Konsep Seorang Guru Menurut Perspektif Islam

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Seorang Guru Menurut Perspektif Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,452
  • Pages: 9
“Konsep seorang guru menurut perspektif Islam”

Pengenalan Bagi membincangkan tajuk “Konsep seorang guru menurut perspektif Islam” maka perlu difahamai terlebih dahulu akan konsep pendidikan menurut Islam. Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menyuruh bagainda membaca dalam keadaan beliau yang ummi. Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenali Allah s.w.t., memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada falsafah pendidikan Islam. Definisi pendidikan juga kerapkali menampakkan perbezaan dalam penekanan dan konsepnya di kalangan sarjana Barat. Ahli falsafah Amerika, John Dewey menyatakan bahawa pendidikan adalah “The process of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men.” Prof. H. Hone pula berpendapat: “Education is the eternal process of superior adjustment of the physically developed, free conscious, human beings to God as manifested in the intellectual, emotional and relational environment of men.” Ahli falsafah Yunani yang terkenal, Plato mengatakan pendidikan bererti memberi keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani dan rohani Dilihat dari takrif yang diberikan Srajana Barat, difahamkan bahawa pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmanu dan moral supaya dibentuk menjadi manusia dan warganegara yang baik. Manakala menurut perspektif

Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih luar atau syumul. Prof. Hassan Langgulung (1987) menegaskan pendidikan sebagai merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada individu yang lain; dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden. Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) pula mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.

Konsep Pendidikan Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga. Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang

berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat. ‘Pendidikan’ di dalam Bahasa Arab Walaupun ketiga-tiga istilah (di bawah) merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’ adalah yang tepat dan sering digunakan. Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’ menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari “rabb” yang merujuk kepada Allah s.w.t sebagai pendidik umat manusia Ta’lim Firman Allah s.w.t. bermaksud : “Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.” Tarbiyah Firman Allah s.w.t. bermaksud: “...dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata), Wahai Tuhanku, cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku sesama kecil.” Ta’dib Hadith Rasulullah s.a.w. “Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”

Guru Menurut Islam Guru menurut Islam lebih tepat dikatakan sebagai “Da’i”, pendakwah yang memperjuangkan nilai-nilai tertentu, yakni nilai-nilai Islami. Seorang guru berperanan penting dalam melaksanakan misi amar ma’ruf nahi munkar, maka cirri khas seorang guru itu haruslah menyebarluaskan informasi tentang perintah dan larangan Allah SWT. Pesannya haruslah berisi usaha untuk mempengaruhi manusia agar berperilaku bersesuaian dengan ajaran Islam. Berikut adalag beberapa peranan seorang guru di dalam Islam yang patut diambil sebagai panduan: A. Sebagai Pendidik (Muaddib) Dalam kaitannya dengan fungsi edukasi yang Islami, harusalah lebih banyak menyodorkan pemberitaan yang lebih membawa muatan kepada ajaran Islam. Mendidik umat Islam agar melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Memikul tugas untuk mencegah umat Islam dan berperilaku yang menyimpang dari syari’at Islam, serta melindungi umat dari pengaruh media massa non-Islami yang anti Islam. B. Sebagai Musaddid (Pelurus Informasi) Dalam hal ini, setidaknya ada 3 hal yang harus diluruskan oleh jurnalisme Isla. Pertama, informasi tentang ajaran dan umat Islam. Kedua, informasi tentang karya-karya atau prestasi umat Islam. Ketiga, dituntut mampu menggali, melakukan penelitian tentang kondisi umat Islam di berbagai penjuru dunia. Dalam kaitannya sebagai pelurus informasi ini, jurnalistik Islam dituntut harus mampu

mengikis

fobia

Islam

(Islamopobhia)

propaganda pers barat yang anti Islam.

