ANCAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME[1] Oleh : Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari AJK Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1.0 LATARBELAKANG Nabi SAW telah mengingatkan kita tentang kemunculan pelbagai fitnah diakhir zaman. Hal ini terbukti apabila kita menelusuri kitab-kitab hadis yang memuatkan pelbagai karenah fitnah samada bermula sekecil-kecil fitnah sehinggalah menumpahkan darah. Walauapapun fitnah yang melanda, pegangan yang bersumberkan kepada petunjuk Al-Qur’an, al-Sunnah serta bimbingan ulamak ahli al-Bayt sentiasa berdiri di atas kebenaran. Hal ini jelas sebagaimana jaminan Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Ku tinggalkan kepada kalian dua pusaka. Pertamanya Kitab Allah. Padanya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah dan berpeganglah dengannya. Dan (keduanya) ialah sanak saudara keturunanku. Semoga Allah mengingatkan kamu terhadap kaum keluargaku…(3x)”[2] Selain itu, terdapat juga hadis lain menuntut kita supaya mengikuti autoriti al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber pegangan utama. Bahkan kewujudan golongan yang membela agama juga sentiasa mengatasi apa jua bentuk kesesatan, keadaan dan cabaran yang mendatang. Lebih meyakinkan kita bahawa Allah sendiri memberi jaminan bahawa agama Islam ini tetap teguh terpelihara walaupun cuba diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan ucapan mereka. Dan allah tetap menyempurnakan cahayaNya [ [
meskipun orang-orang kafir membencinya.”[3] Walaupun kemunculan fahaman sesat sering berlaku setiap zaman, namun kita perlu menyedari bahawa ancaman di zaman ini bukan sekadar berhadapan dengan kesesatan aliran pemikiran tauhid dan metafizik Yunani. Akan tetapi, kita sebenarnya berhadapan dengan aliran pemikiran moden yang berjaya mensinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat. Tuntasnya, mereka mengaku beragama Islam dan mengamalkan isi kandungannya akan tetapi menurut perspektif barat. Sedarlah, firman Allah SWT : “Orang-orang kafir itu merancang tipu daya. Dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”[4]
2.0 PENGENALAN ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada kurun ke-16 dan ke-17 ketika zaman Renaissance. Iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak gereja. Zaman itu, agama Kristian di kawal oleh Roman Katolik. Pihak gerja berkuasa penuh dalam menafsirkan Injil. Manakala orang awam tidak sesekali dibenarkan untuk menafsirkannya. Mereka yang didapati menentang akan disiksa dengan pelbagai bentuk siksaan. Akibatnya, muncul pelbagai mazhab dalam Kristian seperti Protestan, Anglican, Prebisyterian, Lutheran dan lain-lain. Pendapat ini mempunyai jurang perbezaan yang luas antara satu sama lain sehingga menjelmakan kaedah “kebenaran itu tidak selamanya benar dan perlu dinilai semula.” Tindakan ini benar-benar menjadikan Injil sebagai unsur manusia. Iaitu masing-masing memahami injil dengan bahasa dan tafsiran sendiri. Oleh itu pengolahan dan [ [
penggubahan dalam memahaminya terus berlaku apabila dirasakan intisarinya tidak releven lagi dengan keadaan semasa. Rentetan dari idea di atas, muncul pula John Hick mempelopori pendapat bahawa semua agama boleh diterima kerana tujuannya yang satu. Cuma cara dan pendekatan sahaja yang berbeza. Maka lahirlah apa yang dinamakan pluralisme. Apabila menyedari serangan fizikal tidak mampu menggugat umat Islam, maka timbulnya alternative baru untuk menyerang Islam dari dalam. Iaitu menerusi serangan pemikiran. Maka pihak barat yang diterajui Yahudi dan Kristian berusaha menggali ilmu Islam dan mengkaji sumbernya serta mencari apa jua kelemahan umat Islam yang boleh diserang. Akhirnya mereka menubuhkan bahagian pengajian Islam di Universiti-universiti di Eropah dengan menggulagulakan beberapa ulamak sebagai pensyarah jemputan bagi menarik minat umat Islam mendapat pendidikan di sana. Apa yang penting bagi mereka ialah ‘racun’ pemikiran yang dihidangkan dapat ditelan dengan sempurna. Lantaran itu, tidak hairanlah kita dikejutkan dengan kemunculan golongan Jamaah al-Qur’an Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan Osman Ali satu waktu dahulu. Mereka begitu gigih mengajak masyarakat kembali kepada Al-Qur’an dengan pengolahan yang baru. Dalam masa yang sama mereka cuba menilai kembali kedudukan al-Hadis. Mereka sebenarnya adalah anti hadis. Mutakhir ini, muncul pula Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang dipimpin oleh Ulil Absar Abdullah. Kerancakkan pemikiran ini seterusnya merebak ke negara kita setelah pengharaman fahaman ini di buat oleh Majlis Ulamak Islam Indonesia (MUI). Maka lahirlah fahaman-fahaman yang senada dan seirama dengan pemikiran Ulil Absar oleh beberapa individu seperti Farish A. Noor[5], Akbar Ali[6], [ [
Zainah Anwar[7] yang menunjangi Sister In Islam (SIS). Walaupun tidak segagah gelora kemunculan Islam Liberal di Indonesia (JIL), namun dalam beberapa hal mereka dilihat begitu agresif mengkritik dan mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri dengan pelbagai gaya dan ruang. Maka perhatilah dengan sebaik-baiknya.
