadaan seperti pembeli

tidak melihat barang yang hendak dibeli tetapi dengan menyentuhnya atau merabanya sahaja. 3) Menjual secara campak. Ini bermaksud penjual mencampakkan beberapa barangan kepada pembeli tanpa diterangkan yang mana dimaksudkan dan tanpa disebutkan harganya. 4) Perniagaan yang melibatkan unsur perjudian seperti pembeli mencampak sesuatu kepada barang yang hendak dibeli. Mana-mana barang yang terkena itu menjadi hak milik pembeli dan dibayar harganya. 5) Menjual janin iaitu menjual binatang yang masih di dalam kandungannya. 6) Menjual buah yang masih putik di atas pokok dan akan diserahkan apabila masak. 7) Menjual ikan yang berada di dalam kolam yang tidak dapat dilihat atau burung yang sedang berterbangan. 8) Jual beli muhaqalah iaitu jual beli tanaman yang baru tumbuh. 9) Mudabanah iaitu jual beli yang mencampurkan buah yang muda dengan buah

yang masak. 10)

Jual beli barangan semasa dalam proses pemindahan iaitu di tengah jalan

sebelum sampai ke pasar untuk mendapatkan harga yang murah.

28

11) Jual beli yang bukan keperluan iaitu bertujuan menganiaya orang lain. Contohnya orang kaya yang sengaja membeli ubat yang sangat diperlukan oleh orang lain yang sedang sakit supaya orang yang sakit itu tidak sembuh dari penyakitnya. Terdapat juga perniagaan yang haram di sisi Islam tetapi sah urusan perniagaannya menurut penjelasan Islam, antaranya: 1. Penjual mempengaruhi pembeli agar membeli barangnya sedangkan pembeli itu telah membuat pilihan untuk membeli barang dari penjual yang lain dan telah berjanji membelinya. 2. Barang yang telah dipersetujui untuk dibeli atau dijual tetap ditawarkan kepada orang lain untuk dibeli atau dijual. 3. Peniaga membeli barang di dalam perjalanan ke pasar untuk mendapatkan harga yang lebih murah tetapi ia diharuskan jika harga yang sama dengan barangan di dalam pasar. 4. Peniaga dari bandar mengambil alih tempat peniaga pendalaman untuk memasarkan sendiri barangan mereka kecuali peniaga bandar tersebut berniat untuk menolong mereka memasarkan barang tersebut. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis berikut:

‫عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال قال رسول‬ ‫ ل يبع حاضر لباد دعوا‬: ‫الله صلى الله عليه و سلم‬ ‫ رواه مسل‬.‫الناس يرزق الله بعضهم من بعض‬ "Dari sahabat Jabir bin Abdillah radhiallahu 'anhu ia menuturkan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah orang kota menjualkan 29

barang-barang milik orang kampung, biarkanlah masyarakat, sebahagian diberi rezeki oleh Allah dari sebahagian lainnya." (Riwayat Jabir Bin Abdullah, Hadis Muslim, Sahih Muslim no.1522)47 5. Jual beli yang boleh menyebabkan berlakunya perpisahan antara ibu dengan anaknya. 6. Jual beli yang berlaku ketika solat Jumaat iaitu antara azan kedua hingga tamat sembahyang. Dilarang bagi seorang Muslim untuk mengadakan urusan perniagaan setelah muazzin mengumandangkan azan kedua pada hari Jumaat. Ketentuan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:48

َ َ ِ ‫مُنوا إ‬ ‫ة‬ ِ ‫ع‬ ِ ‫ة‬ ِ ‫صَل‬ ِ ّ ‫ها ال‬ َ ‫م‬ ُ ْ ‫وم ِ ال‬ َ ّ ‫َيا أي‬ َ ‫ذي‬ ُ ‫ج‬ َ ‫نآ‬ ّ ‫ذا ُنوِدي ِلل‬ ْ َ ‫من ي‬ َ ‫ه‬ ِ ّ ‫ر الل‬ َ ‫س‬ ْ ‫فا‬ ْ ‫ع‬ ِ ْ ‫وا إ َِلى ِذك‬ ُ ‫م ِإن‬ ‫ن‬ َ ‫م‬ َ ‫مو‬ ْ َ‫م ت‬ َ ْ ‫وذَُروا ال ْب َي‬ ُ َ ‫عل‬ ْ ُ ‫كنت‬ ْ ُ ‫خي ٌْر ل ّك‬ ْ ُ ‫ع ذَل ِك‬ َ "Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Juma'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Surah Al Juma'ah (62): 9) 2.5

Kaedah Fiqh dalam menentukan sesuatu hukum49

47

Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h. 940/20/3826 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. (2009, Julai 16). Diperolehi September 9, 2009, dari http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-belidalam-ajaran-islam.html 48

49

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000), Perbahasan Keadah-kaedah Fiqh (cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Pustaka Salam sdn Bhd., h. 119-121.

30

Hubungan interaksi sesama manusia baik yang tunduk kepada syariat Allah ataupun yang tidak adalah tidak terbatas. Setiap masa dan tempat berlaku pelbagai bentuk interaksinya yang berbeza dengan bentuk interaksi pada waktu dan tempat yang lain. Oleh itu bukanlah sesuatu hal yang bijak jika hubungan interaksi sesama mereka dikekang dan dibatasi dalam bentuk tertentu. Kerana itulah dalam Islam tidak pernah ada dalil yang membatasi model interaksi sesama mereka. Sebagai salah satu buktinya, di dalam ilmu Fiqh asal sesuatu adalah harus sehinggalah ada dalil yang mengharamkannya. Dalam Bahasa Arabnya berbunyi al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah hatta yadullu al-dalil ala al-tahrim.

‫ حييتى يييدل‬،‫الصل في الشياء الباحة‬

‫الدليل على التحريم‬. Kaedah ini didukung oleh banyak dalil dalam Al Qur'an dan As Sunnah, di antaranya adalah firman Allah s.w.t:

َ ْ ً ‫ميعا‬ َ ‫ذي‬ ِ ‫ما‬ ُ ِ ‫ج‬ ِ ّ ‫و ال‬ َ ‫ض‬ َ ‫م‬ ْ ُ ‫ق ل َك‬ َ َ ‫خل‬ َ ‫ه‬ ِ ‫في الْر‬ "Dialah yang menciptakan untuk kamu segala yang ada di bumi seluruhnya." (Surah Al-Baqarah (2): 29)

dan juga sabda Rasulullah s.a.w:

31

‫ رواه مسلم‬.‫أنتم أعلم بأمر دنياكم‬ “ Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian” (Riwayat Anas bin Malik, Sahih Muslim, Hadis Sahih, no. 2363)50 Adapun yang berkaitan dengan peniagaan secara khusus, maka Allah Ta'ala telah berfirman:

َ ّ ‫ح‬ ‫م الّربا‬ َ ‫و‬ َ ْ ‫ه ال ْب َي‬ َ ‫وأ‬ َ ‫حّر‬ ُ ّ ‫ل الل‬ َ ‫ع‬ َ "Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba." (Surah Al-Baqarah (2): 275)

dan Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:

‫إذا تبايع الرجلن فكل واحد منهما بالخيار ما لم يتفرقا‬ ‫وكانا جميعا‬ "Bila dua orang telah berjaul-beli, maka masing-masing dari keduanya memiliki hak pilih, selama keduanya belum berpisah dan mereka masih bersama-sama (satu majlis)." (Riwayat Abdullah bin Umar, Hadis Bukhari, Sahih Bukhari, no.2112)51

50 51

Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h.1093/141/6128 http://www.dorar.net/enc/hadith/ ‫تبايع‬/+m256+y 22 November 2009 4:25am

32

‫ قيل يا رسول الله! أي الكسب‬:‫عن رافع بن خديج قال‬ ‫ رواه‬.‫ عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور‬:‫أطيب؟ قال‬ ‫أحمد والطبراني والحاكم وصححه اللباني‬ "Dari sahabat Rafi' bin Khadij ia menuturkan: "Dikatakan (kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam) Wahai Rasulullah! Penghasilan apakah yang paling baik? Beliau menjawab: "Hasil pekerjaan seseorang dangan tangannya sendiri, dan setiap perniagaan yang baik” (Riwayat Said bin Umar, Hadis Bukhari, Sunan al-Kibry al-Baihaqi, no. 5/263)52 Para ulama' juga telah bersepakat bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang dibolehkan, dan kesepakatan ini telah menjadi satu bahagian dari syari'at Islam yang telah diketahui oleh setiap orang. Sebagai salah satu buktinya, setiap ulama' yang menuliskan kitab fiqh, atau kitab hadis, mereka sentiasa mengkhususkan satu bab untuk membahas berbagai permasalahan yang berkaitan dengan perniagaan. Berdasarkan dari dalil-dalil ini, para ulama' menyatakan bahawa hukum asal setiap perniagaan adalah boleh, selama tidak menyalahi syari'at. Kaedah ini selaras dengan asal segala ciptaan Allah yang bersifat baik dan berfaedah serta diharuskan syara’ untuk kegunaan manusia. Kaedah ini digunakan secara meluas di kalangan ulama’ Mazhab Syafi’e. Mazhab Hanafi pula terkenal dengan kaedah yang sebaliknya iaitu asal sesuatu itu adalah haram hinggalah ada dalil yang menunjukkannya 52

http://www.dorar.net/enc/hadith/256+/‫الكسـب‬+y 22 November 2009 4:23am

33

harus atau dalam Bahasa Arabnya adalah al-aslu fi al-ashya’ al-tahrim hatta yadullu al-dalil ala al-ibahah53

2.5.1

Tarjih kepada kaedah

Pada zahirnya terdapat percanggahan antara kaedah fiqh yang digunakan oleh ulama’ mazhab Shafi’i dengan kaedah fiqh yang digunakan oleh ulama’ mazhab Hanafi. Namun begitu, kedua-dua kaedah tersebut dapat dikompromikan serta ditarjihkan dalam skop berikut: 1. Untuk urusan yang berkaitan dengan muamalah, sesuai digunakan kaedah

mazhab Syafi’i. Ini kerana kaedah itu adalah selaras serta sesuai dengan manusia yang diberikan kebebasan dalam perkara yang berkaitan dengan urusan keduniaan mereka. Rasulullah s.a.w. pada satu ketika pernah melihat para sahabat di Madinah bersusuah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan pokok kurma supaya buahnya lebih bermutu. Lalu baginda menyarankan kepada nereka supaya tidak perlu bersusah payah berbuat begitu. Walaubagaimanapun, ternyata mutu buah kurma kurang baik jika bunganya tidak dikahwinkan. Selepas itu, baginda menyerahkan urusan yang berkaitan dengan keduniaan kepada umatnya. 2. Kaedah yang digunakan oleh ulama’ mazhab Hanafi pula seharusnya digunakan

dalam hal yang berkaitan dengan ibadah. Alasannya dalam urusan berkaitan ibadah, sebelum dilaksanakan mestilah menunggu adanya perintah atau dalil yang menyuruhnya terlebih dahulu. Ia dapat disandarkan kepada firman Allah: 53

http://forum.nu.or.id/viewtopic.php?f=4&t=660 11 November 2009 1:34am

34

َ ۡ‫ما َلمۡ َيأ‬ َ ْ ‫شَركؤ ُا‬ ُ ‫هم‬ ‫لوَل‬ ۡ َ َ‫ه‌ۚ و‬ ۡ ُ َ ‫َأمۡ ل‬ ُ ‫شَر‬ ّ ‫ن ٱل‬ ُ ّ ‫ذنۢ ب ِهِ ٱلل‬ َ ‫ن‬ ّ ‫عوا ْ ل َُهم‬ َ ‫م‬ ِ ‫دي‬ َ َ َ ‫ن ل َُهمۡ ع‬ ۬‫م‬ ‫ى َبين َُهم‬ ُ َ‫ل ل‬ َ ‫ة ٱل‬ ُ ‫م‬ ِ ِ ‫ن ٱلظ ّ ٰـل‬ ِ ‫ق‬ ٌ ‫ذا‬ ّ ِ ‫ۗ‌ۡوَإ‬ ٌ ‫ب أِلي‬ َ ِ ‫كل‬ َ ‫مي‬ ِ ‫فص‬ َ ‫ض‬ “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan untuk mana-mana bahagian daripada agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah...” (Surah al-Syura, (42): 21) Jika diteliti kepada dalil-dalil yang digunakan untuk menyokong kaedah mazhab Shafi’i seperti di atas, ternyatalah bahawa Islam tidak menyekat perkembangan ilmu pengetahuan selagi ia tidak melampaui batas-batas syara’ yang telah ditetapkan. Oleh itu, tidak salah (harus) mempelajari dan mendalami ilmu strategi pemasaran konvensional dengan syarat ia mesti diselaraskan dengan kehendak Islam bagi mengelakkan pemesongan.

2.6

Panduan perniagaan dalam Islam

Perniagaan dalam Islam bermatlamat utamanya untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui ibadah, sama ada ibadah khusus seperti solat lima waktu, puasa dan mengeluarkan zakat atau ibadah umum. Ibadah umum adalah apa sahaja pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syara’ dan diniatkan untuk mencari keredhaan Allah. Ia lebih menjurus kepada kejayaan di akhirat. Matlamat jangka pendek pula ialah mencapai kejayaan dalam urusan dunia, di mana seseorang mesti melaksanakan amanah yang

35

dipegangnya dengan sebaik mungkin, memenuhi keperluan hidupnya dan memelihara hubungan yang baik dalam berurusan dengan hamba-hamba Allah yang lain. 54 Oleh itu, terdapat beberapa panduan yang boleh diguna oleh umat Islam yang melibatkan diri dalam perniagaan sesuai dengan mengejar kejayaan dunia dan akhirat.

2.6.1

Kebebasan

Prinsip kebebasan adalah penting untuk memelihara kebajikan pembeli dan penjual. Ini kerana, ia menjamin perkembangan perniagaan yang sihat dan kemakmuran sejagat dalam kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, Islam telah memperundangkan khiyar atau kuasa memilih kepada penjual sama ada mahu meneruskan jual beli atau sebaliknya. Hal ini telah dijelaskan oleh baginda Rasullullah s.a.w: “Orang Islam adalah tertakluk kepada ikatan syarat-syarat yang dipersetujui.”55 (Riwayat Abu Hurairah, Hadis Abu Daud, Sunan Abu Daud, Bab Soleh, no. 3594) Selain daripada itu, hak memilih ini dapat mengelakkan pelanggan daripada merasa tertipu.56 Orang Islam juga bebas menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan selagi ia sah dah halal di sisi syara’.57

54

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001), ‘Pengurusan Dari Perspektif Islam’, Jurnal Syariah Jil. 9 Bil. 2, Julai 2001, h. 92. 55 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h.1489/3594 56 Solahuddin Ismail (1998), op.cit., h. 88. 57 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), op.cit., h. 97.

