Amalimatahari-170408195416.docx

  • Uploaded by: Muhammad Najmi
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalimatahari-170408195416.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,405
  • Pages: 9
SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS TAJUK Matahari terbenam

TEORI Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku dua cara iaitu putaran bumi di atas paksinya dan juga peredaran bumi mengelilingi matahari. Bumi berputar di atas paksinya yang condong pada 231⁄2 darjah pada satah tegak. Bumi berputar dari barat ke timur. Hal ini menyebabkan Matahari kelihatan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Satu putaran bumi mengambil masa 24 jam. Putaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian siang dan

malam.

Semasa

berputar,

permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang dan permukaan bumi yang terlindung daripada cahaya matahari akan mengalami malam. Matahari terbenam ialah satu fenomena alam di mana matahari akan hilang dari pandangan di bawah garis cakerawala di sebelah barat. Matahari terbenam adalah berbeza dengan senja, di mana pada waktu itu langit adalah gelap secara keseluruhannya. Ini berlaku pada bila matahari berada pada 18 darjah di bawah garis cakerawala. Tempoh di antara matahari terbenam dan senja dipanggil “twilight”. Refraksi atmosfera menyebabkan matahari masih dapat terlihat sementara berada di bawah garisan cakerawala. Matahari juga muncul lebih besar di cakerawala, tetapi hal ini merupakan ilusi optik dari satu sudut pandangan. Walaubagaimanapun, kecondongan paksi menyebabkan tempoh siang dan malam di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan tidak sama. Kawasan pada utara Artik dan selatan Antartik tidak mengalami kejadian matahari terbit dan matahari terbenam sekurang-kurangnya sehari setahun. Fenomena ini berlaku apabila kutub siang dan kutub malam berterusan selama 24 jam. Warna merah di langit pada waktu matahari terbenam dan terbit disebbakan oleh kombinasi penyebaran Rayleigh warna biru dan kepadatan atmosfera bumi.

BAHAN DAN RADAS Kamera telefon pintar, jangka sudut

1

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PROSEDUR 1. Tempat untuk mencerap matahari terbenam dicari bagi mengenalpasti dan memerhatikan matahari terbenam. 2. Pemandangan matahari terbenam di gambar menggunakan kamera telefon pintar. 3. Pemerhatian berdasarkan mata kasar direkodkan (gambar, azimuth, altitud dan masa) 4. Data dianalisis dan ditafsirkan 5. Laporan ditulis berdasarkan pemerhatian yang dibuat dengan menggunakan jadual dan gambar sebagai bukti dan data dikaitkan dengan pergerakan matahari mengelilingi bumi dan kesannya kepada bumi.

KEPUTUSAN Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap kedudukan terbenam matahari. Tarikh

: 20 Mac 2016

Masa mula

: 6:00 p.m.

Lokasi

: Pantai Shahbandar, Tuaran, Sabah

Azimuth

: 280̊ dari utara

Masa

Gambar

6:00 petang

2

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

6:05 petang

6:07 petang

6:10 petang

6:13 petang

3

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

6:16 petang

6:19 petang

6:21 petang

6.24 petang

4

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

6.25 petang

6.26 petang

5

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PERBINCANGAN Saya telah membuat pemerhatian tentang kedudukan Matahari terbenam selama 26

minit

bermula dari pukul 6:00 petang hingga 6:26

hasil

petang pada 20 Mac 2016. Daripada

pemerhatian yang telah saya lakukan, kedudukan Matahari terbit tidak sama dan ia berubah mengikut satu pola tertentu. Ini disebakan Ini disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi pada 23.5º. Matahari terbit dari sebelah timur dan terbenam ke sebelah barat. Keadaan ini disebabkan putaran Bumi pada paksinya dari barat ke timur mengikut arah lawan jam. Panjang siang dan malam di Bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Hal ini mempunyai kaitan antara kecondongan paksi Bumi iaitu pada 23.5º. Sebenarnya kecondongan Bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara dan selatan serta menyebabkan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim tertentu adalah berbeza sama sekali. Panjang siang atau malam ini

adalah sebenarnya

bergantung kepada ekliptik Matahari.

Contohnya, apabila seseorang itu berada pada kutub utara, pada waktu siang, Matahari adalah tinggi di langit pada musim panas manakala rendah pada musim sejuk. Oleh itu, cahaya Matahari pada musim sejuk adalah lebih tersebar. Seterusnya, Matahari pada musim panas terbit dari arah timur utara dan terbenam pada arah barat utara iaitu menghabiskan sebanyak lebih 12 jam di langit. Manakala, Matahari musim sejuk terbit pada arah timur selatan dan terbenam pada arah barat selatan. Tempoh masa Matahari terbit dan terbenam ini adalah kurang daripada 12 jam. Ini menyebabkan hari siang pada musim sejuk adalah lebih pendek berbanding siang pada musim panas. Panjang siang dan malam di Bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Hal ini mempunyai kaitan antara kecondongan paksi Bumi iaitu pada 23.5º. Sebenarnya kecondongan Bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara dan selatan serta menyebabkan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim tertentu adalah berbeza sama sekali. Sebaliknya, kecondongan paksi menyebabkan tempoh siang dan malam di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan tidak sama. Kawasan pada utara Artik dan selatan Antartik tidak mengalami kejadian matahari terbit dan matahari terbenam sekurang-kurangnya sehari setahun. Fenomena ini berlaku apabila kutub siang dan kutub malam berterusan selama 24 jam. Hal ini adalah berbeza sama sekali kepada bahagian-bahagian Bumi yang berada di garisan khatulistiwa. Bumi yang berputar secara condong menyebabkan kawasan khatulistiwa menerima cahaya Matahari hampir sama sepanjang tahun. Disebabkan inilah, kawasan khatulistiwa tidak