3.0 DEFINISI ISLAM LIBERAL Sebelum metodologi Islam Liberal dibongkar dengan lebih mendalam, sayugianya definisi terhadap Islam Liberal perlu diambil kira supaya semua pihak jelas dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik penjenamaannya. Dalam kes ini, penulis cuba memecahkan definisi kepada dua komponen utama. Iaitu : 3.1 Lafaz Islam Liberal : Perkataan Islam Liberal sebenarnya terdiri dari dua cantuman lafaz yang berbeza. Iaitu antara lafaz Islam dan lafaz Liberal. Islam dari sudut bahasa bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat. Manakala dari sudut istilahnya pula Islam merujuk kepada satu cara hidup yang perkenankan oleh Allah melalui syariatNya yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia dan Jin. Ternyata lafaz Islam begitu harmoni dengan kehidupan insani. Menurut kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas. Ia juga dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka Iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya[8]. Lafaz ini membuka seluas-luasnya ruang kepada akal dan nafsu untuk menerawang kebebasan mutlak. Ternyata cantuman lafaz dan pengertiannya terlalu sembrono. [ [
4.2 Maksud Islam Liberal : Apabila kita mengakses laman web Jaringan Islam Liberal didapati mereka menafsirkan maksud liberal seperti berikut : “Nama "Islam liberal" menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, yaitu Islam yang menekankan kebebasan pribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. "Liberal" di sini bermakna dua: kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahwa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbedabeda sesuai dengan kebutuhan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, yaitu "liberal". Untuk mewujudkan Islam Liberal, kami membentuk Jaringan Islam Liberal (JIL)[9].” Demikian tafsiran dan alasan mereka. Berdasarkan kepada tafsiran ini dapatlah disimpulkan bahawa Islam Liberal bermaksud sekumpulan golongan[10] yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional yang bersifat menyeluruh tanpa sebarang had. Sebenarnya, mereka mencipta istilah ini bagi membuktikan bahawa kononnya golongan merekalah yang memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan yang sebenar. Sedangkan mereka menuntut satu kebebasan yang melampaui batasan syariat Islam itu sendiri. Iaitu kebebasan dalam memberikan pandangan secara terbuka yang tidak terikat kepada pemikiran Islam bahkan melebihi had ajaran Islam itu sendiri. Sedangkan Islam mempunyai prinsip al-Hurriyyah yang tersendiri berasaskan wahyu. Apa yang dituntut oleh golongan Islam Liberal ialah al-Hurriyyah alFikriyyah wa al-I’tiqadiyyah. Iaitu satu konsep kepercayaan yang mengatakan tiap-tiap individu mesti diberi kebebasan (supreme importance) dalam kehidupan social. Suara dan hak kebebasan ini cuba diperoleh mereka melalui prinsip peluang sama rata (equality of opportunity). Mereka berpendapat semua orang memiliki hak mutlak untuk memerintah, mencari harta, bercakap dan mengemukakan [ [
kepentingan masing-masing. Kita melihat, apabila kedua lafaz yang berbeza ini (Islam – Liberal) cuba disatukan maka ia membawa cantuman yang songsang. Bahkan saling bertentangan antara kedua lafaz tersebut. Justeru di dapati bahawa lafaz sebegini tidak pernah digunakan dalam bahasa arab. Malah penggunaan tidak berpijak kepada sebarang dalil bahasa. Bahkan pertentangan maksud antara kedua lafaz ini memberikan kita satu petunjuk bahawa lafaz ini sengaja direka bagi membebaskan Islam dari keterikatan sumbernya. Situasi ini dilihat cuba menjatuhkan imej Islam itu sendiri. Maka sebarang rekaan yang tidak berpaksikan kepada dalil agama bahkan bertentangan dengan dalil-dalilnya merupakan satu bid’ah yang sesat lagi menyesatkan. Jelas kepada kita bahawa istilah Islam Liberal merupakan istilah rekaan yang menyimpang dari landasan Islam. kedudukan istilah bagi melambangkan kebebasan yang mutlak sebenarnya bertentangan dengan Islam yang menghadkan kebebasan berasaskan prinsipprinsipnya yang tertentu. Berdasarkan kepada tafsiran dan alasan mereka juga dapatlah dirumuskan bahawa sandaran liberal kepada Islam merupakan sandaran kosmetik belaka. Hakikatnya perjuangan mereka mempunyai racun yang berbisa.