36

2.6.2

Keutamaan

Prinsip keutamaan adalah prinsip yang mengutamakan barangan daruriyyat atau keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal di mana keperluannya mendesak. Penjualan barang dalam kategori ini sangat digalakkan dan perlu diutamakan kerana masyarakat akan menghadapi kesukaran jika bekalannya terputus. Barangan yang tidak perlu diutamakan pula adalah barangan hajiyyat dan tahsiniyyat. Barangan hajiyyat atau kemudahan ialah barangan yang dapat membantu meningkatkan kecekapan, kemudahan dan keselesaan hidup seperti kereta, mesin basuh dan sebagainya. Barangan tahsiniyyat atau barangan mewah pula merujuk kepada barangan yang sangat mahal, seperti barang kemas yang berharga ribuan ringgit atau kereta yang hanya mampu dimiliki oleh golongan yang kaya raya. Ia dibeli untuk menunjukkan status kekayaan dan ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan masyarakat.58 Keutamaan perlu diberikan secara berturutan ke atas barangan daruriyyat, kemudian hajiyyat dan akhir sekali tahsiniyyat. Ini penting untuk mengelakkan daripada kesilapan membelanjakan harta bukan pada tempatnya. 59

2.6.3

Urusniaga penuh kerelaan

58

Muhammad Abdul Manan (1994), Ekonomi Islam: Teori dan Praktis, Radiah Abdul Kader (terj.), (Cetakan kedua), Jil. 1. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, h. 83. 59 Yusuf al-Qardawi (Prof) (Dr) (1996), Fiqh Keutamaan: Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran Dan al-Sunnah, Ahamd Nuryadi Asmawi (ter.). Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd., h. 289.

37

Islam juga menjadikan kerelaan, suka sama suka atau keredhaan kedua-dua belah pihak sebagai prinsip dalam perniagaan. Untuk menentukan wujudnya kerelaan antara kedua belah pihak, Islam telah menetapkan agar perniagaan itu mestilah mendapat persetujuan bersama antara pembeli dengan penjual. Persetujuan dinyatakan dalam majlis akad antara penjual dengan pembeli atau melalui wakil masing-masing. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan tawar menawar. Jika kedua-dua jujur dan nyata maka mereka diberkati. Tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan maka keberkatan akan lenyap.” 60 Dengan wujudnya kerelaan atau persetujuan bersama, maka terhindarlah sebarang pertelagahan dan pergeseran pada masa akan datang selepas berlakunya sesuatu proses jual beli.

2.6.4

Keadilan dan berkecuali

Untuk menjamin kepentingan dan kebajikan sejagat, Islam mementingkan keadilan dalam jual beli. Sejak awal lagi keadilan telah ditetapkan oleh Islam dengan menjelaskan tentang kedudukan kekayaan sewajarnya dapat dipergunakan untuk memelihara kepentingan dan kemakmuran sejagat. Untuk tujuan itu, Islam telah menetapkan agar keadilan itu berlaku dalam semua bidang kehidupan dari segi diri, keluarga, sahabat, masyarakat dan negara. Keadilan dalam urusan jual beli akan tercapai jika peraturan syara’ yang berkaitan dengannya benar-benar dilaksanakan. 60

Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 56.

38

Penjual dan pembeli masing-masing mempunyai tanggungjawab tertentu dalam menyumbang ke arah pencapaian keadilan. Jika kedua-dua belah pihak mencapai keredhaan dalam urusan mereka, sudah tentu keadilan akan tercapai. Asas yang utama untuk mencapai keadilan adalah kembali kepada penghayatan falsafah Tauhid. 61Sebagai tambahan seseorang itu dianggap bersikap adil jika dia di dalam urusannya tidak pilih kasih dengan hanya memberikan keutamaan kepada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.62 Seseorang itu sama ada penjual atau pembeli juga perlu berpegang kepada sikap berkecuali dalam urusan jual beli, di mana ia tidak berat sebelah dan bebas dari sebarang pengaruh yang boleh menghalang keadilan daripada dilaksanakan.63 Sebagai contoh, seseorang itu tidak boleh bersikap serius dan bersungguh di sebelah pihak sahaja, dan perlu adil untuk semua dalan urusan jual beli mereka.

2.6.5

Kesopanan

Penjual dan pembeli layak mendapatkan layanan yang baik antara satu sama lain. Ini menjadikan kesopanan, kesusilaan, hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan lain-lain, juga penting di dalam urusan jual beli menurut Islam. Firman Allah s.w.t:

ْ ُ ‫حسًنا‬ ُ ‫س‬ ِ ‫وَُقولوا ِللّنا‬

61

Ibid., h.56-57. Mustafa Haji Daud (1994), Pengurusan Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h.132. 63 Ibid., h. 139. 62

39

“Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia...” (Surah al-Baqarah (2): 83) Di dalam surah yang sama, Allah s.w.t. telah berfirman:

َ ‫ن‬ ِ ُ‫ه ي‬ ِ ‫مح‬ ِ ‫وَأح‬ ّ ‫ح‬ ّ ِ ‫سُنوٓاۛ‌ ْ إ‬ ُ ‫ب ٱل‬ َ ّ ‫ن ٱ لل‬ َ ‫سِني‬ “Dan berbuat baiklah, kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah (2): 195) Hubungan yang baik di antara pembeli dan penjual menjadikan urusan jual beli bukan sahaja dapat menyempurnakan keperluan fizikal seseorang, malah mendatangkan kegembiraan serta mengukuhkan hati dan jiwa seseorang. Penjual dan pembeli juga perlu sentiasa bersikap terbuka, saling memaafkan, suka tolong menolong dan bersedia meringankan beban orang lain. Ada masanya di mana urusan jual beli menjadi terlalu sibuk sehingga mengakibatkan keletihan si penjual, sedangkan pembeli terus menerus mahukan layanan segera, pada masa inilah sikap terbuka dan sabar benar-benar bermanfaaat dalam menjaga hubungan baik di antara pembeli dan penjual.64

64

Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h.64-65.

40

2.6.6

Bersifat benar, jujur, dan ikhlas

Sifat benar dan jujur wajib ada pada setiap Muslim yang terlibat dalam dunia perniagaan. Ini penting untuk menghindarkan diri daripada berlakunya perhubungan yang negatif di antara penjual dan pembeli. Sifat ikhlas pula akan menambahkan lagi keberkatan rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. hasil daripada urusniaga yang dijalankan secara halal. 65 Sifat-sifat ini sebenarnya banyak mempengaruhi kualiti66 urusan jual beli, kerana tanpanya mungkin akan muncul perasaan tidak puas hati setelah selesainya sesuatu urusan itu akibat daripada kegagalan mencapai tahap kualiti jual beli yang diharapkan. Apabila sifat-sifat ini diamalkan, nescaya tidak akan berlaku sebarang bentuk penipuan dalam jual beli, termasuklah penipuan dalam sukatan dan timbangan. Penipuan amat mudah berlaku pada peringkat ini dalam proses jual beli kerana penjual mempunyai peluang keemasan untuk menipu sukatan dan timbangan tanpa disedari oleh pembeli. Perbuatan menipu sukatan dan timbangan adalah diharamkan oleh Islam. Firman Allah s.w.t.:

َ ْ ُ ٌ ‫َوي‬ َ ِ ‫(وَإ‬٢) ‫ن‬ َ ِ‫ن إ‬ ‫ذا‬ ّ َ ‫مط‬ ِ ّ ‫( ٱل‬١) ‫ن‬ ِ ‫ف‬ َ ‫س َيسَتوُۡفو‬ ُ ‫ل۬ ّلل‬ َ ‫ذي‬ َ ‫في‬ ِ ‫ذا ٱكَتالوا ع َلى ٱلّنا‬ ٣)

َ ) ‫ن‬ ۡ ُ ‫كاُلو‬ ُ ‫هم َأو وَّزُنو‬ ِ ‫همۡ ُيخ‬ َ ‫سُرو‬

“Betapa celakanya bagi orang yang curang (dalam timbangan dan ukuran), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan orang lain, mereka menimbang dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.” 65 66

Fardinawati Kasmat (2001), op.cit., h.71. Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001), op.cit., h. 98.

41

(Surah al-Mutaffifin (83): 13) Menyembunyikan maklumat berkenaan dengan barang yang dijual beli juga termasuk dalam penipuan. Penjual perlu jujur dan berterus terang tentang barang yang dijualnya. Sebagai contoh, jika berlaku kerosakan pada barang ketika hendak dijual, ia perlu dijelaskan kepada pembeli. Jika dirahsiakan, ia menjadi penipuan. Jika telah dijelaskan dan pembeli tetap sedia menerima barang yang rosak itu, maka jual beli tersebut terlepas daripada unsur penipuan.67

2.6.7

Bertimbangrasa dan bekerjasama

Peniaga perlulah mempunyai sifat bertimbangrasa dan menjauhi perasaan tamak haloba serta keinginan mengaut keuntungan dengan cara berlebihan. Sebagai manusia beriman, kerjasama diperlukan untuk menjaga kebajikan sesama manusia yang lain supaya rezeki kurniaan Allah s.w.t. dapat dinikmati bersama. Rasullullah s.a.w. melarang orang bandar dari menjadi peraih atau perantara bagi barang para pekebun atau peladang. Ini adalah untuk memberi peluang kepada orang lain menguruskan perniagaan mereka sendiri serta membuka seluas-luasnya pintu untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, larangan ini juga bertujuan untuk menjaga hak sesama manusia, melahirkan sifat kerjasama dan memupuk ikatan persaudaraan.68

67 68

Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 59. Fardinawati Kasmat (2001), op.cit., h. 73.

42

2.6.8

Prihatin terhadap kualiti barang

Setiap kali melibatkan diri dalam urusan jual beli, seseorang pembeli pasti menginginkan barangan yang berkualiti pada harga berpatutan. Aspek kualiti adalah sangat penting memandangkan ia menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Sekiranya pembeli berpuas hati, dia pasti akan membuat pembelian yang seterusnya kerana dia telah menaruh kepercayaan terhadap barangan dan peniaga tersebut. Sekiranya barangan yang dijual berkualiti rendah, penjual sendiri yang akan rugi kerana pembeli tidak akan datang lagi untuk membeli barangan daripadanya. Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud: “Jangan jual buah-buahan sebelum nyata baiknya (elok kualitinya) iaitu bebas dari hama (tidak busuk) dan nampak merah dan kuning (kerana sudah matang).”69 (Riwayat Abdullah Bin Umar, Hadis Muslim, Sahih Muslim, Hadis Sahih, no. 1543)

2.6.9

Menjamin pelaksanaan janji bagi bentuk jual beli yang sah

Kontrak jual beli yang sah perlu memenuhi rukun dan syarat jual beli yang telah dinyatakan sebelum ini. Islam menggalakkan penggunaan kontrak perniagaan berbentuk rasmi (seperti surat cara atau negotiable instruments) yang dapat mewujudkan kesan undang-undang ke atas perkara yang dikontrakkan.70

69 70

Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h 942/51 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), op.cit., h. 98.

43

Janji yang telah dibuat oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual menerusi sesuatu kontrak wajib ditunaikan. Firman Allah s.w.t. yang

َ ِۚ‌‫قود‬ ُ ُ‫مُنوٓا ْ َأوُۡفوا ْ ب ِٱلع‬ ِ ّ ‫ي َٰـٓأي َّها ٱل‬ َ ‫ن َءا‬ َ ‫ذي‬ “Hai orang yang beriman, tunaikanlah janji-janjimu.” (Surah al-Maidah (5): 1) Apabila salah satu pihak sama ada penjual atau pembeli memungkiri janji maka pihak yang satu lagi akan hilang keyakinan. Akibatnya, ia akan menjejaskan sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, penjual yang telah menggambarkan sesuatu barangan semasa hendak membuat perjanjian, tetapi gambaran tersebut sebenarnya berbeza dari hakikat sebenar keadaan barangan tersebut, maka dia telah melakukan penipuan. Dia dianggap memungkiri janji apabila membawa barangan yang berbeza daripada apa yang telah digambarkan semasa perjanjian.71

2.6.10 Menjauhi larangan-larangan dalam jual beli Akhirnya, seseorang peniaga Muslim perlu menjauhkan diri daripada terlibat dalam unsur-unsur yang diharamkan dalam perniagaan Islam seperti yang telah dibincangkan dalam bab 2.4 sebelum ini.

71

Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 60.

44

2.7

Penelitian ke atas konsep pemasaran konvensional

Menurut Profesor Madya Muhammad Abd. Wahab,72 konsep-konsep asas pemasaran konvensional sebenarnya berasal daripada prinsip pemasaran yang bersifat semulajadi mengikut fitrah alam. Walaubagaimanapun, sebagai seorang Islam yang mahu mengaplikasikan prinsip pemasaran yang dianggap konvensional seperti MLM, perlu dilakukan penyesuaian agar ia benar-benar menepati kehendak Islam. Jadi maklumat berikut sedikit sebanyak boleh digunakan sebagai panduan. 1. Tidak boleh melakukan penggunaan secara maksimum tanpa mengambil kira kehendak syara’. 2. Penumpuan mestilah diletakkan ke atas keperluan dalam hidup (daruruyyat)

dan

bukan

ke

atas

elemen-elemen

kemewahan

(tahsiniyyat).

Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada masa, keadaan dan tempat. 3. Penggunaan bukan sekadar meliputi aspek fizikal barangan dan perkhidmatan,

tetapi juga perlu mengambil kira aspek yang tidak nampak (intangibles) seperti beramal baik dan memberikan sedekah. 4. Sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah kekayaanNya, cara

penggunaan harta mestilah berubah daripada gaya yang dianggap ‘normal’ (mencapai kepuasan maksimum) kepada gaya yang selari dengan landasan Islam.

72

Muhammad Abd. Wahab (1987), op.cit., h. 6-7.

45

2.8

Kesimpulan

Dalam memahami strategi pemasaran Islam, penelitian perlu dibuat ke atas perkara yang lebih asas dari itu, iaitu jual beli dan perniagaan dalam Islam. Umum mengetahui bahawa jual beli yang menjadi asas kepada perniagaan dan pemasaran adalah dibenarkan dalam Islam untuk mengisi keperluan hidup. Pelbagai garis panduan telah diberikan oleh Islam agar umatnya dapat mencari rezeki melalui jalan yang halal lagi diredhai Allah s.w.t. dan menjauhi segala bentuk perniagaan yang dilarang. Oleh itu, garis panduan seperti yang dinyatakan sebelum ini perlu dipatuhi dengan sepenuhnya. Jika umat Islam tidak mahu mematuhi peraturan yang sedia ada maka rugilah dan binasalah ia. Jalan yang baik serta mematuhi ajaran Islam telah ditunjukkan. Terpulang kepada mereka untuk memilih jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Islam adalah pegangan hidup yang syumul (sempurna) dan marunah (fleksibel). Jadi umat Islam berpeluang untuk menggunakan daya kreativiti agar sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang sentiasa berubah dan tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Apa sahaja perkara baru yang timbul perlu sentiasa dikaji kedudukannya menurut perspektif Islam untuk mengetahui sama ada ia boleh diterima pakai oleh umat Islam atau tidak. Jika tidak bersesuaian untuk umat Islam, maka kajian perlu dilanjutkan untuk mencari alternatif yang sesuai agar umat Islam tidak ketinggalan kebelakang. Jika ia boleh disesuaikan mengikut kehendak syara’, maka umat Islam akan mara setapak ke hadapan. Oleh itu, dengan asas yang telah disediakan dalam Islam 46

berkenaan sistem perniagaan ini diharap agar masyarakat dapat memilih dan lebih peka akan situasi sebenar sesuatu syarikat MLM yang ingin disertai agar segala urusan jual beli dan perniagaan yang berlaku mendapat redha Allah. BAB 3: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) SECARA KONVENSIONAL

3.0

Pendahuluan pemasaran Jualan Langsung Pelbagai Tingkat atau MLM (Multi Level Marketing)

merupakan salah satu daripada strategi pemasaran yang banyak digunakan oleh syarikatsyarikat tempatan mahupun antarabangsa. Oleh itu, sebelum memahami strategi pemasaran MLM, penulis akan membincangkan dahulu konsep asas pemasaran secara konvensional. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk menggambarkan istilah pemasaran. Persatuan Pemasaran Amerika memberikan definisi pemasaran sebagai satu aktiviti perniagaan yang mengarahkan pengaliran barangan daripada pengeluar kepada pengguna.73 Bagaimanapun, definisi ini adalah terlalu sempit kerana ia semata-mata tertumpu kepada pengaliran barangan yang diproses sahaja. Pengertian yang lebih luas bagi istilah pemasaran ialah dengan melibatkan firma sebagai satu sistem organisasi yang membuat perancangan pengeluaran untuk pengguna: “Satu aktiviti pembangunan dan pengagihan barangan serta perkhidmatan yang berkesan dan diusahakan untuk segmen pengguna terpilih”.74

73

Ibrahim Abdul Hamid (1990), Prinsip Pemasaran. Sintok: Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, h. 2. 74 Ibid.

