AMALAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN DAN UJIAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK SMK SUKAU KINABATANGAN RASIONAL # Perkongsian amalan ini adalah bertujuan untuk membantu guru-guru dalam menyediakan set soalan bagi peperiksaan, ujian, pentaksiran serta latihan dalam kelas atau kerja rumah berdasarkan apa yang telah diajar dalam kelas. Di samping itu juga, kaedah ini boleh membantu guru untuk mengikuti perkembangan pergerakan PdPc subjek masing-masing samada lewat atau awal daripada RPT yang disediakan. Ini juga secara tidak langsung, membantu guru untuk membuat penekanan pada topik dan subtopic yang bakal dikeluarkan dalam kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun nanti. “we test our students based on what we have teach them” PROSUDER KERJA
Carta alir Guru dan RPT
Penyediaan jadual semak topik/subtopik
Penentuan bilangan dan bentuk soalan Membentuk soalan yang berkualiti berdasarkan topik atau subtopik
Semakan kualiti panitia
Keterangan Guru perlu merujuk kepada RPT masing-masing untuk mengenal topik/subtopik
Guru perlu sediakan satu jadual semak (handwritten) mengenai topik/subtopik yang telah atau akan habis diajar bagi bulan Januari-April. (rujuk contoh jadual)
Berdasarkan jadual semak tadi, guru perlu tentukan bilangan, kedudukan dan bentuk soalan yang bakal dikeluarkan semasa ujian/ peperiksaan ataupun sebagai latihan dalam kelas. Guru perl ingat bahawa semua soalan hendaklah mengikut format sebenar dan menepati kualiti penyoalan berdasarkan DSKP atau HSP.
Setelah selesai menyediakan set soalan yang lengkap. Sila berbincang dengan Ketua Panitia masing-masing untuk semakan kualiti.
CATATAN. Guru boleh menambah soalan topik yang diajar daripada tingkatan yang lebih rendah. Ini bertujuan untuk menguji daya ingatan dan kefahaman mereka semasa berada di tingkatan yang lalu. Contohnya, guru yang berada di tingkatan 5 boleh ambil mana-mana soalan daripada tingkatan 1-4, asalkan topik itu telah diajar dan bukan soalan aras tinggi. Ini kerana, soalansoalan yang keluar dalam Ujian Bertulis PT3 dan SPM akan melibatkan semua topik yang pernah diajar semasa di tingkatan yang lebih rendah. Untuk guru tingkatan 1, 2 dan 4 pula, cikgu boleh mengambil beberapa soalan daripada ujian setara 1 dengan syarat soalan tersebut adalah soalan yang mencabar minda pelajar (KBAT). Bagi mengatasi masalah kekangan masa untuk menghabiskan silibus, pihak panitia mendorongkan kepada guru-guru agar tidak membuat kelas perbincangan kertas soalan semasa PdPc dalam kelas tetapi kenalpasti kelemahan pelajar dan punca kenapa pelajar tidak dapat jawap soalan dalam ujian setara 1. Berbincang dalam panitia mengenai hal ini dan bentuk satu imtervensi penyelesaian masalah tersebut. Intervensi ini hendaklah digunapakai semasa mengajar untuk topik yang baru. Guru-guru dicadangkan menampal set jawapan bagi kertas soalan dalam kelas dan bebaskan pelajar untuk membuat pembetulan sendiri. Guru dibawah bidang panitia sains dan matematik, perlu faham bahawa semua pelajar kita bukanlah pelajar yang cemerlang (75% lemah, 15 sederhana, 10% pintar). Target guru untuk pencapaian dalam setiap kali ujian dan peperiksaan adalah 85% pelajar adalah lulus. Ini kerana, pelajar yang gagal bukanlah disebabkan oelh PdPc cikgu tetapi factor persekitaran murid seperti masalah ketidakhadiran, masalah penguasaan 3M serta displin sahsiah pelajar terhadap kedua subjek ini adalah rendah.
“Doa, usaha dan komitmen seorang guru yang ikhlas dan jujur, pasti dibalas dengan kecemerlangan anak didiknya oleh yang maha Esa”
Disemak dan disediakan oleh Ketua Panitia Sains Ketua Panitia Matematik ……………………………………. (Pn Prella Grace Gaipin)
………………………………………… (Cik Stella Jane Peter)
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Pen. Kanan Kurikulum
……………………………………….. (En Revel Bin Amin)
……………………………………….. (Pn Salmah Md Zain)