An Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,978
  • Pages: 5
Pengenalan #Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. #Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. #Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. #Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara. Latar Belakang Perlembagaan Malaysia Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah dalam Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh Lord Reid. Perlantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat sebelah. Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu, baik dari kalangan parti politik, badan awam dan orang perseorangan. Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 cadangan dari kalangan penduduk Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, dan dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka. Maka pada 9 Julai 1963,kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia, dimana dengannya Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negerinegeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963. Kedudukan Perlembagaan Malaysia Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang tertinggi. Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah. Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkaraperkara yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa perlembagaan adalah tidak sah. Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undang-undang itu sebagai tidak sah. Jika Parlimen

Malaysia tidak tertinggi dan undang-undang boleh dibatalkan oleh mahkamah, maka mahkamahlah yang tertinggi? Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak, malah kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen/Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jika Akta dan Enakmen/Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka, maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya. Siapakah yang Tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia. Ini jelas sepertimana yang terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja. Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri(Kabinet). Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal. Ternyata bahawa terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan. Bahawa doktrin absah yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen, kerajaan atau badan-badan lain yang tertinggi, tetapi bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi. Kandungan Perlembagaan Malaysia adalah sebuah negra yang merdeka dan berdaulat. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas berikut: (a) Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. (b) Sebagai negara raja berperlembagaan (c) Sebagai negara demokrasi berparlimen. (d) Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi. (e) Memperuntukkan ketinggian perlembagaan (f) Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. (g) Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malysia iaitu pada 16 September 1963. Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts), 183 Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules).

Perlembagaan Negeri Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukkan perlu. Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementaaara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963. Di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlembagaan semua negeri dikehendaki mengandungi 'peruntukan-peruntukan perlu' seperti yang

dinyatakan dalam Jadual. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal perrhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri. Pindaan Perlembagaan - bagaimanakah perlembagaaan boleh di pinda? Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu. Terdapat juga perkara yang hendak dipinda memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak. Terdapat empat cara perlembagaan dipinda iaitu: 1- perkara yang memerlukan lebib suara dua pertiga Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja. 2-perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak yang memerlukan Parlimen mendapat lebih suara dua pertiga dan persetujuan Yang Dipertua Negeri. 3-perkara yang boleh dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dalam Parlimen. 4-terdapat perkara yang dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dua pertiga dalam dewan Parlimen. Pindaan cara pertama ialah perkara yang membabxtkan tugas dan kuasa Majlis RajaRaja; melibatkan keutamaan Yang diPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri; jaminan takhta; dan juga kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera di Sabab dan Sarawak. Persetujuan juga diperlukan bagi sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri. Pada tahun 1971 misalnya, atas sebab kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, pindaan perlembagaan dibuat bagi melarang menyoal secara umum perkara sensitif, iaitu mengenai kerakyatan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan mengenai kedaulatan serta hak istimewa Raja-Raja. Pindaan cara kedua ialah bagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan khas Sabah dan Sarawak yang perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri berkenaan. Antara perkara yang terlibat ialah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, perkara perundangan dan pemerintahan dalam kuasa negeri, hal agama, bahasa dan juga kedudukan istimewa bumiputera. Akta Imigresen tahun 1963 pula memberi hak dan kuasa kepada kerajaan negeri berkenaan menahan kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak. Pindaan cara ketiga ialah pindaan yang hanya memerlukan lebih suara Parlimen. Antara pindaan itu ialah pindaan jadual-jadual tertentu dalam Bahagian III Perlembagaan, pindaan yang melibatkan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Contohnya, Senarai Persekutuan dalam Perkara 74 ialah hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan undang-undang masalah jenayah. Senarai Negeri pula ialah hukum syarak, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, penyu dan perikanan di sungai. Perkara dalam Senarai Bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar dan burung liar, serta perancangan bandar dan desa. Dalam Perkara 76, Parlimen boleh membuat undangundang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain.