47

Takrifan lain yang diberikan untuk pemasaran ialah sekelompok kegiatan manusia bagi tujuan membantu dan melicinkan proses pertukaran barang dan perkhidmatan. Ini kerana pada dasarnya, pemasaran meliputi semua kegiatan untuk memuaskan pelanggan di samping memberi untung kepada pengeluar yang menggunakan sumber-sumber yang dipunyai sehingga ke tahap maksimum. Pemasaran bermula dengan apa yang ingin diperolehi oleh pelanggan dan berakhir dengan pelanggan juga di mana kehendak dan keperluannya dipenuhi.75 Berdasarkan kepada pelbagai takrifan yang ada, aktiviti pemasaran bermula daripada sesuatu keluaran itu dicipta sehinggalah ianya sampai ke tangan pengguna. Dalam erti kata lain, pemasaran adalah satu proses penyesuaian dan penyambungan di antara pengeluar dan pengguna di mana masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain.76

3.1

Konsep asas dalam pemasaran Menurut Kotler, Philip & Armstrong dalam buku “Principles of Marketing”

pemasaran adalah satu proses sosial dan pengurusan di mana pihak individu dan kumpulan memperolehi apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui penciptaan serta pertukaran keluaran dan nilai dengan yang selainnya. Apabila membincangkan tentang pemasaran, wujud beberapa konsep asas yang menjadi teras kepada pemahaman tentang pemasaran. Konsep-konsep asas tersebut adalah: 75

Parkinson, C. Northcote, Rustomji, M.K., Vieira, Walter E. (1992), Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 6. 76 Jaafar Muhammad (1999), Asas Pengurusan Perniagaan (Cetakan ke-7). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 172.

48

3.1.1

Keperluan Konsep paling asas yang perlu difahami merujuk kepada keperluan manusia.

Keperluan manusia adalah berbagai-bagai, meliputi keperluan fizikal seperti makanan, minuman, pakaian, dan keselamatan; keperluan sosial seperti disayangi; dan keperluan individu seperti pengetahuan dan pencapaian hasrat diri. Keperluan-keperluan ini timbul secara semulajadi dan bukannya dihasilkan oleh pemasar.77

3.1.2

Kehendak Kehendak adalah keinginan terhadap sesuatu perkara tertentu yang dapat

memuaskan sesuatu keperluan, tetapi dengan pengertian yang lebih mendalam.78 Dalam erti kata yang lebih jelas lagi, kehendak merupakan bentuk keperluan manusia yang telah dicorakkan oleh faktor kebudayaan dan personaliti individu. Kehendak selalunya dihuraikan dalam bentuk objek yang akan memenuhi sesuatu keperluan.79 Sebagai contoh, seorang rakyat Amerika yang sedang kelaparan di negara tersebut mungkin berkehendak kepada burger, kentang goreng, dan air Coke untuk mengisi perutnya.80 Seorang rakyat Malaysia yang berasa lapar di negaranya pula mungkin 77

Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), Asas Pemasaran (Cetakan ke-8). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 2. 78 Muhammad Abd. Wahab (1987), op.cit., h. 5. 79 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), Principles of Marketing (Cetakan ke-8). New Jersey: Prentice-Hall International, Inc., h. 4. 80 Ibid.

49

berkehendak kepada nasi yang berlaukkan ayam, sayur-sayuran dan segelas air sirap untuk mencapai tujuan yang sama dengan rakyat Amerika tadi. Jika mereka saling bertukar menu seperti yang telah dinyatakan, mungkin kehendak mereka tidak dapat dipenuhi. Ini kerana, mereka masing-masing tidak biasa dengan budaya menu hidangan dari negara yang lain. Penjual seringkali menghadapi kekeliruan dalam membezakan antara keperluan dan kehendak. Seorang penjual kosmetik mungkin mengamati bahawa pengguna mahukan lipstik dan losyen muka, tetapi apa yang dikehendaki pengguna sebenarnya adalah kecantikan. Penjual yang terlalu memberikan penekanan kepada keluaran yang ada akan tidak menyedari keperluan sebenar pengguna. Masalah ini juga dikenali sebagai miopia pemasaran di mana penjual terlalu menitikberatkan kehendak kini, sehingga mereka terlupa bahawa sesuatu keluaran itu hanyalah merupakan satu penyelesaian kepada masalah pengguna. Penjual-penjual yang menghadapi masalah apabila saingan berjaya menghasilkan keluaran yang menawarkan manfaat yang lebih kepada pengguna. 81

3.1.3. Permintaan Boleh dikatakan manusia mempunyai kehendak yang tiada batasannya, tetapi mereka mempunyai sumber yang terhad untuk memperolehi segala kehendak tersebut. Maka dengan itu, mereka akan memilih hanya keluaran-keluaran yang dapat memberikan nilai yang terbaik dan kepuasan yang maksimum bagi wang yang mereka belanjakan. Apabila kehendak disokong oleh kuasa membeli, ia boleh berubah menjadi permintaan. Dalam erti kata lain, permintaan ialah kehendak yang disokong oleh kuasa membeli. Para 81

Ibid.

50

pengguna melihat keluaran-keluaran yang ada sebagai faedah dan manfaat bagi mereka. Mereka memilih keluaran-keluaran yang dapat memberi nilai yang paling besar bagi wang yang dibelanjakan. Sebuah kereta berjenama TOYOTA boleh membawa maksud pengangkutan yang asas, harga yang rendah dan belanja bahan api yang lebih ekonomi. Berbeza halnya dengan sebuah kereta LEXUS yang boleh membawa erti keselesaan, kemewahan, dan status. Dengan pelbagai kehendak dan memiliki sumber-sumber yang besar, manusia membuat permintaan terhadap keluaran yang dapat memberikan kepuasan sehingga ke tahap maksimum.82

3.1.4

Keluaran Keluaran adalah apa sahaja yang berbetuk sama ada nampak (tangible) atau tidak

nampak (intangible) yang dapat memuaskan keperluan, kehendak, dan permintaan.83 Dengan kata lain, keluaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan, atau penggunaan yang akan dapat memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Ia tidak terhad kepada objek yang berbetuk fizikal sahaja, bahkan merangkumi individu, tempat, organisasi, aktiviti, idea, dan perkhidmatan.84 Perkhidmatan pula adalah apa-apa aktiviti atau manfaat yang dapat ditawarkan oleh satu pihak kepada satu pihak yang lain, di mana ianya bersifat tidak nampak dan tidak membawa kepada pemilikan ke atas sesuatu. Contohnya ialah perbankan, penerbangan, perhotelan, penyediaan cukai, dan perkhidmatan membaiki rumah. Pengguna juga menentukan penghibur yang mana akan ditontonnya menerusi siaran 82

Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 4. Muhammad Abd. Wahab (1987), op.cit., h. 5. 84 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4. 83

51

televisyen, manakah tempat yang akan dilawati untuk percutian, dan idea yang mana harus diterima, diambil dan digunakan. Bagi pengguna, kesemua ini sama ada berbentuk nampak atau tidak nampak sebenarnya tergolong dalam kategori keluaran.85 Contoh yang baik untuk menggambarkan kedua-dua bentuk keluaran nampak dan tidak nampak ialah keperluan kecantikan. Keperluan ini dapat dipenuhi bukan sahaja dengan barangan fizikal, tetapi juga dengan keluaran-keluaran lain. Antara keluarankeluaran yang dapat memenuhi keperluan kecantikan termasuklah pakaian, kasut, kosmetik, khidmat rawatan muka, khidmat makanan dan pemakanan, jamu dan khidmat perunding imej.86

3.1.5

Nilai Biasanya, pengguna berhadapan dengan pelbagai bentuk keluaran dan

perkhidmatan yang mungkin dapat memuaskan sesuatu keperluan. Jadi, pengguna membuat pilihan berdasarkan kepada tanggapan mereka terhadap nilai yang dibawa oleh pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Maksud nilai bagi seseorang pelanggan ialah perbezaan antara nilai yang diperolehinya daripada memiliki dan menggunakan sesuatu keluaran dengan kos untuk mendapatkan keluaran tersebut. Sebagai contoh, pelanggan FedEx (Federal Express) mendapat beberapa faedah, terutama penghantaran bungkusan yang cepat dan boleh dipercayai. Selain itu, pelanggan juga menerima nilai status dan imej. Menggunakan 85 86

Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 6. Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4.

52

perkhidmatan FedEx membuatkan kedua-dua pihak yang terdiri daripada penghantar bungkusan dan penerima berasa lebih penting. Sebelum menggunakan perkhidmatan FedEx atau mana-mana syarikat penghantaran lain, pelanggan akan mempertimbangkan semua nilai yang akan diperolehinya berbanding dengan kos kewangan, tenaga, dan psikologi akibat menggunakan perkhidmatan tersebut. Kemudian, mereka memilih satu syarikat yang dapat memberikan nilai yang paling hebat. Jarang sekali para pelanggan mengadili nilai keluaran dan kos secara tepat, tetapi mereka bertindak berasaskan kepada nilai menurut tanggapan mereka. Sebagai contoh, adakah benar FedEx memberikan khidmat penghantaran yang lebih baik berbanding syarikat lain? Syarikat U.S. Portal Service mendakwa bahawa perkhidmatan yang diberikannya tidak kurang hebat berbanding FedEx dan harganya lebih rendah. Namun begitu, jika dilihat kepada syer pasaran, pengguna mempunyai tanggapan berbeza di mana FedEx mendominasi lebih 45 peratus daripada syer pasaran perkhidmatan penghantaran ekspress di Amerika Syraikat, berbanding U.S. Portal Service yang hanya memperolehi 8 peratus syer. Cabaran besar U.S. Portal Service ialah untuk mengubah tanggapan para pengguna.87

3.1.6

Kepuasan Kepuasan pelanggan bergantung kepada persembahan sesuatu keluaran dalam

membawa nilai berbanding dengan jangkaan seseorang pembeli. Jika persembahan keluaran tidak sehebat jangkaan pembeli, pembeli tersebut tidak akan berpuas hati. Jika

87

Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 7-8.

53

persembahan menyamai jangkaan, pembeli akan berpuas hati. Jika persembahan melebihi jangkaan pula, pembeli akan terlampau gembira.88 Golongan pemasar sentiasa berusaha untuk menjamin kepuasan pelanggan. Pelanggan

yang

berpuas

hati

akan

membuat

pembelian

berulang

kali

dan

menghebahkannya kepada orang lain tentang pengalamannya yang baik semasa menggunakan sesuatu keluaran. Kunci yang terpenting ialah untuk mewujudkan kesesuaian antara jangkaan pelanggan dan persembahan syarikat. Syarikat-syarikat yang bijak bermatlamat untuk menggembirakan pelanggan dengan menjanjikan hanya perkara yang mampu mereka berikan, dan kemudiannya memberikan lebih daripada apa yang telah mereka janjikan.89

3.1.7

Kualiti Kepuasan pelanggan banyak bergantung kepada kualiti. Banyak syarikat telah

menjalankan program pengurusan kualiti menyeluruh atau Total Quality Management (TQM). Program ini dibentuk untuk meningkatkan kualiti keluaran, perkhidmatan, dan proses-proses pemasaran dengan secara terusan. Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas persembahan keluaran dan juga ke atas kepuasan pelanggan. Dalam kefahaman yang paling sempit, kualiti boleh ditakrifkan sebagai “bebas daripada kecacatan”, tetapi kebanyakan syarikat yang mengutamakan pelanggan bergerak lebih jauh daripada takrifan sempit ini. Contohnya, Timbalan Presiden Kualiti di Motorola, sebuah syarikat yang mempelopori usaha ke arah kualiti menyeluruh di 88 89

Ibid., h. 8. Ibid.

54

Amerika Syarikat menyatakan bahawa, “Kualiti perlu melakukan sesuatu untuk pelanggan... Definisi kami terhadap sesuatu kecacatan ialah jika pelanggan tidak menyukainya, maka ia adalah sesutu kecacatan.” American Society for Quality Control pula telah mentakrifkan kualiti sebagai keseluruhan bentuk dan ciri sesebuah keluaran atau perkhidmatan yang mampu untuk memuaskan keperluan pelanggan. Definisidefinisi ini mencadangkan bahawa sesebuah syarikat dikira mencapai tahap kualiti menyeluruh hanya apabila keluaran atau perkhidmatannya menyamai atau melebihi jangkaan pelanggan. Matlamat utama pengurusan kualiti menyeluruh pada hari ini telah bertukar kepada kepuasan pelanggan yang menyeluruh. Kualiti bermula dengan keperluan pelanggan dan berakhir dengan kepuasan pelanggan.90

3.1.8

Pertukaran Pertukaran ialah satu tindakan untuk memperolehi sesuatu objek yang diingini

dari seseorang yang lain dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi: 1. Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan. 2. Pihak-pihak yang terlibat ingin berurusan antara satu sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing. 3. Setiap pihak mestilah mampu berkomunikasi dan memenuhi janji yang diberikan.

90

Ibid.