6

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS mengalami 4 musim serta mempunyai panjang waktu siang dan malam yang sama. Hal ini adalah kerana Bumi berada betul-betul pada garisan ‘equinox’.

Sumber dari: http://dbk14403aplikasimultimedia.blogspot.com/p/nota.html Rajah di atas boleh memperjelaskan situasi di mana satu hemisfera adalah sentiasa condong menghampiri Matahari manakala satu hemisfera lagi sentiasa menjauhi Matahari. Dengan kata lain, ekliptik Matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa inilah menyebabkan ada bahagian di Bumi pada masa tertentu mengalami musim-musim yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat yang lain. Hemisfera yang condong lebih dekat kepada Matahari menerima lebih banyak sinaran Matahari dan mengalami suhu musim panas. Manakala, hemisfera yang condong lebih jauh daripada Matahari menerima sedikit sinar langsung dan suhu yang lebih rendah iaitu musim sejuk. Jika paksi putaran selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, Bumi tidak akan mengalami apa-apa musim. Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk pada bulan Jun. Keadaan ini dikenali sebagai solstis musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah lebih tertumpu ke arah Matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan Disember sehingga Mac. Altitud dan azimuth Matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera selatan dan hemisfera utara. Di sebabkan kecondongan pada paksi Bumi iaitu (23.5°), hal ini menyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya Matahari lebih jauh dan berada jauh dari Matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa ini menerima cahaya Matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim sejuk, manakala hemisfera selatan 7

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS mengalami musim panas pada hujung Disember, iaitu bermula dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil sebagai ‘winter solstice’. Solstis berasal daripada perkataan “sun” dan “stationary”. Manakala “summer solstice” pada hemisfera utara pula berlaku pada 21 atau 22 Jun. Seterusnya pada 21 atau 22 Jun, ekliptik Matahari akan paling hampir di hemisfera utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada Matahari. Perbezaan altitud dan azimuth Matahari pada ketika ini menyebabkan perbezaan pada bahagian-bahagian Bumi. Dengan kata lain, ketika hemisfera utara mengalami musim panas iaitu “summer solstice”, hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk. Pada bulan September pula, Matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di Bumi bagi siang dan malam adalah sama panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai “fall equinox” pada hemisfera utara dan “spring equinox” pada hemisfera selatan. Walaupun tidak setiap tempat di dunia mempunyai empat musim, namun terdapat beberapa tempat di Bumi mempunyai musim yang berbeza-beza. Sesetengah orang berfikir bahawa musim-musim berlainan adalah disebabkan oleh jarak yang berbeza-beza antara Bumi dari Matahari kerana ia akan melalui orbitnya. Namun, perbezaan musim ini di hemisfera utara dan di hemisfera selatan adalah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi mengenai Matahari, yang mengorbitnya. Planet kita mempunyai kecondongan sebanyak 23.5º kepada satah ekliptik selain azimuth dan altitud yang berbeza-beza.

KESIMPULAN Matahari terbit dari timur dan terbenam ke barat. Tetapi tempat terbit Matahari tidak sama pada setiap hari kerana kecondongan paksi Bumi iaitu pada 23.5º. Kecondongan paksi Bumi juga menyebabkan panjang siang dan malam di Bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Selain itu juga, kejadian 4 musim di hemisfera utara dan hemisfera selatan juga disebabkan kecondongan paksi Bumi semasa mengelilingi Matahari.

8

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

RUJUKAN Nerang, S. K. (2011). Kesan Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari. Retrieved from http://soalangeografialamsekitarfizikal.blogspot.my/2011/12/jelaskan-kesan-peredaranbumi-bumi.html Rosnah Hj Salleh, S. S. (2007). Geografi Fizikal STPM & Pra-U. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Rusly Musa, N. A. (2006). Teks Pra-U STPM : Geografi Alam Sekitar Fizikal. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tan, S. (2015). Amali 3 Matahari Terbit. Retrieved from http://documents.tips/documents/sce3110-amali-3-matahari.html Taylor, B. (1998). Cuaca dan Iklim. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Sdn. Bhd. Verdet, J.-P. (1995). Cahaya Matahari di Sekeliling Bumi. Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi. Wikipedia. (2014). Matahari Terbenam. Retrieved from http://id.m.wikipedia.org/wiki/matahari_terbenam

9

More Documents from "Muhammad Najmi"