Pindaan cara keempat ialah bagi perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas. Ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga dalam kedua-dua dewan Parlimen. Kesimpulan Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana dapat dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. Maka menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya. joe byne : marilah kita belajar perlembagaan supaya kita tahu bagaimana proses pemindahan perlembagaan berlaku dan penting sekali kita faham ttgnya... sebagai rakyat negara ini. pak bambangan: Joe sa tertarik dengan pindaan yang berkenaan dengan hak Sabah&Sarawak ni, dulu Sabah&Sarawak x ditentukan agama dan bahasa rasmi dia kan? kasi xpalin gia sama sa Joe, suka ni sejarah hehehe..satu lagi org semenanjung kena guna paspot pg Sabah /Sarawak, yang ni buli dipinda lagi ka Joe? ni M Kavias beriya iya btul mo suruh kerajaan kc mansuh ni, satu lagi napa Org sabah kena ada paspot pg Sarwak tapi org Swk pg Sbh inda pula? yokubaiti : Quote from: pak bambangan on Apr 14, 2007, 10:47 AM Joe sa tertarik dengan pindaan yang berkenaan dengan hak Sabah&Sarawak ni, dulu Sabah&Sarawak x ditentukan agama dan bahasa rasmi dia kan? kasi xpalin gia sama sa Joe, suka ni sejarah hehehe..satu lagi org semenanjung kena guna paspot pg Sabah /Sarawak, yang ni buli dipinda lagi ka Joe? ni M Kavias beriya iya btul mo suruh kerajaan kc mansuh ni, satu lagi napa Org sabah kena ada paspot pg Sarwak tapi org Swk pg Sbh inda pula? ..salah satu sebabnya mengapa orang Sabah harus guna paspot untuk masuk ke negeri Sarawak sebab untuk mentukan samaada betul orang itu Sabah atau PTI. Jika didapati PTI? anda tidak buli masuk negeri Sarawak. Ini kelebihan yang ada pada negeri Sarawak. Perbezaan inilah membuatkan Sarawak masih selamat untuk didiami. joe byne : Quote from: pak bambangan on Apr 14, 2007, 10:47 AM Joe sa tertarik dengan pindaan yang berkenaan dengan hak Sabah&Sarawak ni, dulu Sabah&Sarawak x ditentukan agama dan bahasa rasmi dia kan? kasi xpalin gia sama sa Joe, suka ni sejarah hehehe..satu lagi org semenanjung kena guna paspot pg Sabah /Sarawak, yang ni buli dipinda lagi ka Joe? ni M Kavias beriya iya btul mo suruh kerajaan kc mansuh ni, satu lagi napa Org sabah kena ada paspot pg Sarwak tapi org Swk pg Sbh inda pula? Sabah dan Sarawak adalah dua ketuanan dan bahasa rasminya ialah -> bahasa inggeris agama rasminya bukan muslim tetapi setelah kematian tun fuad maka semua ini di jungkir-balikkan oleh harris

salau..apa2pun haruskah kita bersyukur apa yang tinggal atau yang ditinggalkan oleh mereka yang telus untuk melaksanakannya? Umpama pencamaran ada di mana-mana. Siapa harus dipersalahkan? Apakah di kalangan ahli politik sahaja? joe byne : kita harus bersyukr apa yg tinggal pada kita sekarang dengan mengusakana tanah terbiar seluas 250 ribu hektar tersebut.. sila lihat topik tersebut dalam KADAZANDUSUN & SABAH di forum ini yokubaiti : Quote from: joe byne on Apr 14, 2007, 09:01 PM kita harus bersyukr apa yg tinggal pada kita sekrang dengan mengusakana tanah terbiat seluar 250 ribu ekar tersebut.. sila lihat topik tersebut dalam KADAZANDUSUN & SABAH di forum ini ..memang boleh kita mengusahakannya lambat laun tempat ini akan diambil oleh kerjaan juga. Jadi, siapa lagi tempat kita mengadu? mangkali untuk dijadikan markas pertahanan PTI wahaa! matai tiih... vandadiana : kepercayaan kepada tuhan kesetiaan kepada raja dan negara keluhuran perlembagaan kedaulatan undang2 kesopanan dan kesusilaan hahahhaha...ni la dia rukun negara yg ari2 d baca d sekolah smpi naik burink....patut d tambah lagi tu.....sama ptgnya dgn perlembagaan negeri n negara.....sapa yg x mengaku rakyat msia...gerenti x hafal ni rukun negara....heheheh...saja2 ni...limpas dulu... yokubaiti : Quote from: vandadiana on Apr 16, 2007, 08:32 PM kepercayaan kepada tuhan kesetiaan kepada raja dan negara keluhuran perlembagaan kedaulatan undang2 kesopanan dan kesusilaan hahahhaha...ni la dia rukun negara yg ari2 d baca d sekolah smpi naik burink....patut d tambah lagi tu.....sama ptgnya dgn perlembagaan negeri n negara.....sapa yg x mengaku rakyat msia...gerenti x hafal ni rukun negara....heheheh...saja2 ni...limpas dulu... haha! memang bagus ini perlambagaan tetapi banyak sudah yang telah diperkosa. Nampak gah! tapi yang membuatnya tidak dapat melaksanakannya dengan 100%. Undang2 dicipta dan diubah jika ianya munasabah atau berkepentingan kepada sesuatu pehak. Kesopanan dana kesusilaan kian jauh terhakis. Contoh dan bukti terdapat di manamana.

Related Documents

An Malaysia
May 2020 29
An Malaysia
June 2020 31
An Malaysia
May 2020 27
An Malaysia
December 2019 37
An Malaysia
June 2020 33
An Malaysia
November 2019 24