55

Seseorang inidividu tidak semestinya melalui proses pertukaran untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya. Dia mungkin membuatnya sendiri, mencuri, atau meminta seseorang untuk menghadiahkannya.91 Sebenarnya manusia tidak perlu menjadikan manusia lain sebagai mangsa, bergantung hidup kepada sumbangan derma, atau memiliki segala macam kemahiran untuk mengeluarkan sesuatu yang mampu dihasilkan dengan baik. Apa yang mereka hasilkan itu boleh digunakan untuk membuat pertukaran bagi memperolehi keperluan yang dikeluarkan oleh orang lain. Jadi, konsep pertukaran membenarkan sesebuah masyarakat untuk menghasilkan keluaran yang jauh lebih banyak berbanding dengan sistem lain.92 Namun begitu, perolehan objek melalui kaedah-kaedah lain selain daripada pertukaran adalah di luar skop pemasaran.93

3.1.9

Urusniaga Apabila pertukaran berlaku, satu urusniaga direkodkan di antara pihak-pihak yang

terlibat. Sebagai contoh, Swee Lan membayar RM 70.00 kepada Butik La Salle untuk sehelai blaus. Urusniaga ini melibatkan pertukaran wang dengan barangan yang lazim berlaku di pasaran. Terdapat juga keadaan apabila urusniaga melibatkan pertukaran antara barangan atau perkhidmatan yang dikenali sebagai perdagangan barter. Sesuatu perniagaan itu akan terlaksana apabila wujudnya persetujuan untuk menukar sekurang kurangnya dua perkara yang bernilai pada masa dan tempat yang dirundingkan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki. 94

91

Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4. Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 8. 93 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4. 94 Ibid., h. 5. 92

56

3.1.10 Pemasaran Perhubungan Pemasaran perhubungan ialah satu proses mencipta, mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan yang kuat lagi penuh nilai dengan pelanggan dan lain-lain pemegang kepentingan. Ini sangat penting di mana perhubungan yang baik perlu dijalinkan antara pelanggan, pengedar, peniaga, dan pembekal. Pakatan antara syarikat dan pihak-pihak yang telah disebutkan sebelum ini dapat membina ikatan sosial dan ekonomi yang kuat melalui perjanjian bersama dan secara konsisten menghantar keluaran yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang bagus serta harga yang berpatutan. Pemasaran kini mula beralih daripada cubaan untuk memaksimumkan keuntungan peribadi kepada pembinaan perhubungan yang membawa faedah bersama (mutually beneficial relationships) dengan pengguna-pengguna dan lain-lain pihak. Terdapat sejenis aset syarikat yang unik dan ia dikenali sebagai jaringan pemasaran (marketing network). Ia terdiri daripada syarikat dan semua pemegang kepentingan yang menyokongnya: pelanggan, pekerja, pembekal, pengedar, peruncit, agensi pengiklanan dan lain-lain yang telah terlibat dalam pembinaan perhubungan perniagaan yang saling memberikan keuntungan. Persaingan kini bukannya di antara syarikat, tetapi antara seluruh jaringan pemasaran dengan jaringan pemasaran yang lain, di mana pemenangnya ialah syarikat yang berjaya membina jaringan pemasaran yang lebih baik. Prinsip operasinya adalah mudah: Bina satu jaringan perhubungan yang baik dengan pemegang-pemegang kepentingan yang utama dan keuntungan akan datang menyusul.95 95

Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 9.

57

3.1.11 Pasaran Konsep pertukaran dan perhubungan mengarah kepada konsep sebuah pasaran. Pasaran ialah satu set pembeli sebenar dan pembeli berpotensi bagi sesebuah keluaran atau perkhidmatan. Pembeli-pembeli ini berkongsi keperluan dan kehendak tertentu yang dapat dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz sesebuah pasaran bergantung kepada jumlah individu yang mempamerkan keperluan, mempunyai sumber-sumber untuk melakukan pertukaran dan bersedia untuk menawarkan sumber-sumber tersebut dalam pertukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Menurut ahli ekonomi, istilah pasaran merujuk kepada sekumpulan pembeli dan penjual yang berurusniaga di dalam satu kelas keluaran tertentu, seperti dalam pasaran perumahan atau pasaran bijirin. Walaubagaimanapun, para pemasar melihat penjualpenjual sebagai membina sebuah industri, manakala para pembeli membina sebuah pasaran. Ekonomi moden beroperasi atas prinsip pembahagian buruh, di mana setiap orang mengkhusus dalam mengeluarkan sesuatu, menerima bayaran, dan membeli barang keperluan dengan wang yang diterima. Jadi, ekonomi moden kaya dengan pasaran. Para pengeluar pergi ke pasaran sumber (pasaran bahan mentah, pasaran buruh, pasaran wang), membeli sumber-sumber, mengubah sumber-sumber tersebut kepada barangan dan perkhidmatan, dan menjualkannya kepada orang tengah yang seterusnya akan menjual kepada pengguna. Pengguna menjadi buruh dan menerima pendapatan yang

58

akan digunakan untuk membuat pembayaran ke atas barangan dan perkhidmatan yang mereka beli dan gunakan. Pihak kerajaan adalah pasaran membeli barangan daripada pasaran sumbersumber, pengeluar dan orang tengah, membuat bayaran kepada pasaran-pasaran tersebut, mengenakan cukai ke atas mereka (termasuklah pasaran pengguna),

dan ia

mengembalikan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang diperlukan. Dalam erti kata lain, ekonomi setiap negara dan ekonomi seluruh dunia terbina daripada pelbagai set pasaran (saling berhubung antara mereka) yang kompleks dan dihubungkan pula melalui prosesproses pertukaran. Matlamat golongan pemasaran ialah untuk memahami keperluan dan kehendak pasaran-pasaran tertentu dan memilih pasaran yang terbaik dan mampu mereka layani. Sebagai pulangan, mereka dapat membangunkan keluaran dan perkhidmatan yang akan mencipta nilai dan kepuasan bagi pelanggan di pasaran-pasaran tersebut, dan seterusnya menghasilkan jualan dan keuntungan bagi syarikat. 96

3.2 KONSEP JUALAN LANGSUNG Secara amnya, ada dua jenis perniagaan MLM iaitu syarikat yang memiliki produk dan menggunakan pendekatan MLM untuk memasarkan keluaran mereka. 96

Ibid., h. 9-10.

59

Kedua, perniagaan yang memiliki produk tetapi tumpuan utama perniagaan bukanlah penjualan produk, sebaliknya menjana kewangan melalui perkembangan jaringan keahlian (network). MLM boleh dianggap pengganti kedai dan proses jual beli produk yang berlangsung terus antara egensi dan pelanggan. Tumpuan lebih diberi kepada pemasaran produk manakala pengaruh produk bergantung kepada kuasa perkongsian (power of sharing). Konsep MLM sebenarnya berkembang daripada sistem jualan langsung. Dalam jualan langsung, egensi biasanya menjual produk di kalangan kenalan saja dan komisen diterima daripada setiap penjualan. Manakala dalam skim MLM, egensi bukan saja menjual produk kepada pelanggan tetapi mengajak mereka menjadi ahli bagi menikmati diskaun.97 Setiap egensi bukan saja memperoleh pendapatan melalui penjualan produk semata-mata, sebaliknya setiap kali mereka membawa egensi baru menyertai perniagaan ini. Kaedah MLM dikatakan bakal menjadi menjadi pendekatan pemasaran popular dan berkembang pesat. Banyak syarikat besar mula mempraktikkan pendekatan ini di seluruh dunia. Contoh perkembangan jaringan keahlian seperti berikut; (a) Encik A menjadi anggota sebuah syarikat MLM.

97

Temuramah oleh Diyanah Anuar, wartawan Berita Harian dengan Pengarah Eksekutif Worldwellness Network Sdn Bhd, Najmie Noordin, pada 8 Ogos 2009, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090808144105/Article/ 22 November 2009, 12:22 AM.

60

(b) Encik A mendapat komisyen ke atas setiap penjualan produk yang dilakukannya. (c) Encik A kemudian menarik Encik B menjadi anggota. Encik B dipanggil "downline" kepada Encik A. (d) Setiap kali Encik B membuat penjualan, Encik A akan mendapat komisyen juga. (e) Encik B kemudian menarik Encik C menjadi anggota. Encik C menjadi "downline" kepada Encik B. (f) Setiap kali Encik C membuat penjualan, bukan saja Encik B mendapat komisyen, Encik A juga mendapat komisyen. (g) Encik A juga akan mendapat komisyen dari penjualan "downline" Encik C dan seterusnya akan membentuk satu kumpulan rangkain yang besar dibawah Encik A. Secara kasarnya, beginilah cara kebanyakan syarikat MLM beroperasi. Sila rujuk lampiran I, carta perkembangan jaringan keahlian dan perkiraan bonus.

3.2.1

Pendahuluan jualan langsung Sistem perniagaan jualan langsung merupakan salah satu strategi pemasaran yang

berkembang pesat pada hari ini, bukan sahaja di negara kita malahan di seluruh pelusuk dunia. Konsep jualan langsung lebih difahami sebagai satu jenis perniagaan yang mengedarkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pembekal kepada pelanggan melalui kaedah orang perseorangan.

61

Di dalam perniagaan jualan langsung ini, kaedah pemasaran berperingkat atau MLM adalah lebih popular berbanding dengan kaedah yang lain.98 Ia telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu dan telah banyak syarikat tempatan menyertai industri ini. Ianya didorong dengan adanya perhatian dan kawalan daripada pihak kerajaan terhadap industri ini di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dengan termaktubnya Akta Jualan Langsung 1993. Ini juga menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan potensi besar industri ini pada masa depan. Dalam struktur perniagaan biasa, terdapat pihak pengilang, pemborong, wakil tunggal, dan peruncit. Barang-barang jualan akan disalurkan melalui struktur ini sebelum sampai ke tangan pengguna yang membelinya dari pusat jualan runcit seperti kedai runcit, pasaraya dan gedung membeli belah. Manakala dalam perniagaan MLM pula, barang-barang itu lazimnya dijual oleh pihak pengilang menerusi kakitangan sendiri, wakil jualan atau pengedar bebas yang menjualnya secara langsung kepada pembeli.99 Sekiranya kita bersandarkan kepada pengertian secara umum, peniaga yang menjual pelbagai barangan dengan van dari kampung ke kampung juga termasuk dalam kategori ini. Begitu juga peniaga yang menjual kain, baju, kuih-muih, peralatan dapur dan ubat-ubatan dari rumah ke rumah itu sebenarnya adalah perniagaan jualan langsung.

98

Noorhashim Mohd Nor, Potensi Perniagaan MLM di Malaysia, Seminar Jualan Langsung 1996, “Kearah Jualan Langsung Beretika” (t.t.p) (t.t.). 99 Tuan Syed Hamid Al-Habshi, ‘Jualan Langsung-Konsep, Etika dan Urusniaga’, Bengkel Kepimpinan Pengguna, Hotel Merlin, Kuala Lumpur, 27 Feb- 2 Mei 1989.

62

Sehubungan itu, perniagaan jualan langsung ini sebenarnya sudah tidak asing lagi di Malaysia. Yang membezakan jualan langsung dahulu dan sekarang ialah sistem menjaja dari rumah ke rumah itu sekarang telah dipermodenkan, lebih sistematik, dan memberi peluang kepada setiap ahli masyarakat untuk menyertainnya.100 Mengikut Akta Jualan langsung 1993, jualan langsung bermaksud jualan ‘pintu ke pintu’ dan jualan ‘pesanan pos.’101 Jualan pintu ke pintu boleh ditakrifkan sebagai jualan barang dan perkhidmatan yang tidak dijual di tempat perniagaan tetap tetapi seseorang itu akan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jualan melalui panggilan telefon juga termasuk dalam akta ini iaitu seseorang itu mendapatkan pembelian kontrak jualan secara langsung melalui panggilan telefon. Manakala jualan ‘pesanan pos’ pula bermakna jualan barang atau perkhidmatan di mana tawaran bagi kontrak diterima melalui pos. Kegiatan jualan langsung yang tidak termasuk dan yang diharamkan mengikut akta ini ialah perniagaan jualan langsung yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan di mana seseorang peserta menerima upah atau balasan yang tidak diasaskan pada jumlah atau kuantiti jualan tetapi berasaskan pada bilangan peserta lain yang dapat didorong supaya menyertai skim ini. Antara sebuah syarikat jualan langsung dengan sebuah syarikat jualan langsung yang lain pula mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam mendefinisikan jualan

100

Razzi Armansur (1992), Mencipta Kejayaan di Dalam Jualan Langsung (MLM), Shah Alam: Safia Marketing, h. 1. 101 Undang-Undang Malaysia Akta 500 Akta Jualan Langsung 1993, Percetakan Nasional Berhad, 1993, h. 3.

63

langsung.102 Ini bersesuaian dengan bentuk sistem pemasaran yang mereka gunakan bagi memasarkan produk mereka.

3.2.2

Akta Jualan Langsung Jualan langsung merupakan satu perniagaan yang mempunyai gaya tersendiri dan

berkembang pesat. Namun begitu, imej jualan langsung seringkali terjejas kerana wujudnya amalan tidak beretika seperti skim piramid. Maka lahirlah Akta Jualan Langsung 1993. Ia telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993 dan mesti dipatuhi oleh pengedar. Akta ini adalah satu undang-undang yang membuat peruntukan perlesenan bagi mereka yang menjalankan perniagaan jualan langsung dan bagi mengawalselia penjualan langsung. Akta ini dibuat untuk mencapai tiga objektif utama: 1. Untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna 2. Untuk menggalakkan pertumbuhan aktiviti jualan langsung yang beretika 3. Untuk mencegah skim palsu atau yang memperdaya Akta jualan langsung 1993 ini tidak tertakluk jika pembeli atau bakal pembeli ialah satu pertubuhan perbadanan, kontrak-kontrak insurans, kontrak takaful dan bagi individu-individu yang menjalankan perniagaan menjual barang dan perkhidmatan tidak melebihi RM 50.00. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam akta ini ialah berkenaan dengan perlesenan iaitu di bawah seksyen 4(1) hanya pemegang lesen yang sah boleh 102

Tuan Syed Hamid Al-Habshi, op.cit.

64

menjalankan perniagaan jualan langsung dan lesen hanya dikeluarkan kepada syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Menurut seksyen 7(1) pula, lesen tidak boleh diberikan kepada perniagaan jualan langsung yang tidak bergantung kepada jumlah kuantiti barang atau perkhidmatan tetapi adalah diasaskan pada bilangan peserta yang boleh didiorong untuk menyertai skim ini. Dengan berkuatkuasanya akta ini, syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen akan dikenakan denda yang berat. Dendanya adalah tidak melebihi RM 100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM 250,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua. Bagi pemegang lesen jualan langsung yang beroperasi secara langsung atau tidak langsung di dalam skim piramid dikenakan denda bagi kesalahan pertama tidak melebihi RM 250,000 dan tidak melebihi RM 500,000 bagi kesalahan seterusnya. Oleh itu dengan berkuatkuasanya akta ini diharap dapat menghapuskan syarikatsyarikat yang tidak bertanggungjawab dan pada masa yang sama mempertingkatkan kemajuan syarikat jualan langsung yang tulin. Dengan ini, diharap dapatlah dilahirkan sebuah industri jualan langsung yang dihormati dan dipercayai seterusnya dapat menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Selain itu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna juga telah merancang untuk mengkanunkan Undang-undang Antipiramid bagi menyekat amalan skim memanipulasikan jualan langsung yang salah di sisi undang-undang dengan lebih berkesan.

65

3.2.3

Jenis-jenis Jualan Langsung Industri jualan langsung mempunyai bentuk-bentuk atau jenis-jenis tertentu

bersesuaian dengan sistem pemasaran yang dijalankan. Setiap pengguna dan pengedar barang jualan langsung perlu mengetahui bentuk jualan langsung dan pelan pemasaran yang mereka gunakan agar tidak mudah terpedaya dengan jualan langsung yang mengelirukan dan lebih yakin dalam membuat keputusan untuk membeli barangan jualan langsung. Antara bentuk-bentuk jualan langsung yang ada adalah:103 1. Jualan Langsung Satu Peringkat Pemasaran atau ‘Single Level Marketing’

Syarikat melantik wakil-wakil jualan tertentu sahaja bagi mengedarkan barangan syarikat dan perkhidmatannya kepada pengguna. Contohnya seperti Avon, Tupperware, D’NAVECHEE, Nutri Metics Worlwide (M) Sdn. Bhd.

