عملن زياره فغهوبوغ صلة الرحيم ( 19 Oktober 2007 / 07 Syawal 1428 H )
:ِحمْدُ ِلِ اْلقَاِئل َ ْاَل
ُ وَأَشْـهَدُ أَنّ مُحَـمّدًا َعبْدُ ه،َُأ ْشهَدُ أ نْ لّ اِلَ هَ اِلّ الُ وَحْدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه َورَ ُسوُْلهُ َأدّى ا َلمَاَنةَ وَبلّ غَ الرّ سَاَلةَ وَنَ صَحَ ا ُل ّمةَ وَ َكشَ فَ اْل ُغ ّمةَ َوجَاهَدَ فِي َصلّ وَ َسلّمْ وَبَارِ كْ عَلَى َحِب ْيبِ كَ َورَ سُـوْلِك َ ّ اَل ّلهُم.ََسِبيْ ِلهِ َحتّى أَتَا هُ اْلَي ِقيْ ن سَـيّ ِدنَا مُحَـمّدٍ َوعَلَـى آلِ هِ وَأَ صْحَـاِبهِ وَالتّاِبعِـيْنَ َلهُ مْ بِإِحْ سَانٍ إِلَى .ََي ْومِ الدّْين َ ُأوْصِيكُمْ وَِايّاي ِبَت ْقوَى ال،َ اِّت ُقوْا ال،َ َفيَا َأّيهَا اْل ُم ْؤمِـُنوْن،َُأمّا َبعْد .َوَطَا َعِتهِ َفقَدْ فَازَ اْل ُمّت ُقوْن SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan menunaikan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Alhamdulillah, kita semua baru sahaja sama-sama merayakan Aidil Fitri dalam suasana yang meriah dan mengembirakan, di samping puasa di bulan Ramadan kita lalui dengan jayanya, mudah-mudahan segala 1
amal ibadah kita di sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah SWT dan kita mengharapkan untuk hidup kita berterusan dalam ketaatan dan keredhaan Allah SWT. Hari ini genap seminggu kita berada dalam bulan Syawal yang mana masih lagi teras kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan budaya amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun yang jauh, termasuk menziarahi guru-guru, jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya. Sebenarnya amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda yang berbunyi:
َ َم نْ كَا ن: َ قَالَ رَ سُولُ اللّ هِ صَلّى الُ عَ َليْ هِ وَ سَلّم: َ"عَ نْ اَبِي ُهرَْي َرةَ قَال ِ َومَ نْ كَا نَ ُي ْؤمِ نُ بِالِ وَاْلَيوْ مِ ال ِخر،ُُي ْؤمِ نُ بِالِ وَاْلَيوْ مِ ال ِخرِ فَلَ ُي ْؤذِ جَارَ ه ْْمـ ال ِخرِ َف ْلَي ُقلْ َخ ْيرًا َأو ِ ِنـ بِال ِ وَاْلَيو ُ َانـ ُي ْؤم َ َنـ ك ْ َوم،ُض ْيفَهـ َ ِمـ ْ َف ْليُ ْكر ".ْص ُمت ْ َِلي Maksudnya: “Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu wasilah atau cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama 2
kita. Amalan ziarah memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim. Namun, yang mengecewakan serta amat mendukacitakan kita, di mana terdapat sebahagian di kalangan umat Islam atau sahabatsahabat kita pada hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-musim perayaan atau sambutan-sambutan tertentu. Ini disebabkan fahaman dan amalan ziarah hanya bersifat bermusim atau menjadi tradisi yang diamalkan sempena sambutan perayaan sahaja seperti hari raya puasa yang sedang kita raikan ataupun hari raya haji semata-mata. Akibatnya amalan ziarah semakin hari semakin terhakis dan diabaikan dalam keluarga dan masyarakat kita dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugas harian dan sebagainya. HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Islam telah menggariskan pelbagai panduan untuk menghubungkan silaturrahim sesama manusia, lebih-lebih lagi saudara seagama, supaya umat Islam menjadi umat yang kuat, umat yang berjaya, umat yang tidak hidup bersendirian atau dengan istilah “aku aku”, “engkau engkau”.