3.2 Klasifikasi Islam Liberal : Secara umumnya, terdapat dua jenis liberal. Iaitu liberal yang bercorak klasik dan modern. Liberal klasik lebih menekankan hak asasi dan undang-undang semulajadi merangkumi moral, politik, ekonomi dan sosial. Manakala liberal moden lebih menekankan dasar-dasar awam melalui pengalaman, penelitian dan praktis. System liberal moden selalu menumpang dalam corak pemerintahan demokrasi.
Manakala liberal klasik pula lebih bersikap koservatif yang membantak pengawalan kerajaan dalam aktiviti ekonomi. Paling tuntas, status Islam liberal semuanya menyeleweng samada liberal klasik mahupun moden kerana ideology yang diperjuangkan bertentangan dengan prinsip islam itu sendiri. Iaitu idea memperjuangkan kebebasan melebihi batasan syariat Allah. Justeru, penisbahan ini tidak sepatutnya dibiarkan.
4.0 FENOMENA KEMUNCULAN Terdapat beberapa factor utama yang menunjangi kemunculan golongan Islam Liberal. Antaranya ialah : 4.1 Cabaran Terhadap Umat Islam Sendiri. Situasi ini telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW sendiri yang mengingatkan kita tentang fitnah yang berlaku di akhir zaman. Antaranya berdasarkan kepada riwayat al-Syaikhan dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud: “Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi, ‘Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku bertanya lagi, ‘Apakah asap itu ya Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.” Al-`Allamah Syeikh Said Hawa mengaitkan hadis ini dengan zaman
kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’ berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya penyeru-penyeru ke pintu neraka.”[11] Berdasarkan kepada hadis di atas dan selainnya membuktikan kepada kita bahawa Islam dan umatnya sentiasa dicabar oleh musuhmusuhnya. Ia bukan bermaksud Allah sengaja ingin menyusahkan umat Islam itu sendiri. Sebaliknya, kewujudan musuh membuatkan kita sentiasa berwaspada dalam mengatur langkah agar tidak terperangkap dalam jerangkap mereka. Malahan memberi kesedaran kepada para ulamak supaya lebik proaktif dalam memainkan peranan mereka. Di samping itu, kewujudan cabaran dilihat mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Cabaran sebenarnya penting bagi umat ini kembali merenung kekuatan dan kelemahan mereka. Tanpa cabaran tentunya kita tidak menyedari di mana kedudukan kita yang sebenarnya. Apatah lagi untuk memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih aktif dalam memacu kekuatan dan menerajui pembangunan manusia. Selain itu, khabar di atas juga menggambarkan kepada kita betapa pandangan Rasulullah SAW merentasi masa, tempat dan keadaan. Maka situasi ini menuntut kita untuk berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW yang terpancar daripada hidayah Allah. 4.2 Usaha Pembaratan Terhadap Umat Islam Melalui Pengaruh Orientalis. Sebenarnya usaha pembaratan bermula semenjak Perang Salib lagi. Mereka mendapati bahawa Umat Islam tidak dapat dikalahkan secara berhadapan selagi mereka berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Akhirnya satu strategi dilaksanakan bagi memesongkan perhatian umat ini terhadap intisari al-Qur’an. Lantaran itu mereka mencipta pelbagai terminology bagi mengelirukan umat Islam. Maka muncullah [
istilah seperti Islam Tradisional–Modern, Islam Moderate– Fundamentalis, Islam Legalistik, Islam formalistic Subtantif, Islam Cultural, Islam Inklusif-Eksklusif dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka juga memperkenalkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan muncul pula Islam Liberal. Sebenarnya pemikiran liberal di barat berasal dari tradisi pemikiran Yahudi. Buktinya Leonard Binder[12] telah memperincikan beberapa agenda penting dalam bukunya Islamic Liberalisme : A Critique of Development Ideologies. Dalam buku ini beliau menjelaskan bahawa pergerakan Islam liberal perlu didukung dan disebarluaskan berasaskan kepada rational discouse. Gerakan ini digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Iaitu menjelmakan satu pemerintahan ala barat bagi sesuah Negara sebagai penyambung lidah Yahudi. Buktinya Leonard menjelaskan : “Liberal government is the product of a continuous process of rational discourse. Political Liberalism in this sense, is indivisible. It will either prevail worldwide, or it will have to be defended by nondiscursive action.”