2. Jualan Langsung Dengan Gandaan Peringkat Pemasaran atau ‘Multi Level

Marketing’ Bentuk sistem gandaan ini adalah lebih menarik daripada bentuk yang lain kerana jasa seorang wakil jualan melantik seorang wakil jualan yang lain akan terus diambil kira di setiap peringkat bertambahnya wakil jualan bagi syarikat tersebut. Ianya akan terus dikira di dalam beberapa peringkat generasi atau setakat yang dipersetujui oleh syarikat. Contoh syarikat yang menjalankan sistem ini ialah De 103

Pamplet ‘Persatuan Jualan Langsung Malaysia’ (1993), dikeluarkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia.

66

Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), HPA (ALWAHIDA MARKETING), CNI, LUXOR, ZHULIAN, Syarikat Amway (M) Sdn Bhd dan UPTREND NETWORK SDN BHD. 3. Jualan Langsung Tempahan Pos atau ‘Mail Order’

Syarikat jualan langsung jenis ini akan mengiklankan barangan

mereka di

akhbar-akhbar tempatan dengan gaya yang diminati pengguna beserta tawaran harga yang murah dan menarik. Para pengguna hanya diperlukan mengisi borang yang terdapat di akhbar tersebut dan mengirimkan wang pos untuk membeli barangan tersebut. Contohnya, syarikat Cinquapac Distributors. 4. Skim piramid Dalam arus perkembangan industri jualan langsung kini, banyak syarikat jualan langsung baru yang telah ditubuhkan. Masing-masing cuba mengaut keuntungan yang berlebihan dari perniagaan ini. Ekoran daripada itu, ada syarikat jualan langsung yang ditubuhkan telah menyalahi konsep dan etika jualan langsung seperti yang digariskan dalam Akta Jualan Langsung 1993. Akta Jualan Langsung 1993 yang telah dibentuk adalah bertujuan untuk menggariskan peraturan tentang perniagaan jualan langsung bagi menjadikannya satu bentuk perniagaan yang beretika dan pada masa yang sama melindungi kepentingan para pengguna. Namun begitu, sehingga hari ini masih ada lagi syarikat-syarikat yang tidak mematuhi prinsip dan etika jualan langsung.

67

Salah satu bentuk perniagaan yang biasa kita dengar dan menyalahi prinsip jualan langsung yang beretika adalah ‘Skim Piramid’. Skim piramid ini telah diharamkan di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah Barat, Jepun dan Australia.104 Ini kerana, skim tersebut cuba menyamar sebagai perniagaan jualan langsung tetapi sebenarnya tidak menjalankan perniagaan secara langsung. Skim piramid ialah satu skim yang bergantung kepada keupayaan peserta menarik lebih ramai peserta lain dan wang diperolehi menerusi pengambilan peserta dan bukan dari jualan barangan.105 Misalnya seorang peserta dikehendaki mencari beberapa ahli baru dengan sejumlah bayaran dan setiap peserta baru juga mesti mendapatkan beberapa peserta yang lain dengan sejumlah bayaran juga dan begitulah seterusnya. Terdapat tiga pelan piramid yang diharamkan iaitu:106 •

Inventory Loading Ia mewajibkan peserta baru membeli sebahagian besar inventori untuk menyertai jualan langsung dan penaja (upline) memperolehi ganjaran daripada pembelian tersebut. Biasanya inventori itu tidak boleh dipulang balik.



Headhunting Fee Penaja menerima komisen daripada yuran peserta baru. Yurannya tinggi dan membebankan peserta baru. Skim bonus dan komisen pula berasaskan

104 105 106

Tuan Syed Hamid Al-Habshi, op.cit. Ibid. Usahawan, Julai-Ogos 1996, ‘Garis Panduan Jualan Langsung’.

68

kepada pengambilan ahli baru dan tidak kena mengena dengan jualan sebenar kepada pengguna. •

Skim Cepat Kaya Skim ini pula menyarankan sesiapa pun boleh menjadi kaya tanpa perlu membuat jualan dan bekerja keras. Untuk mengelakkan pengguna-pengguna dari tertipu dengan skim-skim

yang diharamkan ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyusun satu senarai rujukan (checklist) yang boleh dijadikan panduan oleh pengusaha, pengedar jualan langsung dan pengguna. Antara kandungan senarai rujukan (checklist) adalah seperti berikut:107 •

Yuran masuk yang rendah Jumlah yuran adalah harga kos dan hanya melibatkan pembiayaan kit jualan yang mengandungi manual pengedar.



Tiada paksaan membeli stok barang Peserta tidak boleh dipaksa membeli stok barang sebagai syarat untuk menyertai perniagaan jualan langsung.



Tiada pampasan diberi atas sebab membawa masuk peserta baru Peserta tidak mendapat apa-apa balasan wang ataupun dalam bentuk lain atas sebab membawa masuk peserta baru ke dalam skim jualan mereka.

107

Ibid.

69



Jualan kepada pengguna Jualan barang tidak boleh ditumpukan kepada ahli sahaja tetapi perlu dibuat kepada pengguna. Syarat untuk memberi bonus dan diskaun ialah jualan kepada bukan ahli.



Harga barang dan perkhidmatan yang kompetitif Harga barang dan perkhidmatan adalah kompetitif dan pemohon menunjukkan komitmen kepada mutu yang tinggi.



Polisi jaminan Pemohon memberi jaminan bayaran balik kepada pembeli dalam bentuk bertulis untuk jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.



Kod etika perniagaan Pemohon mengamalkan kod etika yang mengawasi pelan perniagaannya serta perjalanan perniagaan pengedarnya.

Garis panduan daripada pihak kerajaan ini adalah satu usaha murni pihak tersebut dalam melancar dan memperkembangkan industri jualan langsung negara ini. Ianya bukanlah kongkongan atau sekatan sebaliknya wujud sebagai galakan dan penjaga kepada pengguna, pengedar dan sesiapa yang terlibat dalam industri ini.

3.2.4

Perbezaan Jualan Langsung Kaedah Pemasaran Berperingkat (MLM)

dengan Skim Piramid 70

Secara kasarnya, kita dapati kaedah pemasaran yang digunakan oleh MLM hampir sama dengan apa yang ditawarkan oleh Skim Piramid terutamanya dari segi mencari keahlian yang baru. Namun begitu, di sini penulis ingin ketengahkan beberapa perbezaan antara MLM dengan Skim Piramid: 1. Yuran keahlian Bagi menyertai perniagaan ini, peserta dikehendaki membayar yuran untuk menjadi ahli. Bagi syarikat jualan langsung pemasaran bertingkat, yuran yang dikenakan adalah rendah iaitu kurang daripada RM 100 dan wang itu boleh dikembalikan. Manakala bagi skim piramid pula, yuran yang dikenakan adalah terlalu tinggi dan melebihi nilai barangan yang diberikan kepada pelanggan. Seperti, nilai barangan yang di berikan lebih murah dipasaran konvensional berbanding pakej keahlian yang di sediakan dalam skim piramid. 2. Kualiti barangan Kualiti barangan amat dititiberatkan dalam jualan langsung yang mematuhi etika dan mereka hanya menjual barang-barang yang diyakini mempunyai kualiti yang tinggi. Skim piramid pula tidak mementingkan kualiti barang di dalam menjalankan perniagaan kerana apa yang mereka utamakan ialah jumlah ahli-ahli baru yang dapat didorong untuk menyertai perniagaan mereka. Malah ada sesetengah syarikat tidak membuat perniagaan mengunakan barang sekalipun, mereka hanya mencari keahlian baru dan membina rangkaian sahaja. 3. Jaminan pengembalian

71

Bagi syarikat jualan langsung berperingkat mereka memberi jaminan 100 peratus pengembalian semula barangan jika tidak berpuas hati dengan barangan yang dijual. Skim piramid pula tidak memberikan jaminan barangan yang dibeli itu dikembalikan. 4. Mematuhi etika dan peraturan Sistem jualan langsung berperingkat amat menggalakkan setiap ahlinya mematuhi etika dan peraturan jualan langsung seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Jualan Langsung 1993. Manakala skim piramid pula tidak mensyaratkan sesiapa mematuhi etika dan peraturan tertentu. Apa yang penting ialah jumlah pengambilan ahli-ahli baru yang ramai. 5. Keuntungan syarikat Syarikat jualan langsung yang beretika mendapat keuntungan daripada hasil jualan barangan, tetapi skim piramid mendapat keuntungan daripada wang pendaftaran ahli. 6. Latihan dan bimbingan Latihan dan bimbingan disediakan kepada ahli-ahli syarikat jualan langsung berperingkat untuk menjalankan perniagaan secara sistematik dan bagaimana mendapatkan ahli-ahli baru. Skim piramid tidak menyediakan latihan dan bimbingan kepada ahli-ahlinya bagaimana menjalankan perniagaan. Setiap ahli bebas mencari ahli baru walaubagaimana cara sekalipun. 7. Perkembangan syarikat 72

Syarikat jualan langsung pelbagai peringkat yang mengamalkan etika jualan seperti yang sepatutnya akan berkembang dengan pesat dan ia bergantung kepada kuantiti barang yang dijual kepada pengguna. Hasil keuntungan ini menjadikan syarikat mampu untuk terus maju dan kukuh. Syarikat jualan langsung yang mengamalkan skim piramid pula tidak akan dapat berkembang dengan pesat kerana ia tidak mementingkan nilai jualan barangan tetapi lebih mementingkan pengambilan ahli-ahli baru. Jualan barang hanyalah kepada ahli syarikat yang terpaksa membeli barang-barang dalam had tertentu sebagai syarat yang melayakkan mereka mendapat insentif yang lumayan.

8. Pelan pemasaran Pelan pemasaran syarikat jualan langsung yang beretika telah diakui memenuhi kriteria perniagaan. Manakala pelan pemasaran skim piramid pula adalah salah di sisi undang-undang kerana ia dianggap menindas peserta lain. 3.3

Matlamat jualan langsung berciri Islam Usaha perniagaan MLM, khususnya yang dikelolakan oleh kaum Muslimin,

seharusnya memiliki misi yang mulia di sebalik kegiatan perniagaannya. Antara misi mulia itu adalah : 1. Mengangkat derajat ekonomi ummat melalui usaha yang sesuai dengan tuntunan

syari’at Islam. 2. Meningkatkan jalinan ukhuwah umat Islam di seluruh dunia. 73

3. Membentuk jaringan ekonomi umat yang berskala antarabangsa, baik jaringan pembuatan, pengedaran mahupun kepenggunaannya sehingga dapat mendorong kemandirian dan kejayaan ekonomi umat. 4. Memperkukuhkan ketahanan akidah dari serbuan ideologi, budaya dan produk

yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. 5. Mengantisipasi dan mempersiapkan strategi dan daya saing menghadapi era globalisasi dan teknologi informasi. 6. Meningkatkan ketenangan pengguna dengan tersedianya produk-produk halal dan

thayyib.

3.4

Syarikat-syarikat Jualan Langsung MLM di Malaysia

Seperti yang dikatakan sebelum ini, sistem perniagaan jualan langsung MLM semakin mendapat sambutan ramai. Begitu juga situasinya di Malaysia di mana banyak syarikat yang memohon untuk berdaftar dan memohon lesen di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Berikut penulis senaraikan antara syarikat MLM yang sah di Malaysia daripada apa yang dipaparkan dari laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna direkodkan sebanyak 1227 buah syarikat, termasuk yang dibatalkan dan belum memperbaharui yang menggunakan lesen Akta Jualan Langsung (AJL), antaranya ialah: •

AVON COSMETIC (M) SDN. BHD. AJL93001



De Classic Life (M) SDN. BHD ( DCL ). AJL931124

74



NUTRI-METICS WORLDWIDE (M) SDN. BHD. AJL93003



AMWAY (MALAYSIA) SDN. BHD. AJL93010



MARY KAY (M) SDN. BHD. AJL93011



COSWAY (M) SDN. BHD. AJL93012



CNI ENTERPRISE (M) SDN. BHD. AJL93014



LINGUAPHONE DISTRIBUTORS SDN. BHD. AJL93016



BIO-YOUNG SDN. BHD. AJL93021



HAI-O MARKETING SDN. BHD. AJL93033



LUXOR NETWORK SDN. BHD. AJL93524



EASY PHA-MAX MARKETING SDN. BHD. AJL93903



ALWAHIDA MARKETING. SDN. BHD. AJL93745



SINGER (M) SDN. BHD. AJL93004



KUMPULAN BERSATU BUMI PERAK SDN. BHD. AJL93056



ALLIANCE TEAMWORK MARKETING SDN. BHD. AJL931067



BLONDAL SALES & SERVICE SDN. BHD. AJL93007



TRANSFORMA SDN. BHD. AJL93026



EDUTEX TRADING SDN. BHD. AJL93054 75



DINERS CLUB (M) SDN. BHD. AJL93080



MBF CARDS (M) SDN. BHD. AJL93148



JUARA KONSEP MARKETING (M) SDN. BHD. AJL93180



BEST HERBS (FAR EAST) SDN. BHD. AJL93192



SNE MKTG SDN. BHD. AJL93248



SUNRIDER INTERNATIONAL (M) SDN. BHD. AJL93252



ECOFREN SDN. BHD AJL93310

76

3.5 Statistik Jualan Langsung di Malaysia108

Jadual 1. JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN Pelan Pemasaran

2005

2006

2007

2008

MLM

16

5

4

11

SLM

15

11

10

1

MO

-

1

-

-

SL&MO

-

1

-

-

Jumlah

31

18

14

12

(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Oder SL&MO: Single Level & Mail Order

Di dalam Jadual 1, menunjukkan jumlah syarikat jualan langsung pelbagai pelan pemasaran yang telah dibatalkan lesen perniagaannya dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2005, sebanyak 16 buah syarikat Multilevel Marketing (MLM) dibatalkan lesen perniagaannya adalah tertinggi berbanding 2006, 2007 dan 2008, masing-masing pada 2006 sebanyak 5 buah, 2007 sebanyak 4 buah dan diikuti 2008 sebanyak 11 buah syarikat. Manakala syarikat Single Level Marketing (SLM) pada tahun 2005 adalah tertinggi sebanyak 15 buah syarikat, diikuti pada 2006 sebanyak 11 108

http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?optio=com_content&task=view&id=214&Ltemid=226. 10 September 2009, 0300 p.m

77

syarikat, dan juga pada 2007 sebanyak 10 syarikat dan paling sedikit sekali pada 2008 hanya sebuah sahaja. Akhir sekali syarikat Single Level/Mail Order masing-masing sebuah pada 2006 sahaja.

