Amalan Ziarah Erat Hubungan Persaudaraan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalan Ziarah Erat Hubungan Persaudaraan as PDF for free.

More details

  • Words: 253
  • Pages: 1
amalan ziarah erat hubungan persaudaraan

daripada abu syuraih al-khiz�iy, katanya, rasulullah bersabda bermaksud: �bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. tidak halal bagi seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. sahabat bertanya:� bagaimana caranya dia berdosa?� jawab baginda:�orang itu menetap di rumah saudaranya, pada hal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu.� (hadis riwayat albukhari) saling ziarah-menziarahi dapat merapatkan tali persaudaraan. malah, kehadiran orang yang berziarah (bertamu) itu membawa rahmat kepada tuan rumah. apabila tetamu meninggalkan rumah maka mereka akan membawa keluar dosa ahli rumah. sebagai tuan rumah, setiap tetamu perlu dilayan dengan penuh hormat, dihidangkan dengan makanan yang bagus (mengikut kemampuan) dan beramah tamah dengan penuh kemesraan. sebagai tetamu pula, kita harus menghormati dan memahami adat (etika) ketika bertamu seperti memilih masa yang sesuai, memastikan percakapan tidak menyakiti hati tuan rumah, tidak meninggikan suara sehingga mengganggu ahli rumah yang lain yang hendak tidur dan sebagainya. begitu juga, tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah, tidak berbual terlalu lama sehingga mengganggu masa tuan rumah (terutama jika kita tahu dia mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan) dan tidak merungut disebabkan kekurangan yang tidak mampu disediakan oleh tuan rumah. selepas bertamu, ucapkan terima kasih di atas segala layanan yang diberikan. bersalaman sebelum berpisah, di samping mengucap kata-kata yang disukai oleh tuan rumah. paling penting hendaklah sentiasa menjaga rahsia (jika ada) sama ada yang berkaitan dengan diri tuan rumah, rumah atau ahli rumah yang lain demi mengelak terjadinya perbalahan dan permusuhan.

Related Documents

Ziarah
November 2019 36
Umrah & Ziarah
April 2020 25
Ziarah Muslimah
November 2019 38