2.0
Aspek keselamatan dalam permainan bola tampar. Kecederaan boleh berlaku dalam apa jua permainan tidak terkecuali
permainan bola tampar. Ianya boleh berlakuketika latuhan atau pun pertandingan diadakan. Oleh itu, guru-guru dan jurulatih harus tahu langkah-langkah dan tindakan pencegahan yang perlu untuk memstikan risiko kecederaan untuk berlaku kurang. Jurulatih dan para pemain juga harus tahu cara untuk merawati kecederaan yang berlaku. Jenis-jenis kecederaan 1. Luka yang berlaku akibat terjatuh ke atas permukaan keras, berlanggar dengan pemain lain atau tiang jarring. Bahagian lutut, siku dan kepala merupakan tempat yang biasa terluka dalam permainan bola tampar. 2. Ketegangan dan terseliuh juga kecederaan yang biasa berlaku kepada pemain
bola tampar kerana otot, ligamen dan tendon mudah tergeliat ketika melakukan pergerakan. Selalunya otot depan dan tendon belakang lutut (quadriceps dan hamstrings) tergeliat apabila melalkukan pergerakan mengejut. Sendi pada kaki mudah terseleliuh apabila ligament di sekelilingnya mengalami tekanan berlebihan contohnya pabila tergelincir atau menukar arah pergerakan dengan cepat. 3. Bengkak. Terdapatnya lebam-lebam merah atau biru-hitam yang disebabkan
oleh terjatuh, terlanggar pemain lain atau pun tiang jaring ketika melakukan spiking atau blocking. 4. Pengsan atau tidak sedarkan diri disebabkan oleh terlanggar dengan pemain lain ataupun tiang jaring. 5. Kecederaan (a) mulut, bibir, gusi dan gigi (b) mata Biasanya disebabkan oleh pelanggaran antara pemain-pemain.
Pencegahan kecederaan
Langkah pencegahan merupakan tanggungjawab jurulatih supaya kecederaan para pemain dapat dielakkan. Jurulatih harus memastikan setiap teknik dalam permainan diajar pada langkah yang betul dan tepat. Pakaian, peralatan yang digunakan dan persediaan yang cukup juga harus dalam keadaan baik dan sesuai demi pencegahan kecederaan. Terdapat lima langkah mengatasi kecederaan.
1. Meguasai teknik yang betul- Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang
mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahirna mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul. 2. Menguasai
komponen-komponen kecergasan spesifik- pemain hrus
menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemaian yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana (a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanay tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. (b) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan
kecederaan. (c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh. 3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai- Jersi, seluar pendek
dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permaianan. Elakkan mennggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 4. Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang- Peraturan diwujudkan
untuk menjadikan permaianan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi
undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. 5. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan- jenis aktiviti yang
dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana focus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang fit mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.
Klassifikasi kecederaan mengikut paras ketenatan
Kecederaan boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan mengikut ketenatannya seperti berikut:
i. Otot-otot, tendon dan ligamen pecah, tulang patah dan sendi-sendi terkehel. ii. Tisu-tisu terganggu menyebabkan rasa tegang, terseliuh, tergeliat separa dalam otot iii. Kerosakan minimum dengan tidak ada gangguan teruk pada otot, tendon dan
ligamen. Hanya kerosakan kepada saluran kecil darah yang menyebabkan lebam (haematoma).
Rawatan kecederaan dalam sukan.
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan kecederaan yang berlaku,melegakan kesakitan dan menggalakkan kesembuhan. Tugas ini terletak di bahu pegawai fisioterapi atau paramedik dalam sesebuah pasukan. Namun, sebagai jurulatih, mereka juga harus tahu serba sedikit untuk member pertolongan cemas kepada pemain.
Seorang atlet yang tercedera tidak harus digerakkan sehingga dikenalpasti pergerakan tersebut tidak akan menanbahkan lagi keceraan pemain tersebut terutama kecederaan dalaman pemain. Pembantu pertolongan cemas boleh merawat segera kecederaan seperti luka, terseliuh, kejang dan rasa tegang. Apabila kecederaan tisu lembut berlaku, salurah darah yang kecil tergeliat dan darah keluar menyebabkan lebam dan bengkak. Tindakan cepat harus diambil untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak melalui kaedah RICE.
R- rest (rehat) I- ice (ais) C- compression (pemampatan) E- elevation (penaikan)
Rehat untuk 24 jam dalah untuk mengawal pendarahan lanjutan yang mungkin berlaku. Ais diletakkan di tempat yang tercedera selama 20 minit setiap 2 jam pada 24 jam yang pertama. Ini akan melegakan kesakitan, bengkak dan pendarahan yang berlanjutan. Ais dibalut dengan menggunakan tuala basah. Ais tidak boleh bersentuhan dengan kulit secara terus. Pemampatan kecederaan dengan menggunakan pembalut krep akan menahan darah keluar dan mengurangkan bengkak. Tetapi, balutan tidak boleh terlampau ketat kerana ianya kan menghalang pengaliran darah. Penaikan menolong mengurangkan bengkak dan menahan kehilangan darah. Anggota badan yang cedera perlu diangkat melebihi paras jantung dalam masa 24 jam. Luka dalam (deep) di bibir, kening, kulit kepala mungkin memerlukan jahitan. Tekanan teguh (firm pressure) dengan pad kapas di atas luka biasanya akan menahan pendarahan. Pesakit harus dihantar ke hospital segera untuk dijahit bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Rawatan pemulihan
Kecederaan kumpulan 1 Kecederaan teruk seperti fraktur tulang dan sendi terkehel memerlukan minimum masa 6 minggu untuk menjadi lumpuh sebelum pemulihan dijalankan. Kecedaraan seperti ini memerlukan rawatan rapi. Kecederaan kumpulan 2 1. Ligamen atau sendi (bila rawatan RICE diberikan), gerakkan anggota yang cedera untuk meregangkan sebarang tisu parut yang terbentuk supaya kembali ke perjajaran autonomi yang betul. 2. Otot-otot tendon- selepas 24 jam (bila rawatan RICE diberikan), dengan lembut, regangkan otot-otot cedera selama 10 minit setiap pagi dan malam dan seminit setipa jam. Tujuannya untuk mencegah pengecutan tisu-tisu oleh pembentukan tisu parut. Apabila regangan lembut menjadi selesa, lakukan pula regangan lebih aktif dan kekuatan static boleh dilakukan. Kecederaan kumpulan 3 Untuk lebam, selepas rawatan RICE pada 24 jam yang pertama, latihan biasa boleh dijalankan oleh atlet.
Pencegahan kecederaan oleh jurulatih
Kecederaan berlaku
Pemulihan oleh jurulatih, doctor dan ahli fisioterapi
Pertolongan cemas oleh jurulatih
Rawatan oleh doktor
Carta alir kecederaan dalam sukan