Jadual 2. BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (Sehingga Disember 2008)

BERBILANG TINGKAT

MLM

427

SATU TINGKAT

SLM

174

PESANAN POS

MO

37

SL&MO

32

SATU TINGKAT & PESANAN POS JUMLAH

670

(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Oder SL&MO: Single Level & Mail Order

Jadual 2, menunjukkan bilangan jumlah syarikat Jualan Langsung yang dilesenkan di bawah Akta Jualan Langsung 1993, berakhir sehingga Disember 2008. Syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang dilesenkan sebanyak 427 buah syarikat. Manakala syarikat Single Level Marketing (SLM) yang dilesenkan adalah sebanyak 174 buah syarikat, diikuti syarikat Mail Order sebanyak 37 buah syarikat dan Single Level /Mail Order sebanyak 32 buah. Jadi jumlah keseluruhan syarikat yang dilesenkan pada tahun 78

2008 sebanyak 670 buah syarikat, ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi pada tahun 2008 semakin melonjak naik ke paras stabil.

Jadual 3. BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008 Pemasaran

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

MLM

314

316

446

427

213

230

359

304

342

394

418

427

SLM

436

349

205

199

117

124

128

149

158

162

164

174

MO

-

-

82

69

31

28

38

37

37

36

37

37

SL&MO

-

-

32

17

24

31

29

31

32

30

31

32

750

665

765

712

385

413

554

521

569

622

650

670

Jumlah

(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Oder SL&MO: Single Level & Mail Order

Jadual 3, menunjukkan bilangan lesen jualan langsung yang sah dari tahun 1997 hingga tahun 2008 dan purata setiap tahun lesen yang sah direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pelan Pemasaran Multi

Level Marketing (MLM) adalah tertinggi sebanyak 427 pada 2008, berbanding dengan pelan pemasaran yang lain.

79

Jadual 4.

PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN 2003

2004

2005

2006

2007

RM (juta)

RM (juta)

RM (juta)

RM (juta)

RM (juta)

3,023.9

3,934.5

3,853.9

5,211.2

3,838.3

523.9

745.3

795.4

718.0

728.4

Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL&MO)

1,288.1

626.5

1,966.7

2,107.7

1,064.6

Jumlah

4,835.9

5,306.3

6,616.0

8,036.9

5,630.3

Jenis Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) Satu Tingkat (SL)

(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Oder SL&MO: Single Level & Mail Order

Jadual 4, menunjukkan pecahan nilai jualan tahunan mengikut jenis pelan pemasaran dari tahun 2003 hingga 2007. Nilai jualan paling tinggi ialah pada tahun 2006 iaitu dalam pelan Multi Level Marketing(MLM) sebanyak RM 5,211,200.00. Statistik di atas membuktikan bahawa Malaysia merupakan antara salah satu negara yang aktif menjalankan perniagaan sistem jualan langsung. Sehingga tahun 2008 sahaja KPDNKK telah mengeluarkan lesen sebanyak 427 kepada perniagaan yang menjalankan MLM malah secara keseluruhannya bilangan lesen yang dipohon juga semakin meningkat setiap tahun. Sistem perniagaan jualan langsung jenis MLM ini juga memberikan keuntungan yang lebih tinggi berbanding sistem perniagaan jualan konvensional lain. Oleh itu tidak hairanlah sistem perniagaan MLM tumbuh bagaikan cendawan dan menarik minat peniaga-peniaga di Malaysia. Dibahagian lampiran, penulis 80

sertakan satu contoh pelan pemasaran dari sebuah syarikat MLM terkemuka di Malaysia109

3.9

Kesimpulan Setakat ini, penulis telah membincangkan secara terperinci berkenaan dengan

prinsip dan etika urusniaga dalam Islam. Aktiviti MLM tidak lebih dari sekadar satu urusan perniagaan yang menjalankan sistem pemasaran yang bijak sesuai untuk mendapat keuntungan dalam masa yang singkat dengan modal yang dianggap mampu untuk orangorang biasa. Konsep asas dalam pemasaran tidak kira jenis pemasaran yang dijalankan seperti MLM adalah juga tidak lari dengan prinsip dan etika perniagaan dalam Islam. Dari sudut konvensional pula, penulis melihat bahawa perniagaan jenis ini jelas mampu membantu sesetengah masyarakat keluar dari belenggu kesusahan. Sistem pemasaran setiap syarikat MLM hanyalah berasaskan kepada sistem mata dan kerjasama antara upline dan downline. Tambahan pihak berkuasa seperti AADK juga komited dengan usaha perundangan agar aktiviti jualan ini tidak disalahgunakan sesetengah pihak. Atas tindakan sesetengah pihak menggunakan nama MLM di sebalik kegiatan skim piramid memberi persepsi buruk setengah masyarakat pada MLM. Oleh itu, untuk mengambil manfaat atas sistem pemasaran bijak ini, penulis sangat merasakan bahawa masyarakat muslim perlu mencuba menceburi bidang ini supaya masyarakat Islam dapat setanding dengan golongan Cina dalam kejayaan bidang perniagaan. Akan tetapi sebagai seorang Muslim, tujuan dunia tidak boleh dipisahkan dengan tujuan akhirat. Firman Allah s.w.t: 109

Sila rujuk lampiran II

81

‫ن‬ َ ‫ح ٱلل ّهِ إ ِّل ٱل‬ ِ ‫م ٱلك َٰـ‬ ِ ‫س‬ َ ‫فُرو‬ ُ ۡ‫قو‬ ُ ّ ‫إ ِن‬ ُ ‫ه ۥ َل َيايـ‬ ِ ۡ‫من ّرو‬ “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf (12): 87) Oleh itu perlu untuk setiap Muslim menyedari akan kepentingan dunia dan akhirat dalam bidang ini. Justeru, pada bahagian seterusnya penulis akan cuba mendapatkan pelbagai sudut pandangan berkenaan MLM menurut perspektif Islam.

82

BAB4: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

4.0

Pendahuluan

‘Multi Level Marketing’ (MLM) atau jualan langsung pelbagai peringkat pemasaran adalah satu kaedah pemasaran barang-barang atau satu bentuk perniagaan. Umat Islam digalakkkan menceburi bidang perniagaan bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan material di dunia sahaja tetapi mereka diberikan janji keuntungan yang besar di akhirat sekiranya perniagaan tersebut bertujuan untuk membantu selama manusia mendapat keperluan asas. Selain itu, kegiatan perniagaan dipandang mulia dan tinggi di sisi Allah selama mana ia berlandaskan akidah, syara’ dan akhlak. 'Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza. Justeru itu, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat berdasarkan perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya. Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsurunsur haram itu.

83

4.1

Hukum asal MLM

Seperti yang dijelaskan dalam bab dua sebelum ini, hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya.

َ ُ َ ‫خل َقَ ل‬ ‫ميًعا‬ َ ‫ذى‬ ِ ‫ج‬ ِ ّ ‫هُوَ ٱل‬ َ ‫ض‬ ّ ‫كم‬ ِ ۡ‫ما ِفى ٱلر‬ Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. (Surah al-Baqarah (2): 29). Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem dan

konsep

MLM

adalah

harus

selama

mana

tidak

terdapat

faktor

yang

mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut harus kekal. Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama. Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang. Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun110 (penindasan dengan 110

Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh pembeli ‘terpaksa' membeli sebuah produk dari syarikat MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan pembeli itu ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan beradab, lalu dia belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji tilam yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM2000

84

mengenakan keuntungan terlalu tinggi) dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain. Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada: 111 1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram. 2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur

riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haram seperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'Inah112, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya. Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi (nilai beribadat). Justeru itu, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik113 dalam muamalat.

sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi si pembeli tadi senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali sahaja. 111

MLM dari perspektif Fiqh Islami. (2007, April 13) Diperolehi September 1, 2009, dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999 112 Secara konsepnya memberi maksud menjual barangan dan kemudian membeli semula barangan tersebut pada harga yang berbeza, dengan harga tertangguh yang lebih tinggi daripada harga tunai. 113 Talfik ialah penggabungan mazhab dalam menyelesaikan masalah yang pelbagai.

85

4.2

Kaedah Usul Fiqh Dalam mensyariatkan MLM

Memetik artikel yang dipetik dari laman sesawang yang dituliskan oleh Dr Agustianto seorang ahli fiqh ekonomi yang mahir di Indonesia,114 perniagaan MLM biasanya memberi habuan atau insentif pada mereka yang berprestasi. Islam membenarkan seseorang

mendapatkan

insentif

lebih

besar

dari

yang

lainnya

disebabkan

keberhasilannya dalam memenuhi pencapaian jualan tertentu, dan melakukan berbagai upaya positif dalam memperluas jaringan dan tahapnya secara produktif. Katanya menurut kaedah Usul Fiqh: “Besarnya ijarah (upah) itu bergantung pada kadar kesulitan dan pada kadar kesungguhan.” Penghargaan kepada rakan niaga atasan (up line) yang mengembangkan jaringan (level) di bawahnya (down line) dengan cara bersungguh-sungguh, memberikan pembinaan (tarbiyah), pengawasan serta keteladanan prestasi (uswah) memang patut dilakukan. Seterusnya, atas susah payahnya itu, seseorang berhak mendapat bonus dari perusahaan, kerana ianya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa mengadakan sesuatu sunnah (jalan) yang baik, maka baginya pahala Sunnah itu dan pahala orang lain yang mengerjakan hingga hari kiamat”.115

114

115

Multi Level Marketing dalam Perspektif Fiqih Islam. (2009, Mac 31), Diperolehi September 1, 2009, dari http://dokternasir.web.id/2009/03/multi-level-marketing-dalam-perspektif-fiqihislam.html

Munzier Suparta (Dr.) (M.A).,(200) Ilmu Hadist, Jakarta: Raja Grafindo Persada, h.119

86

(Riwayat Jabir Bin Abdullah, Hadis Muslim, Sahih Muslim, Hadis Sahih, no 1017)116 Insentif diberikan dengan merujuk kepada skim ijarah. Intensif ditentukan oleh dua kriteria, iaitu dari segi prestasi penjualan produk dan dari segi berapa berapa banyak down line yang dibina sehingga menjayakan perniagaan itu. Menurut Dr. Agustianto, dalam hal menetapkan nilai insentif ini, terdapat tiga syarat syariah yang harus dipenuhi, iaitu adil, terbuka, dan berorientasi falah (keuntungan dunia dan akhirat). Insentif (bonus) seseorang (up line) tidak boleh mengurangi hak orang lain di bawahnya (down line), sehingga tidak ada yang dizalimi. Sistem intensif juga harus dihebahkan kepada seluruh anggota, bahkan dalam menentukan sistemnya dan pembahagian insentif (bonus), para anggota perlu mendapat habuannya. Dalam hal ini, tetap dilakukan musyawarah, sehingga penetapan sistem bonus tidak hanya sebelah sepihak. Selanjutnya, keuntungan dalam perniagaan MLM, berorientasikan pada keuntungan duniawi dan ukhrawi. Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa keuntungan dalam Islam adalah keuntungan dunia dan akhirat. Keuntungan akhirat maksudnya, dengan menjalankan perniagaan itu, seseorang telah dianggap menjalankan ibadah, (asalkan perniagaannya sesuai dengan syariah). Melalui perniagaan, seseorang juga telah membantu orang lain dalam memenuhi keperluan hidupnya. Selain itu, pemberian penghargaan dan cara menyampaikannya hendaklah berada dalam suasana tasyakur (sentiasa bersyukur dan merendah diri), untuk menghindarkan penerimanya dari takabur (bangga/sombong) dan kufur nikmat, apalagi melupakan Tuhan. MLM yang Islamik sentiasa berpandukan pada akhlak Islam.

116

Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h.838/69/2351

87

Sebagaimana disebut di atas bahawa penghargaan yang diberikan kepada anggota yang berjaya mengembangkan jaringan, dan secara sungguh-sungguh memberikan pembinaan (tarbiyah), pengawasan serta keteladanan prestasi (uswah), harus selaras dengan ajaran agama Islam. Oleh kerana itu, majlis makan malam tahunan (annual gala dinner), rally dan kovensyen yang diberikan atas prestasi seseorang, haruslah sesuai dengan nilainilai aqidah dan akhlak. Ekspresi penghargaan atas kejayaan anggota MLM tidak boleh melampaui batas (bertentangan dengan ajaran Islam). Kerana itu, Islam sangat mengecam seseorang yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan tetapi semakin jauh dari nilai-nilai ketuhanan. Firman Allah s.w.t:

ٌ ‫جا‬ ‫صل َ ٰوةِ وَِإيَتآِء‬ َ ٌ‫ج ٰـَرةٌ۬وََل َبيع‬ َ ِ ‫ل۬ ّل ُتلِهيهمۡت‬ َ ِ‫ر‬ ّ ‫عن ِذكرِ ٱلل ّهِ وَإ َِقام ِ ٱل‬ ِۙ‫ة‬ ‌ ‫ٱلّزك َ ٰو‬ “Mereka tidak lalai dari mengingat Allah dalam melakukan bisnes dan jual beli. Mereka mendirikan solat dan membayar zakat”… (Surah An-Nur (24): 37). Berdasarkan ayat tersebut, segala aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak boleh melupakan Tuhan dan jauh dari nilai-nilai keilahian, baik dalam kegiatan pembuatan, pengagihan, strategi pemasaran, mahupun pada saat menikmati kejayaan. Jadi, dalam menjalankan perniagaan MLM perlu berwaspada akan kesan negatif psikologi yang mungkin timbul, sehingga membahayakan keperibadian, dan mengarah pada pola hidup hura-hura ala jahiliyah, seperti ketika mengadakan acara pertemuan sesama ahli. 88

Dr Agustianto117 dari laman sesawangnya juga ada menyenaraikan 12 syarat yang membolehkan MLM menjadi syari’at iaitu: 1. Produk yang dipasarkan haruslah halal, thayyib (berkualiti) dan menjauhi

syubhat (Syubhat adalah sesuatu yang masih meragukan). 2. Sistem akadnya harus memenuhi kaedah dan rukun jual beli sebagaimana yang

terdapat dalam hukum Islam (fiqh muamalah). Contohnya, pembeli rela membeli kerana kualiti produk bukan kerana paksaan sesiapa.118 3. Sistem pemasaran, budaya korporat, mahupun sistem akaunnya harus sesuai

dengan syari’ah. Di dalam Al-Quran, telah tersedia peraturan-peraturan dan garis panduan perniagaan. Di antaranya ialah tidak boleh ada penipuan dari segi urusan dan kualiti produk, menepati janji, berkata benar, dan lain-lain lagi. Sebaik-baik perniagaan adalah yang menepati garis panduan ini.119 4. Tiada menaikan berlebihan harga barang (harga barang dinaikan sehingga dua

kali ganda), sehingga anggota terzalimi dengan harga yang amat mahal, tidak sepadan dengan kualiti dan manfaat yang diperoleh. 5. Struktur pengurusannya mempunyai seseorang yang terdiri dari para ilmuan yang memahami masalah ekonomi. 6. Formula intensif harus adil, tidak menzalimi rakan niaga bawahan dan tidak

menempatkan rakan niaga atasan hanya menerima pendapatan pasif tanpa bekerja, 117

Multi Level Marketing dalam Perspektif Fiqh Islam. (2009, Mac 31), op.cit,.

118

Razzi Armansur. (1992), Mencipta kejayaan di dalam jualan langsung (MLM), Shah Alam : Safia Marketing. h. 267. 119 Ibid., h. 268.