[13] Selain Leonard, muncul pula Charles Kurzman[14] memperkenalkan istilah dan gerakan baru kepada dunia Islam di dalam bukunya yang berjudul Liberal Islam : A Sourcebook.[15] Buku ini menghimpunkan karya 32 orang penulis dari 19 negara termasuk artikel Nurkholis Madjid yang berjudul Penyegaran Kembali Pemahaman Keagamaan di Kalangan Umat Islam Indonesia.[16] Walaupun ditulis dengan gaya pemkiran falsafah moden dan terbuka ia sedikit sebanyak mampu menerapkan liberalisasi pemikiran dikalangan masyarakat. [ [ [ [ [
Di dalam buku ini juga, Charles secara jelas mengatakan bahawa para penulis buku ini kesemuanya berorientasikan fahaman liberal. Di mana secara khususnya mereka menentang kebangkitan Islam secara halus.[17] 4.3 Kelemahan pemimpin Islam, kejumudan ulamak dan kejahilan masyarakat. Dalam mengupas factor ini, penulis mendatangkan contoh Khilafah Uthmaniyyah sebagai bahan renungan dan tauladan buat semua. Sebagai contoh, dasar pembangunan kerajaan Uthmaniyyah pada abad ke-16 yang lebih berorientasikan pembangunan fizikal dan ketenteraan menyebabkan pegembangan bahasa arab terabai. Pengabaian ini menyebabkan usaha memahami dan mengkaji Islam secara mendalam terbantut. Banyak ruang pemikiran dan pelaksanaan agenda pembangunan Islam tertutup. Ramai dari pemimpin umat islam hidup dibuai mimpi indah. Manakala para alim ulamak pula kebanyakkannya memfokuskan kepada permasalahan tekstual yang lebih bersifat feqhiyyah. Malah terdapat sebilangan dari mereka yang selesai dengan kehidupannya tanpa mengambil berat permasalahan ummat. Apatah lagi untuk melahirkan idea-idea yang bernas yang dapat disumbangkan bagi pembangunan Negara. Kemajuan tamadun Eropah juga memperlihatkan kemajuan antara abad ke-16 hingga ke 18M turut menjadi factor. Situasi ini menyebabkan dunia Islam terpencil. Kerajaan Uthmaniyyah mula tertarik dengan kejelitaan Eropah. Manakala umat Islam pula merasakan ilmu pengetahuan di eropah perlu diintegrasikan supaya Uthmaniyyah mendapat standard yang sama. Maka selaras dengan revolusi di Perancis, pada tahun 1816 didapati bahawa sekolah-sekolah di mesir sudah menerima pakai pemikiran-pemikiran Voltaire, Rostow, [
Montesquieu dan lain-lain. Maka bermulalah pergeseran tamadun civilisasi dengan Islam. Dan akhirnya memunculkan fahaman nasionalisme yang menggalakkan pembebasan wilayah Uthmaniyyah mengikut identity bangsa masing-masing. Imperialis barat pula berhasil meletakkan penguasa-penguasa tempatan bagi mengukuhkan cengkaman mereka dalam mengukuhkan penjajahan bentuk moden. Dan inilah hakikat yang berlaku dan terpaksa diterima walau amat pahit untuk ditelan. Kini, isu kelemahan pemimpin Islam, kejumudan para alim ulamak dan kejahilan masyarakat kembali menghantui kita. Ya, ketidakpekaan pemimpin terhadap isu-isu sensitive umat Islam menyebabkan kemasukan idea liberal dan pluralisme dipandang sepi. Kelembapan para ulamak untuk bersuara, berhujah dan menjadi penggerak ilmu masyarakat mengakibatkan umat ini berada dalam kegelapan dan ketandusan idea. Apatah lagi untuk mengenal sesuatu aliran pemikiran yang ada. Umat yang lemah hanya menyaring sahaja apa jua pemikiran yang mendatang asalkan dilihat rasional dengan gaya dan keperluan hidup mereka. Justeru, semua pihak harus menyedari hakikat ini. Bahkan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi dalam mendokong pegangan dan pemahaman yang benar.