yang

merupakan

prioduk

C. Sebagai Mujaddid (Pembaharu) Pembaharu yang dimaksudkan adalah penyebar paham pembaharuan akan pemahaman dan pengamalan ajaran Islam (reformasi Islam). Jurnalistik Islami haruslah menjadi alat bagi para pembaharu Islam yang menyerukan Islam. Memegang teguh Al-Quran dan As-Sunnah, memurnikan pamahaman tentang Islam dan pengamalannya. Ikut serta sebagai alat memberikan informasi dalam usaha membersihkan ibadah umat dari bid’ah, khurafat, tahayul dan isme-isme asing yang non-Islam , dan menerapkannya dalam segala aspek kehidupan umat. D. Sebagai Muwahid (Pemersatu) Dalam menjalankan fungsinya sebagai muwahid ini, dimaksudkan jurnalistik Islam dapat menjadi jembatan yang mempersatukan umat Islam. Jurnalistik Islam harus mampu menerapkan kode etik jurnalistik yang berupa impartiality (tidak memihak pada golongan tertentu) dan mampu menyajikan dua sisi pandang setiap informasi. Jurnalistik Islami harus mampu membuang jauh-jauh sikap sekterian. E. Sebagai Mujahid (Pejuang) Dalam fungsinya sebagai pejuang, maksudnya mencoba menampilkan tulisantulisan yang berusaha keras membentuk pendapat umum yang mendorong penegakkan nilai-nilai Islam, menyemarakkan syi’ar Islam, mempromosikan syi’ar Islam, mempromosikan citra Islam yang positif dan rahmatan lil ‘alaamin, serta menanamkan ruuhul jihad di kalangan umat. Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling. Penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam . Akhlak dalam Islam mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. Rasulullah menerangkan "Addin atau agama ialah akhlaq yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku

pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya." Banyak lagi hadithhadith dan ayat-ayat al-Qur'an yang menerangkan tentang akhlaq tidak dapat kita perturunkan di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? Adakah persoalan- persoalan pokok yang menjadi topik-topik perbicaraan ilmu akhlaq ? Bagaimana membangunkan akhlaq ? Inilah soalan-soalan yang perlu difahami sebelum seseorang guru berjaya dalam melaksanakan tugas murni mereka. Pengertian Akhlak Dari segi bahasa, "Akhlaq ialah kata jama' dari "Al Khulq". Dalam lisan 'l Arab ia bermakna tabiat atau watak .Ia juga bermakna maru'ah, ADDIN atai FITRAH menurut Qamus 'l Muhit. Pada hakikatnya ia adalah penyifatan tentang gambaran batin seseorang. Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan kandungannya yang tersendiri. Ini mencerminkan lahiriah , sifat seseorang dan segala kandungan sifat itu. Gambaran ini samada yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan sifat yang terpuji dan sebaliknya yang tercela. Menurut Imam Al Ghazali, Al-Khulq ialah suasana kejiwaan yang mantap yang menerbitkan perbuatan, perbuatan itv terbit begitu sahaja tanpa berfikir dan merenung panjang. Sekiranya suasana kejiwaan yang menjadi sumber perbuatan itu memerlukan tindak-tanduk yang baik. Tetapi kalau muncul yang sebaliknya, maka suasana kejiwaan itu dinamakan sebagai akhlaq yang buruk. Aliran rasional dalam kalangan failasuf muslim seperti Ibnu Maskawaih menakrifkan akhlaq seperti berikut : "Sesuatu keadaan (sika) diri yang mendorong sesorang bertindak melakukan perbuatan yang serasi dengannya tanpa merenung dan berfikir panjang

Keadaan atau sikap ini terbahagi kepada dua : Yang tabi'i dan semula jadi Yang diperoleh melalui kebiasaan dan latihan sehingga menjadi sebati dan sifat diri Perbincangan Oleh sebab itu soal membangun manusia merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membanqun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasulrasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama' Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya. Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut

perlu

memperdalamkan

pencapaian

dan

peningkatkan

bentuk

penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian ber berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.

Kesimpulan Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.

Rujukan:

1) http://kamalzharif.kamaludin.net/index.php?option=com_content&task=vie w&id=17&Itemid=40 2) http://zulzaidi.blogspot.com/2008_07_01_archive.html 3) http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/2008_11_01_archive.html 4) http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007_08_01_archive.html

Related Documents