89

rakan niaga atasan tidak boleh menerima pendapatan dari hasil susah payah rakan niaga bawahannya. 7. Pembahagian bonus harus mencerminkan usaha anggota masing-masing. 8. Tidak ada eksploitasi dalam aturan pembahagian bonus antara orang yang awal menjadi anggota dengan yang akhir. 9. Bonus yang diberikan harus jelas angka nisbahnya sejak awal. 10. Tidak menitik beratkan barang-barang bukan keperluan ketika ummat masih bergelut untuk memenuhi barang keperluan. 11. Cara penghargaan kepada mereka yang berprestasi tidak boleh mencerminkan

sikap hura-hura dan berpesta-pesta, kerana sikap itu tidak berlandaskan syari’ah. 12. Perusahaan MLM harus berorientasi pada kemaslahatan ekonomi ummat.

4.3

Kesesuaian MLM dengan prinsip perniagaan dalam Islam

Di dalam MLM, pada konsepnya perniagaan ini menepati syarat-syarat dan prinsip perniagaan dalam Islam. Dari segi akad ada pendapat yang menyatakan bahawa akad jualbeli dalam MLM tidak sah menurut pandangan Islam. Tetapi setelah dibuat analisa akad di antara pengedar dan pembeli di dalam MLM, ianya adalah sah disisi syara’. Kontrak yang ditandatangani dan dipersetujui di dalam MLM adalah dikenali sebagai ‘akad jual salam’ di mana pembeli akan membuat tempahan untuk membeli setelah mengetahui bentuk, jenis, dan harga barang dengan melihat katalog dan sampel dan bersetuju dengannya.

90

Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam Islam tetapi telah diubahsuai dalam bentuk yang lebih moden bersesuaian dengan peredaran zaman dan pertumbuhan yang pesat dalam aktiviti perniagaan. Prinsip perniagaan dalam MLM juga adalah menepati sebagaimana prinsip perniagaan di dalam Islam dengan syarat produk yang diketengahkan tidak membabitkan hal-hal yang haram: 1. Merekodkan kontrak dan menunaikan janji Menepati janji merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan dalam Islam. Islam meletakkan syarat agar setiap jual beli disertai dengan kontrak dan menunaikannya.

Di

dalam

MLM,

pengedar

dan

penjual

dikehendaki

menandatangani kontrak jual beli dan pengedar mesti patuh pada kontrak yang telah dipersetujui. Perkara ini termaktub dalam Akta Jualan Langsung 1993. Oleh itu, sekiranya timbul perkara yang tidak diingini di dalam perniagaan ini, yang silapnya adalah individu itu sendiri dan bukannya perniagaan ini. 2. Kebebasan dan kerelaan Di dalam Islam, kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli diberi kuasa dan kebebasan memilih untuk menentukan bentuk jual beli yang mereka kehendaki. Mereka juga diberi hak dalam memilih barangan yang diberi. Ini kerana Islam amat mementingkan kebajikan penjual dan pembeli. Di dalam MLM, pembeli juga diberi kebebasan untuk memilih semasa membeli. Di dalam Akta Jualan Langsung 1993 pembeli telah diberi hak dan kebebasan

91

memilih untuk menamatkan atau meneruskan kontrak sebelum tamat ‘tempoh bertenang’ mengikut seksyen 23(a) (b) (c).120 3. Perlindungan dan keadilan Hak-hak penjual dan pembeli dijaga dalam Islam. Penjual dilarang melakukan perbuatan seperti menipu, menyorok, monopoli di dalam jualbeli. Islam telah menetapkan hukuman tertentu jika peraturan-peraturan di dalam perniagaan tidak dipatuhi. Di dalam jualan langsung, hak penjual dan pembeli juga dijaga melalui Akta Jualan Langsung 1993. Di dalam ini akta ini, sesiapa yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan hukuman atau denda. Dengan ini jelaslah bahawa kebajikan pengguna dan pengedar dijaga di dalam industri jualan langsung ini. Islam juga tidak melarang apa jua bentuk perniagaan sekiranya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip perniagaan Islam.

4.4

Majlis Fatwa Kebangsaan

Menurut Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 23 Januari 2006 berkenaan hukum sistem Jualan Langsung Pelbagai Tingkat (MLM), konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan 120

“Tempoh Bertenang” bererti tempoh sepuluh hari yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak jualan langsung berlaku.

92

Islam. Oleh itu, jelas di Malaysia sistem perniagaan ini adalah dibenarkan.121. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

4.5

MLM dari sudut positif

Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita walaupun di pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya. Apabila orang Islam yang mampu mengeluarkan produk tersendiri, tetapi apabila berdepan pasaran yang sebahagiannya boleh disifatkan sebagai 'dibentengi' menyebabkan kemampuan orang Islam mengeluarkan produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat bersaing dengan pengeluar lain dari sudut pemasaran. Hakikatnya, orang Islam yang mempunyai keupayaan menghasilkan produk mempunyai modal kecil berbanding syarikat gergasi antarabangsa serta mereka tidak mampu menanggung kos pemasaran yang tinggi berbanding syarikat gergasi yang lain. Akhirnya mereka berdepan kelembapan pasaran seterusnya keupayaan dan potensi orang Islam yang sepatutnya boleh dibangun dan dipertingkatkan mati begitu sahaja. Lebih parah apabila kerajaan membuat perjanjian FTA (Free Trade Agreement) dan serangan globalisasi yang menyebabkan persaingan tidak adil antara pemodal besar dan peniaga kecil.

121

Portal E-Fatwa. (t.t) Diperolehi September 1, 2009, sumber dari: http://www.efatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=198

93

Oleh itu, MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan. Justeru, MLM perlu dilihat dari sudut positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada pemasaran barangan orang Islam. Selain dapat memecah monopoli antarabangsa, MLM juga mempunyai keistimewaankeistimewaan tertentu yang ada dalam perniagaan ini tetapi tidak ada dalam perniagaan biasa yang lain. Di sini penulis akan membahagikan keistimewaan tersebut kepada dua pihak iaitu pihak pengedar dan pihak pengguna. Antara kelebihannya yang dapat dinikmati oleh pengedar adalah:122 1. Kebebasan Di dalam perniagaan ini, seseorang itu mempunyai kebebasan untuk menentukan waktu kerja, tidak terikat, tidak diarah, dan tidak diperintah oleh sesiapa pun dalam melakukan sesuatu. Setiap kerja yang dilakukan adalah ditentukan oleh jadual sendiri yang sudah pasti tidak menekan diri sendiri. 2. Pendapatan tiada batasan Rezeki memang ada di mana-mana begitu juga dengan peluang yang wujud. Banyak atau sedikit pendapatan yang diperolehi oleh seseorang itu bergantung kepada peluang yang dimilikinya beserta usaha yang gigih.

122

Ibid.

94

Di dalam perniagaan ini seseorang itu mampu dan berkeupayaan mencapai pendapatan yang lumayan jika mereka menjalankan perniagaan itu dengan baik, tanpa jemu, dan putus asa serta didiringi dengan semangat gigih dan usaha bersungguh-sungguh. Pendapatan yang lumayan tidak mustahil diperolehi dengan semua itu. 3. Kerja yang tidak membosankan Seseorang itu tidak akan merasa bosan dengan menceburi perniagaan ini. Ini kerana suasana dalam menjalankan perniagaan ini sentiasa berubah. Orang yang ditemui juga dari pelbagai agama, bangsa, dan kedudukan. 4. Tidak membezakan kedudukan123

Untuk menceburi dan mencapai kejayaan di dalam perniagaan ini, ia tidak mengambil kira kedudukan seseorang itu sama ada seseorang ahli perniagaan ataupun tidak, berpelajaran tinggi, berpengaruh dan sama ada mempunyai modal yang besar atau tidak. Siapa seseorang itu bukanlah menjadi ukuran yang utama. Apa yang penting ialah keinginan untuk mencapai kejayaan dan hendaklah berusaha untuk mencapainya. 5. Dapat membantu orang lain124

Dengan menceburkan diri di dalam perniagaan jualan langsung ini, dapat memberi peluang untuk membantu orang lain di samping berbakti untuk diri 123

Razzi Armansur (1992), Mencipta Kejayaan di Dalam Jualan langsung (MLM), Shah Alam: Safia Marketing, h. 19. 124 Ibid., h. 20.

95

sendiri. Seseorang pengedar itu dapat berbakti kepada masyarakat dengan memperkenalkan barangan yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Di samping itu, konsep tajaan di mana seseorang pengedar itu boleh mencari seberapa ramai ahli baru untuk sama-sama bekerja, memberi peluang untuk membantu orang lain yang bermasalah dari segi kewangan dengan menawarkan peluang perniagaan kepada mereka dan sama-sama membantu mereka untuk berjaya. 6. Boleh dilakukan secara sambilan125

Perniagaan jualan langsung ini boleh dilakukan secara sambilan. Ini kerana dalam perniagaan ini, seseorang pengedar itu tidak terikat dengan sesiapapun untuk menjalankan perniagaan. Ia boleh dilakukan mengikut kehendak sendiri sama ada sepenuh masa atau di masa lapang. Ramai orang yang telah berjaya di dalam perniagaan ini pada mulanya melakukannya pada waktu lapang. Menurut satu kajian, orang yang bekerja mempunyai waktu lapang sebanyak lebih kurang 40 jam seminggu. Jadi sebagai seorang yang bijak menggunakan masa mengapa mesti dibiarkan masa lapang itu begitu saja. Oleh itu, salah satu peluang yang sentiasa terbuka dan idea yang menarik untuk mengisi masa lapang itu ialah dengan menceburi perniagaan jualan langsung. Disamping itu, perniagaan ini juga memberi peluang merapatkan hubungan sillaturrahim. 7. Kenaikan gaji dan pangkat ciptaaan sendiri126 125

Ibid., h. 21. Ibid., h. 22.

126

96

Kenaikan gaji atau keuntungan dan pangkat juga boleh dicapai di dalam perniagaan ini. Ia adalah mudah dan adil, tanpa memerlukan sebarang pengaruh, kelulusan dan rasuah. Keuntungan dapat dicapai dengan kerajinan dan usaha yang gigih. Ini adalah setimpal dengan setiap yang dilakukan.

Keistimewaan pada pihak pengguna pula termasuk: 8. Kemudahan membeli Jualan secara terus kepada pengguna boleh menberi keselesaan kepada penggunaan di mana pembeli boleh memilih barangan yang hendak dibeli dan membeli dalam keselesaan rumahnya sendiri serta memikirkan pilihan dengan teliti. Ini juga dapat mengelak pembeli membazir masa mengunjungi tempat membeli belah, menghadapi kesesakan lalu lintas dan ketidak selesaan pengankutan awam atau kesukaran meletak kenderaan. 10. Penerangan yang lengkap Pengguna akan mendapat penerangan yang lengkap tentang barangan yang hendak dibeli jika membeli dari jurujual secara langsung. Ini kerana sesetengah barangan seperti peralatan rumah atau peralatan memasak memerlukan penerangan dan demonstrasi yang lengkap. Oleh itu, jika urusan pembelian dilakukan di rumah, pembeli akan merasa lebih selesa dan mendpaat layanan yang penuh. Pembeli juga akan mendapat jaminan bahawa barang yang dibeli itu adalah barang yang baik dan berkualiti. 97

11. Faedah pembelian Memandangkan konsep layanan baik yang diberikan dalam jualan langsung ini, kebanyakan syarikat boleh memberi jaminan yang baik terhadap barangan. Layanan di sini bermaksud hubungan dua hala yang berkesan antara penjual dan pembeli. Dengan itu, setiap masalah yang timbul dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan boleh mendapat bimbingan yang berkesan daripada penjual. Begitu juga andainya berlaku kerosakan teknik pada barangan dan jika dia ingin menukar barangan itu dengan yang lain, pembeli akan tahu dengan siapa dia perlu berurusan iaitu melalui bimbingan dan nasihat daripada penjual.

4.6

Perkara-perkara yang bertetangan dengan Islam (haram) dalam Industri

Perniagaan MLM Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah: 127 1. Perjudian Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas 127

MLM dari perspektif Fiqh Islami. (2007, April 13) Diperolehi September 1, 2009, dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999

98

pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan. Konsep ini diamalkan dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai mata tertinggi atau jualan tertinggi dalam sesuatu tahap. Contohnya, andai kata dalam tahap ke tiga terdapat tiga orang menjual ubat gigi yang harga jualannya RM5. Daripada RM5 itu, syarikat mengambil RM3 sebagai kos dan untung, manakala penjual MLM mendapat RM1 daripada setiap unit yang dijual. Baki RM1 dipegang syarikat untuk diberikan kepada orang pertama dalam tahap tersebut yang mencapai tahap jualan sebanyak lima unit. Jika penjual pertama berjaya menjual tiga unit, penjual kedua sebanyak dua unit dan penjual keempat sebanyak lima unit, maka penjual ketiga akan memperolehi bonus RM10 kerana dia adalah orang pertama dalam tahap tersebut mencapai jualan 5 unit. Hakikatnya, RM5 daripada RM10 bonus itu adalah hak penjual pertama (RM3) dan hak penjual kedua (RM2) yang dipegang syarikat yang akhirnya diserahkan kepada penjual ketiga kerana berjaya mencapai jualan sasaran. Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah, justeru tidak mencapai jualan sasaran. Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam yang berpandukan firman Allah s.w.t;

‫سَبت‬ ُ ّ ‫َل ي ُك َل‬ َ َ ‫ما ٱكت‬ َ َ ‫ما ك‬ ً ‫ه َنف‬ َ ‫سَبتۡ وَع ََليَها‬ َ ‫سا إ ِّل ُوسعَهَ ۚ‌ا ل ََها‬ ُ ّ ‫ف ٱ لل‬ 99

“setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan”. (Surah al-Baqarah (2): 286) Bagaimanapun, perjudian yang mencemari MLM ini dapat dibersihkan dengan pelbagai cara seperti pembahagian bonus, bersumberkan keuntungan syarikat yang diagihkan kepada setiap penjual MLM berpandukan unit yang berjaya dijual. Walaupun bonus yang berkonsepkan pembahagian yang berpandukan jumlah jualan tidak dapat dijadikan bahan kempen kerana jumlah bonus penjual tertinggi lebih rendah berbanding bonus yang berkonsepkan perjudian, tetapi ia bersifat adil untuk semua pihak. Sememangnya sebahagian pembuat sistem MLM lebih tertarik dengan bonus yang berkonsepkan perjudian kerana ia boleh dijadikan bahan untuk menarik orang ramai menyertainya justeru, nilaiannya yang sangat tinggi, tetapi ia diharamkan kerana nilai yang tinggi tadi diperolehi dengan menzalimi pihak lain. 2. Riba Apabila terdapat pulangan tetap (Fixed return) atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui mata penggunaan produk MLM.

100

Pulangan tetap tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, pulangan tetap ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara. Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep mudharabah, di mana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum) yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun sebagai contoh. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi ahli MLM ini. 3. Tadlis, taghrir dan Syamta'128

Tadlis (memalsukan), taghrir (memperdayakan) dan syamta' (dibuat) hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli. Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.