5.0 DASAR-DASAR PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL Sebelum kita menerokai dasar-dasar pemikiran Liberal, maka asas umum yang menjadi momentum kepada ideanya perlu di ambil kira. Antara gagasan pemikiran Islam Liberal sebagaimana yang dikemukakan Charles Kurzman adalah seperti berikut : a) Syariat liberal, “liberal shari’a” argues that the revelations of the Quran and the practices of the Prophet command Muslims to follow liberal positions;
b) Syariat diam, the “silent shari`a,"holds that coexistence is not required by the shari`a, but is allowed. This trope argues that the shari`a is silent on certain topics-not because divine revelation was incomplete or faulty, but because the revelation intentionally left certain issues for humans to choose; c) Penafsiran syariat (interpreted shari’a), this third trope suggests that religious diversity is inevitable, not just among religious communities but within Islam itself Secara ringkas, idea-idea ini dijadikan bahan anjakkan dalam melahirkan beberapa dasar pemikiran Islam Liberal. Antara dasardasar pemikiran Islam Liberal adalah seperti berikut : 5.1 Pluralisme Agama (Kesatuan Agama) Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep keseluruhan. Iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan. Justeru, mereka menganggap masyarakat beragama Islam perlu menerima teologi pluralis dan kefahaman yang menghubungkan semua agama (Lintas agama). Sebagai contoh, Nurkholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari. Beliau mengibaratkan pluralisme seperti roda, pusat roda itu adalah tuhan dan jarring-jaring adalah simbolik dari perbagai agama. [18] Demikian juga pendapat yang dikemukan oleh Alwi Shihab di dalam bukunya Islam Inklusif : Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma’idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid, Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi. [
Ulil absar Abdalla pula mengatakan : “Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”[19] Bertitik tolak dari fahaman ini, mereka menyimpulkan bahawa semua agama adalah sama. Dengan itu mereka begitu mudah menghalalkan perkahwinan antara penganut yang berbeza agamanya. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari hasil ijtihad dan pembaharuan hukum pada dimensi Islam. Paling tuntas, dasar inklusif-pluralis ini sebenarnya menyimpang dari kebenaran. Bahkan mengutamakan kehendak akal dan nafsu semata-mata. 5.2 Al-Qur’an sebagai produk budaya. Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman” disebabkan mereka mendakwa al-Qur’an merupakan susunan katakata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah bhawa teks al-Qur’an dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk budaya. Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di dalam al-Qur’an hanyalah sesuai dengan sosiobudaya, ekonomi dan politik masyarakat arab abad ke-7 sahaja. Oleh itu, adalah tidak sesuai jika ia hendak dipraktikkan tanpa sebarang kajian dan menilai hikmah disebalik penurunan ayat tersebut.[20] Tidak cukup dengan teori logic di atas, Nasr Hamid Abu Zayd dengan keras mengkritik metodologi ulamak tafsir Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau mendakwa autoriti tafsir bukannya dimiliki oleh mufassirin terdahulu. Bahkan beliau berpendapat bahawa para mufassir telah melakukan satu kesilapan besar kerana menafsirkan sesuatu ayat dengan unsur kenabian dan penurunan wahyu. Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi[21] dari Mesir yang [ [ [
mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Qur’an adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari akhirat.[22] Manakala Muhammad Arkoun[23] menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Qur’an. Dan beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-qur’an merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Budhha, injil Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Qur’an itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam bentuk bertulis.[24] 5.3 Kritikan dan Penghinaan terhadap Rasulullah SAW Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah SAW hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu. Sesiapa sahaja mampu mengambil alih sifat Nubuwwah apabila memimpin manusia ke arah kebaikan.[25] Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah SAW sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda SAW. Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Qur’an dan al-Sunnah dianggap sebagai menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal. Maka tidak hairanlah jika terdapat tokoh-tokoh tertentu di Negara kita yang lantang melemparkan kritikan dan penghinaan kepada Baginda [ [ [ [
