An Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,869
  • Pages: 6
Perlembagaan Malaysia Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rencana ini sebahagian daripada siri:

Politik dan kerajaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undangundang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. •

[sunting] Sejarah Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

[sunting] Pindaan Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

[sunting] Organisasi Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. •

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan



Bahagian 2 - Kebebasan asasi



Bahagian 3 - Kewarganegaraan



Bahagian 4 - Persekutuan



Bahagian 5 - Negeri-negeri



Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri



Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan



Bahagian 8 - Pilihanraya



Bahagian 9 - Kehakiman



Bahagian 10 - Perkhidmatan awam



Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat



Bahagian 12 - Am dan pelbagai



Bahagian 13 - Peruntukan sementara



Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya



Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

• Perkara 153 Perlembagaan Malaysia • Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

• •

Di Perhimpunan Agung UMNO 2005, Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussein menjulang keris dalam mempertahankan ketuanan Melayu, kontrak sosial dan Artikel 153. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang diPertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Perlembagaan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuknya, strukturnya, aktivitiaktivitinya, sifat-sifatnya dan peraturan-peraturannya yang utama. Perkataan ini berasal dari

perkataan Latin constitutio, yang bermaksud undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Maharaja, dan digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun iaitu keputusan relevan untuk ketua agama iaitu Paus. Organisasi-organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah: •

Kerajaan-kerajaan dan badan-badan kerajaan



Persatuan - persatuan sukarela



Kesatuan Sekerja



Parti-parti politik



Syarikat-syarikat

Sesebuah organisasi mungkin diberi kuasa tertentu dengan syarat ia mematuhi perlembagaan atau piagam yang terhad (charter limitation). Terma Latin ultra viresmerujuk kepada segala aktiviti yang terkeluar dari skop aktiviti yang dibenarkan oleh perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya, sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Sekiranya kesatuan ini masih melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajar, aktivitinya boleh dianggap sebagai 'ultra vires'. Satu contoh lagi ialah undang-undang negeri. Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa atas hal-hal perbankan, sebarang undang-undang negeri yang melibatkan bank boleh dianggap sebagai termansuh atau "ultra vires" oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Perlembagaan. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan"

Demokrasi Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat). Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut: •

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.



Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil



Rakyat diberi hak mengundi



Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)



Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain



Kebebasan persatuan



Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law



Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi"

Politik Malaysia Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini

tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri. Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negerinegeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal lain.

[sunting] Keadaan politik Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Pertubuhan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan National. Pada awal september 1998, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaanpendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu. Perdana menteri kini adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus

terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika Syarikat dan Australia secara khusus. Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul." [1] Pada pilihan raya umum tahun 2008, parti-parti pembangkang berjaya menghalang Barisan Nasional dari meraih majoriti ⅔ buat kali pertama sejak tahun 1969, iaitu 82 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Tiga parti pembangkang utama, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Islam Se-Malaysia membentuk satu perikatan bergelar Pakatan Rakyat tidak lama selepas kejayaan ini.

[sunting] Rujukan 1. ↑ - Krishnamoorthy, M. (11 Disember 2005). "Dr M: Berdirilah dan bersuara". The Star

(Malaysia). Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia"

Related Documents

An Malaysia
May 2020 29
An Malaysia
June 2020 31
An Malaysia
May 2020 27
An Malaysia
December 2019 37
An Malaysia
June 2020 33
An Malaysia
November 2019 24