An Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 521
  • Pages: 2
Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Pindaan Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan". Organisasi Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. •

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan



Bahagian 2 - Kebebasan asasi



Bahagian 3 - Kewarganegaraan



Bahagian 4 - Persekutuan



Bahagian 5 - Negeri-negeri



Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri



Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan



Bahagian 8 - Pilihanraya



Bahagian 9 - Kehakiman



Bahagian 10 - Perkhidmatan awam



Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat



Bahagian 12 - Am dan pelbagai



Bahagian 13 - Peruntukan sementara



Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya



Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Artikel Artikel 11 Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Artikel 152 Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Artikel 153 Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Artikel 160 Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

Related Documents

An Malaysia
May 2020 29
An Malaysia
June 2020 31
An Malaysia
May 2020 27
An Malaysia
December 2019 37
An Malaysia
June 2020 33
An Malaysia
November 2019 24