SAW. Antaranya mereka menuduh Baginda tidak mencukur janggut kerana dahulunya tida ada pisau cukur. Baginda memakai serban kerana bentuk muka bumi Makkah dan Madinah berpasir. Lebih sadis lagi mereka menuduh Baginda sebagai bernafsu seks yang kuat dengan memiliki ramai gundik. Malah sebahagian mereka menganggap kepimpinan Baginda hanyalah sekadar Pegawai Daerah sahaja. Maka perhatikanlah alangkah hitamnya hati dan betapa busuknya pula mulut-mulut jahat mereka. 5.4 Penafsiran semula Agama Islam. Tajdid dan Ijtihad merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Sayangnya, ia disalah tafsir oleh golongan Islam Liberal. Hal ini terbukti apabila mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu Usul Tafsir, Usul al-Hadis, al-Jarh wa Ta’dil adalah ilmu buatan manusia yang tidak terlepas dari kesilapan dan kecacatan. Oleh itu, mereka sesekali tidak menggunakan ilmu ini. Bahkan penggunaannya dilihat mampu mengekang tafsiran bebas mereka terhadap Islam. Golongan ini juga tidak menghormati para ulamak Islam. bagi mereka ulamak hanyalah manusia biasa yang terikat kepada pentafsiran jumud ulamak sebelumnya. Para ulamak dianggap menyembah teks. Apabila pendapat mereka dilihat bercanggah dengan para ulamak, mereka mengatakan bahawa pendapat ulamak boleh diterima dan ditolak. Demikianlah seni putar belit yang hebat yang ditunjukkan oleh penyeleweng zaman moden. Maka berhati-hatilah. 5.5 Mentafsir Al-Qur’an secara Hermeunatika. Kaedah pentafsiran al-Qur’an secara hermeunatika seringkali diwarwarkan orientalis dan pemikir Muslim modern seperti Aminah Wadud, farid esack, Asghar ali Engineer, Hassan Hanafi, nasr hamid Abu Zayd dan lain-lain. Sebenarnya, hermeunatika merupakan satu kaedah pengkajian prinsip
umum yang terdapat dalam Bible. Golongan ini cuba memperkenalkan hermeunatika sebagai kaedah baru bagi merungkai penyembahan teks sekaligus membuka ruang penafsiran yang lebih luas dan bebas mengikut citaras mereka. Timbul persoalan, apakah umat Islam memerlukan bantuan hermeunatika dalam memahami tuntutan sebenar al-Qur’an. Ternyata, tidak sesekali. Ini kerana metodologi penafsiran al-Qur’an sebenarnya jelas berdasarkan beberapa factor seperti kaedah bacaan, sebab-sebab turun ayat, I’rab al-Qur’an, Gharib al-Qur’an, mufradaat, I’jaz al-Qur’an, kelebihan al-Qur’an dan lain-lain yang berkenaan. Sedangkan kaedah hermeunatika diasaskan kepada tafsiran relative, disulami sangkaan, keraguan dan pengalaman kehidupan sematamata. Justeru, bagaimana sesuatu yang kukuh hendak digantikan dengan sesuatu yang lumpuh. Perhatikanlah.
5.6 Menilai semua hadis-hadis Rasulullah SAW. Golongan ini menganggap bahawa hadis-hadis Rasulullah SAW perlu dinilai semula sekalipun ianya tercamtum di dalam kitab-kitab sahih. Mereka tanpa segan silu mengatakan bahawa sebahagian besar hadis bukan dari Nabi SAW. Sebaliknya hanya ciptaan individu tertentu yang jelas mempunyai kepentingan. Hadis-hadis mutawattir hanyalah melambangkan sejarah peradaban zaman awal Islam sahaja. Ia tidak sesuai lagi untuk diamalkan di zaman ini. Masya Allah. Selanjutnya, hadis-hadis yang berkaitan dengan al-Sam’iyyat dan alGhaibiyyat dianggap sebagai bahan rekaan perawi hadis. Bahkan perkhabaran ini dianggap sebagai cerita-cerita rekaan berunsur tahyul dan mistik belaka.[26]
[
5.7 Menilai semula hukum feqah Aliran ini mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menilai hukum feqah. Iaitu apa yang diambil adalah tujuan hukum iaitu maslahat bukannya bentuk hukum berkenaan. Justeru, ketentuan hukum boleh diubah berdasarkan maslahat manusia. Sebagai contoh, pembahagian harta fara’idh boleh diubahsuai mengikut keadilan ahli waris, hak suami menjatuhkan talak boleh dilupuskan dan kes-kes perceraian hanya boleh diputuskan hakim mahkamah biasa, poligami dilarang, wanita diberikan hak samarata dalam persaksian jenayah, kes hudud boleh diubahsuai mengikut peradaban zaman, arak tidak haram jika tidak memabukkan, masa ibadat seperti solat, haji dan puasa boleh diubahsuai mengikut keperluan individu dan menutup aurat hanyalah peradaban di zaman awal islam sahaja. Selain isu-isu yang difokus di atas, golongan ini juga turut memperjuangkan isu kesetaraan gender dan feminisme. Sebenarnya banyak lagi isu-isu agama yang telah, sedang dan akan diketengahkan mereka. Dan kita melihat 11 tuntutan yang yang dikemukakan oleh IFC sebenarnya didalangi oleh golongan Islam Liberal. Dan sebahagian dari pemimpin kita memberi sokongan kepada perjuangan mereka. Situasi ini sebenarnya amat melukai hati kita. Maka sedar dan bangkitlah wahai pencinta agama Allah! Justeru, kita perlu melipatgandakan usaha untuk menangkis idea-idea yang gila ini dari mempengaruhi masyarakat dan anak-anak cucu kita. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk membongkar setiap inci penyelewengan mereka.