128

http://perniagaansemua.blogspot.com/2009/02adakah-mlm-itu-haram.html 12 November 2009 5:57am

101

Apabila ahli tersebut menerimanya, ia terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi yang akhirnya menyebabkan ahli tadi hanya mampu memakai kereta tersebut dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Syarikat berjaya mengiklankan si ahli tersebut berjaya mendapatkan BMW 3 Series tanpa menjelaskan keadaan sebenar syarikat yang hanya membayar bayaran pendahuluan RM1000. Apabila diiklankan 'dihadiahkan' atau 'menerima hadiah' atau 'berjaya memperolehi', umum memahami si ahli memperolehi secara seratus peratus kereta tersebut tanpa apa-apa ansuran bulanan. Menyembunyikan hakikat pembayaran RM1000 sebagai bayaran pendahuluan pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. Ini menyebabkan pengiklanan tadi boleh dikategorikan sebagai 'taghrir' (memperdayakan) dalam bentuk 'Syamta' yang diharamkan. Syamta' ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Syarikat boleh menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. Sekalipun iklan dalam bentuk ini tidak semenarik iklan ahli yang mendapat BMW 3 Series, tetapi ia berupaya menarik ahli baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang tidak benar. 4. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan konsep Auto Penempatan. Dalam konsep Auto Penempatan ini, ahli pertama perlu 102

mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli baru. Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Tetapi ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi tahap yang paling tinggi. Di sini, syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang, tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi upline adalah yuran ahli yang terkumpul. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam sebahagian MLM. Jika ada bertanya, apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana dalam hukum hibah129 dan tabarru'?130 Jawapannya, reda yang menjadi syarat halal tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29, surah anNisaa'. Jika tiada perniagaan, iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran, maka reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya. Tambahan pula, hibah dan tabarru' yang halal dan harus tidak boleh disertai dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung, dan sebagainya. Jika hibah dengan niat ini, ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia 129

Hibah ialah pemberian yang ada padanya ijab dan kabul, menurut Minhaj Ath-Thalibin, Imam Nawawi serta Syarh At-Tuhfah ‘ala Al-Minhaj, Imam Ibnu Hajar. 130 Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas

103

berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah sebenar. Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal, maka penyertaan dalam MLM yang bersifat seperti ini adalah batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli, maka tuntasnya jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep kutu yang haram di atas. Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang haram. 5. Penindasan Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Sebagaimana diterangkan, ahli-ahli yang tidak mencapai jualan sasaran akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan sasaran. Seorang ahli yang berjaya menjual lima produk yang sepatutnya mendapat keuntungan asal bagi setiap satunya berjumlah RM2, tetapi ahli tersebut hanya diberikan RM1 kerana tidak berjaya mencapai jualan sasaran dan baki RM1 diambil syarikat untuk diserahkan kepada ahli satu tahap yang berjaya mencapai jualan sasaran. 104

Ini bermakna, ahli yang berjaya menjual lima produk diberikan RM5 dan RM5 lagi diserahkan kepada ahli yang berjaya mencapai jualan sasaran seperti berjaya menjual 10 produk. Justeru, ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM25 (RM20 untung jualan dan ditambah bonus RM5 yang diambil daripada ahli yang tidak dapat mencapai jualan sasaran. Di samping mengandungi unsur perjudian, ia juga mengandungi penindasan yang menjadi punca haram. Sedangkan konsep muamalat Islam ialah, setiap seseorang berhak mendapat apa yang ia usahakan. Berdasarkan konsep Islam ini, si ahli yang berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat RM10 sebagaimana ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM20. 6. Harga tinggi dari biasa Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. Bagaimana Nabi s.a.w pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. 131

131

Isu shariah dalam perniagaan MLM. (2007, April 10) Diperolehi September 1, 2009, dari http://www.zaharuddin.net.

105

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat tiga atau empat unsur syubhat dan haram. Ini tidaklah bermakna MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa", ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain. ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam sistem priamid. Sebagai contoh seseorang ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM amat sukar beralah, dan orang tersebut ingin cepat menamatkan kempennya dengan adab, lalu orang tersebut membeli satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Ini dinamakan 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan untuk dimasukan dalam sistem (pulangan kepada syarikat). Inilah maksudnya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram. Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabnun' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabnun' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila disebut 106

'Ghabnun' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. 7. Insentif yang menekan Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai sasaran jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komisyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga sasaran' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Syariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi

ahli

serta

berbentuk

penindasan.

Seolah-olah

pihak

syarikat

memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda". 132 Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Syariah, ia adalah pandangan ulama besar tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim anNakha'ie dan ramai lagi. Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan sistem piramid ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

132

Ibid,

107

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Syariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. * Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas broker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komisyen broker ini, ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan batil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolaholah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya. * Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam. 8. Status pembelian produk 108

Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari rakan niaga bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah133 dan Riba Al-Fadl.134 Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman sesawang yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk sesawang komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no. 15/192-193.135 9.

Unsur dua akad dalam satu.

133

Riba Nasiah ialah tambahan yang sudah ditentukan di awal transaksi, sila rujuk Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), op.cit,. h.109-111. 134 Ibid. 135 Ibid.

109

Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda s.a.w dengan pelbagai lafaz antaranya:

‫نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين فييي‬ ‫صفقة واحدة‬ "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Abdullah bin Masud, Hadis Ahmad Syakir, Masnad Ahmad, Sanad Sahih, no.5/295)136 Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadis di atas.

136

http://www.dorar.net/enc/hadith/20% ‫صقفة‬y%20s13482 22 November 2009 5:52

AM

110

4.7

Kesimpulan

Islam sememangnya mudah, sejajar dengan apa yang telah penulis bincangkan dalam bab ini, hukum asal MLM adalah harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram seperti yang dibincangkan di atas. Persepsi negatif berkenaan MLM sering ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang mungkin tidak memahami sepenuhnya bagaimana sistem dan perjalanan perniagaan MLM

bersesuaian dengan Islam. Oleh itu, adalah menjadi

kewajipan setiap umat Islam untuk memastikan perniagaan MLM yang diceburi tidak dipalit unsur-unsur haram seperti yang dibincangkan di atas serta unsur-unsur sosial yang negatif yang membawa kelalaian diri kepada Allah. Dilihat dari sudut positif pula, sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam. Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasana negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan dengan situasi FTA (Free Trade Agreement) kini. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam semaksimum mungkin.

111

BAB LIMA: KESIMPULAN

5.0 Rumusan Dalam bab-bab sebelum ini penulis sudah membincangkan berkenaan perkara asas yang diperlukan dalam setiap urusniaga dalam Islam dan fokus penulis di sini tentulah urusniaga MLM. Asas-asas seperti kaedah fiqh dalam menghukumkan sesuatu muamalat sudah dijelaskan dalam bab dua dan diberi penghuraian lebih dalam dalam bab empat. Antara yang ditekankan, Islam jelas menuntut agar para peniaga mengamalkan sifat jujur, amanah, ikhlas dan berpandangan jauh serta memerlukan kekuatan ilmu dan kegigihan. Disamping itu juga, menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan dan modal. Perniagaan merupakan sumber rezeki yang lumayan dan menguntungkan, tetapi tidak kurang juga yang membawa kepada risiko kejatuhan yang amat pahit. Disebabkan dorongan nafsu tamak, inginkan keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat 112

(Ghabnun). Lalu berlakulah penipuan dengan menaikkan kos harga barangan, menyorok barangan keperluan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih dan memanipulasikan pelan pemasaran MLM yang berselindung di bawah akta AJL. Penulis juga telah cuba mengenengahkan kesesuaian MLM konvensional dengan apa yang dikehendaki dalam Islam sehingga penulis dapat membuat kesimpulan bahawa segala aktiviti MLM boleh dilakukan kecuali jika tidak melibatkan sesuatu yang diharamkan. Islam adalah Din al-Muamalah, iaitu agama yang mengatur perhubungan sesama manusia. Antara hukum dan peraturan Islam yang telah menggariskan ketetapan mengenai hal-hal panduan perdagangan dan perniagaan sebagai keperluan umat Islam seharian. Justeru, Islam menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga dan jualbeli bukan hanya sekadar untuk memburu dan mengaut keuntungan komersial semata-mata. Tetapi lebih menitik-beratkan kepada kebajikan dan kepentingan para pengguna. Malahan Islam mengkategorikan urus niaga dan jual beli sebagai fardu Kifayah iaitu tanggungjawab bersama masyarakat Islam. Kadang-kadang fardu Ain iaitu tanggungjawab individu seandainya urusan berjual-beli itu sebagai nafkah hidup diri sendiri dan keluarga Dalam bab terakhir ini penulis akan cuba membuat rumusan berkenaan isu strategi pemasaran MLM dalam perspektif Islam secara menyeluruh. Rumusan ini penulis akan kembangkan kepada bagaimana pula untuk membetulkan persepsi masyarakat kepada MLM dan apakah tindakan dan peranan umat Islam dalam menghadapi isu ini supaya manfaat daripada urusniaga ini dapat digunakan sebaik mungkin.

113

5.1

Cadangan

Ramai di kalangan masyarakat Islam mempunyai persepsi negatif pada MLM dan kebanyakkan mereka adalah dari golongan yang tidak minat dengan bidang perniagaan ataupun mereka yang mindanya terkongkong dengan hukum Islam tetapi tidak cuba mencari ilmu berkenaan urusniaga Islam yang sebenarnya. Tidak dinafikan juga, ramai yang terkena malah fobia disebabkan segelintir golongan yang menjadikan MLM sebagai tipu helah untuk mengaut keuntungan. Ramai yang memandang rendah sekiranya seseorang itu berjaya dan memperolehi lebih harta dengan menjalankan aktiviti MLM kerana kerjaya ini dipandang remeh. Situasi sebegini sangat merugikan umat Islam sedangkan empayar perniagaan boleh menjanjikan pendapatan lumayan seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam itu sendiri. Penulis merasakan tidak semua syarikat MLM di Malaysia tergolong dalam kategori yang meragukan, contohnya syarikat Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.137 dan 137

http:www.hpa.com.my/ 20 Oktober 2009, 2:07 AM.

114

DCL (De Classic Life (M) Sdn. Bhd.)

138

merupakan syarikat bumiputera Islam yang

berjaya dalam empayar perniagaan dan strategi mereka sangat perpandukan Islam dan mempunyai visi Islamik yang cukup terang. Penulis mencadangkan sekiranya lebih ramai syarikat sebegini dapat dibangunkan yang berteraskan dasar Islamik, pasti umat Islam tidak akan ketinggalan dalam empayar perniagaan kerana perniagaan yang berteraskan Islam pasti mendapat bantuan daripada Allah. Masyarakat pertamanya, perlu membetulkan persepsi atau pandangan

dan sentiasa

memberi peluang kepada diri mereka memcuba perniagaan ini, selepas dikaji dengan teliti. MLM bukan sekadar lubuk untuk membuat duit tetapi juga arena bagi membentuk dan membina personaliti diri. Ramai yang setuju MLM berjaya mengubah diri mereka daripada negatif kepada positif, pasif kepada aktif, mudah patah semangat kepada kuat berusaha dan daripada yang tidak yakin kepada yang berimpian. Walaupun MLM sering dianggap sebagai mata pencarian sepenuh masa ataupun sambilan kerana ia umpama lubuk emas, ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan sebelum menjejakkan kaki ke dalam MLM:139 1. MLM memang menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas bagi cepat kaya.

Ia bukannya sebagai jalan pintas mengecap kejayaan. Persepsi yang mengatakan MLM memberi peluang menjadi senang dan kaya dengan mudah adalah tidak benar. Tiada kejayaan tanpa usaha. Mustahil seseorang menjadi senang dengan hanya bergoyang kaki.

138

http://www.dcl.com.my/ 20 Oktober 2009, 2:07 AM. Norziati Mohd Rosman. (2008). Buat Duit Dengan MLM. Kuala Lumpur: PTS Distributors Sdn Bhd, h. 111. 139

115

2. Jangan terlalu taksub dengan MLM. Lihat juga perniagaan lain kerana ada tip ataupun rahsia yang ada dan mampu dipraktikkan. Contohnya pengurusan kumpulan, pentadbiran kewangan, pengurusan kewangan, pengurusan stok dan sebagainya. 3. Oleh kerana MLM tidak mempunyai premis, modal asas yang minimum dan kecil, dan tiada stok yang banyak, seseorang itu bertangungjawab sepenuhnya ke atas perniagaan ini. Dia adalah majikan dan dia adalah ketua. 4. Ada yang mengatakan perniagaan ini tidak memerlukan kita untuk menjual barang, sekadar membuat pelaburan awal dan menaja sahaja. Pendapat ini adalah salah kerana perniagaan ini melibatkan urusan jual dan beli antara peniaga dan pembeli. Berniaga tanpa barang tidak dikatakan sebagai berniaga. Ia juga adalah prinsip asas perniagaan dalam Islam.

5.2

Saranan

Seperti yang sudah dibincangkan dalam bab sebelum ini, untuk menentukan hukum sesuatu muamalat itu, Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan sekiranya tiada unsur haram maka ia adalah halal. Sehinggakan ada ulama (terdahulu) hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara, iaitu riba, gharar dan zalim. Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini, maka hukumnya halal. Sesetengah masyarakat boleh menerima strategi pemasaran MLM tetapi masih ada yang ragu-ragu akan sistem insentifnya adakah boleh diterima oleh Islam ataupun tidak

116

disebabkan kewujudan sistem rakan niaga atasan (upline) dan rakan niaga bawahan (downline). Justeru, alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara serius dan bersama. Contohnya, jika 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran 'downline' kerana ia termasuk dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil' seperti bentuk yang diterangkan, pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu sebagai kos pemasaran untuk diberikan kepada 'upline' yang berjaya mencari 'downline' atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu. Berdasarkan konsep Islam, upline boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya, tetapi disyaratkan perolehannya tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain. Justeru, apabila disebut 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran downline maka kita memahami bahawa 'upline' tidak berhak mendapat apa-apa. Ini menatijahkan 'upline' yang bertindak sebagai pekerja pemasaran atau pengedar tidak akan melakukan kerja promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati begitu sahaja. Ini kerana, sudah menjadi lumrah dalam mana-mana syarikat MLM yang berkembang adalah dari hasil hubungan kemanusian (touch) iaitu mencari rakan niaga bawahan secara berjumpa dan sebagai ahli baru (close up). Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi kita sekarang.

117

Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. Mereka mestilah meningkatkan usaha dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkaraperkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram. Begitu juga dengan mereka yang ingin menjadi ahli atau berkecimpung dalam dunia MLM ini haruslah berniat tulus dan tidak hanya memikirkan sisi negatif persepsi pelbagai pihak tetapi berniat untuk membantu sesama Muslim di samping mempertingkatkan produk Islam, dalam istilah lain, menang dunia, menang akhirat. 5.3

Penutup

Penulis mengakhiri rumusan ini dengan mengambil kira MLM dari sudut positif di mana sistem MLM ini ternyata boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam. Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam. Antara mereka yang cerdik pandai tidak perlu bertelagah untuk menunjukkan kepakaran masing-masing dalam bidang ilmu akan tetapi perlu lebih melihat ia dalam konsep yang lebih meluas dengan sumbangan yang dapat diberikan

118

kepada orang Melayu dan umat Islam khususnya. Ini kerana pandangan mereka sangat diperlukan oleh masyarakat yang mencari-cari konsep MLM yang halal dan Islamik. Masyarakat yang berminat pula perlu berusaha untuk membantu memperkembangkan bidang perniagaan untuk kepentingan bersama.

119

Related Documents


More Documents from "hijrah"