Sebaliknya
umat
Islam
itu
bersaudara,
saling
kenal
mengenal, bantu membantu antara satu dengan yang lain. Kerana itu, pengertian silaturrahim dalam Islam amat luas serta amat mendalam. Contohnya, bila seseorang telah mengucap dua kalimah syahadah,
maka
terjalinlah
ikatan
persaudaraan
Islam
atau
silaturrahim, tidak kira di mana mereka berada, apa bahasa mereka, apa warna kulit mereka dan sebagainya. Pendek kata semua orang 3
Islam adalah bersaudara dan berada dalam akidah yang satu sepertimana Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.” MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Melalui amalan ziarah juga, hubungan sesama manusia menjadi erat dan bertambah ikrab. Ini disebabkan asal kejadian manusia dari keturunan yang satu iaitu dari keturunan nabi Allah Adam AS, dengan sebab itulah Islam mengajak manusia supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormat menghormati, saling bekerjasama dan faham memahami sepertimana Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:
Maksudnya: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.” Untuk itu, bagi sesetengah manusia yang hidup mereka tidak mematuhi syariat Islam, umpamanya mereka suka mencari kesalahan orang lain, atau suka mencaci, membuat fitnah, mencerca orang lain, bersifat hasad dengki, bersifat khianat, melakukan kezaliman dan 4
sebagainya. Mereka ini boleh digolongkan sebagai orang yang menurut jalan syaitan, yang sentiasa berusaha merosakkan manusia untuk memutuskan
hubungan
silaturrahim
serta
mengajak
hidup
bermusuhan. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Hampir kesemua ibadah-ibadah dalam Islam dituntut dilakukan dalam bentuk berkumpulan atau berjama'ah, seperti kita digalakkan solat berjama'ah di masjid-masjid atau di surau-surau atau kewajipan sembahyang Jumaat setiap minggu. Ianya tidak lain bagi memberi galakan kepada
umat Islam bertegur sapa atau bertukar-tukar
pandangan. Begitu juga dengan ibadah haji contohnya merupakan ibadah yang mengajak kepada menghubungkan silaturrahim dengan saudara-saudara Islam di seluruh pelosok dunia, dilaksanakan tanpa membezakan antara orang kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, mereka sama-sama menunaikan ibadah haji dalam satu jamaah. Demikian juga, dengan ibadah zakat, ianya menghubungkan nilai persaudaraan di kalangan umat Islam dengan sifat tolong-menolong, bantu membantu, akhirnya lahirlah nilai kasih sayang antara yang kaya dengan yang miskin. Akhirnya, mimbar Jumaat sekali menyeru tuan-tuan sidang jamaah sekalian, marilah sama-sama kita menghidupkan amalan ziarah menziarahi, mempereratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang sebagai umat Islam yang bersaudara, iaitu persaudaraan bukan sahaja di dunia ini bahkan persaudaran sampai ke akhirat. Insyaallah, mudahmudahan Allah memberkati hidup kita, melapangkan segala kesulitan, membukakan pintu rahmat-nya, mengurniakan kita kehidupan yang damai dan tenteram.
َأ َّ ن ال َ ُ : ِ جيْم ا ط ي ش م ه الل ب ذ و ع ُ ِ ِ ْ َ ِ ِ ن الَّر ِ ْ 5
Bererti: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepada-Nya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sempit-sesempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am ayat : 125)
ِبَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْآ نِ اْلعَ ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت ُ َأ ُقوْل.ُسمِيعُ اْلعَ ِليْ م ّ وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ تِلوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال َِقوِْل يْ َهذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْلعَ ِظ ْي مَ لِ يْ وَلَكُ مْ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُ سْ ِلمَات ُوَاْل ُم ْؤ ِمِنيْ نَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَا تِ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنهُ مْ وَا َل ْموَات فَا ْسَت ْغ ِفرُ ْوهُ إِنّ هُ ُهوَ اْل َغ ُفوْر .ُالرّ ِحيْم
6