6.0 KESIMPULAN Setelah kita memahami dan menhayati dasar-dasar pemikiran
golongan ini, maka jelaslah kepada kita bahawa aliran ini memberi ancaman yang besar terhadap ketulinan agama islam itu sendiri. Antaranya ialah : 6.1 Aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk barat yang jelas bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan boleh menjadikan seseorang itu sesat, dan terkeluar dari agama Islam. Maka tidak hairanlah jika Panel Kajian Syariah JAKIM dan Muzakarah Ulamak Ipoh 2006 mengklasifikasikan fahaman ini sebagai sesat dan menyesatkan. 6.2 Pemikiran Liberal ternyata menyumbang kepada perpecahan umat Islam sesebuah Negara. Bahkan meragut kesucian akidah umat Islam sedikit demi sedikit sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Lantaran itu Majlis Ulamak Islam (MUI) telah memfatwakan pengharaman pemikiran Islam Liberal pada 25 Julai 2005. 6.3 Kehadiran Muslim Liberal memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuh Islam bagi menyuntik perancangan jahat mereka untuk melemahkan umat Islam supaya umatnya drop-out dari arus perdana. Dan tidak syak lagi bahawa kemunculan IFC yang mempertikai keistimewaan Islam sebagai agama rasmi adalah hasil anjakan pemikiran Liberalisme. 6.4 Kehadiran Muslim Liberal juga sebenarnya satu usaha menghidupkan watak-watak munafiq zaman awal islam untuk disesuaikan dengan peradaban zaman kini. Maka berwaspadalah dengan tokoh-tokoh munafiq moden ini. 6.5 Pihak berwajib seperti JAKIM, Kerajaan Negeri, JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah, NGO Islam, cendikiawan Islam dan masyarakat perlu bergabung tenaga dalam usaha menangkis dan membongkar penyelewengan golongan Islam Liberal. Bahkan tindakan bersepadu dan menyeluruh perlu diambil bagi menyekat penularannya.
[
1] Kertas kerja ini dibentang pada seminar Wacana Ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran Jabatan Agama Islam Pahang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, pada 21 hb Jun 2006, jam 9.00 pagi – 11.00 pagi. Dan dibentang pula di Dewan JAIP, Kuantan pada 22hb Jun 2006. Kini ia dibentang di Surau alNajjahiyyah, Seksyen 19, Shah Alam, pada 17hb Ogos 2006, jam 8 9:30 mlm [ 2] hadis riwayat Muslim, jld 3, hlm 1873 no: 2408. Selain itu hadis ini juga wujud di dalam Sunan al-Tirmidzi dengan lafaz yang sedikit berbeza. Tetapi apa yang lebih jelas berdasarkan Firman Allah pada surah al-Ahzab ayat 33 yang menuntut kita mengasihi keturunan Baginda SAW. Ini tidak beerti kita condong kepada fahaman Syiah sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pelampau agama. [ 3] Surah al-Shaff ayat 8 [ 4] surah al-Imran ayat 54 [ 5] Beliau ialah seorang ahli akademik yang berlatarbelakangkan pendidikan sains politik dan falsafah. Dan bertugas sebagai penganalisa akademik di Zentrum Moderner Orient, Berlin, Jerman. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi SAW telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang bukan Islam yang bernama Rayhana sehingga ke akhir hayatnya. (Farish A. Noor, Let Islam lead way with progressive view on sexuality : New Straits Times, 4 Nov 2000) [ 6] Beliau pernah mengeluarkan kenyataan menghina Ulamak : “Mungkin serban-serban Mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras dari semasa ke semasa, ulamak selalu mengeluarkan pengumuman [ [ [ [ [ [
yang tidak masuk akal dan bodoh.” (Akbar Ali, Now the Mufti Blame Hindi Film : The Sun, 21 Februari 2000). Akbar Ali juga mendakwa alQur’an membenarkan murtad sebanyak 2 kali dalam rencananya yang berjudul Many Side To Tudung Issue : The Sun, 12April 2000. [ 7] Beliau merupakan Pengarah Eksekutif kepada Sister In Islam (SIS). Beliau pernah menulis : “…Sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Qur’an bukanlah milik para ulamak semata-mata. (utusan malaysia, 26 september 2000) [ 8] Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kementerian Pelajaran Malaysia) boleh dicapai melalui www.karyanet.com.my [ 9] www.islamlib.com/id/tentangkami.php [ 10] samada muslim dan bukan muslim. [ 11] Syeikh Sa`id Hawa, Al-Madkhâl Ila Dakwah Al-Ikhwân AlMuslimin, ( Kaherah : Maktabah Wahbah, 1996) [ 12] Beliau merupakan salah seorang sarjana barat berketurunan Yahudi yang bertanggungjawab mencetuskan pergerakan Islam Liberal pada era 80-an. [ 13] Leonard Binder, Islam Liberal, (Yogyakarta : Pustaka Pelajar, 2001) hlm 5 [
14] salah seorang profesor Sosiologi Agama di Universiti North Carolina, Amerika [ 15] diterjemahkan oleh Bahrul Ulum dan Heri Junaidi dengan tajuk [ [ [ [ [ [ [ [ [
Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini (Contemporary) tentang Isu-isuGlobal dan diterbitkan oleh Paramadina-Jakarta, 2001. [ 16] Dalam buku ini NurKholis Madjid berusaha mentakrifkan ad-Din itu sebagai keseluruhan agama yang ada. Malah perbuatan syirik kaum musyrikin Mekah juga dianggap sebagi agama oleh beliau. Buktinya, beliau mengatakan : “Di situ terjadi inkonsistensi yang nyata, iaitu perkataan ad-din dipakai juga untuk menyatakan agama-agama yang lain, termasuk agama syirik orang-orang Quraisy Mekah. Jadi, erti kata itu memang agama, kerana itu, Islam adalah Agama.” (Charles Kurzman, (ed.) Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini (Contemporary) tentang Isu-isuGlobal, (Jakarta : Paramadina, 2001), hlm. 502). Sebenarnya, ini adalah manifestasi penyelewengan Nurkholis yang amat jelas. Kenyataannya yang menganggap agamaagama lain dan perbuatan syirik dikenali sebagai al-Din jelas bertentangan dengan Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah ialah Islam.” Ayat lain juga turut menjadi saksi bahawa barangsiapa yang mencari agama selain dari Islam maka ia tidak akan diterima. Kelak di akhirat nanti dia termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi.” Dalam memutuskan kes ini, Nurkholis harus ingat bahawa dia tidak patut memeraskan akalnya dalam usaha mencari takrif agama. Ini kerana takrifan al-Din itu sendiri telah dimuktamadkan oleh Allah SWT. Akhirnya, pemerasan akalnya itu membuktikan betapa singkatnya pemikiran beliau sendiri. Beliau mengajak kita bersikap rasional ternyata beliau juga tidak menerima rasional tersebut. Rasionalisme beliau gagal menyelami realti Islam itu sendiri. Jika ditinjau secara mendalam, Islam merupakan satu-satunya agama yang mengatur urusan kehidupan secara holistik samada merangkumi ilmu mengurus diri (‘Aini) mahupun ilmu mengurus sistem (Kifayah). Manakala agama-agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Budhha dan lainlain tidak menawarkan solusi kehidupan yang sempurna sebagaimana Islam. Maka ketidaksempurnaan itu menyebabkan agama tersebut tidak selari dengan sistem cara hidup manusia. Apatah lagi untuk dianggap sebagai al-Din. Justeru, apakah nilai sebuah rasional yang [
diperkenalkan mereka. Ternyata nilai itu hanya selari dengan tunggangan hawa nafsu mereka sahaja. [
17] Adian Husaini, MA, Islam Liberal : Sejarah, Konsepsi, Penyimpangan dan Jawabannya, ( Jakarta : Gema Insani Press, 2002, hlm. 9. [
18] Nurkholis Majid, Islam : Doktrin dan Peradaban, (Jakarta : Paramadina, 1995), h. xxvii [
19] Majalah Gatra, 21 Disember 2002 20] Nirwan Syafrin, Syariat Islam : Antara Ketetapan Nas dan Maqasid al-Syariah, Jakarta : Islamiyah Kahirul Bayan, 2004 hlm 86 [ 21] Beliau ialah seorang pensyarah falsafah di Universiti ‘Ain Syam, Kaherah, Mesir [ 22] Al-Muslimun, London, 1 Ogos 1991, hlm 3 [ 23] Beliau merupakan seorang professor Pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis [ 24] Muhammad Arkoun, Rethinking Islam today, t.thn, tpt, hlm 24 [ 25] Ahmad Akhyari Ismail, Membongkar Kesesatan Islam Liberal : Sarjana Siasah Syar’iyyah UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta, Okt 2005 [
[ [ [ [ [
[ [ [
[
26] Ulil Absar Abdallah, dlm Debat Islam & Liberal, 16 April 2005 Masjid UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI
[ [